Memaparkan catatan dengan label Tech Talk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tech Talk. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Oktober 2011

Model Aksi 4" Real Steel

Filem zaman sekarang memang selalunya diikuti dengan model aksi.Tak kisah korang nak panggil apa,mainan,patung,figura,apa-ape jelah.Tadi aku cerita  pasal movie Real Steel yang best,meh tengok model aksinya pulak keluaran Jakks Pacific.





Gelanggang pun ada untuk diorama.

Pengeluar: Jakks Pacific
Ketinggian:4 "
Harga :$8
Artikulasi :Asas
Extra :Lampu badan,swappable limbs

Buy it entertainmentearth.com

Jumaat, 30 September 2011

China Space Program

Tiangong-1,modul stesen angkasa China dilancarkan tepat jam 9.16pm Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan menggunakan roket pelancar Long March 2FT1.Ketinggian stesen angkasa Tiangong-1 di orbit kira-kira 350km dari permukaan bumi dan digunakan untuk memantau kawasan pertanian di China serta menjalankan eksperimen pertumbuhan kristal dalam keadaan graviti sifar.
Stesen angkasa Tiangong-1 mempunyai fasiliti dok pelbagai modul untuk melengkapkan stesen eksperimen angkasa berorbit rendah.Ini menjadikan China negara ketiga yang mengendalikan stesen angkasa.Tiangong-1 akan mengorbit bumi selama sebulan untuk menunggu ketibaan Shenzou-8,kapal angkasa tanpa pemandu.Kedua-duanya akan bercantum dan seterusnya diikuti Shenzou-9 dan Shenzou-10 yang dijangka membawa angkasawan wanita.Sekiranya kesemuanya berjalan lancar,China menjadi negara seterusnya yang berjaya menjalankan prosedur tersebut selepas Amerika Syarikat dan Russia.
Dengan ruang bekerja seluas 15 meter padu untuk dua hingga tiga angkasawan,stesen angkasa seberat 8.5 tan yang diberi gelaran 'Heavenly Palace' akan berada di orbit selama dua tahun sebelum beberapa lagi modul eksperimen akan dilancarkan.



Stesen angkasa sebenar akan mula dilancarkan dalam tiga bahagian antara tahun 2020-2022.Bagaimana dengan negara kita?Adakah tahun 2020 kita masih bergelut dengan masalah politik yang serupa kartun Nickelodeon,isu bahasa kebangsaan,masalah kelajuan internet dan sebagainya?

Rabu, 28 September 2011

Rumah Papan Expanded Polystyrene

Aku pernah terbaca kat satu forum tentang sebuah jambatan kat Melaka yang menggunakan polystyrene sebagai salah satu material pembinaan.Kecoh jugak la isu tu,ramai yang komplen pasal harga mahal(7 juta kalau tak salah),dan penggunaan polystyrene sebagai material yang kelihatan sangat 'aneh' dimata rakyat Malaysia.Agak banyak pertikaian terutamanya dari segi kekuatan polystyrene sebagai bahan binaan.
Apa sebenarnya polystyrene dan setakat mana penggunaannya selain dari bekas pembungkus maggi goreng mamak?
Salah satu jenama pengeluar insulator,PolarGuard
Polystyrene atau nama sebenarnya EPS,singkatan untuk perkataan Expanded Polystyrene ialah bijian polystrene yang dipanaskan menggunakan stim atau udara panas.Beberapa kaedah digunakan pengeluar untuk mengawal kepadatan dan ketumpatan EPS untuk tugas tertentu.
Kebiasaannya EPS digunakan sebagai bekas makanan atau minuman,soundproofing,dan dalam pembungkusan barangan.Disebabkan ciri-ciri EPS yang tahan lasak,ringan,perintang haba yang baik,kos rendah,dan boleh dikitar semula,penggunaannya menjangkau sehingga ke bidang pembinaan.Di US,adalah normal penggunaan EPS sebagai foundation untuk lebuhraya terutama di kawasan yang tanahnya kurang padat.Lapisan EPS akan disusun kemudian ditutup dengan lapisan getah diikuti selapis tanah dan terakhir barulah turapan bitumen dilakukan.
Antara kegunaan lain EPS yang juga popular adalah sebagai penebat haba untuk rumah-rumah.Di negara empat musim,penebat haba penting untuk mengharungi musim sejuk.Nilai R,iaitu rintangan haba/unit luas yang tinggi menjadikan ianya penebat haba yang baik,samada untuk mengekalkan suhu hangat dalam kediaman ketika musim sejuk,atau menahan haba luar ketika musim panas.Penggunaan pemanas elektrik atau penghawa dingin dapat dikurangkan seterusnya menjimatkan elektrik.
Semakin tinggi nilai R,semakin baik kadar kerintangan haba dan ianya bergantung kepada ketumpatan dan ketebalan  EPS.Contohnya cuaca Malaysia yang panas lembab,penggunaan EPS boleh dipraktikkan dalam pembinaan rumah-rumah kampung.Dinding papan dilapisi dengan kepingan EPS sebelum ditutup dengan kepingan plywood untuk kemasan bahagian dalam rumah.
So,lepas ni jangan terkejut kalau terjumpa polysyrene kat mana-mana tapak pembinaan.Benda ni akan bertambah meluas penggunaannya.Katakan satu hari nanti korang beli rumah,mungkin ada terdapat beberapa bahagian yang menggunakan EPS.Jangan mangkuk jamban pun guna EPS dah la.


