Rabu, 24 Ogos 2011

Jadual Perlawanan EPL Minggu 3 2011

Penat nak cerita banyak,masalah perang keatas teroris,isu politik tempatan,gaji belum dapat lagi,kereta pun belum servis,dengan Arsenal kalah minggu lepas.....adoiiii...penat otak gua.
Minggu ni Arsenal jumpa Manchester United pulak.Lantaklah nak gol berapa belas bijik pun...

Sabtu,27 Ogos 2011


Aston Villa vs. Wolves
Time : 19.00pm
Channel : Astro 812/832

Blackburn vs. Everton
Time :  21.55pm
Channel : Astro 813

Chelsea vs. Norwich City
Time : 21.55pm
Channel : Astro 812/832

Swansea vs. Sunderland
Time : 21.30pm
Channel : Astro 817/831

Ahad,28 Ogos 2011

Liverpool vs. Bolton
Time : 00.00am
Channel : Astro  817/831

Newcastle United vs. Fulham
Time : 19.30pm
Channel : Astro 817/831

Tottenham vs. Manchester City
Time : 20.25pm
Channel : Astro 812/832

West Bromwich Albion vs. Stoke City
Time : 22.00pm
Channel : Astro 812

Manchester United vs. Arsenal
Time : 22.00pm
Channel : Astro 817/831

Perang Kawalan Jauh:2nd Chapter

Semalam aku cerita pasal peperangan kawalan jauh,kebetulan malam tadi History Channel ada menayangkan dokumentari baru bulan Ogos,'Remote Control War'.Sebijik macam tajuk entri aku semalam.Kupasannya pastilah lebih mendalam,bermula dengan pelbagai jenis drone,berbentuk burung,sekawan serangga dan yang agak menakutkan aku ialah rupa sebuah robot berkaki empat iaitu 'BigDog'.

Big Dog

BigDog ialah sebuah robot berkaki empat ciptaan Boston Dynamics dan dananya dibiayai oleh DARPA.Mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan bumi pada kelajuan 8km/j,membawa bebanan 154kg dan mendaki sehingga 35 darjah.

Dikuasakan enjin go-kart silinder tunggal berkuasa 15hp @9000rpm yang menjanakan pam hidraulik dan menggerakkan 16 actuator pada kesemua kakinya.

Crying Wolf
Amacam?Ada persamaan tak?
Bezanya cuma Crying Wolf adalah imaginasi pasca peperangan moden oleh pengarah dan pencipta game terkenal Metal Gear Solid,Hideo Kojima.Dalam siri gamenya,banyak robot-robot kecuali ianya adalah separuh manusia(cyborg).Berbeza sedikit dengan robot-robot realiti peperangan moden yang cuba untuk dijadikan autonomous.
Cuma masih banyak isu yang perlu ditangani untuk menerapkan sepenuhnya penggunaan drone dalam peperangan.Drone tiada perasaan hormat,simpati malahan untuk menjadikannya cekap membezakan musuh pun adalah isu yang masih belum selesai.
Seperti isu 'pembunuhan rambang' di Pakistan yang dilancarkan oleh drone CIA untuk menghapuskan saki-baki Al-Qaeda,sebenarnya isu itu tidak dapat dijawab oleh CIA sendiri samada sasaran pengeboman mereka benar-benar jelas.Ianya sukar untuk dibincangkan kerana apa yang berkaitan dengan CIA selalunya sulit.
Apabila saki-baki Al-Qaeda meninggalkan Afghanistan dan bersembunyi di kawasan bergunung-ganang dalam wilayah Pakistan,serangan drone menjadi pilihan utama US bermula sejak zaman Bush dan diteruskan secara konsisten oleh pentadbiran Obama.
Tentera biasa tidak dapat dihantar ke kawasan ekstrem sebegitu,maka tugas itu dijalankan oleh pengendali drone CIA.Sedangkan mengikut seorang penganalisis isu itu semalam mengatakan ianya adalah pencabulan undang-undang perang memandangkan tiada war declaration keatas Pakistan.
Apapun akhir ayatnya ialah,undang-undang perang ditulis oleh mereka yang berkuasa,dan dalam isu ini pastinya 'mereka' itu adalah US.


Selasa, 23 Ogos 2011

Era Perang Kawalan Jauh


Penanda apakah ini?

Pin Merah: serangan 2004-2007
Pin Merah Jambu:serangan 2008
Pin Biru Gelap: serangan  2009
Pin Biru Muda: serangan 2010
Pin Ungu: serangan 2011

Lokasi yang ditandakan diatas ialah lokasi serangan menggunakan drone(UAV) keatas Pakistan sejak 2004 hingga 2011.Penggunaannya di wilayah bergolak semakin popular kerana serangan pantas dapat dilancarkan,tiada personnel mereka terkorban dan tidak perlu meredah bentuk mukabumi yang ekstrem.Satu lagi sebabnya adalah untuk mengelakkan serangan IED keatas konvoi tentera mereka.
Ianya dinyatakan sebagai 'A Year of the Drone' oleh Peter Bergen dan Katherine Tiedemann dalam analisis mereka untuk New America Foundation.
1.Sejumlah 267 serangan drone dilancarkan sejak 2004 dan 54 daripadanya adalah dalam tahun 2011.

