Seperti yang aku janjikan semalam,blogger bertuah yang menjadi follower ke-100 jatuh kepada.......
Cik Umu !
Gambarnya blurrrr...maklumlah,rembat dari Blogger profile,haha!Hmm..Tak banyak detail yang Cik Umu letakkan,ditambah dengan kelemauan broadband aku ni.Cik Umu cuma tulis 'selamat berkenalan' je!
Ini adalah header blog Cik Umu.Rasanya Cik Umu masih belajar di IPT(i guess).URL Cik Umu ni http://ownstress.blogspot.com .Kenape pilih stress Cik Umu oi..Gurau je,hehe!Stress pasal handphone hilang ya?Sabarr..
Blog Cik Umu ni baru sangat,entri pertama dia 23 Januari 2011.Entri pun baru ada 7 je.Emmm...isi kandungan entri Cik Umu kelihatannya lebih kepada luahan perasaan beliau.Rasanya Cik Umu patut manfaatkan kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris beliau untuk membuat entri yang lebih serius,sekurang-kurangnya dapat apply Google AdSense,boleh approve rasanya,hehe!
Apepun terpulang la kepada matlamat Cik Umu ya,kalau memang blog Cik Umu ni sebagai tempat luahan perasaan atau virtual diary,tak ada masalah.Cuma galakan saya kalau Cik Umu berminat nak jadi penulis berbakat,perlu diasah lagi dengan membuat entri isu-isu semasa,Seimbangkan antara penulisan dan tambah foto bagi entri lebih berseri.
Mak aii...bukan main lagi nasihat orang,aku ni pun banyak lagi kena belajar dalam dunia blog ni.Blog kat Malaysia ni je ada berpuluh ribu,fikirkan cara terbaik untuk menempatkan diri di tempat teratas.Manfaatkan keyword,dan gunakan perkataan yang betul.Aku pun tak suka ayat skema cam ni,tapi ni lah caranya.Penat je buat entri kalau tak ada orang baca,am i rite?
Owhh...Cik Umu ada kehilangan seorang kawan karib,lost contact agaknya.Ada siapa-siapa kenal Hanim Nur Sakinah bt Mazlan?Gambarnya ada di blog Cik Umu .Cik umu bagi reward 50k tuuu!
Cik Umu,rajin-rajin buat entri and happy blogging!
Rabu, 26 Januari 2011
Waiting For 100th Follower
6 bulan berblogging dan 98 follower.Ok,sebenarnya angka tu sangat perlahan.Aku pernah terjumpa blog yang baru sebulan berblogging dan followernya hampir 200.Amazing kan?How he did that?Follow setiap blog yang dia jumpa?Entahlah,strategi masing-masing la yek?
Dari pemerhatian aku,most of the reader blog ni sebenarnya orang baru,atau pembaca artikel biasa kat internet.Angka follower bukan jaminan untuk kelangsungan satu-satu blog tu.Kecuali,blog yang dah establish.Am i rite?Tapi,ia tetap diperlukan sebab followerlah yang akan tau apa entri terbaru kita.Syaratnya,keyword entri yang menarik dan menimbulkan curiousity.
Jauh lagi nak kejar Fatin Liyana punya follower,perlukan 12392 orang pengikut tegar.Hanis Zalikha lagi lerrr.......
Ape yang aku nak buat dengan follower ke 100?
Aku plan nak buat review blog orang yang bertuah tu.Baikkk punya!Nak bagi hadiah pun,belum ada sen.Duit Nuffnang ada RM6.08sen,'banyak' sangat.Amacam korang,setuju?
*Apehal entri aku berbau serius?

Selasa, 25 Januari 2011
Nampak Mewah Dengan BMW
Apa yang terlintas dalam fikiran korang bila nampak seorang lelaki muda memandu BMW?
Anak orang kaya?
Eleh,pinjam kereta bapak dia la tu..
Gaji 10K sebulan boleh la pakai..
Jual dadah kot?Haha!
Still nampak mahal?Ok lah,yang ni pulak,murah sikit:
Percaya tak kalau aku cakap,BMW model 318i kat atas ni harganya serendah 30K?Model yang kat atas sekali harganya serendah 80K je.Betul,kereta ni model lama,tapi disebabkan ia adalah BMW,memandunya akan kelihatan mewah,sedangkan sebenarnya tak mahal pun.
