Salam...
Dah dua-tiga hari jugak takde entri baru pasal takde idea.Ada draft yang tak siap lagi,sebab belum cukup maklumat.Semampunya aku nak maklumat dari blog aku ni dapat digunakan dan sekurang-kurangnya hampir tepat.At least aku akan baca entri baru 2-3 kali sebelum aku post mana tau ada ayat yang berterabur or spelling yang salah,sebab aku tak suka baca blog yang salah ejaan,hehe!Pastu jenis blog yang loading page kemain berat.Laju je tangan aku klik 'x'.
Apa yang aku nak tulis pun aku pertimbangkan jugak.Maybe aku boleh tulis 3-4 entri sekali tapi bergantung pada topik.Aku sukakan topik-topik ilmiah,ada maklumat,dan boleh bagi manfaat kat orang lain yang baca artikel aku.Disebabkan aku ni suka macam-macam topik,tu yang blog aku ni ada macam-macam kategori.Ikut sedap tekak aku je nak tulis ape.Pendek kata aku takde ketetapan.
Ada orang wat blog pasal hiburan,movie,gossip,pancing dsb,tapi tak kisah la asalkan berinformasi.Tapi yang paling tak boleh blah bila jumpa blog pasal awek melayu b***l la,awek cun la,.Haha!Ape daaa!!Cmana pun,tu blog diorang,sukahati diorang la nak letak ape yek?
Setiap hari bila ada masa aku wat blogwalking yang aku rasa x efektif pun.Saje jenjalan kat blog orang.Kalau aku rasa menarik,tinggal komen dan aku follow je.
Stakat ni ada la yang ziarah balik,tapi tak follow pun.Takpe la,bukan taste diorang ye tak?Takkan nak wat syarat wajib follow plak.Itu pun ada gak aku dengar ada yang letak syarat mcm tu kalau nak join contest.Ape ke desperate sangat...Aku berpegang prinsip biar entri berkualiti,slowly akan meningkat jumlah pembaca.
Kadang-kadang artikel copy paste dah banyak kali jumpa pun still hangat dapat komen lagi.Ada jugak yang olah semula,so mcm tu aku tak kisah sangat la.Ada effort la jugak.Yang penting ada entri baru.Mcm aku ni tak kisah la kot,jarang update pun ok lagi.Bulan puasa lak tu,masa tak banyak nak menaip.Ada idea untuk entri baru pun kadang-kadang banyak halangan.Info tak lengkap,gambar blur...Aku pakai kamera henpon je,2MP lak tu.Ada rezeki terus sambar DSLR jela.Aku pun minat jugak dunia fotografi ni.
Emmm...cukup la tu,tak bleh membebel lama-lama.Kang bos aku perasan plak kat mana aku menyorok time keje,hee!Takat ni jela bebelan aku smentara waktu rehat keje ni...selamat berpuasa untuk diri aku dan jugak korang.Kalau ada terkasar bahasa,aku mintak maaf la ye?
20/08/2010 Update=
Akhirnya berjaya jugak aku menginstall CommentLuv by http://intensedebate.com/ kat blog aku ni,hehe!walaupun tak banyak 'commentator',sekurang-kurangnya diorang akan rasa lebih bermakna kalau diorang komen kat memana entri.Yang tak bestnya,komen lama terpaksa di'hilang'kan(walaupun aku rasa boleh retrieve balik).Ok la,arini takde mud la aku nak menaip panjang-panjang.Esok lusa plak,buat dua-tiga entri.
Rabu, 18 Ogos 2010
Isnin, 16 Ogos 2010
Japanese Deadly Sword:Nihonto
The most amazing weapon(for me lah),nihonto!Berbeza dengan ninjato,nihonto dikenali dengan lengkungan semulajadi yang terhasil semasa proses pembajaan(quenching).Manakala ninjato lurus dan sedikit pendek.
Jom sama-sama kita mengenali proses pembuatan nihonto dan memahami kenapa senjata ni sangat dikagumi di seluruh dunia.Mula-mula kita kenali dulu komponen asas nihonto ni.
