Isnin, 16 Julai 2018

Menukar Bearing Roda Depan Myvi

Assalamualaikum, salam semua.

Untuk siapa - siapa yang biasa baca blog aku, tentu maklum dengan satu tabiat aku iaitu DIY. Terutamanya kereta sendiri. Paling terbaru aku tukar bearing depan Myvi. Kerjanya tidaklah mudah tapi kalau berjiwa kental, ok je kot.

Sebelum tukar bearing, mesti ada sebab kita nak tukar ye dak? Problem bearing dah tentulah bearing tu dah tak smooth pusingannya. Kalau elok lancar takde bunyi-bunyian aneh buat apa tukar.
Bila tak smooth, kabin kereta kau berdengung kaw-kaw tahap annoying. Lagi kuat bila mendaki bukit.

Bearing roda kereta sebenarnya lasak dan tahan lama, tapi ada beberapa keadaan yang menyebabkan bearing pencen awal. Antaranya terlanggar lubang, sudut camber terlalu ekstrim dan juga menggunakan spring yang keras. Yaa..pakai spring keras sangat pun masalah ni boleh berlaku, sebab jalan kat negara kita ni tak cantik. Semua gegaran tadi tidak diserap sepenuhnya oleh suspensi dan dibebankan keatas bearing.

Dalam kes aku, aku syak puncanya spring lah. Memang keras sangat pun. Knuckle yang aku pakai sekarang ni pun bukan asal daripada kereta aku. Knuckle asal kereta aku tak ada sensor ABS. Jadinya knuckle ni datang dari sebuah Passo.
Bila dah namanya halfcut, kondisi asalnya kita tak dapat pastikan. Nasib lah kalau dapat yang elok.

Ok, nak tukar bearing kena la ada bearing. Myvi pakai bearing jenis roller yang kalau kau ikat habis nut driveshaft tu kuat-kuat pun takde hal.
Tapi kelemahan dia kau tak mampu nak ketuk keluar bearing tu sendiri. Mesti pakai special tool which is mesin press.
Ada jugak jenis bearing yang macam cone, tapi still roller jugak. Bezanya yang ni nak ketatkan nat driveshaft kena ngam-ngam. Ketat sangat bearing kau terbakar, longgar sangat tayar kau wobble. Biasa Proton Wira pakai kalau tak silap aku. Jenis ni kau boleh ketuk keluar sendiri bearing tu, tapi nak cantik suruh kedai jela press kan.

Bearing roda yang bermasalah dikesan berlaku pada roda depan kanan. Memang ada goyang-goyang sikit. Lagipun beban banyak ditanggung roda depan kanan ni. Sebab tu kalau korang perasan brek pad depan sebelah driver cepat worn out.

Alatan yang diperlukan ialah :

1. 2 x jack (untuk roda kiri dan kanan)
2. Set soket nat tayar
3. Spanar 14mm
4. Spanar 17mm
5. Tukul
6. Playar
7. Soket 30mm + adaptor
8. Paip besi hollow lebih kurang 0.7 meter
9. Bearing roda depan Myvi jenama Koyo
( DAC3564A-1CS31 )
10. WD-40 (pakailah dimana-mana yang dirasakan perlu)
11. Spanar 10mm

1. Langkah pertama jack dan buka tayar lepas tu letak bawah kereta berdekatan jack. Ni SOP standard berpomen. Nak selamat pakai stand.

2. Tanggalkan kaliper disc brake pakai spanar 17mm. Tanggalkan kaliper dari knuckle sahaja. JANGAN TANGGALKAN PAIP BENDALIR BREK.
Tanggalkan juga sensor ABS pakai spanar 10mm.
Kalau tak ada, abaikan.

3. Cabut disc brek. Biasanya longgar je. Kalau ketat, ketuk-ketuk sikit kat tengah disc. Jangan sampai bengkok dah la.

4. Marking absorber dan knuckle untuk elakkan dari sudut camber lari lintang pukang. Aku pakai paint marker. Kemudian buka dua nat 17mm untuk pisahkan knuckle dan absorber.

* Tanggalkan juga stabilizer link. Tak perlu buka semua, cukup dengan buka nat di bahagian yang bersangkut dengan lower arm sahaja.
Stabilizer link ni kalau kau jack sebelah tayar je memang susah nak buka, pasang balik nanti lagi la susah. Seeloknya jack dua-dua belah tayar depan.
( sebab tu aku liskan dua unit jack )

5. Seterusnya tanggalkan tie rod end steering rack. Nat saiz 14mm kalau tak silap aku. Lepastu ketuk bahagian knuckle yang berhampiran dengan tie rod. Jangan takut mengetuk, ni memang kaedah dia.

