Selasa, 28 Jun 2011

Lagi-Lagi Hypersonic

Hari tu aku ada cerita pasal pengganti Concorde ,tapi lambat sangat.40 tahun lagi baru dapat berkhidmat.Yang terbaru,dari Hypermach sebuah jet bussiness class bernama Hypermach SonicStar.Perancangannya jet ini akan mula berkhidmat menjelang Jun 2021.


Dikuasakan oleh dua enjin S-MAGJET hybrid gas turbine,jet ini akan mencapai kelajuan cruise Mach 3.1 dan kelajuan maksimum Mach 3.6.Altitud penerbangan setinggi 62,000 kaki.


Spesifikasi:

Maximum cruise speed: Mach 3.6
Long range cruise speed: Mach 3.1
High speed cruising speed: Mach 3.4
Engine : 2x SonicBlue S-MAGJET Hybrid Supersonic 4000-X Series
Thrust: 54,700lb
Wing Area: 1800sq/ft
Landing distance: 4800 ft
Altitude: 62,000ft
Range: 6000 nautical miles
Length: 64 metres

Images & Info: DailyMail

Jumaat, 24 Jun 2011

Dilemma of a brother...

I didn't mean to say that I always help my siblings.After traveled to the city and work, I realize a difficulties finding money to support this life.When my father still alive and i need money, I just have to ask from my father.But he understood, to start a life in a city,money is a must.
However, the time has come when my father passed away.At the same time i already have permanent job,even it low-paying.
When my younger brothers started to work, it was my responsibility to make sure they are adequately supported so they can stand on their feet.
But then again, the time has come for me to have a much greater responsibility...a marriage.A responsibility I must bear, but I'm a bit disappointed when they could not understand my new life.I'm not single anymore,and soon maybe i become a father.
With my income just barely enough to pay house rent, car,bills, i can say no remaining salary left.I'm so lucky my wife is willing to help.
At the same time I don't have the heart to disappoint them.Is that all brothers in the world experiencing what I feel right now?A neverending dilemma,between my siblings hope and someone i really love...

Khamis, 23 Jun 2011

Satu Hari Di China


Beberapa hari lepas di Beijing ,China.
Seorang budak 3 tahun terselit dicelah air-cond selepas terjatuh dari tingkat....aku dah lupa,haha!Mujur dia tersangkut,kalau tak,dah jadi pizza daging kat atas simen.


Yang ni pulak baru terjadi di Tengzhou,wilayah Shandong,China.Budak berumur 4 tahun tersangkut di grill tingkap rumahnya yang berada di tingkat tiga sebuah apartment.Dipercayai budak tu memanjat tingkap untuk melihat suasana luar dan tiba-tiba terperosok lalu tergantung selama kira-kira 20 minit.

Jiran-jiran prihatin memegang tilam 
Menurut jiran-jiran,diorang terdengar suara tangisan budak dan ternampak seorang budak tergantung dengan kepalanya tersangkut di celah gril tingkap.Seorang anggota polis,Zhao Liancheng memanjat tangga dan memberi bantuan tetapi gagal melepaskan kepala budak perempuan tu dari celah gril.
Jiran-jiran segera menghubungi ibu-bapa mangsa yang tiada dirumah ketika kejadian berlaku.Selepas 10 minit,ibu bapa budak perempuan tersebut sampai dan dia berjaya diselamatkan.
Emergency macamana sekalipun,jangan tinggalkan budak kecik sorang-sorang dalam rumah atau dalam kereta.Pernah dengar budak mati kena heat stroke lepas ditinggalkan dalam kereta yang ditutup rapat dan berada ditengah panas terik?Kalau korang sampai hati tinggalkan anak korang macam tu,pasni try duduk dalam kereta,tutup rapat cerminnya,matikan enjin dan jemur bawah matahari Khatulistiwa jam 12.30pm sampai 2.00pm.Serius best!

Bila Orang Kaya Give-Up


Marine:"tadi saya nampak Taliban dalam kete tu bos!"
Yess!!
Mata korang belum rabun lagi.Itulah sebijik Porsche 911 yang menjadi sasaran 10,000 peluru handgun,machine gun dan jugak M2 Browning machine gun.Dah takde kerja sangat ke sampai Porsche plak dijadikan sasaran menembak?
Sebenarnya Porsche 911 silver ni disumbangkan kepada kelab menembak oleh seorang kaya-raya yang give-up dengan masalah enjin kereta ni.Asyik rosak je.Kos pembaikan dianggarkan US$ 16,130.Tuan punya kereta dah malas nak repair,so dia sedekahkan ke Massachusetts Commonwealth Second Amendment.
Porsche 911 yang berharga $96,800 menjadi sasaran 140 ahli kelab menembak tersebut.
Seseorang yang turut menembak dan juga mengambil gambar-gambar ni berkata,"kitorang semua hepi sangat,...kecuali Porsche".




More pictures here

Rabu, 22 Jun 2011

Pesawat Penumpang Hypersonik Masa Depan

Ni la dia pesawat hypersonic yang dirancang untuk menggantikan Concorde.Ia akan menggunakan tiga set enjin untuk menujah pesawat ni hingga kelajuan Mach 4,iaitu 5000km/j.
Bahan api yang akan digunakan ialah campuran hidrogen dan oksigen dimana hasil pembakarannya akan menghasilkan air,tiada lagi hidrokarbon yang mencemarkan.Boleh membawa 100 penumpang dari London ke Istanbul Turki dalam masa 30 minit sahaja,tapi pembinaan pesawat ni dijangka akan memakan masa 40 tahun!



Sila tengok infografik diatas.Boeing 747 Jumbo terbang pada aras 6 batu dari aras laut manakala Concorde terbang pada aras 11 batu.Pesawat AK4100 Air Asia yang aku naik pergi Kota Kinabalu bulan lepas terbang pada aras 37,000 kaki atau kira-kira 7 batu dari aras laut pada kelajuan 700++km/j.Pilot Air Asia berbangsa Indonesia tu bawa kapal terbang dari Terminal LCCT ke Kota Kinabalu dalam masa 2 jam je.Biasanya makan masa 2 jam setengah,berlepas 7.00am dan sampai 9.30am.Hari tu cuaca baik agaknya.