Jumaat, 22 Jun 2012

Samsung Galaxy S3 Terbakar?

OMG!

Flagship terbaru keluaran Samsung iaitu Galaxy S3 yang terbukti kehebatannya dalam apa jua benchmark test didapati terbakar atas sebab-sebab yang masih disiasat.Kawasan yang terbakar adalah berhampiran dengan charging port dan pihak Samsung masih mengkaji kebarangkalian telefon pintar itu mengalami overheating.

Samsung Galaxy S3 mencatat rekod tempahan sebanyak 9 juta unit.Baru semalam aku dapat pegang Galaxy S3 kawan aku untuk merasa kehebatannya.UInya menarik dengan tambahan beberapa fungsi,kemasan yang sedap dipegang walaupun plastiknya glossy dan warna paparan Super AMOLED yang mewah untuk menyembunyikan kekurangan PenTile pixel arrangement.

 

Galaxy S3 terbakar

 

Dibawah mikroskop dengan 230x pembesaran

galaxy-s-iii-microscope-one-x

 

Saya punya win!

Parenting Fail

Kreatif tak bertempat.Somewhere in Shaanxi province,China…

 

China

Rabu, 20 Jun 2012

Apa Tujuan Perbandingan Angka Kekuatan Militari Malaysia:Indonesia?

Selain DailyMail dan Kosmo aku agak kerap membaca ‘koran’ online Indonesia iaitu Tempo Interaktif (www.tempo.co).Buat masa ini akhbar disana masih panas dengan isu tarian Tortor yang menjadi pertikaian ‘hakmilik’.Biasalah Indonesia,benda-benda remeh temeh macam tu pun jadi isu besar.

Tapi aku terperasan satu ‘Infografis’ yang bagi aku agak melampau dan entah apa tujuannya.

 

Suku Mandailing di Malaysia Minta Tortor Diakui   nasional   Tempo.co-130727

IMAG0146

 

Jika Senjata Jadi Solusi?

Apakah yang difikirkan oleh para Indonesian?Tidak bijak untuk membuat perbandingan kekuatan militari berdasarkan angka.Lebih-lebih lagi atas isu ‘bodoh’ yang tak memberi faedah kepada dua-dua pihak.

Memori Menembak Ikan

Di Miami-Dade Florida,seorang remaja tertembak kepalanya dengan anak panah senapang ikan dikepala,tembus sehingga kebelakang.Yasser Lopez terkena anak panah senapang ikan selepas kawannya terpetik picu dan mata panah mengenai dahinya,lebih kurang satu inci diatas mata kanan.Tiga jam diperuntukkan untuk doktor mencabut mata panah tersebut.Keadaannya dilaporkan stabil.

panah ikan

panah ikan3

panah ikan2

Kehidupan sebagai anak kampung memang banyak mendedahkan aku kepada aktiviti yang dekat dengan alam.Kebanyakannya aktiviti yang related dengan sungai.Memandangkan kampung aku dekat dengan bukit,banyak anak sungai jernih yang cetek dan berbatu,sangat sesuai untuk sebarang aktiviti seperti memancing,mengaran(kejutan elektrik) dan menembak ikan.

Kemuncak aktiviti sungai aku adalah masa habis belajar di politeknik dimana aku menganggur selama dua tahun.Ada la juga kerja kontrak dengan Felda untuk membanci pokok sawit dalam beberapa bulan.Pekerjaan itu membolehkan aku meneroka segenap ceruk ladang sehingga ke sempadan hutan di kaki bukit.Dengan gaji sehari RM15 dan waktu kerja sehingga jam 1.00pm,waktu petang diisi dengan aktiviti sungai.

Border

Sambil buat kerja banci pokok sawit,mata liar tengok kat mana-mana anak sungai yang banyak ikan.Petang boleh buat ambush.Lokasi kegemaran adalah Sungai Batu yang agak dalam sedikit untuk mandi-manda dan ada kawasan cetek untuk menembak ikan.Nama Sungai Batu bukan nama rasmi sungai tu,tapi kebanyakan orang di kampung aku memang tahu itulah sungainya kalau disebut Sungai Batu.Sungai lain pun banyak batu,tapi taktaulah kenapa namanya macam tu.Kalau tepi sungai tu ada kedai topup,korang tentu boleh agak apa nama sungainya.

