Memaparkan catatan dengan label Military. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Military. Papar semua catatan

Isnin, 23 Julai 2012

Koleksi Fighter Aircraft Pulak

Sebelum ni aku pernah tunjukkan koleksi Combat Tanks Collection(CTC) keluaran DeAgostini yang sekarang dah pun terkumpul sebanyak lapan unit.Belum ada yang tertinggal dan aku cuba untuk cukupkan 12 unit kesemuanya.Dengan izin poketlah.Dalam keterujaan aku mengumpul battle tanks,muncul satu lagi siri collectors item iaitu Fighter Aircraft Collection(FAC).
Konsepnya sama dengan CTC,dikeluarkan fortnighly(dua minggu sekali),set pertama berharga RM9.90,set kedua berharga RM19.90 dan siri ketiga pada harga standard RM29.90.Cuma tidak diberi percuma binder untuk mengumpulkan majalah yang disertakan dengan koleksi combat aircraft tadi.
CTC dikeluarkan oleh DeAgostini,FAC pula dikeluarkan oleh Amer Collection dari UK juga rasanya.Buat masa ini,koleksinya sudah masuk siri ke-4,iaitu pesawat MiG 29.Senarai pesawat yang lepas ialah:

1.Supermarine Spitfire (UK)
2.1942 Masserschmit (Nazi German)
3.P-51B Mustang (North USA)
4.Mikoyan MiG 29 ‘Fulcrum’ (Malaysia)

 

IMAG0188

Haaa!Itu yang speselnya.Nama negara dalam kurungan ialah negara pengguna pesawat tersebut.Dalam kes ni TUDM Malaysia terpilih sebagai pengendali MiG 29 walaupun ada negara lain yang lagi banyak jumlah MiGnya contohnya Poland.Sebab apa agaknya ya?Setahu aku MiG ni dahpun berstatus obsolete,tapi mungkin dek kerana kepakaran engineer tempatan mengintegrasikan sistem komputernya dengan misil-misil moden.

 

IMAG0232

IMAG0233

IMAG0234

Dalam laman web Fighter Aircraft Collection,sepatutnya siri ke-4 ialah model pesawat Harrier 'Jump Jet'.Tapi dapat MiG pun cun juga,versi TUDM plak tu.Siri lengkapnya kalau tak salah aku berjumlah 52 unit (fuuuuuu...........)Aku skip-skip aje kot memana pesawat lama yang buruk sangat rupanya.Aku tunggu pesawat A10 Thunderbolt,Sukhoi Flanker,Raptor,Eurofighter Typhoon dan beberapa pesawat era 70-80an yang aku rasa mantap dan relevan.Gundam MG boleh hold dulu.Gua nak main koleksi militer plak.Sebelum anak aku pandai merangkak,kena cepat-cepat sambar almari kaca pameran.Kang ada Gundam aku yang tak ada kepala pulak nanti.

 

RM29.90 darab 52 unit = perang dengan bini,huhuhu!

Rabu, 27 Jun 2012

F-35B Belly Gatling Pod

Hari ni aku banyak rembat news dari Gizmodo,hehe!Siapa mengikuti perkembangan dunia militari tentu tau jet fighter stealth F-35 Lightning II yang boleh VTOL.Sebenarnya ada beberapa varian F-35 dan tak semua boleh vertical take off.

Ciri utama fighter jet generasi kelima sudah tentunya stealth.Stealth yang dimaksudkan bukan halimunan dari pandangan mata,tapi rekabentuknya dapat mengurangkan kadar pengesanan radar.Biasanya rekabentuk stealth jet fighter mempunya bentuk badan yang smooth,low radar cross section dan tidak ada hardpoint dibawah sayap.Tujuannya untuk mengurangkan janaan haba yang terbentuk akibat geseran dengan udara yang memungkinkan radar dapat mengesan haba yang terhasil.

 

Airplanes News, Videos, Reviews and Gossip - Gizmodo-164115

Gambar kat atas ni adalah sebuah F-35B dengan pod Gatling empat barrel GAU-22 dibawah perut jet yang menembak peluru 25mm pada kadar 3300 butir seminit.Tapi kenapa dipasang diluar badan?Sebabnya badan F-35 sudah sedia padat dan tiada lagi ruang kerana menempatkan lift fan yang besar untuk membolehkannya naik menegak.

Walaupun GAU-22 itu berketepatan tinggi,malang sekali ciri-ciri stealth terpaksa dikorbankan.Tambah enam lagi hardpoint,terus jatuh taraf jadi 4.5 generation jet fighter walaupun projek F-35 ini adalah projek pertahanan US termahal.Susah juga ya nak cipta jet yang betul-betul sempurna.Hatta F22 Raptor pun ada masalah oxygen supply dan masih belum combat proven walaupun canggih serba serbi.

