Jumaat, 23 Ogos 2013

Cara Mudah dan Murah Untuk Sinki Sumbat

As salam semua,

Sepanjang dua minggu lepas,pendek kata selepas bercuti hari raya aku dan keluarga mengharungi saat-saat sukar.Sebenarnya masalah-masalah tu taklah teruk sangat,tapi kalau dua-tiga masalah datang sekaligus,serabut jugalah.
Mula-mula lampu bilik air terbakar,sampai hari ni aku tak repair lagi.Malas sungguh.Lepas tu rim bengkok.Belum selesai merepair rim,sinki dapur pulak sumbat!Hadoiiiii!
Kalau tak salah aku,lebih seminggu aku terpaksa makan malam di kedai.Larat?Aku larat lagi,tapi akaun aku yag tenat.Nak kata aku menangguh-nangguh urusan membaiki sinki sumbat tu tidak juga.Sehari selepas sumbat,aku terus beli caustic solution,sebotol RM14.Masalah tak selesai,maybe tak cukup kot.Aku tambah sebotol lagi,tapi botol kecik sikit,RM10.Pun tak boleh.Baiklah...aku mula ambil masa untuk fikirkan puncanya.Reaksi dari botol kedua ni macam kurang power sikit sebab takde boiling.Agaknya pH tak cukup berbisa.
Aku beli botol ketiga,paling besar punya,RM18.Masa ni dah masuk hari keempat aku makan dikedai.Bila cecair ni masuk je dalam lubang paip,terus berasap.Haaaaa!Yang ni baru betul power!Walaupun dah cukup power(rasanyalah),aku biarkan overnight supaya kotoran organik yang tersekat dalam paip tu hancur lebur.
Balik kerja keesokannya aku cuba flush.Aikkk?Macam tak lawas pun?Henjut dengan pelocok pun sama je apa celopp?Lastly aku give up untuk hari tu.Kering idea dah sampai terfikir nak cari dawai panjang.
Balik kerja semalam,aku singgah kedai hardware di Seksyen 6 Kota Damansara.Ada tiga kedai hardware kat situ,tapi ni bukan kedai aku beli caustic solution hari tu.Aku kesitu mencari dawai kasar.Pembantu kedai tu suggest aku beli kabel untuk tarik wayar melalui konduit.Wiremen tau la apekebenda konduit tu.Nampak macam ok je,tapi bila nak bayar,nyonya tokey kedai tu cakap tak boleh pakai pulak.Dia suruh aku beli spring cable.Katanya memang untuk kegunaan paip sumbat.Aku pun agak lega sikitlah,mungkin masalah selesai malam ni(semalam).
Aku terus cuba jolok lubang paip guna dawai tu,tapi tetap stuck.Dekat dua jam aku mengerjakan lubang paip tu disamping cara menggunanya yang leceh amat.Hasil tetap tak nampak lagi.Aku rest sekejap sambil pekena Winston sepam dua disulami cecair dingin Pepsi.
Kemudian aku kepal suratkhabar,masukkan dalam plastik dan sumbat satu lubang di lantai.Kemudian aku penuhkan sinki dengan air sambil perhatikan ada lagi tak air yang berjaya melepasi lubang yang aku sumbat tadi.Selagi tak padat,aku ketuk kepalan suratkhabar tadi dengan tukul sampai betul-betul tak bocor.Kemudian baru aku pam lubang sinki dengan pelocok.Kemudian nampak gelembung-gelembung udara kasar naik dari dasar lubang sinki diikuti paras air dalam sinki menurun dengan cepat.Berjaya!
Jadi aku nak sharing sikitlah skil yang tak berapa nak ohsem ni.Tapi ingat,walaupun tak ohsem,ia mampu menyelamatkan puluhan atau ratusan ringgit upah membaiki paip sumbat.
Ni lah lukisan yang aku sediakan menggunakan Windows Paint.Takpe,janji faham.

Nampak macamana?

Bila tersumbat macam tu,air dari sinki(B) keluar ke lubang lantai (A).Kalau dihenjut dengan pelocok pada point B atau A takkan menghasilkan apa-apa sebab tekanan air yang terhasil hanya akan terkeluar dari salah satu lubang.Cara-caranya:

1.Sumbatkan point A dengan suratkhabar yang dikepal dan disalut plastik,atau kain buruk.Pastikan betul-betul padat.Kalau sistem piping korang tak sama macam gambarajah diatas,cari lubang yang melimpahkan air sekiranya air sinki turun.Itu bermakna air tak mengalir ke paip utama yang tersumbat,sebaliknya keluar dari mana-mana lubang yang tidak terhalang.

