Selasa, 20 Disember 2011

Quad-bike Enjin Ferrari



Quad bike diatas dihasikan oleh Lazareth menggunakan enjin V8 Ferrari dan kotak gear 6 kelajuan BMW M3.Dengan kuasa sebanyak 250hp dan berat sekitar 650kg,hukum fizik menetapkan bahawa rim yang selayaknya dipakai adalah bersaiz 18" dan disarung tayar full slick untuk mengelakkan dari quad bike ni spinning buat donat dari pagi sampai malam.Kelajuan maksimum melebihi 240km/j(ceh,tak laju mana pun..),dan pecutan 0-100km/j tidak dinyatakan berapa saat.
Gua saspek lebih kurang 2.8 saat sebab Ariel Atom,sebuah sport car kecik berenjinkan Honda K20A 245bhp dan berat 612kg mencatatkan pecutan sebegitu.Bezanya cuma sekor quad bike,sekor lagi kereta.
Macam gua cakap tadi,tak laju mana pun 240km/j bukan gua nak kecikkan keupayaan Lazareth Wazuma ni.Masalahnya siapa yang berani duduk atas seat kecik tu dengan pegang handle sambil merempuh angin selaju 240km/j?Kena meniarap macam mat rempit ke?
Kalau penunggangnya mampu melekat atas quadbike ni sampai top speed,memang superb lah!Nasib baik menatang ni lawa,tak jalan pun nampak cun.Harga 1Malaysianya cuma RM824,670.00...

Isnin, 19 Disember 2011

Bila Butthurt,Klik Saja Thumbsdown

Satu benda menarik dalam blog automotif paultan ialah komen-komen untuk setiap artikelnya.Macam-macam pesen la rakyat Mesia nih.Topik hot biasanya bila Proton atau Perodua keluarkan model baru.Yang kecoh kat ruang komen memang ramai,yang beli?




Dapat 243 thumbsdown sebab cakap mahal,haha!


Dapat 159 thumbsdown sebab cakap interior trim tak lawa.



Paling bodoh sebab cakap orang yang tak beli Exora adalah orang bodoh.Whatt???



Paling LOL sebab tak tau maksud BOLD dengan BALD.hahaha!

LHDN Mahu Borang Original Pulak...

Merujuk kepada entri encik Hanif Idrus dalam entri beliau,aku agak terkejut mengenai kenyataan Timbalan Menteri Kewangan mengenai penggunaan borang asli BR1M dalam permohonan bantuan RM500.Katanya LHDN tidak akan menerima borang fotostat.
Ok,tak boleh fotostat tak apalah.Tapi borang ni boleh dimuat turun secara 'sah' dari sini :

http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf

Aku pun pernah tengok borang tu,di bahagian belakangnya ada dinyatakan borang boleh dimuat turun dari laman web diatas.So,LHDN tak patut merumitkan keadaan dengan meminta permohonan menggunakan borang asli.

Memandangkan borang tu pun PERCUMA,bagi aku tak ada bezanya asli atau fotostat melainkan ada nombor siri.Bantuan macam ni mungkin dipandang remeh sesetengah pihak dan dijadikan modal politik pihak tertentu,tapi kalau kerajaan betul-betul nak membantu,biarlah urusannya dipermudahkan.Bayangkan ibu tunggal yang berada jauh di pedalaman,macamana bantuan ni nak sampai ke kumpulan sasaran?Lepas tu aku dengar,pemohon perlu berdaftar dengan LHDN.Secara tak langsung,kelihatan ada aktiviti serampang dua mata disitu...jeng..jeng..jeng..(saspen)Pendek kata,benda ni leceh.Itu baru proses memohon,layak atau tak belum tau lagi.
Benda ni bukan dilaksanakan zaman kerajaan Majapahit dulu,sekarang zaman internet Malaysia laju *50Mbps.Semua maklumat boleh diakses dengan kerjasama semua agensi kerajaan.Katakan bantuan ni nak diberikan kepada warga Felda,semua warga Felda dalam proses tanam semula automatik layak sebab bantuan sarahidup tahun pertama cuma RM1000 sahaja sebulan.
Semalam mak(ibu tunggal) aku suruh aku isikan form bantuan RM500 ni.Mak guna ajelah bantuan sarahidup Felda tu.Lepas tolak potongan,ada la baki RM650.Cukup la untuk makan minum,beli baju sekolah,beli buku,beli kasut,bla,bla,bla..

Akhirnya benda ni akan jadi bahan jenaka politik oleh pihak yang memang menunggu masa mencari kelemahan kerajaan.

*sarcasm