Skang Nuffnang dah antar emel pasal Asia Pacific Blog Award yang bakal berlangsung Disember nanti.Dalam ramai-ramai blogger kat Malaysia ni,kalau tak salah 500 blogger akan dijemput memeriahkan award ni nanti.
Undian bermula 24 Oktober 2011 sampailan jam 11.59pm 2 November 2011.Ada 10 kategori termasuk award Blogger of The Year.Undi kat sini .
Sedih sebenarnya bila baca email Nuffnang ni.Macam perli gua je..Haha!Blog macamana yang bakal diundi nanti agaknya?Apakah kriteria yang bakal jadi penentu untuk ditabalkan sebagai blogger terbaik?
Blog yang ramai peminat?Blog kelakar?Blog yang visitor puloh riban sebulan?Blog awek cun?Abang hensem?Mesti la yang POPULAR.Blog best kalau orang tak pernah baca pun masalah jugak.
Macam-macam pesen blogger ni...Gua belek-belek kategori yang ada,tak de satu pun yang sesuai untuk gua undi blog gua sendiri sebab tak layak,haha!Korang pilih la baik-baik blogger untuk setiap kategori yang dipertandingkan.Title Blogger of The Year ni bukan senang.Blogging ni macam main autoshow Malaysia kot.Kadang-kadang ada yang ok,kadang-kadang takde seni,lari konsep.Yang ada,bodykit melengkung-lengkung tahpape,rim ayam,bulu-bulu celah tayar...Dah lari maksud Autoshownya.Sama la macam blogging.
Jangan lari tajuk baii..citer pasal blogger award ni.Harap blogger semua pilih yang TERBAIK.Bukan senang,berlambak blog dalam Malaysia ni,nak kena review sebijik-sebijik,baru boleh jumpa blog terbaik.Pilihan dikeyboard korang.Trimas!
Selasa, 25 Oktober 2011
Mak Pesan Jangan Jadi Keldai Dadah
Aku cari gambar keldai dadah,tapi banyaknya tak berkenaan dengan apa yang aku nak.Rembat jelah gambar keldai ni.Sebab malam semalam aku tertengok iklan kat TV pasal keldai dadah.Ada benda yang aku nak cerita.
Tau apa keldai dadah kan?Keldai tak pandai check in kat air port,heret luggage dan sebagainya.Kan selalu keluar dalam berita kes keldai dadah(mostly pempuan) yang kantoi.Job senang,bawak barang(dadah la biasanya) ke destinasi yang ditetapkan.Bayaran 5k-10k satu trip.Senang je jobnya,tapi kalau sangkut,tali gantung la.
Kaitan keluarga aku dengan cerita keldai dadah ni sebenarnya bebaru ni je timbul.Tapi agak lawak sebenarnya.19 Oktober lepas adik lelaki aku berlepas ke Hangzhou,China dengan penerbangan Air Asia dari LCCT ke Xiaoshan International Airport atas urusan kerja.
Tak jauh,lebih kurang 5 jam dah sampai.Sebelum ni pun dia dah bagitau mak aku yang syarikat dia tugaskan dia ke sana selama 3 bulan.Tapi mak aku buat macam tak endah jela,sebab tak pernah ada history anak dia ke oversea.Sehari dua sebelum berangkat,adik aku call mak aku kat kampung.
Sembang-sembang la kejap dengan mak aku.Yang kelakarnya mak aku tanya betul ke dia ke China atas urusan kerja.Mak aku risau dia jadi KELDAI DADAH,(kitorang dah gelak kuat-kuat).Siap pesan jangan ambik barang dari orang yang tak dikenali.
Ayoooo maa...jangan pikir itu macam.Kitorang dah matang dan tak desperate untuk buat kerja bangang tu.Kompeni adik aku ni memang kerap hantar staff ke sana.Memandangkan adik aku bujang lagi,dia senang bagi komitmen berbanding yang dah kahwin.
Selalu tengok TV kan,keldai dadah ni biasa perempuan yang jadi mangsa.Sindiket dari Iran ke,pak awang itam nigger ke...Tulah mak aku,bila dibagitau buat tak dengar je.Betul-betul nak berangkat dia dah cuak.
Satu kes budak Kelantan yang kena penjara kat China tu,apa tah nama dia.Rupanya classmate wife aku.tah macamana boleh terperangkap jadi keldai dadah.
Isnin, 24 Oktober 2011
Crash Test Kasi Hancur
Crash test 40mp/h?Sama dengan 64km/j.Kat Malaysia depan sekolah pun bantai 80km/j.Meh tengok rupa kereta Ford jadi roti canai lepas crash test 120mph.
Alex Ferguson Tertelan Gula-Gula Getah
Amacam 'derby' semalam?Hehehe!
Jangkaan aku sedikit tersasar.Aku yakin Manchester City mampu menewaskan Manchester United di Old Trafford cuma tak menjangka keputusannya 6-1.Johnny Evans dikenakan kad merah memburukkan lagi permainan Manchester United.Persembahan Manchester City?Superb!
Sedikit kelegaan untuk Arsene Wenger bila dapat tiga mata penuh dengan jaringan Gervinho dan dua jaringan van Persie ketika melayan kunjungan Stoke.Kedudukan Arsenal meningkat dari tempat ke-10 minggu lepas,dan tempat ke-7 minggu ini.Minggu depan,Arsenal bertemu Chelsea di Stamford Bridge yang kehilangan Drogba dan Bosingwa.Bukan injured,tapi dikenakan straight red card ketika menentang QPR.Dan Chelsea tewas 1-0 dengan bermain 9 pemain.
Liverpool hilang dua mata berharga selepas seri 1-1 dengan Norwich City.Tottenham maintain,menang 1-2 keatas Blackburn,dan Newcastle bernasib baik,1 gol menjamin 3 mata.

Ahad, 23 Oktober 2011
Transformers 4???
Transformers 4:Rise of Galvatron
Robot 'jahat' nampaknya belum habis...Akan datang 2013 nanti.
Robot 'jahat' nampaknya belum habis...Akan datang 2013 nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)