Sejak dari pukul 1 tadi aku mengadap PC tapi haram idea tak keluar.Cisss betul.Bukan apa,ranking Alexa dah makin meningkat,dah masuk 5hb Mac,baru ada empat entri.Susah beb nak menaip ni.Kekadang ada cerita menarik pun,dah ramai orang lain tulis.Nak pulak full time blogger,rancak la mengupdate blog,habis berita panas diorang sapu dulu.
Bulan ni busy betul dengan kerja.Kerja kat department sendiri tak cukup,pergi assist department lain pulak.Takpelah,janji masyuk…Rezeki tahun ni agaknya,banyak order masuk.bak kata ex-boss aku,ini kita panggil positive pressure.memang pressure tapi good for companylah.Terlebih santai kang mana nak cekau duit bayar gaji staff?
Cabaran kerja syarikat bukan kerajaan ni macam nilah,ada risiko.Tak ada pilihan untuk gagal.Sesekali teringin kerja dengan government,tak payah fikir gaji tak masuk ke,payah nak buat loan ke…masuk ofis log-in Facebook sampai petang,cukup pukul 5,celup punchcard.24 haribulan dah tentu ada gaji dalam akaun.Agak-agak nak sambar kereta,loan confirm approve.Tak cukup jugak,apply personal loan.Senangnya hidup kerja gomen…Ini pendapat aku je yang tak tau macamana situasi kerja dengan gomen.Kecuali kerja enforcement,mungkin sesekali kena kerja lebih masa.Tengok pada bidang kerja juga.
Takde idea punya pasal,memang merapu habis entri ni,haha!Ada satu benda jugak aku nak share dengan korang.Itupun kalau korang gunakan handphone Sony Ericsson.Sebenarnya korang boleh gunakan hanphone Sony Ericsson korang untuk hack IPhone kawan korang..Softwarenya boleh download kat sini…
Acah je,haha!Tak lawak ek?Sori……sebenarnya aku nak bagitau yang smartphone Sony Ericsson Aino U10i aku dah rosak.Aku mula pakai dari 21/12/2010 dan perlahan-lahan Aino tu mula mereng sejak dua minggu lepas.Lebih kurang satu tahun dua bulan je jangkahayatnya.Aku mula perasan yang touchscreennya tak berfungsi masa audit ISO22000.Memula aku ingat skrinnya tak berfungsi sebab aku pakai nitrile glove,rupanya memang dah tak boleh bagi respon.Selang dua hari lepas tu,function lain pulak tak berfungsi.Aku nak cakap pun susah function tu.
Bila handphone kita tak digunakan(slider diturunkan),skrin akan padam dalam beberapa saat.Apa yang berlaku kat handphone aku ialah skrin tak mau padam langsung sampailah bateri habis.Tekan button power pun tak jadi apa-apa dah.So,bila aku tutup slider untuk simpan handphone dalam poket,bateri akan habis dengan cepat.Bila slider dinaikkan,masalah ni tak berlaku.
Aku cuba master reset tak boleh,update software pun tak boleh.Solution lain hantar kedai?Rasa malas dah nak menengok handphone ni.Sebelum beli Sony Ericsson ni pun aku biasa tengok handphone adik aku yang cepat barai.Softwarenya tak bagus,unstable.manja pulak tu.Mungkin virus kot?Tak macam Nokia N70 lama aku.Memang kalis peluru betul.Sampai la ni pun elok lagi,cuma bateri je kena ganti baru.
So,lepas ni aku tak akan beli Sony Ericsson.Harap-harap tengah tahun ni bonus cukup untuk beli sepasang Samsung Galaxy S II.Rasa macam nak beli Galaxy S III dengan Android Ice Cream Sandwich tu,tapi belum keluar lagi.Harga pun sure lebih dari 2.6k.IPhone 4s pun best,cuma entahlah,macam ramai sangat pakai je,hehe!