Seperti yang dirancang,3&4 hb Julai aku dan 6 lagi member sekerja di Phytes Biotek dah sampai ke Pulau Jemur walaupun asalnya rancangan kami nak ke Pulau Angsa,tapi memandangkan ombak kuat+angin kencang maka saat akhir kami terpaksa batalkan trip ke Pulau Angsa dan menuju ke Pulau Jemur yang lebih dekat kira-kira 15 minit naik bot dari Jeti Pantai Jeram.
Ni la Jeti Pantai Jeram,simple je jetinya.barang yang kitorang bawa sangat banyak,stok makanan untuk 14 orang.Barai nak angkut.
Separuh dari group kami bergerak ke Pulau Jemur pukul 11.45pm dan separuh lagi gerak pagi Sabtu.
Aku ingat besar la botnya,so tak la risau jatuh kelaut kalau ombak besar.Rupanya kecik je.Belasah jela janji sampai pulau,dah 2 minggu plan takkan tak jadi plak.Dah lama aku tak naik bot kecik,punya la risau bot karam,haha!
SABTU 8.00am
Malam pertama hasil tak berapa memberangsangkan dan air pun surut,so banyak rehat je.Lebih kurang pukul 3.30am air mula pasang dan mencapai kemuncak kira-kira jam 6am beserta angin yang sangat kuat.nak mancing pun takde mood coz sejuk sangat.
Keadaan laut pada pukul 7.45am,agak tenang berbanding waktu subuh.
Cuaca pun baik dan tak panas pada hari Sabtu,air pun dah pasang memang sangat sesuai nak memancing.Pas pekena roti 4-5 keping terus angkat pancing.
Port ni memang best.air pasang ke,surut ke still boleh mancing.mata kail pun tak sangkut,ikan pun banyak.
Lebih kurang pukul 11.15am,lagi separuh group aku sampai.Memang timing diorang sampai air tengah cantik,ikan pun galak makan umpan.apa yag aku dapat daripada trip ni umpan yang paling best ialah umpan sotong.sebabnya sotong agak liat,payah nak tanggal dari mata kail kalau ikan-ikan kecik menggetu umpan.Umpan udang idup pun best,tapi cepat lucut.Pasni kena bawak umpan sotong banyak sikit,udang idup ngan udang mati beli saiz S je.kitorang beli umpan udang saiz L,nak buat umpan pun sayang,cepat lucut.
Ni la kepelbagaian spesies yang ada,tapi banyak
gelama.Spesies lain yang ada ikan kitang,jenahak,kerapu ngan talang.
Sepanjang hari Sabtu ikan galak makan umpan,cuaca redup tapi tak hujan,angin pun tak kuat.Lebih kurang pukul 7 petang,ada brader dari group mana tah dapat naikkan siakap lebih kurang 7kg kot.panjang ikan tu dalam 2 kaki stengah.
Brader tu pakai pelampung berlampu dengan umpan udang hidup.Rezeki dia,umpan baru jatuh ke air,ikan siakap tu terus sambar.Apesal aku x beli pelampung........arghh!!
Memang banyak ikan besar kat situ.Kawan member aku punya pancing nyaris tak terjun kelaut.Cable tie yang ikat paip PVC untuk letak pancing boleh putus bila ikan tarik pancing.Member tu jugak yang bagi aku umpan anak ikan.saje aku pasang dua mata kail.Satu letak umpan sotong,satu lagi anak ikan.
Bila aku angkat pancing je aku tengok ikan tu dah tak rupa ikan,ekor putus,kepala dah pecah tapi still aku campak jugak.
Baru letak pancing je aku tengok pancing aku berenjut kuat.Terus aku sambar,tapi rasa kosong.
Ish!Takkan tak lekat kot?Rupanya perambut dah putus,mata kail pun kena telan agaknya.Ikan ape la gamaknya tu.
Pancing abang ipar aku tak naikkan ikan lagi.Hangin je dia bila aku bagitau pancing dia takde ong,haha!Bila tali dia putus aku simpan je la.Tak larat nak jaga 3 batang pancing.Ngam-ngam plak member yang baru sampai pagi Sabtu tu mesin pancingnya patah.aku bagi jela dia pakai,sian lak member tengah semangat nak mancing.
