Isnin, 15 November 2010

Adakah TTDI Jaya akan banjir lagi?

Sebelum ni TTDI  Jaya pernah dilanda banjir kilat pada 26 Februari 2006.Aku belum bekerja kat Shah Alam lagi masa tu.Tapi ni lah di gambar banjir di TTDI Jaya yang aku jumpa di internet:

Pinjam gambar dari republicofttdijaya

Guard post tu macam kenal je???
Huhu!Ni lah dia apartment tempat aku tinggal sekarang.Apartment Ilham yang berada kira-kira
250 meter je dari Sungai Damansara.Tak sangka banjirnya sangat teruk walaupun hanyalah kategori banjir kilat.
Ni plak gambar yang aku ambik dari dalam kereta masa on the way balik rumah tadi.


Ni kawasan perumahan yang paling hampir dengan jambatan yang menyeberangi sungai Damansara.Hujan lebat bermula lebih kurang jam 3.30pm tadi.Tengok!Dah paras skirting Myvi putih tu dah.
Masa aku menyeberang jambatan,aku tengok paras air sungai dah pun melebihi tebing.Mujur dah dibina tembok disepanjang tebing sungai.Kalau tak ada,aku rasa dah banjir dah taman perumahan tu.Harap-harap tembok tu mampu menahan tekanan berpuluh ribu liter air sesaat yang mengalir deras.
Gambarnya tak sempat aku nak capture masa drive.Memang tabiat aku bila hujan lebat je,aku akan pandang paras air sungai sebab aku tau history tempat ni.
Sekarang ni hujan masih renyai-renyai diluar.Kalau hujan makin lebat,aku dah set evacuate plan.Tak kira la pukul berapa,aku akan bungkus baju,keluar rumah dan tido kat kilang je.Macamana pun,aku harap hujan berhenti sekejap lagi...

Arsenal 2-1 Everton

Arsenal berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu liga,Chelsea selepas menewaskan Everton yang beraksi di tempat sendiri.Selain dari memintas kedudukan Manchester United,Arsenal merapatkan perbezaan mata dengan Chelsea yang tewas kepada Sunderland 3-0.
Arsenal mengekori rapat jumlah kutipan mata iaitu sebanyak 26 mata dan Chelsea masih menghuni tangga pertama dengan 28 mata.


Gol pertama Arsenal diperolehi hasil percubaan pemain pertahanan,Bacary Sagna pada minit ke-35 dari sudut sukar dan kapten pasukan Cesc Fabregas menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-48.Samir Nasri dan Marouane Chamakh juga berpeluang menambahkan jaringan tapi percubaan Nasri berjaya ditampan penjaga gol Everton,Tim Howard.
Pasukan tuan rumah akhirnya berjaya memperolehi jaringan pada minit ke-88 melalui percubaan Tim Cahill ketika berlaku kekalutan didepan pintu gol.Lukasz Fabianski terpaksa bekerja keras menafikan percubaan-percubaan Jermaine Beckford,Steven Pienaar dan Louis Saha.
3 mata penuh yang amat penting untuk menebus kembali mata yang ketinggalan akibat kekalahan kepada Newcastle minggu lepas.Perlawanan diadili oleh pengadil,Howard Webb.

Ahad, 14 November 2010

Jiwa Kental:Nak Berhenti Merokok!

Sebagai seorang perokok,jauh disudut hati aku,teringinnya nak berhenti merokok.Bila aku tanya kawan-kawan perokok tegar yang lain,semua rasa macam tu.Tapi,bukan senang nak berhenti merokok.


Bagi orang yang bukan perokok,tak kira la lelaki atau perempuan,mesti akan menganggap berhenti merokok ni senang gila.Senang la,sebab tak pernah rasa macamana menggelupur kalau tak dapat rokok.Silap-silap,hujan lebat pun redah jugak pergi kedai beli rokok.
Kebanyakan orang mula berjinak-jinak dengan rokok seawal umur 13-17 tahun,dan sekarang dah makin advance.Sekolah rendah pun dah biasa hisap-hisap rokok ni,tapi bagi aku,aku terjebak agak lewat,dah dekat SPM baru belajar hisap rokok.
Puncanya masa aku sekolah di Sekolah Menengah Teknik Temerloh,aku pandai gunting rambut.Selalunya member aku yang otai-otai bagi upah rokok lepas gunting rambut.Tapi tu pun tak biasa sangat lagi.Nak beli rokok pun takut.Masa tu harga rokok untuk Dunhill 7 batang baru RM1.90.Hisap sebatang pun dah berpinar bijik mata.Dulu rokok punya taste kaw punya,tak macam rokok sekarang.Rasa kosong je,tak puas hisap.

Habis je SPM,terus boleh hisap rokok kat rumah.Aku tak macam orang lain yang terpaksa menyorok dari parent untuk hisap rokok.Arwah bapak aku sangat sporting,rokok pun boleh share.