TAMAHAGANE
Untuk membuat sebilah nihonto yang berkualiti tinggi,sejenis logam istimewa digunakan oleh blacksmith Jepun iaitu Tamahagane.Logam yang berasal dari black sand(nama pasir),dibakar bersama arang kayu didalam relau tanah liat yang dipanggil Tatara selama 72 jam.Besi Tamahagane sangat jarang dihasilkan.Dalam setahun,kira-kira 3 kali sahaja besi ini dihasilkan.Harganya adalah 50 kali ganda dari stainless steel biasa!Setelah terhasil besi tamahagane,pakar akan memilih dan menghantar bahagian-bahagian tertentu logam yang sesuai kepada penempa pedang untuk ditempa menjadi pedang nihonto.
Raw Tamahagane steel
SELECTION PROCESS
Ketulan-ketulan tamahagane tadi akan dibakar dan diketuk sehingga leper.Sekali lagi penempa pedang akan memilih kepingan tamahagane yang berkualiti.Besi tamahagane yang kurang karbon (hocho-tetsu),akan digunakan sebagai teras pedang,dan tamahagane yang berkarbon tinggi(nabe-gane) sebagai salutan atau kulit struktur pedang.
HAMMERING
Tamahagane dibakar sehingga merah dan dibentuk empat segi tepat.Apabila lembut,ia akan dileperkan memanjang dan dilipat dua.Proses ini diulangi berkali-kali sehingga terbentuk ribuan lapisan logam.Selain menguatkan struktur bijian logam,proses ini akan menyingkirkan kotoran atau bendasing didalam tamahagane dan menulenkan kandungan logamnya.Part ni je dah semak kepala,hehe!
Seterusnya,nabe-gane yang dilipat-lipat tadi akan dibentuk seperti huruf 'U'.Tamahagane yang kurang karbon(hocho-tetsu) akan dipanaskan dan diletakkan diantara kepingan 'U" nabe-gane tadi.So,nabe-gane yang berkarbon tinggi(keras dan mudah patah) akan menyalut hocho-tetsu yang berkarbon rendah(lembut dan liat).Gabungan kedua-dua jenis logam ni akan memberi kekuatan struktur pedang,kekerasan dan ketajaman mata pedang dan juga tidak mudah patah.
SUNOBE
Next process,bentuk asas pedang mula dibentuk dan dipanggil sunobe.Skill penempa pedang yang membezakan dan memberikan identiti pada setiap nihonto.Setelah pedang mula terbentuk,pedang akan melalui proses pengerasan.
Sunobe akan disalut dengan bancuhan tanah liat dan arang yang ditumbuk halus.Proses salutan juga memerlukan ketelitian kerana ketebalan salutan akan menentukan pembentukan martensite pada permukaan sunobe.Di bahagian tepi dan belakang pedang,salutannya lebih tebal,manakala bahagian mata lebih nipis.
QUENCHING
Tujuan salutan ini adalah sebagai insulator,mengawal penyejukan sunobe ketika proses quenching.Sunobe dibakar sehingga warnanya seperti 'matahari terbit',dan direndam kedalam air dengan bahagian mata menghala keatas.Secara automatik sunobe akan membengkok dengan semulajadi kerana kelajuan penyejukan logam yang berbeza di setiap lapisan yang bersalut tanah liat tadi.
Garisan putih beralun (hamon) adalah terhasil dari proses pengerasan
POLISHING
Bila dah siap,nihonto akan dihantar ke pakar menggilap.Daripada awal proses sampailah ke proses menggilap,setiap orang ada kepakaran masing-masing.Penggilap akan menjalankan kerja-kerja finishing sehingga nihonto siap.Keseluruhan proses memakan masa mingguan dan kadangkala berbulan-bulan bergantung pada kemasan yang dihasilkan.
Disebabkan banyak proses dan proses penghasilan nihonto dianggap 'sacred art',harga nihonto asli sangat mahal,sehingga mampu mencecah puluhan ribu ringgit.Tetapi banyak juga yang dihasilkan dikilang dimana harganya lebih murah sekitar ratusan - ribuan ringgit sahaja.
