Beberapa minggu lepas kalau tak salah, aku
ada terima satu mesej Whatsapp berkenaan transplan enjin 3SZ pada sebuah Myvi.
Rupa-rupanya beliau adalah pembaca blog aku dan katanya dari blog ni lah beliau
terispirasi untuk menukar enjin.
Terima kasih banyak-banyak ya? Aku harap penulisan aku
sebelum ni dapat memberi manfaat berterusan kepada sesiapa saja selagi blog ni
wujud. Maaf sebab semakin kurang menulis kebelakangan ni.
Ada sedikit tambahan untuk cerita Myvi 3SZ
tu dan aku rasa agak penting juga. Pertamanya sistem suspensi dan tayar. Enjin
3SZ dibina dengan asas blok besi tuang, jadi ianya agak berat berbanding enjin
K3VE. Sebaiknya dapatkan sistem suspensi yang mampu menampung berat enjin
baharu.
Berkenaan dengan tayar, aku
perhatikan tayar bersaiz standard (175/65/R14) tak sesuai digunakan. Set
up tayar asal kilang kalau kita perhatikan pada Myvi standard pun menyebabkan
tayar kelihatan seperti kurang tekanan angin sekalipun kita pamkan mengikut
rekomendasi pegeluar (220kPa).
Satu sebabnya ialah tayar berketebalan 65
tidak mempunyai sidewall yang kuat sepertimana tayar berprofil rendah. Kalau
dipam setinggi 240kPa, tak selesa pula. Habis bergegar dashboard. Aku rasa saiz
rim yang sesuai ialah antara 15 atau 16 inci sahaja. Kalau nak sumbat rim 17
pun boleh, tapi laburlah modal yang besar sikit untuk membeli set suspensi
bolehlaras yang ada reputasi cemerlang.
Lagipun dengan saiz minima rim 15 inci,
korang boleh pasang sekali rotor brek bersaiz 11 inci. Tak perlu la sampai
berdiri bila tekan brek kecemasan.
------------------------------------------------------------
Kebelakangan ni juga banyak perkembangan
automotif yang kita dapat tengok. Paling ketara sekali ialah kemunculan
supercar-supercar elektrik yang senang-senang je boleh mengatasi kelajuan
supercar berenjin petrol. Pernah dengar tak jenama Rimac Automobili? Model Concept S dia boleh sprint 0 - 100km/j dalam masa 2.5 saat je gila. Top speed 365km/j sahaja. Rimac ni jenama dari negara Croatia. Ya, negara yang aku rasa takde jenama kereta nasional yang boleh dibanggakan pun sebelum ni.
Dulu aku skeptikal juga dengan kereta
elektrik ni. Apa barang kereta laju takde bunyi perang. Tapi itulah, kita kena
move on juga bila sampai masanya. Bila kereta elektrik makin laju,kos makin
murah, tempoh pengecasan pantas dan jarak pemanduan sekali cas 1000km misalnya,
itulah masa yang sesuai untuk kita berubah kearah dunia yang lebih bersih.
Satu perkembangan yang menarik lagi di
Malaysia ialah Honda Malaysia mencatat rekod sebagai pembuat kereta bukan
nasional yang mengungguli jualan untuk tahun ketiga berturut-turut. Dulu Toyota
pegang title market leader non nasional ni. Tapi Honda nampaknya bijak membaca
selera orang tempatan. Aku rasa sebabnya satu je, Honda Malaysia sangat agresif
dalam menawarkan model jualan dan effort mereka untuk mengatasi skandal airbag
Takata juga harus dipuji.
Berbanding Honda Malaysia, UMW Toyota
kelihatan ‘lembab’ dari sudut ini. Korang tengok ajelah senarai model-model
jualan UMW. Boleh dikatakan jauh ketinggalan. Design orang tua, spec pulak agak
basic sedangkan bukan tak ada langsung model-model Toyota yang canggih. HR-V
dah naik jemu kita nampak atas jalan, UMW baru nak mula jual CH-R. Nampak tak
lembabnya mereka disitu.