 

Malaysia bila nak buat jet?Haha!Aku bukan nak memperlecehkan industri pertahanan tempatan tapi bila tengok mesingan Vita Berapi,bertakung air mata beb...Nak mencarut tak sampai hati sebab usahawan Melayu.Kapten Amir TUDM pernah cakap kat aku,STRIDE punya contribution terhadap pasukan pertahanan Malaysia masih sangat-sangat kecik…

Guardian Tank;BMPT Terminator

Kebelakangan ni aku suka tanks.Baru atau lama.Aku harap DeAgostini Combat Tanks Collection akan keluarkan model ni;kereta kebal BMPT Terminator.BMPT bermaksud Boyevaya Mashina Podderzhki Tankov atau bahasa Inggerisnya Tank Support  Fighting Vehicle.Kenapa tak dinamakan tankbuster ke,tank destroyer ke?Aku cakap macam tu sebab senarai senjatanya cukup banyak untuk sebuah tank.Cuma bezanya BMPT tidak mempunyai meriam utama,sebaliknya dilengkapi pelbagai senjata untuk menangani ancaman dari segenap sudut.Tugas utamanya adalah sebagai ‘penjaga’ MBT(Main Battle Tanks).

 

images (1)

Secara amnya BMPT diasaskan dari chassis kereta kebal T-72.Dibina oleh Uralvagonzavod,kereta kebal ini seberat 47 tan dan digerakkan oleh enjin diesel V92S2 berkuasa 1000hp.BMPT Terminator mampu mengunci tiga sasaran serentak dengan kawalan tembakan berkomputer yang diadaptasi dari MBT T-90.Senarai persenjataan yang dipasang pada BMPT Terminator:

 

- 2 unit 30mm 2A42 dual feed cannons:850 butir peluru dengan kadar tembakan 600 butir seminit,pelbagai jenis amunisi seperti HE-T,APDS,HE-FRAG,AP-T

-2 unit pelancar grenad 30mm AG-17D dengan 600 butir grenad

-4 pelancar 130mm 9M120-1 Ataka T ATGM(Anti Tank Guided Missile) yang boleh menembak pelbagai jenis kepala peledak termasuk kepala peledak tandem HEAT untuk menembusi explosive reactive armor(ERA)

-1 unit machine gun PKTM 7.62mm dengan 2000 peluru

-Bom asap 81mm

 

bmpt

wlppr_2008_xlptv_b11

Rabu, 20 Jun 2012

Apa Tujuan Perbandingan Angka Kekuatan Militari Malaysia:Indonesia?

Selain DailyMail dan Kosmo aku agak kerap membaca ‘koran’ online Indonesia iaitu Tempo Interaktif (www.tempo.co).Buat masa ini akhbar disana masih panas dengan isu tarian Tortor yang menjadi pertikaian ‘hakmilik’.Biasalah Indonesia,benda-benda remeh temeh macam tu pun jadi isu besar.

Tapi aku terperasan satu ‘Infografis’ yang bagi aku agak melampau dan entah apa tujuannya.

 

Suku Mandailing di Malaysia Minta Tortor Diakui   nasional   Tempo.co-130727

IMAG0146

 

Jika Senjata Jadi Solusi?

Apakah yang difikirkan oleh para Indonesian?Tidak bijak untuk membuat perbandingan kekuatan militari berdasarkan angka.Lebih-lebih lagi atas isu ‘bodoh’ yang tak memberi faedah kepada dua-dua pihak.

Rabu, 13 Jun 2012

Airbus A400M Untuk Malaysia 2015 Nanti

Baru-baru ni MAS menerima unit pertama pesawat Airbus A380,dari enam unit yang ditempah.Memang monster kapal terbang tu dengan dua dek dan mampu membawa 494 penumpang.

Satu lagi jenis pesawat yang menarik dan telahpun ditempah sejak 8 Disember 2005 ialah pesawat Airbus A400m ‘Grizzly’ untuk kegunaan pasukan pertahanan Malaysia.Sebanyak empat unit ditempah dan bakal memasuki perkhidmatan pada 2015.Berapa bilion kosnya aku dah lupa,dan dalam masa yang sama syarikat tempatan,CTRM mendapat kontrak untuk membekalkan komponen komposit pada badan pesawat ini.

