Khamis, 12 Januari 2012

Peserta Raja Lawak Musim 6


Dulu aku tak minat rancangan Raja Lawak ni.Sebab dulu aku rasa macam takde pekdah je.haha!Memang aku tak pernah tengok langsung,sorang pun aku tak kenal.Aku mula kenal pelawak Raja Lawak dalam program Maharaja Lawak.Masa tu lah baru aku tau layan benda lawak ni bagus juga.Hadap benda serius hari-hari pun muak ye tak?Lagipun dulu sebenarnya aku takde Astro..........Wuuuuu!!
So,untuk Musim ke-6 ni aku nak tengoklah jumpa ke tidak raja lawak dalam Malaysia ni.Semalam aku tengok ujibakat serata Malaysia,macam-macam pesen manusia.Uji bakat tu tak salah,tapi yang datang tak buat preparation,skrip lupa,pegi bantai menari pun ada.Ingat program Sehati Berdansa ke hapa.Cemana pun adalah jugak yang berjaya menambat hati juri.Aku tak tau pulak bila program ni start,tau-tau je dalam website Astro dah ada ranking undian.Kedudukan terkini 12 kumpulan/peserta raja Lawak 6 :

1.Ketupat  27%
2.Riki   26%
3.2Yol  12%
4.Gman  10%
5.Selak  9%
6.Albob  6%
7.Skema  5%
8.Shiro  4% 
9.Cuit  1%
10.King  1%
11.Zero  0% 
12.Kodan  0%

Para pengajar diketuai oleh Ahmad Idham sebagai Cif Besar,dan dibantu oleh Tauke,Yus dan Angah sebagai Cif Kecil.Pengacara macam biasa,Jozanlah,siapa lagi.Pecah perutkah korang nanti?Kita layankan ajelah ye?

Nak Tambah Dah Tak Boleh


Jumlah blog yang aku follow ada 320.Bila aku nak add lagi,keluar macam ni pulak?Macamana nak buat yek?Nak stop following tak sampai hati pulak,tapi ada jugalah beberapa blog yan aku stop following sebab dah tak wujud ataupun entri terakhirnya raya puasa tahun lepas.
Nanti kalau ada follower aku yang cakap'follow kita balik ya?',cmana nak buat tuh?Dah tak boleh dah ni haaa!


Apa?Tension?
Chill-lah!Jom belek gambar-gambar menarik untuk dilihat.jangan tengok saja,cuba kita fikirkan kisah atau cerita disebalik gambar-gambar ni.Gambar santai untuk hari ini ialah:

Cuba teka apa benda yang tutup no plet kereta ni?

Tiada lagi radiasi punca barah otak

Kalau tomyam pakai kobis bunga warna ni ok tak?





Poster Kempen WWF

Poster kempen WWF yang kreatif!

Klik untuk besarkan gambar
Sekali imbas,gambar hutan hujan yang dilitupi lumut diatas memang cantik tanpa kita sedar apa yang tersembunyi disebaliknya.Sebenarnya:

Tersembunyi disebalik gambar tu adalah haiwan-haiwan yang terancam akibat penebangan hutan.Poster ni bukanlah dicipta untuk bermain 'cari barang tersembunyi'.Maksud tersiratnya ialah,bila hutan ditebang dan pokok tiada,tanpa kita sedar sebenarnya haiwan-haiwan ni pun akan hilang sekali.
Orang utan,sloth dan gorila tu memang kita tahulah statusnya yang memang terancam.Tapi aku tak rasa wild hog tu terancam.Bebaru ni aku tengok dokumentari Man vs. Wild;Malay Archipelago,Bear Gryll tunjuk teknik survival kat sebuah pulau antara Sabah dan Filipina.Pulau tu kecik je tapi memang terpencil.Walaupun jauh dari tanah besar,ada babi hidup kat pulau tu.Dasat betullah.Korang rasa macamana boleh ada babi hutan kat situ?

Sumber DailyMail

Rabu, 11 Januari 2012

Acura NSX Hybrid

Semua peminat automotif tahu Lexus adalah jenama mewah Toyota untuk menerokai pasaran US.Honda tidak ketinggalan dengan jenama Acura untuk bersaing disana.Tahun 90-an,Honda pernah mengeluarkan sebuah kereta sukan dengan layout mid engine dan dipadankan dengan pacuan belakang.
Sehingga sekarang kereta NSX diiktiraf oleh peminatnya sebagai kereta eksotik yang paling berbaloi dimiliki.Walaupun jantungnya hanya 3.0 V6 270hp,NSX menawarkan keseimbangan antara keseronokan memandu,kuasa dan nilai wang.Tahun 2002,NSX menjalani pembedahan kosmetik iaitu lampu pop-up digantikan dengan lampu HID dan talaan suspensi.
Acura Amerika mempamerkan konsep Acura NSX di Detroit Auto Show 2012 yang dijangka akan diproduksi pada 2015.Model konsep ini akan mengadaptasi teknologi inovatif Sport Hybrid SH-AWD(Super Handling-All Wheel Drive) yang dibangunkan oleh Honda R&D Amerika dikilangnya di Ohio.
Masih lagi mengekalkan bahan-bahan ringan dan susunan enjin V6,NSX baru akan turut dipacu oleh 2 motor elektrik yang dilengkapi bilateral torque adjustable system yang berfungsi untuk mengawal tork positif atau negatif ketika melalui selekoh.Enjin V6 barunya akan berharmoni dengan sistem transmisi dual clucth untuk pecutan optimum.
Kebanyakan pengeluar kereta prestasi tinggi menumpukan pada penghasilan kuasa kuda besar,Honda tetap berpegang pada matlamat untuk menghasilkan kereta yang seimbang dari segi kuasa dan berat disamping menekankan kepada penjagaan alam sekitar.