Aktiviti menembak ikan menggunakan pistol ikan sesuai dijalankan ketika cuaca panas sebab air sungai cetek dan jernih.Bila air cetek,ikan lebih banyak berkumpul di lopak-lopak dasar sungai atau tebing sungai yang biasanya ada rumput-rumput atau batang kayu.Kadang-kadang tengah sungai pun ada ikan,cuma kita tak perasan.Tarik nafas dalam-dalam then perhatikan antara batu-batu sungai.Kebanyakan ikan sungai cetek macam ni warnanya camouflage.Dia bergerak baru kita nampak,terutamanya ikan yang bebudak kampung aku panggil ikan batu(batu lagiiii…)

Aktiviti menembak ni cuma sebagai aktiviti sampingan,bukan nak ikan sangat pun.Saja nak seronok-seronok.Susah sebenarnya nak tembak ikan,ikan bukannya besar macam siakap kat pasar tu.Ikan sungai cetek ni saiz dua tiga jari je.Nampak dalam air memang besar.

Kalau betul-betul nak ikan,mengaran adalah jawapannya.Sesetengah yang pandai buat alat mengaran,kitnya ringan,boleh sandang macam beg sekolah dan pakai bateri motorsikal.Pernah sekali aku dengan geng-geng kampung mengaran guna generator Yamaha bapak aku.Dua orang pikul generator,sorang pegang sauk,sorang pegang guni beras dan sorang pegang probe.Extreme betul.Don’t try that at your hometown.Betul ke ayat aku ni…

Kalau korang perasan,aku suka cerita benda-benda lama,terutamanya zaman remaja aku.Harap dapat memberi gambaran kepada sesiapa yang kehidupan remajanya tak sama macam aku.Kehidupan remaja memang macam itu,tahu nak seronok je tanpa fikirkan risiko.

Selasa, 19 Jun 2012

Flashback;Keseronokan Handphone Dahulukala

Beberapa entri lepas aku ada flashback tentang satu software khas untuk platform Symbian S60.Setahun dua kebelakangan ni dah sangat jarang kita dengar aplikasi untuk Symbian,atau dah pupus terus kot dek kebanjiran smartphone Android dan iOS.

Bila aku sedar yang smartphone zaman sekarang sangat susah untuk diexplore ke akar umbi,dan tak ada aplikasi yang mampu menembusi sehingga ke dalam sistem smartphone,aku terkenang akan satu aplikasi ringkas bernama Smart FileMan.Telefon pintar sekarang memerlukan prosedur khas yang agak rumit bagi seseorang amatur dan berisiko besar untuk telefon menjadi sawan.Tapi itu tidak akan berlaku pada platform Symbian S60 jika diexplore menggunakan aplikasi Smart FileMan.Walaupun ianya adalah teknologi purbakala,Smart FileMan mampu memenuhi tuntutan kehendak pengguna handphone tegar.Symbian S60 lebih ‘telus’ dan mengizinkan pengguna menjelajah kemana sahaja direktori yang pengguna mahu asalkan memahami cara pengendaliannya.

Antara perkara yang menarik aku pernah buat guna Smart FileMan ialah menyalin games,menukar fonts,mengesan fail virus dan membuat fail sulit.Tengok screenshot ni:

 

Smart-FileMan-0fm3smartfilemanfoto

Smartphone standard kilang sekarang boleh buat?Tak boleh punya…File manager yang paling advance aku install dalam HTC One X ni pun paling jauh boleh listkan folder root sahaja.Fail config,root,dan system tak boleh diakses.Pilihan yang ada untuk kita melakukan sesuatu keatas fail yang dibuka hanyalah Send,Move,Copy,Delete,dan Properties.Dalam menu Properties cuma ada informasi tentang fail,checkbox untuk Can Read,Can Write,dan Hidden tapi malangnya tetap tak boleh diubahsuai propertiesnya samada mahu check atau uncheck.

Dalam Smart FileMan,ini adalah senarai perkara yang boleh dilakukan terhadap fail-fail yang terkandung dalam handphone Symbian S60.

 

OPERATIONS SEND VIA MARK
-Copy(*) -Send via Infrared -Mark
-Cut(#) -Send via Bluetooth -Unmark
-Paste(0) -Send via email -Mark all
-Rename -Send via MMS -Unmark all
-Properties(5) -Invert selected
-New Folder SORT  
-Delete -None MISC
-Set Attribute -Name -Infrared On
-Add shortcut -Extension -Settings
-Add to pinboard -Size -About
-Open with -Data -Add to ‘Go to’
  -Type -Register Info
FIND -Descended  
-Advance find -Folder first  
-Find    

 

Best bukan?Semuanya dapat kita akses sama macam komputer dirumah.Aplikasi yang bersaiz 49kb itu rupanya satu sistem yang sangat aku harapkan wujud untuk platform moden sekarang.Bukan sahaja pembangun aplikasi mesti buat satu software sebaik Smart FileMan,pembuat-pembuat smartphone juga harus sedar bahawa terdapat segelintir pengguna yang tidak cukup jika hanya dihidangkan ‘menu biasa’ sedangkan potensi sebenar smartphone tersebut jauh lebih besar.Kepada developer Smart FileMan,terima kasih kerana menghasilkan aplikasi yang sangat baik dan percuma.