Rabu, 2 November 2011

Mentaliti Kita;Statistik Kemalangan dan Jumlah Kenderaan

Data tentang statistik kemalangan jalanraya ni aku dapat dari laman web MIROS.Aku ambik data dari tahun 2006-2010 sahaja.

Tahun     Jumlah Kenderaan Berdaftar         Jumlah Kemalangan    

2006      15,790,732                                   341,252
2007      16,813,943                                   363,319
2008      17,971,901                                   373,071
2009      19,016,782                                   397,330
2010      20,188,565                                   414,421

Meh tengok nisbah peratusan kemalangan berbanding jumlah kenderaan.Kalau kita rujuk angka jumlah kemalangan,memang setiap tahun meningkat.Lepas dikira:

Tahun           Peratusan         Kematian           Peratusan
2006               2.15%            6,287                 1.842%
2007               2.14%            6,282                 1.729%
2008               2.05%            6,527                 1.749%
2009               2.045%          6,745                 1.697%
2010               2.03%            6,872                 1.658%

Dah nampak sekarang?Peratusan kematian adalah berdasarkan nisbah antara jumlah kemalangan yang direkodkan  dan jumlah kemalangan maut.Jelas kat sini sebenarnya kemalangan berkurangan,tapi di'serap' oleh kuantiti kenderaan yang semakin meningkat.Logik akal tak benda-benda ni?
Bukan apa,kekadang aku rasa macam mustahil kita dapat kurangkan kemalangan dengan keadaan jalanraya dan pertambahan kenderaan kat Malaysia ni.Sambil-sambil driving/menunggang,kita perhatikan sekeliling.Berapa ramai pemandu yang tak reti guna signal,tengok side mirror,guna lorong kecemasan?Pasni jangan sebut la pasal ops sikap ke,enforcement ke,sebenarnya mentaliti pemandu-pemandu kita yang kena diubah.Malangnya part tulah yang paling impossible,walaupun mungkin makan masa puluhan tahun.
Paling bebal,kemalangan dikaitkan dengan jenis kereta tertentu.Bukan semua orang cakaplah,tapi ada.Tak caya,baca komen dalam blog PaulTan.Asal keluar model baru,sibuk tanya crash test video la,konon-konon selalu jumpa kereta yang sama eksiden la.
Kalau aku kerja dengan Miros,dah lama aku buat statistik jenama-jenama kereta yang terlibat dalam kemalangan.Sambil-sambil aku tunggang motor pun aku kira kereta jenis apa yang suka potong emergency lane.Pendek kata dari pemerhatian aku,pemandu bangang tak mengira jenis kereta.Kereta jenama lain-lain,tahap bebal sama saja.
Korang setuju tak?






Australian Electric Sprinter;Varley EVR450

Pernah dengar jenama kereta Varley?Aku pun tak pernah dengar,dari Australia pulak tu.Mat-mat kereta Australia biasanya pakai jenama Holden selain dari kereta Jepang.
Sekarang makin rancak pulak pengeluar kereta mengeluarkan kereta sport elektrik,termasuklah sebuah syarikat dari Australia ni.Varley Electric Vehicles anak syarikat Varley Group,sebuah syarikat yang dahpun berusia 125 tahun.


Rekaan tipikal kereta sukan,tapi check this:pecutan 0-100km/j dalam masa 3.8 saat dan pecutan maksimum 200kmj dengan limitasi elektronik.Digerakkan dengan dua motor elektrik Ultramotive yang dikuasakan oleh bateri Li-Ion,motor elektrik ni menghasilkan kuasa total sebanyak 300kW dan daya kilas 1044Nm.
Jarak perjalanan sejauh 150km dan pilihan extended-range battery pack membawa kereta sejauh 300km.Kereta ni akan mula dijual tahun depan pada harga AU$200,000.

*Sumber CarAdvice

Selasa, 1 November 2011

Panasonic Lumix LX3

Apakah kamera ini?

Ni kamera kompak Panasonic Lumix LX3 yang sempat aku godek-godek sebelum adik aku ke China.Siri LX tak sama macam siri GF yang boleh ditukar-tukar lens.Beza harga pun sangat jauh.Aku pernah tengok kamera digital kompak swappable lens jenama Olympus dengan tag harga RM22xx.Mahal gila.Yang ni murah sikit,around 1k je.
Aku ni tak tau sangat nak cerita bab gadget terutamanya kamera ni.Cuma boleh share apa yang aku dapat bila uji kamera ni.Memula tengok spec dulu,tapi banyak sangat kalau nak ditaip,so baca jelah kat sini .