2.Isikan sinki dengan air yang banyak.Dalam masa yang sama,pastikan tiada air keluar dari lubang yang disumbat tadi.

3.Bila dah selesai langkah kedua,gunakan pelocok di point B.Henjut dengan kuat dan konsisten.InsyaAllah kekotoran yang menyumbat tadi akan bergerak kerana semua tekanan air yang ditolak pelocok sampai ke kawasan tersumbat.

Mudah.my je kan?kan?kan?







Selasa, 20 Ogos 2013

Untuk Teman-Teman di Phytes Biotek

Sepatutnya entri ni aku tulis 24/7/2013 aritu sebaik saja aku menyudahi hari terakhir di Phytes Biotek Sdn.Bhd.Alasan?Sibuk sangattttt kononnya.
Terima kasih banyak-banyak kepada pihak pengurusan(Kak Farah)yang sempat menyediakan hamper Famous Amos,hadiah beg galas Deuter,tengok jenama pun dah tau boleh tahan juga harganya(tak tau siapa punya budget ni).
Tak ketinggalan juga cenderahati istimewa dari En.Yatimi iaitu model kereta kebal Soviet T36/76 130th Tank Brigade 21st Armored Corp. dari siri Combat Tank Collection yang keberapa tah.Cenderahati 'kecil' yang amat besar ertinya apalagi sudah ditandatangani kawan-kawan semua.Terima kasih kerana memahami hobi bapak budak ni walaupun terpaksa buat-buat cool bayar 'mainan' dikaunter 7-Eleven.
Oh ya,kepada Siti Hanef Mohmed dari lab Biotropics Malaysia Berhad,terima kasih banyak-banyak untuk habuan buka puasa yg awesome.It's not about the food.Ianya adalah soal meraikan teman yang bertukar kerja ke tempat baru.Next time giliran aku pulak belanja okeh?
Semestinya entri ni aku dedikasikan kepada kawan-kawan yang masih lagi berkhidmat di Phytes.Terima kasih semua diatas penghargaan dan kerjasama yang baik selama ni.Kepada En.Adi QA team leader yang professional(patut bagi saya hadiah nihonto,hehe!),Nien,my 1st friend at Phytes,ZamZurina,yang sentiasa ceria dan rajin menegur,Firdaus,orang tengah production-management team,(good job).Tak lupa juga kengkawan di GMP dan Production,Taufik,Jaki,Irman dan juga Yop.Sori le Yop,kenduri kawin nanti tak dapat datang.Adik gua kawin hari yang sama.
I miss u guys dan kalau ada rezeki kita jumpa lagi.Nak merayap ke Glenmarie jauh sangat la pulak.InsyaAllah,kalau aku kesana aku singgah le....
#Ada beberapa nama yang tak disebut tu maaflah ya?