Bila sambung belajar kat Politeknik Kuantan,bapak aku selalu pesan,jimat-jimat belanja,hisap rokok jangan kuat sangat.Dia tak peduli pun pointer aku berapa,yang penting aku habis belajar.Tapi masa tu harga rokok dah beberapa kali naik,masa tu aku dah switch ke jenama Winston,sampai la sekarang.

Harga terbaru Winston 20's RM8.50 setelah tiap-tiap tahun harga rokok naik.Kadang-kadang 20 batang boleh bertahan dua hari,tapi sejak bekerja di tempat baru yang persekitaran kerja terbuka,makin kuat aku hisap rokok.Kejap-kejap nak cucuh rokok.Rokok kretek Gudang Garam yang heavy pun laju,apatah lagi Winston.

Mujurlah bila tiba bulan Ramadhan,aku boleh tahan nafsu merokok.So,takde masalah untuk berpuasa penuh.

Baru-baru ni aku renungkan sampai bila aku nak merokok.Rokok makin mahal,gaji sama je.Teringat iklan Niquitin,macam senang je nak berhenti bila telan pil tu.Akhirnya petang Rabu,10/11/2010 pukul 7.30pm aku habiskan rokok terakhir aku.Aku nekad nak berhenti,balik kerja pun aku tak singgah beli rokok.Biar je nak sangap ke nak ape ke bila kat rumah nanti.

Pergi kerja pagi-pagi lepak dengan kawan-kawan yang merokok pun kuatkan tekad je.Senyum je bila diorang offer rokok,hehe!Alhamdulillah sampai hari ni masih mampu bertahan,tak rasa sangat kekosongan bila tak hisap rokok.Aku sibukkan diri buat blogwalking,buat artikel,main PS2 dan ape-ape jelah supaya kepala otak aku tak memerlukan sokongan rokok.
Ada jugak terasa macam nak merokok lepas makan,tapi aku cakap balik kat diri aku,kenapa nak merokok?Buat la benda lain lepas makan.Setakat ni aku masih bertahan di hari keempat.Aku harap empat hari akan menjadi empat bulan,empat bulan akan jadi empat tahun dan seterusnya.
Gila banyak boleh jimat kalau berhenti merokok.Sebulan aku boleh save RM255.Nati ada rezeki,aku nak rewardkan diri aku dengan PS3 ke,sport rim kereta ke,haha!Contohnya macam tu la.
Teruskan berusaha Encik Faizal!

Jiwa Kental:Lamborghini buatan sendiri

Akibat teruja amat sangat dengan Lamborghini Countach filem Cannonball Run,Ken Imhoff membikin sendiri Lamborghini pujaannya tu.


Beliau mengerjakan 'projek rahsianya' di bahagian basement rumahnya selama 10 tahun!Dengan kepakaran TIG Welding yang beliau ada,beliau mengimpal sendiri chassis dan bodywork untuk projek Lamborghininya.

Ken Imhoff memasang enjin V8 351c.i(5750cc) dan gearbox ZF25 5 kelajuan pada kereta hand made beliau ni.Setelah hampir siap,barulah Ken menyedari kesengalan beliau.Oleh kerana kereta ni dibina dalam bilik bawah tanah,macamana nak ujipandu kalau tak dapat dibawa ke jalanraya?

Akhirnya Ken mengupah kontraktor untuk memecahkan dinding,dan membina tanjakan supaya kereta Lamborghini beliau dapat dibawa keluar.Walaupun ada sedikit kebodohan dalam projek beliau,tapi ketabahan dan semangat untuk menyiapkan kereta idaman sangat-sangat mengkagumkan.Respek!





P/s:Sampai aku sendiri pun teringin nak ada garaj sendiri,kompressor,tools,welding set,chain block,bla..bla..
      D.I.Y memang best!

Jumaat, 12 November 2010

Arsenal 2-0 Wolves


Setelah tewas kepada Newcastle United,Arsenal kembali ke landasan untuk mengurangkan jurang mata dengan pendahulu,Man.Utd dan Chelsea.
Terbaru,Arsenal menewaskan penghuni tangga kedua tercorot Liga Inggeris,Wolves dengan dua jaringan dari penyerang baru Arsenal,Marouane Chamakh.Masa jaringan yang menarik oleh Marouane Chamakh iaitu pada saat ke 39 permainan bermula untuk dia menjaringkan gol pertama,dan gol kedua diperolehi pada minit ke-90 permainan.
Jaringan pertama melalui tandukan yang menjangkaui penjaga gol Wolves,Marcus Hahnemann hasil hantaran lintang oleh Alex Song.Di saat-saat akhir permainan,Chamakh dengan tenang menjaringkan gol kedua untuk memastikan Arsenal mendapat tiga mata penuh untuk merapatkan jurang mata dengan penghuni tempat kedua,Man.Utd iaitu dengan 23 mata melalui 12 perlawanan setakat ini.
Perlawanan seterusnya Arsenal akan bertemu Everton di Goodison Park pada 14 November ni.Pada perlawanan sebelum ni,Everton seri 2-2 dengan Blackpool dan Arsenal tewas kepada Newcastle United 1-0.