Mengikut keterangan dalam laman web Panasonic,katanya "Conversion lens compatibility:Yes".Tak taulah macamana nak tukar,terlebih godek kang tercabut pulak lensnya.Tapi dalam aksesori memang ada pilihan untuk tambah wide angle lens.Itu saja.
Ok,dari segi luaran nampak kemas dan hensem jugak kamera ni.Nampak macam tak ada flash light bukan?Sebenarnya ada,cuma tersembunyi dengan cantik.Posisi butang untuk keluarkan lampu flash betul-betul dekat dengan jari telunjuk kiri bila kamera dipegang.Juga disediakan hot-shoe untuk external flash.
Ada dua warna pilihan,satu lagi silver.Sebelum amik gambar,kena tune dulu,tapi kalau nak mudah,pusing je dial kat atas.Pilih la memana intelligent setup yang ada.Nak cuba-cuba eksperimen memacam setup pun senang,tapi kena study sikit lah,tak boleh semberono jugak.
Apa-apa kamera pun,aku paling suka main gambar makro.Tapi dengan kamera ni bagi aku,macro zoomnya tak cukup close up.Entah apa setting yang tak kena agaknya tu.Untuk high speed subject,kamera ni ada pilihan shutter speed  sampai 1/2000sec.Asalkan cahaya cukup,gambar mesti cantik.Satu lagi,kamera ni dilengkapi lampu assist AF(Auto Focus).Lampu merah ni bagi aku annoying,biasa aku offkan je,hehe!
Lain-lain lebih kurang sama dengan kamera digital yang terdapat dipasaran,prinsipnya senang digunakan.Just snap!snap!,tak payah serabut kepala.Sebagai asas ke peringkat fotografi yang lebih tinggi,boleh la belajar dengan kamera macam ni dulu.Apa itu aperture,shutter speed,exposure,ISO,dan sebagainya.Banyak lagilah pelajaran mengambil gambar cantik ni.Belajarlah dari orang yang pakar dalam bidang ni.
Gambar yang cantik tak semestinya datang dari kamera SLR mahal.Kamera apa pun dipakai,yang penting teknik kena ada.Aku tak pakar bab kamera ni,sembang lebat aku pandai la,haha!

Terinspirasi Atau Meniru?

INDONESIA
Ditubuhkan pada 7 Julai 2007.



Logonya?

Bajakan dari Phytes Biotek Sdn.Bhd,Shah Alam,Malaysia.Ditubuhkan pada Februari 2002.Gimana donk?


Phytes Biotek sdn Bhd

Isnin, 31 Oktober 2011

RVP:The Flying Dutchman & Juara Piala Malaysia


Liga Perdana Inggeris


Pertembungan antara Arsenal dan Chelsea Sabtu lepas di Stamford Bridge menghasilkan keputusan diluar jangkaan peminat-peminat bolasepak.Sebanyak lapan gol terhasil dalam perlawanan dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris yang dimenangi Arsenal yang mencatat keputusan 3-5.
Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh penyerang yang masih berbisa,van Persie dengan hatrik,Andre Santos dan Theo Walcott.Manakala gol Chelsea dijaringkan oleh Frank Lampard,John Terry dan Juan Mata.
Walaupun jangkaan ramai perlawanan berkesudahan seri atau home win oleh Chelsea,bolasepak sememangnya sukar diramalkan.Tamat separuh masa pertama,Arsenal ketinggalan 2-1 selepas John Terry menjaringkan gol kedua Chelsea sebelum masa pertama hampir tamat.Arsenal bangkit mendahului dengan jaringan Andre Santos dan Theo Walcott,yang kemudiannya disamakan oleh jaringan Juan Mata.
Van Persie muncul penyelamat dengan dua lagi jaringan,jaringan kelima dimanfaatkan selepas John Terry terjatuh dan seterusnya van Persie tenang memperdayakan Petr Cech.
Secara peribadi,keputusan Arsene Wenger menurunkan Andre Santos adalah langkah yang bijak untuk menghadapi Chelsea.Seorang pertahanan yang rajin dan mampu menjaringkan gol.Keduanya,perubahan 'sikap' Gervinho yang semakin matang.Diawal-awal musim,Gervinho agak semberono walaupun bijak mencari ruang,sedangkan peluang jaringan terhasil lebih cerah sekiranya bola dihantarkan kepada van Persie.
Ketiga,dengan jumlah pemain baru yang dibeli agak ramai musim ini,keserasian masih belum terbentuk diawal musim.Kesan positif sudah mula kelihatan dan harapnya berkekalan untuk menghadapi saingan Liga yang semakin kompetitif selepas kemunculan kelab Manchester City yang sehingga kini masih belum tewas.
Kelibat Thomas Vermaelen bermain untuk minit-minit akhir menandakan beliau sudah pulih dari kecederaan,satu berita baik selepas kehilangan Bacary Sagna dalam tempoh yang agak lama.
Kedudukan masih belum berubah memandangkan Manchester United,Tottenham,Manchester City dan Liverpool menang keatas lawan masing-masing.

Piala Malaysia

Gerombolan peminat-peminat Terengganu pulang hampa semalam selepas Terengganu tewas 1-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam semalam.Kemenangan berpihak kepada pasukan Negeri Sembilan hasil jaringan Kunnanlan dan Hairudin Omar.Terengganu berada di kedudukan agak selesa selepas mendahului satu gol,tetapi kelalaian Sharbinee Alawi melepaskan gol mudah menyebabkan Negeri Sembilan lebih bersemangat dan bermain dengan lebih baik.
Gol pertama Negeri Sembilan hasil rembatan jarak jauh S.Kunnanlan sepatutnya mampu ditangkap kemas oleh Sharbinee,tapi sebaliknya bola terlepas dan beliau terkapai-kapai menyelamatkan keadaan.Malangnya sudah terlambat.
Dilihat secara kasar,permainan Negeri Sembilan lebih terancang berbanding Terengganu yang cuba bermain hantaran bola jauh,malangnya kebanyakan hantaran tidak tepat dan hilang fokus.Keadaan bertambah buruk selepas kedudukan 1-1,Negeri Sembilan lebih banyak mendominasi bola.
Apapun tahniah untuk Terengganu kerana melangkah ke pusingan akhir,dan untuk Negeri Sembilan,pasukan anda layak menjulang Piala Malaysia.Tahniah skuad Jang!