Malam tadi sempat aku tengok dokumentari pasal scrapping Typhoon Class submarine.Minggu ni hari-hari balik malam,nak menyembang dengan wife pun tak sempat.Dapat la tengok drama Korea Lie To Me sambil makan malam.Pastu sambung dengan dokumentari bila wife aku dah tido.
Sebenarnya aku nak share info pasal kapal selam kelas Typhoon ni.Macam best jer.
-Kapal selam Russia ni adalah submarine yang terbesar pernah dibina.Berkuasa nuklear dan dibina Severodvinsk Shipyard pada tahun 1980-an.
-Asalnya enam buah submarine kelas Typhoon ni dibina,tapi hanya satu yang masih beroperasi iaitu TK 208 yang ditauliahkan pada 12 Disember 1981 sebagai platform ujian misil Bulava.Dua lagi iaitu TK-17 dan TK-20 masih disimpan untuk proses peningkatan upaya.
-Bakinya tiga unit,TK-202,TK-12 dan TK-13 telahpun dikitar semula.
|
Sepuluh lubang dibahagian tengah adalah tiub misil |
-Seberat 24,500 tan,kuasa tujahan untuk menggerakkan monster laut ni datang dari dua buah OK-650
pressurized water nuclear reactor berkuasa 190 MW setiap satu serta dua turbin stim 50,000hp setiap satu.Kelajuan maksimum 50km/j dalam keadaan menyelam dan boleh berada bawah air selama 180 hari.
-Digerakkan dengan dua propeller 7 bilah,kedalaman selaman maksimum ialah 400 meter.Dilengkapi dengan enam tiub torpedo,empat daripadanya untuk misil RPK-2 dan dua lagi untuk misil RPK-7.
-Selain dari itu,ia mampu membawa 20 misil balistik R-39 dengan 10 peledak nuklear MIRV.
-Keputusan untuk memencenkan kapal selam ni adalah satu keputusan yang amat berat untuk diterima ahli politik disana sebab ia adalah kebanggaan Soviet ketika Perang Dingin.
-Peningkatan kos penyelenggaraannya dan berakhirnya Perang Dingin menjadikan kewujudannya tidak lagi praktikal.
|
Dua kelasi berdiri di bahagian ekor kapal selam |
Sejak zaman dulu lagi kuasa nuklear dah mula menggantikan bahanapi fosil sebagai penjana tenaga mesin-mesin peperangan.Contohnya kapal selam berkuasa nuklear pertama Amerika,USS Nautilus mula berkhidmat sejak 1954.