Selasa, 27 September 2011

Besi Buruk Angkasa

Selepas 20 tahun berkhidmat,satelit UARS jatuh kebumi dan sebahagiannya terbakar ketika merempuh atmosfera serta saki-bakinya dipercayai tenggelam di lautan Pasifik.
UARS seberat enam tan dan dilancarkan menggunakan shuttle Discovery pada 1991.Ia menghantar data dari saat itu hinggalah dimatikan pada 2005.Bahagian satelit yang dijangka terselamat melepasi atmosfera bumi adalah dalam anggaran seberat 140kg.
NASA memberi amaran kepada sesiapa yang menjumpai objek-objek dari serpihan satelit supaya tidak menyentuhnya kerana risiko cedera.(??)Yang agak lucunya,NASA turut memberi amaran kepada orang ramai melalui Twitter supaya mengembalikan cebisan satelit UARS kepada pihak NASA.
Kerana menurut NASA,cebisan satelit UARS adalah hakmilik negara yang membuatnya(US).Apapun aku suspek diorang tak mau benda tu dijual ke negara China atau Korea Utara agaknya.

Apa itu Space Junk?
Sejak Soviet melancarkan Sputnik One ke angkasa 53 tahun dulu,dianggarkan manusia telah melancarkan berjuta-juta objek ke angkasa.Dijangkakan terdapat 370,000 objek terapung di orbit bumi antaranya serpihan satelit,roket lama dan serpihan misil.
Serpihan dari angkasa yang ditemui di Queensland,Australia
Tangki bahanapi utama Delta 2 yang jatuh di  Georgetown Texas pada 22 Januari 1997
Kapsul kapal angkasa Genesis  yang terhempas di padang pasir Utah pada  September 2004
Bebola besi yang jatuh pada April 2000 disebuah ladang berhampiran Worchester,150km dari Cape Town Afrika Selatan
*Beberapa gambar dari hipstersgonnahip ,dan Google

Jumaat, 23 September 2011

Diesel RC Car;Biaq Betoi!


Biar betik Harian Metro ni.RC Car pakai diesel fuel???Nampak macam pakai bateri je?

Memula aku suspek wartawan masih stim kuih tat nenas,so aku Googlekan tentang RC car pakai enjin bahanapi diesel.Sebab tak pernah pulak aku dengar RC engine pakai diesel,biasanya nitro fuel atau bateri Li-Po je.
Pertamanya sebab bahanapi diesel ni biasanya terbakar melalui proses mampatan.Peringkat awal masa enjin sejuk memang ada gunakan heater untuk memanaskan udara.Tapi untuk enjin diesel komersial lah.Enjin RC tak tau la ada heater ke tak.
Kedua,nisbah mampatan enjin diesel biasanya tinggi.Kalau enjin petrol biasanya paling tinggi pun 10:1.Enjin diesel boleh sampai 20:1.So,material blok dan head biasanya memang tahan pressure tinggi tak macam enjin petrol.Mostly blok cast iron.
Diesel masuk kedalam ruang pembakaran dalam bentuk kabus halus selepas melalui fuel distributor pump;maknanya diesel bertekanan tinggi akan dipancitkan kedalam combustion chamber.Aku tak ingat berapa bar,dulu masa aku stadi Automotif  Diesel ada buat eksperimen tuning injector diesel.

Yang aku musykil sekarang ni bila aku Google,wujud rupanya Diesel RC engine.


