Khamis, 30 Jun 2011

Fakta mengenai Masjid Sheikh Zayed:

1.Pembinaan bermula pada 5 November 1996 dan siap pada penghujung 2007.
2.Seramai 3000 pekerja dan 38 syarikat kontraktor terlibat.
3.Pelbagai negara terlibat untuk membekalkan kepakaran dan bahan binaan seperti Austria (kristal Swarovski untuk lampu chandelier),China,Germany(chandelier),Greece,India,Itali(glasswork),Morocco,New Zealand,Turki,UAE,United Kingdom dan juga Malaysia(pemasangan puncak kubah).
4.bahan-bahan binaan yang digunakan termasuklah

Rabu, 29 Jun 2011

Gambar yang Buat Aku LOL Pagi Ni


Memula memang aku gelak sakan,tapi pastu rasa kesian pulak.Wanita ni menaiki bas di bandar Maanshan,Wilayah China Anhui.Akibat kebangangan driver bas yang tak sabar nak bergerak semula,dengan pantas dia tutup pintu bas tanpa menyedari wanita itu belum sempat keluar sepenuhnya.Penumpang lain menjerit dan immediately driver bas berhenti dan membuka pintu semula.


Bas berhenti dan wanita tu cuma mengusap-ngusap lehernya and just walk away.......Kesian amoi ni,huhu!

Images :ChinaPress

Selasa, 28 Jun 2011

Harga Baru Pakej Astro;Semudah Itu Saja?


Oh ya,11 Julai 2011 Astro akan mula menaikkan charge langganan.Surat pun dah dihantar,menerangkan kenapa perlunya kenaikan kali ni.Puncanya selama ni diorang dah absorb banyak kos dan juga peningkatan kos yang aku sendiri tak faham.Sebab aku bukan kerja bidang broadcasting.
Pakej aku sebelum ni berharga RM96++ meliputi Pakej Famili +2 Mini Pakej + Sport + HD termasuk 6% cukai kerajaan.Harga baru sekitar RM102++ tidak termasuk cukai.Tapi Astro pandai,diorang offer pakej lain yang lagi mantap.Diorang offer super pack pulak.Macam ni:

Super Pack 1: RM132.5 incl.tax (Basic Family,Sports,Movies,Mustika,Tayangan Hebat,HD Service,PVR)

Super Pack 2: RM132.5 incl.tax (sama macam Super Pack 1,cuma Mustika dan Tayangan Hebat diganti dengan Maharaja dan Thangathirai)

Super Pack 3:RM164.3 incl.tax (Basic Family,Sports,Movies,New Emperor,Dynasty,AOD(Dragon Pack),HD Service,PVR)

Kelihatannya jimat......

Memandangkan harga pakej aku dah meningkat menjadi RM102++,dah tentu tawaran Super Pack 1 kelihatan sangat menarik.Aku 'hanya' perlu tambah RM30 sahaja.Demi nak mengelakkan rasa 'rugi' dengan pakej lama,perlukah aku menambah RM30 lagi hanya kerana pakej baru tu?Matematiknya simple,pertambahan RM30 dah tentu bagi aku peningkatan bebanan sebabnya bukan semua channel yang dia bagi,menepati selera aku.
Masalahnya bila dioffer dalam bentuk pakej,tak semua rancangan menepati selera kita.Ada yang cakap,kalau tak nak terbeban dengan bil Astro,tak payah la langgan.Masalahnya siaran free macam gampang.Contohnya kat kampung aku,bertahun tengok tv gambar kabur.Siaran TV8 & NTV7 pun tak dapat,kesian kat mak aku.Aku pun pakat-pakat ngan adik beradik ,belikan Astro.Bukan nak berlagak dengan jiran-jiran.Alasannya simple,siaran free hampeh giler.Dapat dia tengok berita pun jadilah,Adik aku boleh la jugak layan National Geographic.
Buat masa ni baik Astro fikirkan macamana nak tingkatkan kualiti.Masalah hujan tak dapat siaran tu dah biasa sangat.HD Channel pun harap gambar jela cantik,subtitle pun takde.Hilang mood nak menonton.Maaflah ya Astro,Bahasa Inggeris tak pandai sangat,kena ada subtitle.
Soal bayaran tak jadi masalah,asalkan setimpal dengan kualiti perkhidmatan.Harga pakej Family Basic masih lagi standard,tapi apa la siaran yang dia bagi.Bukan semua rancangan menarik pun,takkan nak layan Arab Radio & TV.
Bagi aku baik channel tu dalam bentuk individu,tak payah pakej-pakej.Katakan la satu channel RM5 sebulan.Ambik channel yang betul-betul kita nak tengok je.Pakej Family Basic sekarang,korang tengok ke channel ART,Makkal TV& Astro Xiao Tai Yang?

Rossa Dapat Gelaran Diraja

Rossa mana pulak ni??

Ala Rossa penyanyi Indonesia tu.Takkan Scuderia Ferrari Toro Rosso plak.jauh benar bunyinya.Rossa yang berusia 32 menerima gelaran diraja dari Istana Surakarta di Jawa Tengah.

Gelaran yang diterima Rossa ialah Kanjeng Mas Ayu Tumenggung Sri Rossa Swarakaloka.Apa ke panjang sangat namanya.Tak kisah la gelaran apepun,yang penting apesal dia nampak sweet lagi ek?Haha!marah wife aku,sebelum ni dia manjang merajuk bila aku sebut nama Nur Fathia.

Info: Jakarta Post

Lagi-Lagi Hypersonic

Hari tu aku ada cerita pasal pengganti Concorde ,tapi lambat sangat.40 tahun lagi baru dapat berkhidmat.Yang terbaru,dari Hypermach sebuah jet bussiness class bernama Hypermach SonicStar.Perancangannya jet ini akan mula berkhidmat menjelang Jun 2021.


Dikuasakan oleh dua enjin S-MAGJET hybrid gas turbine,jet ini akan mencapai kelajuan cruise Mach 3.1 dan kelajuan maksimum Mach 3.6.Altitud penerbangan setinggi 62,000 kaki.


Spesifikasi:

Maximum cruise speed: Mach 3.6
Long range cruise speed: Mach 3.1
High speed cruising speed: Mach 3.4
Engine : 2x SonicBlue S-MAGJET Hybrid Supersonic 4000-X Series
Thrust: 54,700lb
Wing Area: 1800sq/ft
Landing distance: 4800 ft
Altitude: 62,000ft
Range: 6000 nautical miles
Length: 64 metres

Images & Info: DailyMail