Video pembuatan nihonto
Amazing Numbers About Your Brain!
Hari ni kita mengenali betapa amazingnya anggota badan kita,iaitu otak manusia,hehe!Otak manusia ialah organ yang sangat unik dan complicated.
Ada beberapa angka menarik yang semestinya dilakukan oleh otak korang,macam apa yang disenaraikan kat bawah ni:
1.3 paun ialah berat otak manusia.
2.4-6 minit ialah tempoh otak manusia mampu bertahan tanpa oksigen sebelum ia mula mati.
3.10-23 watt tenaga dihasilkan oleh otak manusia semasa terjaga dari tidur.
4.20% darah dan oksigen disalurkan ke otak.
5.100,000 batu ialah jumlah panjang kapilari darah dalam otak manusia.
6.1,000-10,000 jumlah sinaps untuk setiap neuron didalam otak.
7.100,000,000,000 jumlah neuron di dalam otak manusia.
Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni,jagalah otak korang dengan memperbanyakkan ibadah,santapan rohani,menjamah kurma dan sebagainya.Selamat menjalani bulan Ramadhan,hehe!

Ahad, 15 Ogos 2010
Amazing Facts About Facebook
Beberapa bulan dulu aku memang addict melampau kat Facebook.Kejap-kejap nak log in.Masa tu sebenarnya banyak main game Premier Football.Ntah mcmana developer Premier Footbal tukar-tukar format sampai dah tak menarik langsung game tu.Skarang ni still log in Facebook jugak,cuma dah kurang.2-3 kali je seminggu.
Hampir semua orang ada akaun Facebook,dari golongan professional sampai ke drebar lori pun ada akaun Facebook.Macam pelik plak kalau takde akaun Facebook.Tu la dia penangan program ciptaan Mark Zuckerberg.
Here's an amazing numbers about Facebook:
1.60+% pengguna online menggunakan Facebook adalah untuk stalk ex diorang!Korang pun macam tu tak?
2.Hampir berbillion foto diupload ke Facebook setiap bulan.Sure korang pernah amik gambar semata-mata nak upload dalam Facebook,hee!!
3.Lebih dari 500 juta pengguna aktif Facebook.
4.Lebih 30 juta profile akan mengupdate statusnya sekurang-kurangnya sekali sehari.
5.70% pelajar kolej akan online di Facebook sekali sehari.
6.Facebook akan memadam akaun ibu atau sesiapa sahaja yang meletakkan gambar breastfeeding.
7.Facebook akan memadam akaun yang mempunyai nama-nama pemilik akaun yang aneh,kerana Facebook akan menganggap akaun tu palsu.
8.Ada istilah yang bernama Facebook Addiction Disorder(FAD).Brape ramai yang ada 'masalah' ni,hehe!
9.Facebook founder,Mark Zuckerberg adalah billionaire termuda.(Tengok pada populariti Facebook,of courselah dia jadi bilionaire).
10.Negara Syria telah mengharamkan Facebook.
11.Facebook jugak dah men'jahanam'kan karier banyak politician.(Banyak sangat main politik tak bagus untuk kesihatan!)

Makhluk Hidup Tertua di Dunia
Walaupun binatang ni adalah spesies kerang semata-mata,fakta menarik tentang makhluk bercangkerang ni ialah umurnya yang sangat panjang!
Namanya ialah Quahog Clam yang didapati dari Lautan Artik yang sejuk.Penyelidik dari Bangor University United Kingdom mengira terdapat 405 gegelang pertumbuhan tahunan pada kulit kerang ni.Bermakna umurnya 405 tahun!
Pasukan penyelidik mengutip makhluk moluska ni pada kedalaman 262 kaki(80 meter) di utara Iceland.Tujuan asalnya dalah untuk mengkaji kesan perubahan cuaca yang terdapat dalam setiap gegelang tahunan moluska ni.
Rekod Dunia Guiness untuk moluska ni berumur 220 tahun di Amerika.
Langgan:
Catatan (Atom)