Semua peminat automotif tahu Lexus adalah jenama mewah Toyota untuk menerokai pasaran US.Honda tidak ketinggalan dengan jenama Acura untuk bersaing disana.Tahun 90-an,Honda pernah mengeluarkan sebuah kereta sukan dengan layout
mid engine dan dipadankan dengan pacuan belakang.
Sehingga sekarang kereta NSX diiktiraf oleh peminatnya sebagai kereta eksotik yang paling berbaloi dimiliki.Walaupun jantungnya hanya 3.0 V6 270hp,NSX menawarkan keseimbangan antara keseronokan memandu,kuasa dan nilai wang.Tahun 2002,NSX menjalani pembedahan kosmetik iaitu lampu
pop-up digantikan dengan lampu HID dan talaan suspensi.
Acura Amerika mempamerkan konsep Acura NSX di
Detroit Auto Show 2012 yang dijangka akan diproduksi pada 2015.Model konsep ini akan mengadaptasi teknologi inovatif Sport Hybrid SH-AWD(
Super Handling-All Wheel Drive) yang dibangunkan oleh Honda R&D Amerika dikilangnya di Ohio.
Masih lagi mengekalkan bahan-bahan ringan dan susunan enjin V6,NSX baru akan turut dipacu oleh 2 motor elektrik yang dilengkapi bilateral torque adjustable system yang berfungsi untuk mengawal tork positif atau negatif ketika melalui selekoh.Enjin V6 barunya akan berharmoni dengan sistem transmisi dual clucth untuk pecutan optimum.
Kebanyakan pengeluar kereta prestasi tinggi menumpukan pada penghasilan kuasa kuda besar,Honda tetap berpegang pada matlamat untuk menghasilkan kereta yang seimbang dari segi kuasa dan berat disamping menekankan kepada penjagaan alam sekitar.