Tapi tak ada pulak spec untuk aku siasat.Musykil betul gua...takkan diesel pakai karburetor kot?Fuel pipe pun pakai tiub getah je?Arghhhhh!!!!

Selasa, 20 September 2011

Peserta Triathlon Unik;Evolta!

Hawaii Ironman Triathlon ialah perlumbaan sejauh 224.64km meliputi 3.84km renang,179.2km berbasikal dan 41.6km larian.Acara yang berlangsung 24 Oktober nanti akan disertai satu peserta istimewa,Evolta!




Walaupun bersaiz 1/10 manusia dewasa,Evolta telahpun menamatkan perjalanan 500km dari Tokyo ke Kyoto dan memanjat 1700 kaki cenuram Grand Canyon.
Sebelum itu Evolta telah mengayuh miniatur tricycle dalam perlumbaan Le Mans 24hrs dimana ia telah mencatat rekod Guiness.Tiga set robot dengan tugas spesifik seperti larian,renang dan berbasikal dengan setiap unit dikuasakan tiga unit bateri rechargeable Panasonic Evolta.
Evolta perlu menamatkan Hawaii Ironman Triathlon dalam masa 168 jam.Pada asalnya penciptanya Tomotaka Takahashi menciptanya untuk promosi bateri Panasonic AA Evolta.Evolta Triathlon menggunakan bateri AA Evolta yang boleh dicas semula sebanyak 1800 kali.


Khamis, 25 Ogos 2011

Jobless Steve?

Steve Jobs letak jawatan?Pasni jadi Steve Jobless la plak.

Mana boleh...resign dari jadi CEO,pasni jadi Chairman.

Datsun 1972 Elektrik Super Laju

Arini gua malas nak perah otak,so gua rembat je news dari Dailymail.Jangan risau.Bukan gua sorang je blogger yang buruk perangai macam ni,haha!

Bila kali terakhir korang nampak kereta Datsun?Apa?Tak kenal?

Sengal betul la korang...Kalau Nissan plak kenal?Tau pun.Itupun Nissan Skyline ajelah yang korang kenal.Datsun kat atas tu dah berumur 39 tahun,patutnya dah mengalami keadaan reput tulang,gigi luruh dan mula beruban.Gua rasa memang banyaknya kereta ni dah jadi besi buruk pun.
Kereta Datsun milik John Wayland dari Amerika ni diberi gelaran White Zombie,barulah ganas.Apa barang bagi nama Datsun buah kana.Apa tak ganasnya,takat sprint suku batu Maserati pun hidu asap tayar.
Kereta ni ada asap tayar je sebab enjin lemaunya dah dicampak belakang rumah dan digantikan dengan motor elektrik custom made.Sumber kuasanya datang dari 192 bijik bateri Li-Po(lithium polymer) yang menghasilkan 355 volt elektrik.
Khabarnya ia berkuasa 500hp dan acceleration dari 0-60mph cuma 1.8 saat!Betoii kaaa?Dasat...boleh bangun Enzo Ferrari dari kubur,jenuh dia buat kereta super laju.V8 la,V12 la,mamat ni pakai motor letrik je.




Dalam Dailymail cakap takat suku batu tu bawah 10 saat je dia henjut.Korang tengok la sendiri video kat atas,aku rasa 12.195 saat.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Harga Baru Playstation 3 2011

Thumbs up!


Gud news from Sony Corp.Sony menurunkan harga pasaran global untuk konsol PS3 dari $299(RM874.87) ke $249(RM728.57).Penurunan harga berkuatkuasa dengan serta merta.
Harga untuk model 160GB ialah $249,manakala model 320GB $299.Persaingan antara gergasi pengeluar konsol permainan menyebabkan Nintendo menurunkan harga konsol Wii kepada $150(RM438.9) Mei lalu dan khabarnya Microsoft juga akan mengikut langkah pesaingnya untuk menurunkan harga XBox 360.
PlayStation 3 atau PS3 mula dijual sejak 11 November 2006 dan merupakan konsol tercanggih dengan mengadaptasi teknologi blu-ray.Sehingga 31 Jun 2011,ia telah terjual sebanyak 51.8 juta unit.Tapi sebenarnya Sony mengalami kerugian di peringkat awal penjualan konsol PS3.
Kos penghasilan seunit PS3 60GB ialah $840.35(RM2458.86) tapi dijual pada harga $599(RM1752.67).Sehingga Ogos 2009 barulah Sony dapat mengurangkan kos pembuatan kepada $240(RM702.24) seunit dengan penurunan kos pembuatan diode blu ray dan juga membuang cip Emotion Engine.
Kali terakhir Sony menurunkan harga PS3 ialah 2 tahun lepas,dari $399(RM1167) kepada $299.Konsolnya dah cukup murah untuk teknologi blu-ray berbanding 3-4 tahun lepas,tapi macamana dengan harga gamenya?Wuuuuu!!

