Final 8 Januari 2012,jam 9.00malam Saluran Astro Ria |
Bila tengok diorang mengharungi cabaran semalam,aku rasa keempat-empat peserta ni memang terbaik walaupun hanya dua yang layak ke final.Sebagai contoh,Zamir yang hanya berusia 19 tahun menunjukkan prestasi yang baik sepanjang pertandingan dan tersingkirnya dia diperingkat semi final ni bukanlah penamat kepada minat dia dalam bidang masakan.Aku yakin kerjaya yang baik sudah menanti Zamir diluar.Untuk Amita,walaupun dia sudah mempunyai kerjaya yang baik,pengalaman dan ilmu yang dipelajari didalam Masterchef sudah tentu membawa dia kesatu tahap yang lebih tinggi dalam bidang masakan.
Tahniah untuk Wahidan dan Ezani,semoga final nanti segalanya berjalan lancar.Siapa yang menang,terpulang pada juri yang merasa.Rezeki orang kita tak tahu.Aku harap abang Wahidan menang dan bolehlah dia buka restoran.Sekurang-kurangnya boleh perbaiki masa depan keluarga.Bukan pekebun tak ada masa depan,macam abang Wahidan ni dia ada talent luarbiasa dalam bidang masakan.So,bidang tu boleh jadi batu loncatan kearah kehidupan yang lebih baik.
Ezani,doktor gigi bujang dari Kajang ni tak jadi masalah untuk dia sekiranya gagal muncul juara.Kerjaya hebat dah tentu ada,cuma adalah satu rezeki yang besar andai dia menang final Masterchef Malaysia nanti.Siapa sangka seorang doktor gigi muda ada bakat masakan yang hebat.Dan siapa yang nak kalah kan lepas mengharungi pelbagai cabaran sajian.Apapun,pastinya dua peserta akhir ni akan memberikan yang terbaik hasil ketekunan dan usaha sepanjang minggu pertandingan.Doakan yang terbaik untuk mereka.