 

a400m3

Projek pembangunan Airbus A400m sebenarnya telah tertangguh beberapa tahun dan terlebih budget berbillion Euro selepas mengharungi pelbagai karenah politik antarabangsa.Ia dibina dengan matlamat untuk berada ditengah-tengah antara pesawat pengangkut Lockheed 130 dan Boeing C-17 Globemaster.Sebanyak lapan negara terlibat dalam projek pembangunan pesawat ini iaitu Perancis,Jerman,Itali,Sepanyol,UK,Turki,Belgium dan Luxembourg menandatangani perjanjian pada Mei 2003 untuk membeli pesawat yang berjumlah 212 buah.

Pesawat pengangkut berharga 100 juta Euro ini mampu membawa bebanan seberat sehingga 37 tan dan keupayaan untuk mendarat di landasan yang berpermukaan kasar.Airbus A400m digerakkan oleh empat unit enjin turboprop Europrop TP400-D6 yang berkuasa 11,060hp setiap satu.

Spesifikasi:

Crew 3,4
Panjang 45.1m
Lebar 42.4
Tinggi 14.7m
Berat 76.5 tan
Berat maks. 141 tan
Enjin 4 x Europrop TP400-D6
Propeller 8 bilah,5.3m diameter
Cruise 780km/j
Jarak penerbangan 3298km
jarak berlepas 980m
jarak mendarat 770m

 

A400M Rollout

a400m1

a400m2

Isnin, 11 Jun 2012

Jagdpanther & Leopard 2 A5 Tanks

Sebuah tank Jagdpanther dan Leopard 2 A5 berjaya aku beli semalam di kedai buku MPH The Curve.Jangkaan aku hanya sebuah dapat dibeli iaitu Jagdpanther(no.4 dalam siri Combat Tanks Collection),rupanya No.4 dan No.5 keluar serentak.Tanpa bertangguh,terus aku beli,cuma kali ni tak rasa segan langsung macam kat 7 Eleven.

Pasal apa segan,sebabnya orang ramai masih lagi skeptikal tentang permainan.Permainan banyak kategori.Untuk 3 tahun kebawah,6 tahun kebawah dan takkanlah orang tua macam aku main benda-benda macam tu.Cuba buka YouTube,taip RC Jet.Mana ada bebudak main kapal terbang dengan jet turbine,semua otai-otai je.Seketul enjin jet turbine mini harganya dekat US$5000.Tapi spec dia memang dasat la,maksimum rpm 120,000 dengan tujahan 45 lb/f .Kelajuan minum bahanapi Jet A1?518 gram/minit.Menketedarah sungguh.

Melainkan arwah bapak aku wariskan harta bilion-bilion,confirm aku beli sebijik RC Warthog A10 dengan dua ketoi mini jet turbine.So,citer pasal kereta kebal semula.Total yang aku berjaya beli sekarang sudah lima unit tanks.kalau tak salah koleksi lengkap ada 12 unit.Lagi tujuh unit didarab dengan RM29.90 bermakna lagi RM209.3 perlu dileburkan.

 

No.4:Jagdpanther (Sd.Kfz.173) Sch Pz.Jg.Abt.559 Luxembourg 1944

IMAG0123

IMAG0124

 

No.5.Leopard 2 A5 3./Pz.Btl.104,Task Force ,,Zur” Orahovac(Kosovo) 2000

IMAG0125

IMAG0126

Khamis, 17 Mei 2012

Lagi Kereta Kebal

Macam yang aku cakap semalam,dua bijik tanks lagi akan memasuki inventori aku.Modus operandi masih sama,cuma kali ni 7-Eleven The Curve menjadi sasaran.Jenuh tunggu line clear,hampeh tak berenti orang masuk beli barang.sampai turn aku depan kaunter,dengan hati keringnya aku mintak dua set kereta kebal.Yess!

 

2.Polish Army T-55A 1968

IMAG0071

 

3.1st USMC M1A1HA Abrams 2003

IMAG0072

Tak ketinggalan barang FOC iaitu binder untuk meletakkan majalah berkenaan tanks yang disertakan sekali untuk setiap model.Complete semua,benda ni akan jadi umpama ensiklopedia combat tanks.

IMAG0069

IMAG0070

Rabu, 16 Mei 2012

Combat Tank Collection oleh DeAgostini

Aku dah lama nampak benda ni kat kaunter 7-Eleven,tapi tak berkesempatan nak beli.Tah berapa kali kirim kat adik aku suruh beli,still tak beli jugak.Rupanya bukan lupa nak beli,malu punya pasal.Ape daaa……

Semalam baru aku teringat nak beli.Lepas pekena nasik goreng ayam,cepat-cepat aku masuk ke 7-Eleven yang tak ada orang.Tapi segan jugak nak terus sambar benda ni atas rak,aku pun cover up sikit dengan menyambar sebungkus Twisties Tomato sebelum membelek bungkusan tank collection.Modus operandi ni hanya digunakan di kedai selain dari kedai toys.Asalnya aku nak model tank M1 Abrams tapi takde.Sebat ajelah apa yang ada,nampak cun jugak.