6. Buka kekunci nat driveshaft, tanggalkan pin dan kekuncinya. Pakai soket 30mm. Kalau tak ada beli satu. Aku pun kena beli sebab lupa ada nat sebesar ni. Dah la soket besar, kena beli adaptor pulak sebab soket tu pakai soket handle L  saiz lori. Besar sikit.

7. Buka nat 30mm tu, henjut pakai handle L yang disambung dengan paip besi. Kurang azab sikit nak memusingnya.

8. Di bawah knuckle ada satu lagi nat yang mengikat knuckle dan bersambung dengan lower arm. Natnya saiz 17mm beserta pin. Yang ni pun kena ketuk kuat. Buat kerja siang supaya tidak dibenci jiran. Ketuk knuckle tu ya, jangan ketuk lower arm.

9. Selesai longgarkan/pisahkan knuckle dari lower arm, tarik keluar knuckle dari driveshaft. Jangan sampai driveshaft tercabut.

10. Berjaya tanggalkan knuckle bermakna dah selesai part yang paling sakit. Bawalah knuckle tu ke kedai tayar sekali dengan bearing baru untuk ditekan masuk. Kerja-kerja tekan bearing ni memerlukan mesin khas. Kalau ketuk sendiri aku rasa sampai minggu depan pun tak boleh siap.

11. Kos memasukkan bearing sahaja antara RM22 - RM35. Nanti hujung artikel aku totalkan kos yang terlibat.

12. Setel pasang bearing, reverse balik step tadi.

Kos-kos yang terlibat :
1. Bearing Koyo RM55
2. Soket 30mm+ Adaptor :RM42
3. Upah press bearing: RM30 (kat tempat aku cajnya agak mahal)
Total = RM127

Kalau buat kat kedai sepenuhnya aku tak tau caj berapa, tapi yang aku pasti bila buat sendiri ni penatnya boleh tahan. Aku anggarkan upahnya antara RM50 - 70.

Berbaloi ke tidak buat sendiri ni?
Bagi aku berbaloi sebab satu pengalaman baru dan pembelajaran baru untuk aku. Bagi yang tak minat aku cadangkan tak payah la susah-susah pegang spanar. Buat kotor tangan je.

Antara jalan pintas lain untuk atasi masalah bearing berdengung ni korang beli je knuckle halfcut. Biasa diorang jual sepasang sekali dengan disc brek. Anggaran harga RM200. Boleh juga request nak knuckle saja, dalam RM100 bergantung pada runner yang jual. Tapi macam aku cakap kat atas tadi lah, nasib kalau dapat yang cun.

Setel kerja tukar bearing, excited la aku nak test nikmat hasil kerja sendiri. Aik? Awat bunyi berdengung tak hilang??

Rupa - rupanya bearing depan kiri pun melingkop daaa....



9 ulasan:

Unknown berkata...

kalo tukar depan blkng total berapa ye biasa amik

FaizalRSD berkata...

satu unit bearing belakang rm180 lebih kurang untuk set yg ada sensor abs.sebelah belakang senang je sebab datang dengan hub bearing sekali.untuk set bearing belakang kiri kanan sahaja mungkin dalam rm400-420.

Unknown berkata...

Klu bearing depan berapa ya harga ya?tayar aku berdegung dah

Unknown berkata...

bagi yg ada minat nk buat keja2 pomen,trutama part yg asas tu bila antar keta pi workshop perhati2 la kerja depa buat.ekurang2 nya kita dpt timba ilmu free.mcm saya yg pakai toyota unser,panduan saya bole ikuti di chenel youtube toyota Kijang(indonesia)Dia.org sanggup buat video mngenai pembaikan jentera suoa ada yg subscre chenel depa.mereka kreatif dlm bab nk jimat kos.

Helmi berkata...

Bos klau time belok kanan dlm keadaan laju bru bunyi berdengung..tu apa kes ea?bearing juga ke or drivesharp

FaizalRSD berkata...

Bearing depan rm50 lebih sebijik.murah je tapi upah dia la mahal boleh tahan.

FaizalRSD berkata...

betul tu.saya banyak juga belajar dari youtube.projek baru saya baiki set ekon kereta saya ni.nanti saya kongsikan.

FaizalRSD berkata...

maybe bearing juga tu.bearing ni kadang2 pelik sikit,kona kekanan kita ingat tayar belah kiri yang tanggung load lebih sampai bunyi.cek dua2 skali.jack bagi dua2 tayar depan terangkat,free gear cuba pusing tayar.kalau xdapat dgr bunyi kasar,cuba pegang spring/absorber masa pusing tu.kalau rasa bergetar sebelah tu punya bearing la problem.

Zhafri berkata...

Sy pakai myvi gak, beli bearing sendiri brand Gaido kat shopee Rm35 tapi upah Rm90 😅😅