Opss!Maksud tajuk entri ni setahun sekali aku merepek.Lupa plak yang
blog5zal ni dah berusia lebih setahun.Tak sangka aku masih rajin lagi nak menaip walaupun dah takde internet dirumah.Walaupun masih diupdate,frekuensinya agak berkurangan dengan ketara,maklum sajalah,komputer syarikat.Sepatutnya last week lagi aku nak post entri ni,tapi power down pulak.Terpaksa postpone ke hari ni.
Insyaallah bila ada rezeki lebih,aku akan adakan semula Internet dirumah aku.Mengenang balik blog ni setahun dulu,aku semangat giler nak update.Kalau tak salah aku,bulan Ogos tahun lepas aku dapat buat 33 entri.Habis rajin la tu.Takkan hari-hari aku nak menaip hal diri aku,hal aku pergi minum teh tarik,hal pergi pasar dan yang seumpamanya.
Artikel
Sejak bulan Julai 2011,setakat ni ada sebanyak 257 artikel rajin,suam-suam kuku dan yang malas pun ada.Tak termasuk entri yang aku tak publish,kadang-kadang rasa macam tak sesuai nak publish.Ceritanya biasalah berkisar tentang minat aku terhadap kereta,teknologi,isu luar negara dan sejarah.Tidak sesekali aku melibatkan diri dalam arena politik negara.
Kadang-kadang gua panas telinga jugak.Bebudak kilang gua selalu menceritakan kebaikan pembangkang.Masalahnya jiwa gua tak rasa pembangkang tulus.Gua admit dominasi kerajaan sekarang sangatlah membebankan rakyat dalam sesetengah perkara(tak semua ya,harap maklum).Tapi gua rasa pembangkang lagi teruk.Macam tu nak ambilalih tampuk pemerintahan negara?Alamatnya tergadai negara,dah banyak sangat pakai duit NED(National Endowment of Democracy).Ape,ingat Amerika bagi duit free ke?Tentu ada udang sebalik batu.
Nak sokong P*S?Pun sama,2x5.Barisan pemimpinnya aku tak nak komenlah,yang pengikut tegar ni memang tak boleh blah.Pakai serban,jubah kopiah tak lekang.Tapi bila bercakap macam tak pernah belajar agama,orang hulur duit laju je ambik.Gua dah tak percaya la dengan wayang kopiah ngan jubah ni.Skarang akhir zaman,semua orang pandai cakap pasal agama.Kena faham maksud tersirat gua.Senang cerita takde parti politik dalam Malaysia ni yang betul-betul menepati apa yang gua nak.
Statistik
Setakap cukup makan aje,tapi tetap ada peningkatan.
Bulan Mei jatuh dengan teruk sebab masa tu aku sibuk dengan urusan kahwin,lepas tu kembali meningkat perlahan-lahan.Kesimpulannya,bolehlah!
Followers
Pertamanya,terima kasih untuk blogger-blogger dan orang perseorangan yang sudi mengikuti blog ni.Sambil-sambil follow,dah tentu dapat tau apa post terbaru aku.Jumlah setakat ni taklah macam blogger hardcore,cukup untuk aku rasa masih ada orang diluar sana yang sudi membaca artikel tulisan aku.Ditambah pulak dengan ke'jarang'an aku mengemaskini.
Pageviews
Setakat ni jumlah pageview aku berjumlah hampir 40,800 sahaja.Terasa betapa keciknya blog5zal ni di dunia maya.Untuk orang glemer,entri dua perenggan pun riban-riban pageview.Nak buat macamana,kena jadi glemer dululah.
Template
Sebenarnya mata aku dah naik muak tengok template sekarang ni,tapi malas nak usik-usik.Gambar sebelum ni pun aku dah remove.Nanti ada pulak orang rasa menyampah tengok muka aku yang ditampal atas muka Jay Chou kat poster filem Initial-D.Belum ada idea menarik lagi macamana nak design template ngan header baru.
Inilah hasil usaha aku selama setahun,walaupun jauh lagi dari tahap all out ianya tetap membuat aku hepi menulis.Kekadang aku emosi dalam penulisan tapi sebenarnya aku bukanlah orang yang serius sangat.Emosional tu datang bila aku tak dapat lepaskan ke tempat lain,so ianya diterjemahkan dalam bentuk penulisan.Ok lah,mata gua dah stim.Semalam ngantuk driving dari kampung.Malam kang nak makan serawa durian mak aku buat semalam.