The Combat Tank Collection ni dikeluarkan oleh DeAgostini yang berpusat di UK dan disertakan dengan majalah berkenaan sejarah tanks.

Model yang aku beli ni ialah German Tiger tahun 1943.Ciri-ciri model tank keluaran DeAgostini ni ialah berskala 1:72,hand painted finish dan plastic mouldingnya berkualiti baik untuk harga RM9.90 jer!

Kalau diperincikan lagi detailnya dengan pen Gundam sure lagi cun.Sangat berbaloi dengan harga semurah tu.Serius!Malam kang aku akan pastikan dua tank lagi berada di rak TV.

 

IMAG0063

IMAG0065

IMAG0066

Jumaat, 9 Disember 2011

Kontrak Penambahbaikan F/A-18D Hornet RMAF

 Pameran LIMA 2011 akan dibuka kepada awam mulai esok.Bagaimanapun,presentation,dan perbincangan telahpun berlangsung antara wakil-wakil peserta pameran dengan Kerajaan Malaysia khususnya Kemeterian Pertahanan berhubung sebarang pembelian atau perjanjian.
Menurut berita dari laman web Boeing ,mereka telah menerima kontrak penaiktarafan lapan unit F/A-18D Hornet milik RMAF dibawah program Foreign Military Sales.Program penaiktarafan termasuk:
1)penaiktarafan GPS
2)moving-map cockpit display
3)keupayaan Identification Friend or Foe Interrogation
4)penambahan Joint Helmet Mounted Cueing System
5)latihan penyelenggaraan kepada krew untuk sistem yang ditambah baik

Semua spesifikasi calon MRCA(Multi Role Combat Aircraft) seperti dibawah,tapi kat internet pun bersepah maklumat ni.Saje aku nak letak dalam blog aku.


BAE Systems : Eurofighter Typhoon 



Tech Spec                                                                       Weaponry
Max Speed : Mach 2                                                        Hardpoint : 13
Supercruise :Mach 1.1-1.5                                                Air-to-air : AIM Sidewinder,AIM 120
Engine : Eurojet EJ200 (x2) + afterburn turbofan                                 AMRAAM,IRIS-T,*MBDA Meteor
Weight : 11,000kg(empty                                                  Air-to-surface : *AGM-65 Maverick
             23,500kg(take-off)                                                                       *AGM-88 HARM
Length : 15.96m                                                                                         *AGM Arminger
G-limit : +9/-3 G                                                                Bombs : 6x Paveway IV 500lb
Range :2900km                                                                                *JDAM
Service Ceiling :64,990ft                                                                  Paveway II,III,Enhanced LGBs
*in future                                                                          Guns :  27mm Mauser BK27 Revolver Cannon


Boeing : F/A 18 Super Hornet



Tech Spec                                                                     Weaponry
Max Speed : Mach 1.8                                                  Hardpoint : 11
Supercruise : -                                                                Air-to-air : AIM-9 Sidewinder,AIM 120
Engine : General Electric F414 GE400-Turbofan (x2)                      AMRAAM,AIM-7 Sparrow
Weight : 14,552kg (empty)                                            Air-to-surface : AGM-65 Maverick,SLAM-ER,
              29,937kg (take-off)                                                                 AGM-88 HARM,AGM-154
Length : 18.31m                                                                                     JSOW,AGM-84 Harpoon
G Limit : 7.6 G                                                              Bombs : JDAM PGMs,Paveway Series,Mk 80,
Range : 2346km                                                                         CBU-87 Cluster,CBU-78 Gator,
Service Ceiling : 50,000ft                                                            Mk 20 Rockeye II
                                                                                     Guns : 20mm M61 Vulcan Gatling Gun

Dassault : Rafale


Tech Spec                                                        Weaponry
Max Speed : Mach 1.8                                      Hardpoint : 14
Supercruise : -                                                   Air-to-air : MICA IR/EM,*Magic II,MBDA Meteor
Engine : Snecma M88-2 Turbofan (x2)              Air-to-ground : MBDA Apache,SCALP EG,AASM,                     
Weight : 9500kg-10,196kg (empty)                                           GBU-12 Paveway II,AM 39 Exocet,
              22,200-24,500kg (take-off)                                         ASMP-A nuclear missile
Length : 15.27m                                                 Guns : 30mm GIAT 30/719B cannon
G Limit : 9G
Range : 3,700km
Service Ceiling : 55,000ft

