Selasa, 22 November 2011

Terbaik Dari Pasukan Malaysia Bawah 23

Mukadimah cerita untuk pagi ni pastinya kisah kejayaan Pasukan Bawah 23 Malaysia yang berjaya meraih pingat emas Sukan SEA malam tadi selepas menewaskan Indonesia 4-3 dalam penentuan penalti.
Sejujurnya sebagai penonton dan juga penyokong pasukan Malaysia,perlawanan malam tadi sangat 'meresahkan' kerana kekuatan pasukan kelihatan seimbang.
Sebenarnya permainan mampu ditamatkan tanpa perlu tambahan masa,sebab Malaysia memiliki peluang terbaik beberapa kali.Sekiranya Fakhri Shaarani bermain dengan lebih cermat dan tenang depan pintu gol lawan,tak mustahil Malaysia boleh menang dengan dua atau tiga gol.
Apapun segalanya dah berakhir dan hasil perit jerih bermain 120 minit,membuahkan hasil yang membanggakan.Pujian untuk semua pemain yang berusaha keras dan paling membanggakan,prestasi penjaga gol Khairul Fahmi yang bermain dengan sangat baik,menyelamatkan gawang beberapa kali ketika permainan berlangsung.

Image from Tempo Interaktif
Bermain penalti sememangnya kelebihan untuk Khairul Fahmi.Beberapa kali beliau dapat membaca arah sepakan pemain Indonesia.Sekali lagi pasukan Malaysia mengecewakan harapan jutaan rakyat Indonesia yang ternanti-nanti pingat emas yang dianggap paling bernilai dalam temasya sukan SEA kali ini.Mmemetik kata-kata Menteri Olahraga Indonesia,Andi Alfian Malarangeng,"Kita memang juara umum SEA Games,tapi kalau sepak bola kalah,seperti makanan tanpa sambal".

Tahniah pasukan Malaysia!

Isnin, 21 November 2011

Mujur bawak laptop,tak la boring sangat malam ni.Siang tadi rasa macam nak tidor je,maklumlah makan kenduri kemain jauh sampai ke Melaka.Lepas makan,terus gerak balik,bukan balik rumah.Singgah Teluk Kemang,check-in PNB Ilham Apartment.Kejap tadi (8.00pm),ada majlis resepsi kawan wife aku yang diijabkabulkan dengan seorang kapten tentera.
Majlis penuh istiadat ketenteraan diadakan di Tiara Beach Resort.Walaupun agak meletihkan dan penuh protokol,itulah pengalaman pertama aku menghadiri majlis perkahwinan seorang anggota tentera yang berpangkat.Dari jam 8.00pm sampai 10.30 baru selesai.majlis diiringi alunan muzik dari band apa tah aku pun tak tau nama,(tapi musik+suara sedap),pengantin diiringi dengan enam anggota tentera berpedang.
Nak menunggu makan punyalah lama,tunggu VIP merenjis lagi.Aku dah mati akal sebab duduk semeja dengan kengkawan pengantin perempuan yang belajar di Dublin,Ireland.Semuanya doktor gamaknya,muka yang lelaki semuanya suci bersih.Muka aku je paling ganas agaknya.



Sabtu, 19 November 2011

Gelak Pagi Sabtu

Amacam Maharaja Lawak Mega Minggu 4?Malam tadi aku rasa kebanyakan kumpulan punya persembahan sangat bagus terutamanya Kumpulan Boboi dan Osbon .Sakit pipi gua gelak.Pagi ni buka Youtube layan kat situ,bantai gelak lagi.Pastu tah macamana terserempak video ni pulak.Ada tiga siri,paling gua suka Part 3.

Layannn!

Jumaat, 18 November 2011

RM 47,500,000,000,000.00

Jadual Perlawanan EPL Minggu Ini

Pertamanya,tahniah untuk skuad bimbingan Ong Kim Swee atas kemenangan tipis 1-0 mengatasi Indonesia dalam perlawanan peringkat kumpulan semalam.Sekiranya Izzaq mempunyai penyudah yang baik,pastinya Indonesia malu besar.
Minggu lepas tak ada perlawanan EPL,kebanyakan pemain bermain untuk negara masing-masing.Kedudukan tangga liga masih didahului Manchester City,kedua Manchester United,dan ketiga Newcastle.Chelsea dan Tottenham mempunyai pungutan mata yang sama,cuma Tottenham kekurangan satu perlawanan.Begitu juga Liverpool dan Arsenal,mengutip 19 mata dari 11 perlawanan.
Dua perlawanan yang dijangka menarik hujung minggu ini,Sabtu,Manchester City bertemu Newcastle United dan hari Ahad,Chelsea melayan pasukan The Reds.Perlawanan lain sepanjang hujung minggu adalah seperti berikut:

Sabtu,19 November 2011

Norwich City  vs. Arsenal (1-2)
Time : 8.40pm
Channel : 812/832

Stoke City vs QPR (2-3)
Time : 10.30pm
Channel : 817/831

Everton vs. Wolves (2-1)
Time: 10.55pm
Channel : 813

Manchester City vs. Newcastle (3-1)
Time : 10.55pm
Channel : 812/832

Ahad,20 November 2011

Sunderland vs. Fulham (D) (0-0)
Time : 2.00am
Channel : 813/832

West Bromwich Albion vs. Bolton (D) (2-1)
Time : 4.00am
Channel: 817/831

Swansea vs. Manchester United (0-1)
Time : 1.15am
Channel : 817/831

Chelsea vs. Liverpool
Time : 23.00pm
Channel : 817/831

Selasa,22 November 2011

Tottenham vs. Aston Villa
Time : 3.55am
Channel :812/832