-Harga mungkin berbeza di pasaran tempatan.Maybe cukai or ada mark-up sikit.Ramalan aku harganya mungkin berada dalam lingkungan RM900-RM1050.Harga PS3 di Sony Style ialah RM1,299 (320GB,CECH 2506B) dan dikedai biasa sekitar RM1199.Aku rasa ni harga lama,di kedai luar murah sikit.Kita tunggu dalam seminggu dua ni.

Update
*Dari sumber terkini sonystyle Malaysia,harga PS3 320GB CECH-2506B ialah RM1099
-3D gaming and movie playback
-32% lebih kecik,36% ringan dan 34% kurang penggunaan kuasa


Rabu, 17 Ogos 2011

Motor-Motor Power Tapi Murah!

Motor mahal?Apa bezanya dengan motor Demak Spark,sama jugak kalau hujan terpaksa menyelit dengan mat motor lain bawah jambatan.Tapi pembuat-pembuat motor kat bawah ni degil.Masih tak faham konsep asas,motor ditunggang untuk membawa penunggang dari poin A ke B.
Motorsikal harga lebih 300k jadah apa?Tapi pedulik apa diorang,biar setahun dapat jual sebijik,biar operator tidor celah kotak sebab production kurang.Tak untung takpe janji nama kena harum di persada dunia permotorsikalan.

MV Agusta F4 CC


-1078cc,empat silinder,empat lejang                      -Kelajuan maksimum:315km/j
-Nisbah Mampatan: 13:1                                       -Carbon fiber body
-200hp @ 12,200rpm                                           -Chassis CrMo steel + aloi magnesium
-Berat 187kg                                                         -Harga,RM357,546.00

NCR Macchia Nera Concept


-998cc,V2,empat lejang(Ducati Testastretta 998)                -Kelajuan maksimum : N/A
-Chassis titanium dan carbon fiber                                       -Harga,RM670,398.00
-Kuasa 185hp
-Berat 135kg

Ecosse Titanium FE Ti XX




-2100 cc V-Twin billet aluminium                                   -hanya dibina sebanyak 13 unit
-200hp                                                                          -ekzos titanium Grade-9
-carbon fiber body dan chassis titanium                          -Harga,RM893,865.00
-tempat duduk kulit Berluti

Ecosse Spirit S1/ES1


-1000cc IL4 V4,empat lejang                                      -kelajuan maksimum 370.1km/j
-200hp                                                                        -frameless design chassis
-berat 120.2kg                                                            -harga,SUPER MAHAL!!
-teknologi F1
-hanya dibina sebanyak 10 unit

Isnin, 8 Ogos 2011

Improving the Appearance of Tamiya Silvia Coppermix

Sementara menunggu buka puasa di rumah abang ipar aku semalam,kitorang meluangkan masa mengemaskan rupa paras Tamiya Silvia Coppermix dia.Sebelum ni housingnya berkeadaan sangat baik cuma susunatur stickernya agak caca-marba,hehe!
Ya,benar,empunya asal kereta Silvia Coppermix ni tangannya bukan untuk kerja-kerja halus,tapi beliau mempunyai dana yang besar.Orang Hollywood cakap 'deep pocket'.Tak kisahlah,kitorang ni memang gatal tangan tengok benda-benda yang macam ni.

Sebelum...




-Rupa sebelum di 'touch up'.Bumper hadapan sedikit pecah sebab owner kedua masih lagi dalam proses mendapatkan Lesen D1GP.
-Bahagian belakang cuma calar-balar sikit.Susunan sticker je yang perlu disusun semula.


-Bahagian driveshaft belakang yang.....(speechless).Ini kena buka balik satu-satu,cuci bersih-bersih.Bukan apa,pasir ni kalau melekat kat moving parts,habislah.Plastik pulak tu.

Selepas satu jam++...