Saab : JAS 39 Gripen




Tech Spec                                                                   Weaponry
Max Speed : Mach 2                                                   Hardpoint : 8
Supercruise : Mach 1.1                                                Air-to-air : AIM 9L Sidewinder,AIM-120,MICA
Engine : Volvo Aero RM12 afterburning turbofan (1x)                   Meteor,Rb 15F anti-ship Missile
Weight : 6,800kg (empty)                                            Bombs : GBU-12 Paveway II,Bk.90Cluster bomb,
             14,000kg (take-off)                                                      Mark 82 bombs
Length : 14.1m                                                             Guns : 27mm Mauser BK27 Revolver Cannon
G-Limit : 9/-3 G
Range : 1,600km
Service Ceiling : 15,240ft

Isnin, 3 Oktober 2011

Alpha Dog LS3;Evolusi Big Dog

Ini dia 'adik' kepada Big Dog iaitu Alpha Dog.Sebelum ni aku pernah cerita pasal robot berkaki empat yang nampak freaky ni dalam entri Perang Kawalan Jauh .Dengan geran $32 juta dari DARPA,Boston Dynamics terus memperbaiki kekurangan yang ada pada Big Dog.
Alpha Dog lebih senyap berbanding Big Dog yang menggunakan enjin dua lejang kerana menggunakan enjin 4 lejang yang tersembunyi.Big Dog memang agak fail dengan enjin dua lejang yang bingit,dari jauh dah boleh dengar macam bunyi orang tebang balak.Tak 'stealth' langsung.
Alpha Dog atau nama ringkasannya LS3(Legged Squad Support System) mampu membawa bebanan 180kg melalui berbagai rupabentuk mukabumi,berjalan sejauh 32km,24 jam sehari dan meranduk air cetek.
Jika Big Dog mampu menstabilkan diri apabila tergelincir atau ditolak dari tepi,Alpha Dog pulak mampu bangun jika tumbang.Semuanya hasil gabungan GPS dan komputer,serta state-of-the-art hydraulic system.
Dalam video ni prototaip Alpha Dog diuji mengunakan external power supply.

Rabu, 24 Ogos 2011

Perang Kawalan Jauh:2nd Chapter

Semalam aku cerita pasal peperangan kawalan jauh,kebetulan malam tadi History Channel ada menayangkan dokumentari baru bulan Ogos,'Remote Control War'.Sebijik macam tajuk entri aku semalam.Kupasannya pastilah lebih mendalam,bermula dengan pelbagai jenis drone,berbentuk burung,sekawan serangga dan yang agak menakutkan aku ialah rupa sebuah robot berkaki empat iaitu 'BigDog'.

Big Dog

BigDog ialah sebuah robot berkaki empat ciptaan Boston Dynamics dan dananya dibiayai oleh DARPA.Mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan bumi pada kelajuan 8km/j,membawa bebanan 154kg dan mendaki sehingga 35 darjah.

Dikuasakan enjin go-kart silinder tunggal berkuasa 15hp @9000rpm yang menjanakan pam hidraulik dan menggerakkan 16 actuator pada kesemua kakinya.

Crying Wolf
Amacam?Ada persamaan tak?
Bezanya cuma Crying Wolf adalah imaginasi pasca peperangan moden oleh pengarah dan pencipta game terkenal Metal Gear Solid,Hideo Kojima.Dalam siri gamenya,banyak robot-robot kecuali ianya adalah separuh manusia(cyborg).Berbeza sedikit dengan robot-robot realiti peperangan moden yang cuba untuk dijadikan autonomous.
Cuma masih banyak isu yang perlu ditangani untuk menerapkan sepenuhnya penggunaan drone dalam peperangan.Drone tiada perasaan hormat,simpati malahan untuk menjadikannya cekap membezakan musuh pun adalah isu yang masih belum selesai.
Seperti isu 'pembunuhan rambang' di Pakistan yang dilancarkan oleh drone CIA untuk menghapuskan saki-baki Al-Qaeda,sebenarnya isu itu tidak dapat dijawab oleh CIA sendiri samada sasaran pengeboman mereka benar-benar jelas.Ianya sukar untuk dibincangkan kerana apa yang berkaitan dengan CIA selalunya sulit.
Apabila saki-baki Al-Qaeda meninggalkan Afghanistan dan bersembunyi di kawasan bergunung-ganang dalam wilayah Pakistan,serangan drone menjadi pilihan utama US bermula sejak zaman Bush dan diteruskan secara konsisten oleh pentadbiran Obama.
Tentera biasa tidak dapat dihantar ke kawasan ekstrem sebegitu,maka tugas itu dijalankan oleh pengendali drone CIA.Sedangkan mengikut seorang penganalisis isu itu semalam mengatakan ianya adalah pencabulan undang-undang perang memandangkan tiada war declaration keatas Pakistan.
Apapun akhir ayatnya ialah,undang-undang perang ditulis oleh mereka yang berkuasa,dan dalam isu ini pastinya 'mereka' itu adalah US.


