Apa nak dituliskan hari ni ya?Minggu ni agak meletihkan dengan kerja-kerja
housekeeping.Hujung minggu ni ramai la yang bersesak balik kampung walaupun tak menyambut CNY.Tumpang semangkuk apa salahnya.Cuti ni aku takde
mood nak kemana-mana walaupun tadi
receptionist cakap gaji masuk hari ni atau besok.Malas nak keluarkan duit awal-awal,nanti nak tunggu 25 haribulan depan lambat lagi.
Memandangkan isteri aku pun semakin sarat,kebelakangan ni dia tidur awal.Mujurlah PS2 dah siap
repair tanpa
extra cost.Takdelah aku bosan kat kat rumah.Bajet awal yang tauke kedai tu bagitau aku RM180.Tak kisahlah asalkan dia tak memandai-mandai tukar
part yang tak rosak.Bila
try kat rumah,aku dah saspen sebab DVD tak boleh
detect.Kena tipu ke?Rupanya kedai tu punya DVD tak bagus,sebab bila aku masukkan DVD lama yang dah calar balar,
loadingnya cantik je.Punya la lama tak main PS2,bila dah elok ni terujanya macam dapat PS3 pulak.Macam biasalah game
favourite aku,
Metal Gear Solid:Snake Eater.Ulang main kali ni aku dapat beberapa tips untuk tewaskan boss-boss dalam game ni.Saja eksperimen sendiri.
Tips Menewaskan The End dan The Fury,MGS3:Snake Eater
Pertamanya macamana nak
skip pertarungan sniper dengan The End.
Sniping battle tu agak meletihkan sebab masa perlawanan panjang.Sebelum jumpa dengan The End,aku dah bunuh dia awal-awal.Lokasinya di
warehouse dimana kita kena meranduk paya selepas keluar dari
Chyornaya Peschera Cave.
Standby dengan PSG-1,pastikan perut kenyang untuk elakkan tangan goyang dan masuk simpang kekiri pertama sebelum sampai ke
warehouse.Tonton sampai habis movie dimana The End duduk atas
wheelchair.Bila tamat je movie tu,terus tembak The End yang sedang ditolak
wheelchairnya sampai berlaku letupan.Roda
wheelchair akan terpelanting kena kepala korang(kepala Snake),tapi takpelah walaupun
injured sikit,The End dah mati.Di lokasi yang sepatutnya berlaku
battle dengan The End akan digantikan dengan beberapa sentri askar GRU.Senang je nak
beat diorang tu.Pintu ke
underground tunnel pun dah sedia terbuka.
Kedua,pertarungan dengan The Fury.Memang leceh lawan dengan mamat api
cosmonaut ni.Pakai RPG-7 pun lambat nak mampus.Secara tak sengaja aku terjumpa teknik yang mudah dan cepat,tapi kena
sacrifice sikitlah.Sebelum
battle,tukar kepada
camouflage Black dan
face paint Black.Buang senjata berat dan
standby pisau,sonar,AK47 dan XM16E1.Itu dah cukup.Bila
battle start,main nyorok-nyorok dan hendap The Fury dari belakang.Pakai pisau je dan tekan butang
square banyak kali.
Damage pada The Fury lebih kurang 1/3 dari keseluruhan
health bar dia.Tiga kali dapat
attack macam tu dah cukup,
confirm arwah.Tapi kena bersedialah dengan semburan
flamethrowernya.Berbanding serangan dengan RPG-7 dari belakang,lebih kurang 7-8 kali jugak la baru The Fury tewas.
Siapa yang minat siri MGS boleh fahamlah apa yang aku merepek panjang-panjang ni.Sumber lain pun ada,pergi je kat mana-mana
game cheat site,
download walkthrough terus.Tapi takde
thrilllah.Game ni pun dah lama,orang lain aku tak taulah.Aku
still seronok main game-game lama ni.Ni ayat orang takde duit nak beli PS3,haha!