-'Touch up' ringan yang mencukupi untuk mencantikkan sikit rupa asal kereta ni.Salutan sticker bercorak carbon fiber 3D di bahagian hood,bonnet,spoiler dan jugak side mirror.
-Sport rim je yang belum lagi.Abang ipar aku suka pulak kaler fluorescent cam nih.Kalau aku,aku lagi suka kaler gunmetal takpun flat black je.
-Buat masa ni kereta ni masuk garaj dulu,kipas penyejuk charger rosak.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Boomerang III;Telinga Penembak Tepat

Antara perkara asas yang aku nampak dalam pertempuran sniper(contoh paling aku suka,Enemy At The Gates) ialah penyamaran,tahu menjangka jarak sasaran dan arah angin dan yang paling penting,sentiasa relocate(berubah lokasi).Itu untuk teknik asas,berbanding sekarang sniper akan dibantu dengan pembaca jarak sasaran dan kelajuan angin.
Dengan alatan terbaru dalam inventori tentera US,iaitu Boomerang III,pertempuran sniper akan menjadi lebih mendebarkan atau semakin membosankan?

Benda yang kelihatan macam antenna tu ialah alat yang bernama Boomerang III.Dibangunkan di US dan dipersiapkan untuk kegunaan medan perang oleh saintis Makmal Sains dan Teknologi Pertahanan di Britain.

How It Works?
-Terdapat tujuh mikrofon sensitif dipasang pada sebatang tiang,yang mampu mengesan arah bunyi letupan dan gelombang kejutan (shockwave)dari pergerakan supersonik peluru penembak tepat.
-Boomerang III diprogramkan untuk mengabaikan bunyi-bunyi seperti tembakan keluar,bunyi angin,mercun atau pintu dihempas.
-Apabila peluru musuh dikesan,Boomerang III akan melakukan kiraan super pantas dan memberikan kedudukan arah,jarak dan ketinggian dari mana peluru tersebut ditembak.Kiraan akan mengambil masa sepantas dua saat.
-Selepas itu terpulang kepada pengendali Boomerang III samada membalas tembakan atau memanggil serangan udara ke atas lokasi musuh yang dikenalpasti.



Sniping is serious bussiness.Tak ada masa nak enjoy excitement macam dalam movie.Ia adalah berkenaan dengan hidup dan mati.Menurut kata diorang,di Afghanistan pihak Taliban dan pandai mengupah penembak tepat.
*Images and news from Dailymail

Khamis, 21 Julai 2011

Rasa Nak Kereta Kedua

Semalam aku nak cerita pasal Toyota Altezza kan?Tapi baik aku mula dulu dengan beberapa kereta mampu milik yang aku rasa berbaloi dimiliki.Kadang-kadang terfikir jugak nak ada kereta kedua untuk dibelai selain kereta untuk ke tempat kerja.
Pertama sekali dalam senarai:

Toyota SEG AE100/AE101

Pasal apa aku minat kereta ni?Sebab banyak ruang untuk dimodifikasi,spare part banyak dan designnya masih relevan walaupun keluarannya bermula tahun 1991.Enjinnya 1.6 4A-FE tapi banyak bebudak muda sumbat 4A-GZE supercharger ataupun enjin Toyota BZR 4 throttle Blacktop/Silvertop.

Spesifikasi:
Enjin 1300&1600cc
Tahun: 1991-1998
Kuasa:115ps(1.6)
Harga:Lingkungan 12-18k untuk standard,dah tukar enjin Blacktop/Silvertop,smoked headlight,bodykit FX harganya sekitar 25-30k

Mazda Lantis 323F

Aku rasa kereta ni comel tapi kalau kena caranya,garang cam Rottweiler jugak.Yang penting owner kena tau nak buat apa.Harga pun mampu milik,design cantik dan ruang modifikasi sentiasa ada untuk orang yang kreatif.Versi yang banyak kat Malaysia 1.6 Auto atau manual.Actually model ni ada version V6 dan jugak Type-R.Model V6 2.0 pakai hub rim 5 lubang,dan versi Type-R menggunakan enjin KF-ZE 2.0 yang menghasilkan 170ps.
Lagi pulak pembuatnya Mazda,satu manufacturer Jepun yang disegani dengan siri Rotary Renesis.Satu lagi ciri unik,tingkapnya frameless,macam Impreza.So,nampak kerek sikit.Heeee!!!

Spesifikasi:
Enjin:1.6,1.8 dan 2.0
Tahun:1994-1998
Kuasa:88hp(1.6),147hp(2.0)
Harga:Rujukan aku kat mudah.my ,harganya sekitar 13-20k untuk versi standard dan paling mahal 38k dah siap convert B8 Turbo.