Selasa, 23 Ogos 2011

Era Perang Kawalan Jauh


Penanda apakah ini?

Pin Merah: serangan 2004-2007
Pin Merah Jambu:serangan 2008
Pin Biru Gelap: serangan  2009
Pin Biru Muda: serangan 2010
Pin Ungu: serangan 2011

Lokasi yang ditandakan diatas ialah lokasi serangan menggunakan drone(UAV) keatas Pakistan sejak 2004 hingga 2011.Penggunaannya di wilayah bergolak semakin popular kerana serangan pantas dapat dilancarkan,tiada personnel mereka terkorban dan tidak perlu meredah bentuk mukabumi yang ekstrem.Satu lagi sebabnya adalah untuk mengelakkan serangan IED keatas konvoi tentera mereka.
Ianya dinyatakan sebagai 'A Year of the Drone' oleh Peter Bergen dan Katherine Tiedemann dalam analisis mereka untuk New America Foundation.
1.Sejumlah 267 serangan drone dilancarkan sejak 2004 dan 54 daripadanya adalah dalam tahun 2011.

2.Dianggarkan sebanyak 1650 hingga 2588 kematian diakibatkan oleh serangan ini dan sekitar 1357 hingga 2117 daripadanya dikatakan sebagai militan.

Drone yang digunakan ialah MQ1-Predator dan MQ9-Reaper yang melancarkan misil AGM-114 HellFire keatas kompaun atau kenderaan yang disyaki milik militia.

MQ1-Predator

-Rotax Turbocharged 914F 115hp
-Kelajuan maksimum 217km/j
-Jarak operasi 1100km
-2 unit AGM-114 Hellfire/4 AIM-92 Stinger/6  misil air-to-ground Griffin

MQ9-Reaper




-Honeywell TPE331-10 Turboprop 900hp
-Kelajuan maksimum 482 km/j
-Jarak operasi 5926km
-Sehingga 14 unit AGM-114 Hellfire/4 Hellfire dan 2 unit GBU-12 Paveway II(230kg)/GBU-38 JDAM



Ambisi Ketenteraan Jiran Kita


Sesekali aku suka membaca akhbar seberang.Sama jugak macam akhbar online tempatan,bezanya akhbar mereka mempunyai lebih 'minat' untuk membicarakan isu-isu ketenteraan dalam dan luar negara terutamanya negara kejiranan.Berbanding akhbar tempatan yang hanya berminat menyentuh isu militari bila merdeka semakin hampir.

1.Satu topik yang menarik perhatian aku ialah sasaran TNI AU(Angkatan Udara) untuk meletakkan empat unit pesawat UAVdi kawasan Kalimantan akhir tahun ini.Khabarnya hangar untuk empat pesawat UAV itu yang terletak di Pangkalan TNI AU Lanud Supadio,Pontianak sudah 80% siap.UAV jenis apa tidaklah pula dinyatakan.

F-16
2.Selain itu,dinyatakan juga Indonesia akan menerima 24 unit pesawat F16 secondhand dari US dan 6 pesawat lain menjadikan jumlah keseluruhan 30 pesawat.Semuanya akan diupgrade dengan persenjataan lengkap.Jumlah ini akan bertambah menjadi dua skuadron(40 unit) apabila bergabung dengan 10 unit yang ada sekarang.

3.Lagi,kontrak pembelian 16 unit Super Tucano buatan Brazil sudah ditandatangani pada Disember 2010.Super Tucano ialah pesawat latihan berenjin turboprop 1600hp dan kelajuan maksimum 557km/j.Juga tambahan 16 unit KAI TA-50 trainer/light attack buatan Korea Selatan dan dijangka tiba pada 2013.