Untuk harga 30K,aku rasa kereta ni sangat berbaloi dan ramai yang terlepas pandang sebab fikirkan mesti kereta ni mahal gila.Maintenancenya aku tak pastilah harga spare partnya dan upah servis.Maybe ada kawan-kawan korang kat luar sana yang pakai kereta ni,boleh korek-korek info.Harga yang berpatutan untuk German machine.
*BMW untuk orang muda,pakai Merc nampak macam pakcik-pakcik,hehe!

Sabtu, 22 Januari 2011
PASKAL Malaysia Tumpaskan Lanun Somalia di Teluk Aden
Tahniah untuk kejayaan Pasukan Khas Laut (PASKAL) Malaysia yang berjaya menewaskan lanun-lanun Somalia.Misi terbaru itu adalah misi menyelamatkan kapal tangki bahan kimia MT Bunga Laurel yang sedang dalam perjalanan ke Singapura.
Bagaimanapun kejayaan ini dibayangi oleh satu lagi operasi menumpaskan lanun oleh komando Korea Selatan yang menyelamatkan kapal pengangkut bahan kimia,Samho Jewelry pada 15 Januari.Dalam misi tersebut komando Korea Selatan berjaya membebaskan 21 tebusan dan membunuh 8 lanun,manakala kapten kapal Samho Jewelry cedera di perut.
Tetapi,kejayaan pasukan Paskal Malaysia pada 20 Januari lalu adalah lebih membanggakan kerana tiada sebarang kematian,samada dari pihak Paskal mahupun musuh.Seramai 18 lanun menyerah diri,7 diatas kapal MT Bunga Laurel dan 11 lagi berada diatas kapal induk mereka.
Kapal tangki tersebut yang sarat dengan minyak pelincir dan ethylene dichloride diserang lanun kira-kira 300 batu nautika dari timur Oman pada jam 11.45pm.Kapal tersebut disewa MISC yang membawa kargo bernilai kira-kira RM30 juta dan membawa 23 anak kapal.Semasa diserang lanun,anak kapal bersembunyi di bilik enjin dan semua lampu dimatikan.
MT Bunga Laurel diiringi oleh kapal Bunga Mas 5 yang membawa komando Paskal dimaklumkan oleh MISC Emergency Report Center(ERC) bahawa kapal MT Bunga Laurel telah diserang dan cuba dirampas lanun pada jam 11.40pm.
Dua bot Paskal yang diketuai oleh Lt.Komander Maznan Said dan Lt.Noor Asri Roslan berlepas dari Bunga Mas 5 yang berada 14 batu nautika dari MT Bunga Laurel.Bunga Mas 5 turut mengejar MT Bunga Laurel untuk memberi bantuan tembakan yang turut dibantu helikopter Fennec TLDM.
Kapal induk lanun cuba melancarkan serangan namun terpaksa mengalah kerana menerima tentangan hebat dari kapal Bunga Mas 5 dan tembakan sniper dari helikopter Fennec.Akhirnya mereka menyerah diri melalui radio dan serangan tersebut ditamatkan.Tiga lanun Somalia cedera,namun tiada kecederaan pada anak kapal dan pasukan penyelamat.
Kejayaan tersebut adalah lebih besar ertinya jika dibandingkan dengan kejayaan komando Korea Selatan.Tahap kejayaan sesuatu misi adalah diukur dari bilangan casualties dan dari misi ini,ternyata keupayaan Paskal Malaysia adalah setaraf dengan pasukan elit terkemuka dunia.Sewajarnya Paskal Malaysia menerima pengiktirafan tersebut dan keupayan Paskal harus disegani oleh pasukan khas negara lain.
Bagaimanapun kejayaan ini dibayangi oleh satu lagi operasi menumpaskan lanun oleh komando Korea Selatan yang menyelamatkan kapal pengangkut bahan kimia,Samho Jewelry pada 15 Januari.Dalam misi tersebut komando Korea Selatan berjaya membebaskan 21 tebusan dan membunuh 8 lanun,manakala kapten kapal Samho Jewelry cedera di perut.
Tetapi,kejayaan pasukan Paskal Malaysia pada 20 Januari lalu adalah lebih membanggakan kerana tiada sebarang kematian,samada dari pihak Paskal mahupun musuh.Seramai 18 lanun menyerah diri,7 diatas kapal MT Bunga Laurel dan 11 lagi berada diatas kapal induk mereka.