Toyota Altezza

Gambar dari belakang pun cukup.Siapa tak kenal dengan lampu belakang Altezza yang sangat identikal,sampai banyak manufacturer yang terinsirasi dengan rekaan lampu belakang Altezza ni.Sebuah kereta yang cantik,cukup berkuasa dan yang uniknya kereta ni menggunakan sistem pacuan roda belakang.Agak asing untuk sebuah sedan moden buatan Jepun.
Memandangkan kereta ni berpacuan belakang,nampak gayanya kereta ni jugak bakal jadi rebutan drifter dan tak mustahil harganya akan meningkat semula.Sebelum kereta ni dapat status legend macam Sprinter Trueno AE86,baik beli cepat-cepat.
Walaupun harganya masih mahal(sebab aku tak mampu),faktor yang membuat aku jatuh hati adalah pacuan belakangnya tu la.Sebab bagi aku,pacuan belakang lebih seimbang dari segi agihan tugas.Untuk kereta pacuan depan,bebanan enjin,kawalan stereng,beban memacu dan beban semasa membrek semuanya ditanggung roda depan.Manakala pacuan belakang(FR),tayar depan cuma menampung enjin,kawalan stereng dan jugak beban semasa brek sahaja.Tugas memacu diserahkan ke tayar belakang.

Spesifikasi:
Enjin: 2.0 3S-GE BEAMS VVT-i(dengan kolaborasi Yamaha) model RS200
Tahun:2001-2005
Kuasa:210ps
Harga:harga termurah dalam mudah.com RM58.8k dan yang termahal RM100k(convert to 1JZ turbo engine)
Oh ya,BEAMS bermaksud Breakthrough Engine with Advance Mechanics Systems.

Selasa, 28 Jun 2011

Lagi-Lagi Hypersonic

Hari tu aku ada cerita pasal pengganti Concorde ,tapi lambat sangat.40 tahun lagi baru dapat berkhidmat.Yang terbaru,dari Hypermach sebuah jet bussiness class bernama Hypermach SonicStar.Perancangannya jet ini akan mula berkhidmat menjelang Jun 2021.


Dikuasakan oleh dua enjin S-MAGJET hybrid gas turbine,jet ini akan mencapai kelajuan cruise Mach 3.1 dan kelajuan maksimum Mach 3.6.Altitud penerbangan setinggi 62,000 kaki.


Spesifikasi:

Maximum cruise speed: Mach 3.6
Long range cruise speed: Mach 3.1
High speed cruising speed: Mach 3.4
Engine : 2x SonicBlue S-MAGJET Hybrid Supersonic 4000-X Series
Thrust: 54,700lb
Wing Area: 1800sq/ft
Landing distance: 4800 ft
Altitude: 62,000ft
Range: 6000 nautical miles
Length: 64 metres

Images & Info: DailyMail

Jumaat, 10 Jun 2011

Katak Panah Beracun & Mercedez Concept Unimog


Inilah kenderaan konsep Mercedez yang bernama Concept Design 60 Years Unimog.Rekaannya adalah berinspirasikan katak panah beracun.Bahagian hud depannya mengingatkan aku kepada lori Mercedez lama yang still gagah mengangkut balak sampai sekarang.

ada la rupa cam lori ni sikit ,hehe!



Katak adalah seekor amfibia dan macam tu jugalah tujuan binaan Unimog tadi,mampu beraksi di darat dan air dengan cemerlang.Sejauh mana kecemerlangannya dia air,belum dapat kita pastikan lagi.
Nama Unimog berasal dari perkataan Jerman,UNIversal MOtor Gerat yang bermaksud....mesin.

Images & News from www.dailymail.co.uk

Khamis, 9 Jun 2011

Konsol Game Baru di E3 Expo 2011(7-9 June)

SONY
Sony memperkenalkan konsol bimbit terbarunya,Playstation Vita di E3 Expo yang berlangsung selama 3 hari di Los Angeles.
Pelancaran konsol terbaru ni merupakan pelancaran terbesar selepas konsol PS3.Playstation Vita dipersembahkan oleh CEO Sony Kazuo Hirai sewaktu sidang berita ketika E3 Gaming Convention.


Playstation Vita mampu menghubungkan pemain-pemain melalui Wi-Fi dan isyarat telefon bimbit serta teknologi pengesanan lokasi GPS.