4.Apa lagi?masih ada....enam buah Sukhoi Su27/30 beserta dengan sistem persenjataan akan melengkapkan satu skuadron 16 unit,iaitu tambahan kepada 10 unit yang ada masa ini.Cita-cita TNI-AU tidak terhenti setakat itu,khabarnya akan ditambah secara berkala sehingga lengkap dua skuadron (32 unit).

5.Bagaimana dengan Malaysia?Apakah perancangan strategik pertahanan kita?Biarpun ia hanyalah berita yang mungkin sekadar propaganda untuk menggentarkan negara jiran,seharusnya ia tidak dipandang ringan.Apapun,aku percaya pemimpin tertinggi ketenteraan negara tidak sekali-kali mengabaikan kesiap-siagaan angkatan pertahanan negara kita.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Boomerang III;Telinga Penembak Tepat

Antara perkara asas yang aku nampak dalam pertempuran sniper(contoh paling aku suka,Enemy At The Gates) ialah penyamaran,tahu menjangka jarak sasaran dan arah angin dan yang paling penting,sentiasa relocate(berubah lokasi).Itu untuk teknik asas,berbanding sekarang sniper akan dibantu dengan pembaca jarak sasaran dan kelajuan angin.
Dengan alatan terbaru dalam inventori tentera US,iaitu Boomerang III,pertempuran sniper akan menjadi lebih mendebarkan atau semakin membosankan?

Benda yang kelihatan macam antenna tu ialah alat yang bernama Boomerang III.Dibangunkan di US dan dipersiapkan untuk kegunaan medan perang oleh saintis Makmal Sains dan Teknologi Pertahanan di Britain.

How It Works?
-Terdapat tujuh mikrofon sensitif dipasang pada sebatang tiang,yang mampu mengesan arah bunyi letupan dan gelombang kejutan (shockwave)dari pergerakan supersonik peluru penembak tepat.
-Boomerang III diprogramkan untuk mengabaikan bunyi-bunyi seperti tembakan keluar,bunyi angin,mercun atau pintu dihempas.
-Apabila peluru musuh dikesan,Boomerang III akan melakukan kiraan super pantas dan memberikan kedudukan arah,jarak dan ketinggian dari mana peluru tersebut ditembak.Kiraan akan mengambil masa sepantas dua saat.
-Selepas itu terpulang kepada pengendali Boomerang III samada membalas tembakan atau memanggil serangan udara ke atas lokasi musuh yang dikenalpasti.



Sniping is serious bussiness.Tak ada masa nak enjoy excitement macam dalam movie.Ia adalah berkenaan dengan hidup dan mati.Menurut kata diorang,di Afghanistan pihak Taliban dan pandai mengupah penembak tepat.
*Images and news from Dailymail

Jumaat, 15 Julai 2011

Monster Machines;Typhoon Submarine

Malam tadi sempat aku tengok dokumentari pasal scrapping Typhoon Class submarine.Minggu ni hari-hari balik malam,nak menyembang dengan wife pun tak sempat.Dapat la tengok drama Korea Lie To Me sambil makan malam.Pastu sambung dengan dokumentari bila wife aku dah tido.
Sebenarnya aku nak share info pasal kapal selam kelas Typhoon ni.Macam best jer.
-Kapal selam Russia ni adalah submarine yang terbesar pernah dibina.Berkuasa nuklear dan dibina Severodvinsk Shipyard pada tahun 1980-an.
-Asalnya enam buah submarine kelas Typhoon ni dibina,tapi hanya satu yang masih beroperasi iaitu TK 208 yang ditauliahkan pada 12 Disember 1981 sebagai platform ujian misil Bulava.Dua lagi iaitu TK-17 dan TK-20 masih disimpan untuk proses peningkatan upaya.
-Bakinya tiga unit,TK-202,TK-12 dan TK-13 telahpun dikitar semula.

Sepuluh lubang dibahagian tengah adalah tiub misil
-Seberat 24,500 tan,kuasa tujahan untuk menggerakkan monster laut ni datang dari dua buah OK-650 pressurized water nuclear reactor berkuasa 190 MW setiap satu serta dua turbin stim 50,000hp setiap satu.Kelajuan maksimum 50km/j dalam keadaan menyelam dan boleh berada bawah air selama 180 hari.
-Digerakkan dengan dua propeller 7 bilah,kedalaman selaman maksimum ialah 400 meter.Dilengkapi dengan enam tiub torpedo,empat daripadanya untuk misil RPK-2 dan dua lagi untuk misil RPK-7.
-Selain dari itu,ia mampu membawa 20 misil balistik R-39 dengan 10 peledak nuklear MIRV.
-Keputusan untuk memencenkan kapal selam ni adalah satu keputusan yang amat berat untuk diterima ahli politik disana sebab ia adalah kebanggaan Soviet ketika Perang Dingin.
-Peningkatan kos penyelenggaraannya dan berakhirnya Perang Dingin menjadikan kewujudannya tidak lagi praktikal.
Dua kelasi berdiri di bahagian ekor kapal selam


Sejak zaman dulu lagi kuasa nuklear dah mula menggantikan bahanapi fosil sebagai penjana tenaga mesin-mesin peperangan.Contohnya kapal selam berkuasa nuklear pertama Amerika,USS Nautilus mula berkhidmat sejak 1954.

