Selasa, 16 Oktober 2012

Variasi Jenama Adidas

Santai minda

 

Evolusi jenama Adidas.Dulu-dulu selalu aku jumpa di pekan sehari.La ni bebudak pun dah malu nak pakai.Takut kena gelak kat sekolah,hahaha!

 

imitation-goods-1332

imitation-goods-1532

imitation-goods-1632

imitation-goods-1732

imitation-goods-1832

imitation-goods-1932

imitation-goods-2332

Toyota Tundra RC

Ini adalah Toyota Tundra double cab versi Tamiya high lift berskala 1/10 yang sudahpun dipasang dan diwarnakan.Aku tak pasti Tamiya jual macamana,tapi rasanya kena assemble sendiri.Dibina dengan banyak bahagian logam seperti chassis,spring dedaun,damper dan gearbox untuk menambahkan ciri realism.Memang macam real lah kalau dibelek gambar-gambar ni.
Tundra RC 1/10 ni seberat 3.1kg,sepanjang 500mm,pacuan syaf 4WD dan digerakkan dengan motor elektrik RS540.Remote controller,bateri,charger dijual berasingan.Harga?Last time aku check kat mudah.my ada orang jual second hand RM2500.Ambooiihhh!
 

Image from Tamiya

Toyota Tundra Menunda Endeavour Shuttle

Kebanyakan dari kita tak berapa kenal Toyota Tundra.Toyota Tundra dibina untuk memenuhi selera orang puteh yang sukakan kenderaan pikap yang besar dan berenjin besar.Toyota Tundra dikilangkan di US dan versi terkini paling power menghasilkan 381hp dari enjin yang bersesaran 5700cc dengan susunan V8.Daya kilas setinggi 401lb/ft(544Nm) dan jika ditambah kit supercharger TRD,torknya meningkat sehingga 750Nm.Berapa besar torknya?Sebagai pembayang,Proton Saga BLM 1.6 menghasilkan tork sebanyak 148Nm.
Di Malaysia tidak ada Toyota Tundra.Dengan jumlah cc sebesar itu tokey balak pun fikir dua kali bila nak isi petrol penuh tank.Berikut adalah gambar-gambar Toyota Tundra menunda space shuttle Endeavour yang seberat kira-kira 292,000 paun (132,448kg).

Screenshot dari http://jalopnik.com

Pasni kita tengok pulak Toyota Tundra versi Tamiya.Amacam?

Khamis, 11 Oktober 2012

Siri Ke-8 Fighter Aircraft Collection;F/A 18D Super Hornet

Buat masa ni serius tak ada idea nak post entri baru.Dok survey-survey laman berita online pun cerita-cerita biasa je yang ada.So,aku terpaksa ceritakan tentang eksais bersama Tentera Udara DiRaja Malaysia dengan US Navy minggu lepas.Ini antara gambar yang sempat di shoot untuk tontonan orang awam.

 

IMAG0404

IMAG0405

IMAG0406

 

US Navy F/A 18D Super Hornet terbang sebelah menyebelah dengan Mig-29N TUDM

IMAG0417

 

Sori..gua kencing je pasal eksais bersama tu,hehe!Sebenarnya F/A 18D Super Hornet ni adalah model yang ditampilkan dalam siri ke lapan Fighter Aircraft Collection yang aku beli minggu dua lepas kot.Siri keenam dan tujuh aku dah terskip sebab kedai buku kat tempat aku malas nak ambik.Agaknya sebab siri kelima Fokker Triplane tu masih berlambak tak laku.

Huduh bai,harga sama je RM29.90.Tak pasal-pasal aku terlepas siri tujuh,Harrier Jump Jet.Siri ke sembilan memang best sebab model seterusnya adalah F-22 Raptor.Dah beli kang aku upload.