Cik Nuar ngan sembilang.Abg Mat,pancing Abg Mat ada la bawak naik sekor sembilang,bleh tahan gak saiz dia.
Macam-macam spesies la sampai yang tak dijangka pun ada.karau pancing dapat cengkerang,rupanya kat dalam ada sotong kurita kecik.Berebut member nak buat umpan.Ikan pelik-pelik pun ada.
Sotong ni kalau besar dia jadi Kraken takpun jadi kepala Davy Jones,hehe!Ikan kaler coklat ni aku tak tau ikan hape.Buruk giler,kat badan siap ada cam cacing-cacing halus,eeeeeeeee!!Rugi mata kail aku dia telan.
Malam x brape best la,pasal umpan sotong dah abis.Satu lagi pasal aku takde pelampung.Member-member yang pakai pelampung ada yang dapat jenahak,kerapu.spesies-spesies sedap la.cari port sedap baring,layan tido lagi best.
AHAD,7.30am
Bangun awal pasai nak mancing,hehe!kalau kat umah tengah syok tido.Ingat nak pi kat port sembilang,manjang sangkut ngan putus je.Rugi mata kail ngan ladung.Hilang mood la pulak,lagipun dah nak gerak balik jeti.Tetiba gelap semacam je,angin pun kuat.Sure tak jadi nak balik ni.Bot pun tak berani nak redah.
Langit pun gelap je ha.Kejap je angin kuat ngan ujan datang.
Angin kuat,ujan lebat giler.kalau sampai petang sure kebuluran ngan tak pegi keje la hari Isnin.
Member sempat lagi campak umpan udang lepas hujan.Ingatkan sangkut,ini yang dapat.Lekat kat bontot lak tu,haha!
Lebih kurang pukul 11.30am angin dan air pun agak tenang,bot pun sampai jemput kitorang.Lega dapat balik ke darat.Perut lapar gile dah.Start kereta,cari sarapan dulu.Pastu bawak ikan yang kitorang dapat,suruh kedai kat Pantai Remis masakkan.Dua jenahak masak tiga rasa,satu kerapu masak stim.Sedap siot makan ikan fresh.Sampai je bil upah masak ngan air minum...RM122!Mak aiii!!Mahal gila kentang.Macam ikan dia plak.Nak buat macamana,dah masuk perut kena la bayar.Pasni aku masak sendiri jela,lagi sedap...
Asal kaler kerapu tu macam ni la,pastu jadi kaler putih kat atas pinggan,hehe!
Member-member yang memberi kerjasama menjayakan trip ni.En.Izham,En.Saiful Indra dan En.Hasan tiada dalam gambar.
Kitorang dah rancang satu trip lagi tapi selepas mengambilkira beberapa perkara yang menjadi pengajaran berguna.Pengalaman pertama memancing kat pulau sangat bermakna untuk menjamin kejayaan trip-trip yang akan datang.
1.Kaji keadaan cuaca.silap aku sebab lupa nak check cuaca,sibuk cari jadual pasang surut je.
2.Pergi dalam kumpulan yang kecik,sekitar 5-7 orang.Pegi ramai-ramai ni seronok tapi banyak barang nak angkut.Payah nak jaga ahli kumpulan,bukan apa untuk keselamatan.Maklum la tengah laut.
3.Umpan kena mencukupi,bergantung pada tempoh masa berada kat pulau.
4.Kelengkapan cukup.Perambut,ladung,mata kail,pelampung.Jaket/sweater kena ada.caca sangat sejuk bila angin kencang.
5.Tikar kecik untuk baring/tidur.
6.Makanan ringan yang mencukupi.Masing-masing kena bawak untuk diri sendiri selain share.Kadang-kadang kita lapar,orang lain tak lapar.Takan nak masak untuk sorang.Buatnya angin kencang,dapur gas tak menyala,kebulur la jawabnya.
7.Pergi tak perlu terlalu lama,sehari dua pun dah cukup.Untuk elakkan membawa barang terlalu banyak.