Isnin, 21 Mac 2011

Krisis di Libya;Masalah Mereka Atau Masalah Dunia?

Dunia masih lagi bersimpati dengan kejadian tsunami di Jepun yang juga mencetuskan tragedi baru iaitu pencemaran radiasi dari janakuasa nuklear.Kebocoran radiasi bukanlah disebabkan gegaran 8.9 skala Richter dan tsunami semata-mata,tetapi adalah kerana bekalan elektrik yang terputus akibat gegaran.
Ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan sistem penyejukan gagal berfungsi.Itulah bencana berganda yang sedang dihadapi Jepun.Terkini,makanan dan bekalan air paip didapati tercemar teruk dengan radiasi dan menambahkan lagi sengsara rakyat Jepun khususnya.


Belum reda dengan masalah negara Jepun,negara Barat menumpukan perhatian kepada masalah dalaman Libya dan mula campurtangan.Konflik beberapa negara Arab sebelum ini merebak ke Libya sehingga berlaku pertempuran antara penyokong Muammar Gadaffi,dan juga rakyat yang mahukan Gadaffi berundur.
Apabila tentera yang setia dengan Gadaffi mula menyerang rakyat Libya yang memberontak,negara Barat yang memerhatikan situasi tegang ini mula mengambil langkah agresif.Berpuluh-puluh kapal perang dan kapal selam yang merapati Libya dari Laut Mediterranean melancarkan ratusan peluru berpandu Tomahawk terbaru yang ditingkat keupayaan untuk menggegarkan bumi Libya.
Itu tidak termasuk peluru berpandu StormShadow yang dilancarkan dari jet-jet Panavia Tornado milik RAF yang berulang alik 4800km dari pengkalan Marham,Norfolk ke Libya.Manakala B2 Spirit stealth bomber berulang alik sejauh 8960km dari US ke Libya.
Tentera SAS pula sudahpun memasuki Libya untuk penandaan sasaran strategik untuk serangan udara seterusnya menggambarkan serangan akan berlanjutan untuk beberapa hari lagi hingga Gadaffi berundur.Dari kekuatan ketenteraan tentera pakatan Barat,memang tidak dinafikan lagi kadar keberkesanan serangannya.

Pakatan Barat menanggung kos yang sangat besar untuk menyerang Libya.Harga sebuah peluru berpandu Tomahawk umpamanya sekitar RM1.454 juta.Sehingga semalam,mereka telahpun melancarkan 124 Tomahawk yang keseluruhannya bernilai RM180.3 juta.
Jika dikira kos-kos lain termasuk kos bahanapi untuk kapal perang,jet pejuang,pesawat pengebom dan pesawat risikan,mungkin nilainya melebihi RM250 juta.Ia cuma telahan saya yang bukanlah pakar dalam menganalisis kos peperangan.

Kenapakah mereka sanggup 'membuang' duit yang banyak menyerang Libya atas alasan melindungi rakyat Libya dari serangan tentera Gadaffi?Kita kembali kepada masalah yang sedang dihadapi Jepun sekarang ini.
Dengan jumlah wang yang sebegitu banyak,alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membantu Jepun.Alangkah baiknya juga 'kepakaran' mereka dalam teknologi dimanfaatkan untuk mengawal situasi merbahaya pencemaran radiasi di Jepun.
Kenapakah sebabnya?Kita sama-sama fikirkan....

*Image from dailymail 

Ahad, 20 Mac 2011

Infografik Serangan Keatas Libya

Negara US,Kanada,Itali,United Kingdom dan Perancis sepakat melancarkan serangan keatas Libya semalam.Serangan dari udara dan laut dilancarkan bertalu-talu keatas bandar Zuwarah,Tripoli,Misratah dan Benghazi.
Jet RAF Tornado melancarkan peluru berpandu krus udara ke-darat,Storm Shadow manakala kapal perang serta kapal selam US dan Britain melancarkan 110 peluru berpandu Tomahawk keatas sasaran di Libya.





*Infografik dari en.rian.ru dan dailymail