Kapal tangki tersebut yang sarat dengan minyak pelincir dan ethylene dichloride diserang lanun kira-kira 300 batu nautika dari timur Oman pada jam 11.45pm.Kapal tersebut disewa MISC yang membawa kargo bernilai kira-kira RM30 juta dan membawa 23 anak kapal.Semasa diserang lanun,anak kapal bersembunyi di bilik enjin dan semua lampu dimatikan.
MT Bunga Laurel diiringi oleh kapal Bunga Mas 5 yang membawa komando Paskal dimaklumkan oleh MISC Emergency Report Center(ERC) bahawa kapal MT Bunga Laurel telah diserang dan cuba dirampas lanun pada jam 11.40pm.
![]() |
| Sejata yang dirampas dari lanun Somalia Gambar dari The Star Online |
Kapal induk lanun cuba melancarkan serangan namun terpaksa mengalah kerana menerima tentangan hebat dari kapal Bunga Mas 5 dan tembakan sniper dari helikopter Fennec.Akhirnya mereka menyerah diri melalui radio dan serangan tersebut ditamatkan.Tiga lanun Somalia cedera,namun tiada kecederaan pada anak kapal dan pasukan penyelamat.
Kejayaan tersebut adalah lebih besar ertinya jika dibandingkan dengan kejayaan komando Korea Selatan.Tahap kejayaan sesuatu misi adalah diukur dari bilangan casualties dan dari misi ini,ternyata keupayaan Paskal Malaysia adalah setaraf dengan pasukan elit terkemuka dunia.Sewajarnya Paskal Malaysia menerima pengiktirafan tersebut dan keupayan Paskal harus disegani oleh pasukan khas negara lain.
Jumaat, 21 Januari 2011
Si Dia Kuat Makan!
Hari ni Mizz Pucca ajak keluar tengok wayang.Mujur la sempat sembuh dari selesema dengan pantas.Tengahari semalam kena selesema,pagi tadi dah ok.So,oklah sebab agak lama tak berjalan ke panggung Cineplexes favourite aku.Lepas Jumaat Mizz Pucca pun sampai.
Dari dulu sampai sekarang memang job Mizz Pucca amik aku kat rumah.Biasanya boyfriend jemput girlfriend kan?Kes aku lain pulak,dah terbalik.Haha!Yelah,kereta dah bagi,takkan aku jugak nak pergi jemput.Biar dia pakai kereta pergi kerja,aku naik motor je.
Sampai je Cineplexes,tak tau nak tengok cerita apa.Cam takde cerita best jer...Hmmmm...jam dah pukul 3.45pm,movie apa yang terdekat.Lastly kitorang decide menonton filem Faster lakonan The Rock jam 4.50pm.
Movie pun lambat lagi,Mizz Pucca ajak pusing-pusing,macam biasalah.Kedai yang wajib aku singgah tiap kali ke E@Curve,kedai Sun Comic.Cuci mata tengok action figure.Ehh!!Mana pergi model kit Gundam?Yang ada cuma figura Pooh je.Dah jadi macam Toys R Us plak.
Dok berjalan lagi kat aras satu,terjumpa kedai aiskrim Ice Age:
Mizz Pucca ni food monster,semua makanan memang fobia nampak dia.Hehe!Masa pun banyak lagi,Mizz Pucca order Blue Coral Ice Blended dan aku punya plak Mango Ice Cream.Sedap aiskrimnya!
Tekstur aiskrimnya unik,tak macam aiskrim biasa.Bentuknya macam flake,sangat lembut.Blue Coral Mizz Pucca ada Yogurt Pearl,macam telur ikan.Bila kunyah,benda tu pecah dalam mulut.
Habis makan aiskrim,Mizz Pucca nak tapau burger Prosperity plak dahh...Tak kenyang-kenyang ke dia ni??
Yelahhh...tapau la ye,buat bekal dalam panggung.Jangan lupa tapau dua ketoi,heeeee!!
Layan movie dari pukul 5.00pm sampai 6.30pm,tetiba sakit perut plak.Cepat-cepat balik rumah.Mujur rumah dekat dengan panggung.Mizz Pucca tunggu dalam kereta.Bila pergi balik kat kereta,dia ajak makan lagi!Berapa banyak makan daaa..
Mizz Pucca dah jatuh cinta kat sup campur kat Restoran D'Anjung ni rupanya.Aku dah tak larat makan dah,just order air je.Tengok dia makan nasi putih dengan sup campur.Kuah sup mesti habis.Kuat makan betol la tunang aku ni.Mujur tak tembam.Jangan marah ye Mizz Pucca!
Langgan:
Ulasan (Atom)