2.Dianggarkan sebanyak 1650 hingga 2588 kematian diakibatkan oleh serangan ini dan sekitar 1357 hingga 2117 daripadanya dikatakan sebagai militan.

Drone yang digunakan ialah MQ1-Predator dan MQ9-Reaper yang melancarkan misil AGM-114 HellFire keatas kompaun atau kenderaan yang disyaki milik militia.

MQ1-Predator

-Rotax Turbocharged 914F 115hp
-Kelajuan maksimum 217km/j
-Jarak operasi 1100km
-2 unit AGM-114 Hellfire/4 AIM-92 Stinger/6  misil air-to-ground Griffin

MQ9-Reaper




-Honeywell TPE331-10 Turboprop 900hp
-Kelajuan maksimum 482 km/j
-Jarak operasi 5926km
-Sehingga 14 unit AGM-114 Hellfire/4 Hellfire dan 2 unit GBU-12 Paveway II(230kg)/GBU-38 JDAM



Ambisi Ketenteraan Jiran Kita


Sesekali aku suka membaca akhbar seberang.Sama jugak macam akhbar online tempatan,bezanya akhbar mereka mempunyai lebih 'minat' untuk membicarakan isu-isu ketenteraan dalam dan luar negara terutamanya negara kejiranan.Berbanding akhbar tempatan yang hanya berminat menyentuh isu militari bila merdeka semakin hampir.

1.Satu topik yang menarik perhatian aku ialah sasaran TNI AU(Angkatan Udara) untuk meletakkan empat unit pesawat UAVdi kawasan Kalimantan akhir tahun ini.Khabarnya hangar untuk empat pesawat UAV itu yang terletak di Pangkalan TNI AU Lanud Supadio,Pontianak sudah 80% siap.UAV jenis apa tidaklah pula dinyatakan.

F-16
2.Selain itu,dinyatakan juga Indonesia akan menerima 24 unit pesawat F16 secondhand dari US dan 6 pesawat lain menjadikan jumlah keseluruhan 30 pesawat.Semuanya akan diupgrade dengan persenjataan lengkap.Jumlah ini akan bertambah menjadi dua skuadron(40 unit) apabila bergabung dengan 10 unit yang ada sekarang.

3.Lagi,kontrak pembelian 16 unit Super Tucano buatan Brazil sudah ditandatangani pada Disember 2010.Super Tucano ialah pesawat latihan berenjin turboprop 1600hp dan kelajuan maksimum 557km/j.Juga tambahan 16 unit KAI TA-50 trainer/light attack buatan Korea Selatan dan dijangka tiba pada 2013.

4.Apa lagi?masih ada....enam buah Sukhoi Su27/30 beserta dengan sistem persenjataan akan melengkapkan satu skuadron 16 unit,iaitu tambahan kepada 10 unit yang ada masa ini.Cita-cita TNI-AU tidak terhenti setakat itu,khabarnya akan ditambah secara berkala sehingga lengkap dua skuadron (32 unit).

5.Bagaimana dengan Malaysia?Apakah perancangan strategik pertahanan kita?Biarpun ia hanyalah berita yang mungkin sekadar propaganda untuk menggentarkan negara jiran,seharusnya ia tidak dipandang ringan.Apapun,aku percaya pemimpin tertinggi ketenteraan negara tidak sekali-kali mengabaikan kesiap-siagaan angkatan pertahanan negara kita.

Isnin, 22 Ogos 2011

Ini Kurma Atau Sawit Kering?

Screenshot from Kosmo Online
Baca Kosmo! Online hari ni?
Kisah tentang kurma tiruan murah yang banyak dijual di pasar dengan harga RM1.Memula aku fikir dulu,apakah maksud kurma tiruan.Sama macamana isu lawak 'telur ayam tiruan China' atau kurma tiruan tu adalah sebenarnya sawit yang dikeringkan?
Maksud sebenar pengarang berita ialah,nak menyampaikan tentang kisah KURMA BERKUALITI RENDAH.Tapi tajuknya dikarang sebegitu rupa untuk menimbulkan curiousity dikalangan pembaca.Kurma murah macam ni aku rasa kat negara Arab sana diorang main pijak-pijak je.Dah takde moist,manis dia lain macam.Mungkin sebab dah direndam gula macam yang diterangkan dalam artikel Kosmo! tu.
Cuma,tak baik la suratkhabar buat cerita macam ni.Cakap betul-betul.Letak tajuk 'Kurma Murah Berleluasa'.Macam tajuk entri aku ni.Amacam,agak-agak mengundang perhatian atau kemarahan pembaca?

Salam hujung-hujung Ramadhan.