Spesifikasi:
Antaramuka:Hadapan,touchscreen
                   Belakang:Touchpad
Kamera:      Depan & belakang
Sensor:        Sixaxis Motion Sensing System
                   (3 axis gyroscope,3 axis accelerometer)
Wireless:     Built-in GPS,Wi-Fi,3G & Bluetooth

Untuk versi Wi-fi sahaja,harga yang ditawarkan 249 USD dan versi 3G,Wi-fi berharga 299 USD dan akan mula dijual di US Europe dan Jepun penghujung tahun ini.



Nintendo
Nintendo pun taknak kalah,diorang pun muncul dengan konsol terbaru WiiU,cmana aku nak sebut pun tak tau la.Sejak kemunculan Nintendo Wii,jualannya jauh mengatasi PS3.
Kali ni Nintendo memperkenalkan sistem terbaru yang menyokong grafik definasi tinggi untuk pertama kali(sebelum ni grafik definasi standard,sesuai dengan kebanyakan game klasik Nintendo) dan juga touchscreen berukuran 6.2 inci.


Spesifikasinya:

Dimensi        : 1.8in x 6.8in x 10.5in
CPU            : Multicore IBM Processor
I/O              :Micro SD slot,4 USB slot,HDMI,Component & S-Video
Kualiti video : 480i hingga 1080i
Ciri-ciri tambahan  :Mikrofon,stereo speaker,sensor strip,stylus,accelerometer dan gyroscope terbina dalam
                             dan kamera
                             :Menyokong 4 Wii Controller serentak + touchscreen controller

Isnin, 23 Mei 2011

Infographic US President Cadillac;'The Beast'

Pintu dengan 8 inci tebal armour plate,seberat lapan tan dan diiringi oleh sekurang-kurangnya 20 kenderaan pengiring dan sejumlah motorsikal polis.
Itu sebahagian dari fakta menarik mengenai kenderaan untuk membawa Presiden US,Obama dimana Cadillac tersebut juga mampu menahan letupan bom.
Fakta selebihnya,baca sendiri dari infografik yang aku curik ni,hehe!

Image from www.dailymail.co.uk

Selasa, 29 Mac 2011

SmartBird Inovasi Dari FESTO

Festo,satu nama yang disegani dalam industri komponen pneumatik,berjaya menghasilkan robot burung yang mampu terbang dengan pergerakan lebih semulajadi.Sebelum ni Festo berjaya mencipta 'air penguin',robot penguin yang boleh terbang diudara dan mengawal arah penerbangannya.
Kali ni,Festo tampil dengan inovasi SmartBird,robot burung yang seberat 450 gram dan mampu mengepakkan sayap bukan sahaja keatas dan kebawah,tapi boleh berpusing pada sudut tertentu.
Diinspirasikan dari burung herring seagull,saintis di firma Festo mengawal pergerakan sayap dengan kawalan dua roda dalam dada burung robot tersebut.Perubahan sudut sayap dikawal oleh torsional motor yang menukar sudut menghala keatas ketika kepak diangkat dan menghala kebawah ketika kepak diturunkan.



Video SmartBird dari Festo



*Info & images from DailyMail

Khamis, 24 Mac 2011

Manfaatkan TV High Definition Anda

Aku percaya ramai yang merasakan TV resolusi tinggi (HD) sebagai satu keperluan.Ditambah lagi dengan persaingan sengit pengeluar menjadikan harganya semakin mampu milik dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Minggu lepas je aku sempat survey satu kedai elektrik di Prima Seri Gombak.Saja nak tengok mesin basuh dan berkenan dengan mesin basuh automatik 6.5kg Toshiba.Tentang mesin basuh memang aku mempercayai jenama Toshiba.Mampu berkhidmat sampai reput.Serius!
Sempat juga aku tengok-tengok harga TV LED.Dah jauh murahnya berbanding dulu.Dua tahun lepas aku beli TV LCD jenama LG 32' siri Scarlet.Masa tu harganya sekitar RM2200.Siri Scarlet ni berbeza dari siri lain dalam jenama LG sebab sistem bunyinya ditala oleh Mark Levinson.Remote controllernya boleh disetting untuk berfungsi kat produk elektrik jenama lain.Kat PS2 pun boleh.
Baru-baru ni bila aku survey,nilai RM2200 boleh dapat TV LED Full HD 42'' 100MHz berjenama.Rasa nak jual pulak TV aku ni.Kebanyakan TV HD Ready mempunyai frekuensi 60MHz.Bagi TV Full HD,biasanya 100MHz.Gambar yang terhasil dari TV 100MHz lebih lancar dan smooth pergerakannya.
Bila pakai TV High Definition,dah tentu la mengharapkan gambar yang sharp dan crisp kan?Kenapa bila pasang kat rumah,gambarnya blur tak macam kat kedai?
Ramai yang salah anggap,TV HD tak generate gambar yang jelas dan tajam dengan sendirinya.Ia perlukan sokongan sampingan.Barulah abiliti TV korang akan beroperasi secara maksimum.Antara teknik yang korang boleh cuba:

1.Dapatkan pemain DVD/Blu-Ray yang berjenama baik.Ramai yang suka padankan jenama player DVD dengan jenama TV.Tak kisah la.Biasanya bila sama jenama,boleh share remote.Player Blu-Ray entah berapa harga sekarang.Masa aku beli TV dulu,Blu-Ray player berharga hampir 5k.So,langkah paling bijak,dapatkan Playstation 3.Mampu mainkan game dan Blu-Ray disc,dengan harga RM1199 je.Kalau ada fungsi Progressive Scan,aktifkan fungsi tu.

2.Player DVD/Blu-Ray yang mantap belum cukup lengkap lagi.Langkah seterusnya,dapatkan kabel HDMI atau Component Cable.Macam-macam jenama dan harga.Harga paling mencarut sekali yang aku pernah jumpa,RM1299.Untuk kabel je!Tapi jangan risau,banyak pilihan.Bawah RM100 pun boleh dapat.Sama juga macam Component Cable,pun dalam lingkungan harga tu jugak.Sebab apa harganya macam tu sedangkan ia hanyalah kabel?Sesetengah kabel,HDMI/Component,terdapat salutan Gold 24k pada setiap connector.Sebab tu harganya mahal dan kenapa emas?Emas adalah pengalir elektrik yang terbaik.

3.Ok,TV,player dan kabel dah mantops,kenapa gambar blur lagi?Haaa...kat sini ramai yang tak faham.Adakah korang pasang DVD pasar malam atau tepi jalan dan mengharapkan gambar yang superb?Dah tentu tak mungkin.Secanggih mana pun sistemnya,input yang baik sangat penting.Input yang aku maksudkan tentulah DVDnya.Belilah DVD yang original.Mahal kan?Dalam RM60 untuk setiap filem.Harga Blu-Ray sekitar RM150-160.
Actually aku pun tak beli DVD original,tapi ada tempat aku beli yang menjual DVD baik.Huhuhu!

4.Bagi pelanggan Astro,dapatkan Astro BYond.Dengarnya tak lama lagi Astro akan me'wajib'kan BYond.Nak tak nak,kena tambah ekstra RM20.Amacam?

Jumaat, 18 Mac 2011

Gadget Menarik CES 2011,Las Vegas

Senarai beberapa produk menarik  yang dipamerkan dalam Consumer Electronics Show(CES) 2011 yang berlangsung di Las Vegas baru-baru ni.

1.LG Touch TV
-TV interaktif dari LG.Boleh conteng-conteng macam papan tulis.Berada di pasaran Korea bulan Mac dan seluruh dunia dalam bulan Ogos.

2.Hello Kitty Toaster
-Hello Kitty?Comel dan boleh buat roti bakar!
3.Eton Soulra 
-Bukan sebarangan Eton.Eton Soulra ialah speaker portable untuk iPod atau iPhone dan menggunakan kuasa solar untuk mengecas bateri lithium ion yang ada didalamnya.

4.LG 2.9mm OLED TV
-LG menampilkan banyak inovasi dalam CES 2011.Antaranya TV OLED ternipis di dunia,berketebalan 2.9mm,Full HD,nisbah kontras infiniti dan akan dijual pada harga sekitar USD9000!

5.GM EN-V
-Kenderaan elektrik konsep ciptaan General Motor dengan usahasama sebuah syarikat China,SAIC.Boleh dinaiki dua orang dan ruang yang digunakan untuk meletakkan GM EN-V hanyalah sebesar 1/4 dari ruangan yang diperlukan oleh sebuah kereta sedan.
-Kelajuan maksimum 25mp/h dan jarak maksimum 40km dan digerakkan oleh motor 3kW yang dikuasakan bateri lithium ion.

Kebanyakan produk yang dipamerkan masih lagi hangat dengan keghairahan pengeluar menghasilkan televisyen 3D dan komputer tablet yang kebanyakannya akan memasuki pasaran tahun ini.