Selain dari tu UMW cuma ada Vios, Altis,
Camry bla…bla…bla…bosan. Kalau spesifikasi sedap pun, harga dah masuk kategori
meninggal untuk rakyat marhaen. Dalam hal ni nampak Perodua pula lebih kedepan
dari segi spesifikasi passive safety dan jualan. Itu pasal la UMW cuba beli
pegangan saham yang lebih besar dalam Perodua. Easy money kot.
Tentang Proton tidak ada apa-apa yang
menarik selepas pembelian saham oleh Geely. Barangkali selepas mereka
melancarkan SUV. Adakah Proton terlambat mengejar trend? Atau kali ni sekali
lagi mereka tersilap percaturan harga.
Aku ada terbaca kat mana tah, SUV Proton ni
kategori Premium. Premium dari spesifikasi atau harga premium tak pasti la
pula. Premium spesifikasi harga masuk akal insyaAllah orang terima. Jangan
harga premium tak tentu hala sudahlah.
Aku memang tunggu Proton jual kereta baru sebab masa ni ramai yang excited lebih. Berlambak screenshot muka-muka dan statement over confident yang aku jadikan khazanah. Lepas dua tiga tahun aku baca balik komen sorang-sorang sebagai hiburan masa tengah berak. Dulu aku suka betul baca komen Fauzan dalam blog Funtasticko. Gila positif sampai aku rasa nak hantuk kepala kat bucu meja pejabat. Entah mana la brader tu sekarang...lama dah aku tak menyibuk dalam blog tu.
Nak positif tak salah, tapi biar realistik dan ada point-point yang menyokong statement hangpa. Banyak kali aku tulis dalam blog ni, sebagai sebuah jenama kereta, wajiblah anda mampu menjual dengan banyak supaya ekonomi syarikat sihat untuk mengharungi cabaran industri.
Tu, Preve dengan Exora bila lagi nak buat major facelift? Kalau bajet rendah pun sekurang-kurangnya buat sikit refreshment untuk naikkan balik momentum jualan.
Sekarang ni nampak Proton macam idle sikit mungkin sebab peralihan organisasi. Korang ingat mesti aku tak suka Proton kan? No. Sebenarnya aku suka dengan Suprima, agak cantik sebenarnya.Nampak bold gitu.
Tadi ada sorang mamat komen pasal satu post
paultan.org tentang pilihan kereta bandar samada Picanto, Myvi atau Iriz.
Pilih la apa-apa pun tak kisah sebenarnya
tapi hujah dia guna point Iriz masuk rally, Myvi tak masuk rally bagi aku hujah
yang diluar konteks. Hei, kereta bandar kot? Kau nak rally pergi mana?
Dia kabor body Iriz kuat, sebab tu
digunakan dalam rally. Eh, nampak macam kaki motorsport siap mention ada
bengkel kereta conti, takkan tak tau kot banyak lagi penambahbaikan pada casis
walaupun platform tu bagus. Bukannya keluar kilang masuk tayar offroad terus
ready untuk rally. Orang cerita pasal KERETA BANDAR, dia pegi bawak hujah rali
dia. Agak-agak tak boleh blah, keluar pulak peluru HPF. Ape-ape jelah asal kau boleh menang.
Dia ingatkan aku juga tentang gearbox
automatik kuno Perodua sedangkan orang lain dah move on pakai CVT. Part ni aku
separa setuju, ya betul memang kuno tapi CVT belum cukup lasak setara transmisi
automatik konvensional. Itu je sebabnya. Bila CVT dah boleh dilenjan dalam
rally, masa tu aku orang pertama akan pakai CVT. Setuju?
2 ulasan:
Assalamualaikum. Saya juga berminat nk tukar rnjin Myvi sy ke enjin 3SZVE...tp adakah selepas tukar nnt akan susah nk cari spare parts?
Waalaikumsalam.Maaf lambat respon,haha! Tak ada masalah sebab sharing part dengan Alza.
Catat Ulasan