Isnin, 19 Ogos 2013

Khabar Terbaru dan Isu Semasa

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog5zal.Maaf sebab kesibukan kerja dan ketiadaan komputer personal menyebabkan blog ini terabai agak lama tanpa sebarang entri terbaru.
Untuk pengetahuan semua,aku bertukar tempat kerja untuk meningkatkan nilai tambah diri sendiri dan juga dah tentu kerana tangga gaji yang jauh lebih baik.Maksud aku,kat tempat baru ni gaji aku taklah naik melambung.Beza tiga,empat puluh ringgit je pun.Cuma aku dah tak mampu untuk meneruskan kehidupan sebagai buruh kasar sampai pencen.
Walaupun fikiran tak semak dengan kertas kerja,keadaan fizikal aku yang terlalu banyak ditimpa kecederaan di tempat kerja amat-amat menyusahkan aku.Ditambah lagi dengan karenah pihak pengurusan yang paling weirdo,meletak jawatan adalah jawapan yang paling jitu tanpa was-was.Kalau nak diceritakan keburukan orang lain,mau haus skrin Gorilla Glass ni aku tenyeh,tapi apa gunanya.Lagi dapat dosa ada la.
Oklah,dipendekkan cerita kerjaya baru aku berbeza 360 darjah dari pekerjaan lama yang bergelumang dengan suasana panas dan aroma ketiak umpama kerbau.Pekerjaan baru aku lebih kepada permainan minda,training,laporan,mesyuarat dan juga temponya amat pantas.Setiap hari ada tugasan baru sedangkan tugasan pertama masih belum siap.
Boleh dikatakan aku agak 'tertinggal' rentak pekerjaan baru ni.Macamanapun aku sukakan cabaran.Tak ada lagi rutin kerja yang sama setiap hari dan diburukkan lagi dengan gaji siling pada aras pekerja asing.Perancangan kerja aku bebas,bukan lagi diaturkan peringkat atasan.Tak mudah juga sebenarnya,yang penting bagi aku adalah kerjaya yang baik untuk menyara keluarga untuk tahun-tahun mendatang.
Apa lagi nak cerita ya?
Mesir?
Kes tembak-tembak?
Malas juga nak komen.Teramat ramai keyboard warrior yang menaip,lepas tu tekan ENTER tapi tak guna akal fikiran.Main hembusss je.Kebanyakannya cenderung menyatakan pendirian sendiri tanpa mengambilkira faktor sekeliling.
Contohnya berkenaan isu Mesir.Presidennya dipilih secara demokrasi,menteri-menterinya juga dipilih oleh rakyat Mesir,tapi malang sekali presidennya sahaja yang berusaha membawa perubahan dalam pentadbiran Mesir kearah Islam yang sebenar.Apa yang aku nampak dalam isu Mesir ni ialah hasil kerja rakyat mereka sendiri+'kuasa ghaib' yang pastinya menyebabkan Mesir akan tumbang dan rosak teruk untuk tempoh yang lama.
Di mana-mana negara pun,akan ada dua pihak yang berbeza pendapat.Calon A ada pengikut sendiri,Calon B ada peminat sendiri.Katakan Calon A menang,peminat B merusuh sampai darurat.Bila diadakan pilihanraya semula,B pulak menang,pengikut A merusuh pulak.Bila nak habis???Tak paham betul aku...
Doakan untuk keamanan Mesir dan juga negara kita sendiri.Dalam kita dok bising-bising kenapa kerajaan tak bantu Mesir,fikirkan juga yang ini.Kebelakangan ni statement "syukur Malaysia masih aman" menjadi bahan jenaka macai-macai politik.Ambil sedikit masa dan renungkan bagaimana ribuan saudara seagama kita di Mesir terkorban nyawa dalam mencari sesuatu yang bernama "keamanan"....Renung-renungkan...

Sabtu, 3 Ogos 2013

Bebelan Sebelum Hari Raya

Hari ni hari menjaga anak.Entah kenapa hari ni anak aku agak terlebih hyper dgn menumpahkan bedak dan mineral oil.Mungkin sebab ada makciknya,so dia tunjuklah perangai dia.Satu lagi yang tak seronok,badan dia dah tak wangi walaupun baru je mandi.
Selain tu,aku menyemak semula list blog yang aku letakkan pada senarai blogger updates.Adalah sangat menyedihkan dimana lebih 60% blogger dah mula menunjukkan tanda-tanda jemu menulis dan kehilangan excitement terhadap penulisan blog.Sayang sekali,sebahagiannya mempunyai ribuan follower.Ada yang satu zaman dengan blog5zal ni,mencanak-canak naik,lepas tu senyap tanpa berita.
Walaupun masih ada sebutir dua blog yang masih 'gagah' mengemaskini entri,aku terpaksa remove satu dari blogger update list ni sebab kerapkali menghidangkan entri yang tak sama dengan tajuk semata-mata untuk menarik minat pembaca ke blognya.Aku rasa tertipu setiap kali buka entrinya.
Itukah yang dinamakan SEO?
Bagi aku,entri pasal pergi pasar beli ikan lagi bagus daripada menghidangkan pembaca dengan penulisan yang tidak berintegriti.Jangan takut tengok statistik pageview yang menurun.Jadi diri sendiri dan paling utama,hidangkan pembaca dengan sesuatu yang ilmiah walaupun jarang dapat menulis.
Baiklah,bulan puasa ni kena lebihkan sabar ya?Tak elok marah-marah.
Di kesempatan ni aku selaku penulis blog5zal ni mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan pengikut setia blog5zal,selamat memandu pulang kekampung,mohon maaf andaikata tersinggung dengan penulisan jujur aku dan akhir sekali cari nilai yang baik dalam diri anda dan bimbinglah orang lain untuk kebaikan semua.
Trimas!