Khamis, 23 Jun 2011

Satu Hari Di China


Beberapa hari lepas di Beijing ,China.
Seorang budak 3 tahun terselit dicelah air-cond selepas terjatuh dari tingkat....aku dah lupa,haha!Mujur dia tersangkut,kalau tak,dah jadi pizza daging kat atas simen.


Yang ni pulak baru terjadi di Tengzhou,wilayah Shandong,China.Budak berumur 4 tahun tersangkut di grill tingkap rumahnya yang berada di tingkat tiga sebuah apartment.Dipercayai budak tu memanjat tingkap untuk melihat suasana luar dan tiba-tiba terperosok lalu tergantung selama kira-kira 20 minit.

Jiran-jiran prihatin memegang tilam 
Menurut jiran-jiran,diorang terdengar suara tangisan budak dan ternampak seorang budak tergantung dengan kepalanya tersangkut di celah gril tingkap.Seorang anggota polis,Zhao Liancheng memanjat tangga dan memberi bantuan tetapi gagal melepaskan kepala budak perempuan tu dari celah gril.
Jiran-jiran segera menghubungi ibu-bapa mangsa yang tiada dirumah ketika kejadian berlaku.Selepas 10 minit,ibu bapa budak perempuan tersebut sampai dan dia berjaya diselamatkan.
Emergency macamana sekalipun,jangan tinggalkan budak kecik sorang-sorang dalam rumah atau dalam kereta.Pernah dengar budak mati kena heat stroke lepas ditinggalkan dalam kereta yang ditutup rapat dan berada ditengah panas terik?Kalau korang sampai hati tinggalkan anak korang macam tu,pasni try duduk dalam kereta,tutup rapat cerminnya,matikan enjin dan jemur bawah matahari Khatulistiwa jam 12.30pm sampai 2.00pm.Serius best!

Bila Orang Kaya Give-Up


Marine:"tadi saya nampak Taliban dalam kete tu bos!"
Yess!!
Mata korang belum rabun lagi.Itulah sebijik Porsche 911 yang menjadi sasaran 10,000 peluru handgun,machine gun dan jugak M2 Browning machine gun.Dah takde kerja sangat ke sampai Porsche plak dijadikan sasaran menembak?
Sebenarnya Porsche 911 silver ni disumbangkan kepada kelab menembak oleh seorang kaya-raya yang give-up dengan masalah enjin kereta ni.Asyik rosak je.Kos pembaikan dianggarkan US$ 16,130.Tuan punya kereta dah malas nak repair,so dia sedekahkan ke Massachusetts Commonwealth Second Amendment.
Porsche 911 yang berharga $96,800 menjadi sasaran 140 ahli kelab menembak tersebut.
Seseorang yang turut menembak dan juga mengambil gambar-gambar ni berkata,"kitorang semua hepi sangat,...kecuali Porsche".




More pictures here

Rabu, 22 Jun 2011

Pesawat Penumpang Hypersonik Masa Depan

Ni la dia pesawat hypersonic yang dirancang untuk menggantikan Concorde.Ia akan menggunakan tiga set enjin untuk menujah pesawat ni hingga kelajuan Mach 4,iaitu 5000km/j.
Bahan api yang akan digunakan ialah campuran hidrogen dan oksigen dimana hasil pembakarannya akan menghasilkan air,tiada lagi hidrokarbon yang mencemarkan.Boleh membawa 100 penumpang dari London ke Istanbul Turki dalam masa 30 minit sahaja,tapi pembinaan pesawat ni dijangka akan memakan masa 40 tahun!



Sila tengok infografik diatas.Boeing 747 Jumbo terbang pada aras 6 batu dari aras laut manakala Concorde terbang pada aras 11 batu.Pesawat AK4100 Air Asia yang aku naik pergi Kota Kinabalu bulan lepas terbang pada aras 37,000 kaki atau kira-kira 7 batu dari aras laut pada kelajuan 700++km/j.Pilot Air Asia berbangsa Indonesia tu bawa kapal terbang dari Terminal LCCT ke Kota Kinabalu dalam masa 2 jam je.Biasanya makan masa 2 jam setengah,berlepas 7.00am dan sampai 9.30am.Hari tu cuaca baik agaknya.

60 Seconds of Virtual World

Internet.
Dunia maya yang semakin berkembang dan terus berkembang.Dari sekadar pemilik akaun Facebook hinggalah usahawan IT,semuanya memerlukan internet untuk berniaga,berhubung dan mendapatkan maklumat.
Jom tengok apa yang berlaku dalam dunia internet dalam masa satu minit.Lepas tu bayangkan apa yang berlaku dalam masa satu tahun.


1.168,000,000+ emel di'ping'kan
2.695,000 kemaskini status,79,364 wall update,510,040 komen dipublishkan dalam laman web sosial Facebook
3.694,445 carian di enjin carian Google 
4.370,000+ minit panggilan suara dibuat oleh pengguna Skype
5.320 akaun dan 98,000 tweet di tweetkan di laman web Twitter
6.13,000 aplikasi iPhone dimuat turun
7.6,600 gambar di muat naik ke laman web perkongsian foto,Flickr
8.600 video dimuat naik ke laman web YouTube
9.70 domain name didaftarkan
10.Selebihnya korang baca kat sini

Selasa, 21 Jun 2011

Korang Ada Tak Kawan Yang Kaki Gebang?

Semalam kecoh kejap pasal Lamborghini eksiden.Hari ni suddenly budak satu kompeni dengan aku(Mr.X) cakap ada kemalangan lain kat Sepang.Katanya 6 bijik Ferrari eksiden kat trafic light,masa dia on da way balik dari Sepang.
Amacam?Ni kalau wartawan TV dengar ni sure berkejar pegi amik gambar.Lamborghini sebijik pun dah kecoh satu Malaysia,ni kan pulak 6 bijik Ferrari eksiden.Korang nampak tak apa yang tak kena dengan cerita Mr.X tu?
Bagi aku yang dah masak dengan perangai Mr.X,awal-awal lagi cerita dia aku masukkan dalam folder spam.Agak-agak la nak gebang pun,celah mana pulak ada Ferrari 6 bijik eksiden.Memang perangai dia suka bawak cerita spam.Latar belakang dia pun meragukan,nikan pulak nak suruh aku percaya cerita dia.Korang analisis la sendiri cerita Mr.X ni.

1.Dia hanya berpelajaran SPM(tak pasti lulus ke tak,Bahasa Melayu pun hancuss),katanya wife dia kerja di syarikat minyak terkemuka Malaysia,gaji 12k.
2.Mengaku ada sebuah Toyota Wish dan sebuah Honda Civic Type R,tapi harammm tak pernah bawak.Katanya nanti orang dengki,calar pulak kereta dia nanti.
3.