Sekitar September 2014 dulu aku pernah tulis satu artikel berkenaan Axia (http://blog5zal.blogspot.my/2014/09/komentar-axia.html?m=1).
Di perenggan akhir aku ada tulis kebarangkalian untuk Iriz merebut pasaran kereta kompak amat tinggi.Sebabnya aku yakin dengan spesifikasi Iriz dan harga yang berpatutan,sepatutnya Iriz laku keras dengan mudah.
Hampir 3 tahun berlalu, baru-baru ni aku terbaca laporan jualan suku kedua Perodua dimana semua modelnya (Myvi,Alza,Axia,Bezza) mendahului carta jualan untuk kelas masing-masing.
Apa sudah jadi dengan Iriz?
Sentimen sejarah sekali lagi menghantui Proton. Isu kualiti, alatganti dan masalah-masalah remeh masih lagi belum berjaya diatasi. Gamechanger yang diwar-warkan masih belum menampakkan hasil.
Kita tinggalkan Proton dan masalahnya untuk diselesaikan pakar-pakar automotif tempatan. Aku cuma nak cerita sikit pasal Axia facelift yang aku beli bulan puasa hari tu.
Rasa macam dah ada tulis, tapi ulasan dari segi teknikal belum ada.
Ok,Axia yang aku beli adalah versi G Auto. Senang cerita versi pertengahan. Axia versi facelift ni diberikan enjin baru yang hanya lebih 1hp berbanding versi awal.Dari segi kuasa, cukup seadanya untuk bergerak lancar dan agak lincah di kawasan bandar.
Tapi Axia menghadapi sedikit masalah kekurangan kuasa yang ketara untuk perjalanan yang banyak mendaki, terutamanya kalau salah strategi. Aku biasa pakai kereta enjin kecik, dan sedia maklum kalau enjin kecik ni torknya pun ciput je. Selalunya aku gunakan momentum, yakni sedia dengan kelajuan yang agak tinggi semasa permulaan mendaki dan cepat-cepat menukar gear rendah sebelum banjaran tork menurun.
Kadang-kadang skil ni tak menjadi juga kalau ikut belakang kereta yang lembab mendaki bukit. Masa ni la rasa betapa beratnya Axia untuk diperah tenaganya.
Aku rasa talaan nisbah gear Axia disusun untuk kesesuaian dibandar dan lebuhraya.
Ya,lebuhraya atau bahasa Banjarnya highway. Macam tak betul je kan? Itulah realitinya. Sebenarnya Axia sedap dipandu dilebuhraya sebab nisbah akhir dia kecik. Pandu jauh memang puashati lah, enjin pun tak barai diteran, bahanapi pun jimat.
Dari segi interior, unit audio Axia dilengkapi port USB yang dah jadi asas wajib untuk kereta sekarang. Walaupun bunyinya tak la padu mana tapi ok lah. Satu lagi kalau kita lupa tutup lampu bila matikan enjin, automatik lampu akan tertutup sendiri. Tak ada lagi isu bateri kong sebab tak tutup lampu.
Apa yang tak bestnya pulak ialah tuil untuk penutup tangki minyak agak jauh tersorok. Tangan aku yang besar ni memang tak lepas nak seluk. Walaupun secara lojiknya pengguna akan buka pintu untuk isi bahanapi, bagi aku ada baiknya tuil tu diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Satu lagi bahagian tengah stereng dia agak tajam sikit. Aku kalau genggam stereng, ibu jari aku sangkutkan kat spoke stereng. Kalau permukaan dia agak smooth, tentu lebih baik.
Lain-lain ok, terbaik untuk wang. Cukup sifat untuk dijadikan kenderaan harian setakat ni.
Ok,bai.
Selasa, 18 Julai 2017
Jumaat, 23 Jun 2017
Game Lagi
blog5zal dan berusia 7 tahun rupanya.
7 tahun bukan masa yang singkat tau. Cuba kau buat satu blog pastu kau maintain selama 7 tahun tengok cemana boleh tahan ke tidak? Tak payah maintain ranking la, maintain konsistensi kerajinan menulis pun cukup dah.
Di tahap ni aku boleh katakan yang aku bangga dengan pencapaian peribadi aku. Dikala sahabat-sahabat maya hilang satu persatu akibat komitmen lain dan penurunan populariti platform blogging, aku masih tegar menulis di wadah yang tak seberapa ni. Dengan keadaan sekarang ni blog aku bukan lagi 'laman' rujukan/bacaan orang, dah jadi macam diari aku je sebenarnya. Sebab tak ramai orang baca pun. Mungkin untuk bacaan anak aku bila dia dah besar nanti.
Ok, ni aku rasa macam nak tulis pasal game, sebab bermain game ni benda yang aku baru sambung balik selepas lama memeram konsol.Kali terakhir aku tengok konsol permainan aku, ianya masih berupa PS2 slim dan bahagian atasnya telah ditebuk dan dipasang kipas CPU komputer untuk penyejukan yang efisien.
Tetiba aku terus jump beli PS4 slim sebab Lazada jual murah.Terpaksalah mem aku belanja..hihihi
------------------------------------------
Aku agak kecewa dengan game The Last of Us; Remastered sebenarnya. Game yang diwar-warkan menang banyak anugerah ni tak berapa kena dengan selera aku. Bukan maksud aku game ni tak bagus. Majoriti gamer diluar mungkin dapat feel game tu dengan baik, kecuali aku.
Awal-awal dulu beria jugak la aku nak beli game ni sampai wife aku yang belanja sebab aku yakinkan dia game ni bagus, tentang relation anak perempuan dengan pengorbanan seorang bapa. Mujur tak berapa mahal sebab remastered je, so kos pembangunan tak macam buat game baru.
Antara sebab yang aku hilang minat nak teruskan game tu buat masa ni ialah:
1. Kawalan pemain yang 'lag'. Lembab nak mampos.
- Aku tak reti nak describe macamana sebenarnya. Movement watak utama dia sangat 'lembab' bagi aku. Untuk genre game lawan-lawan zombie macam ni patutnya pergerakan dia kena tangkas. Baru la seimbang dengan AI. Nak buat benda-benda basic macam menembak musuh pun susah sebenarnya.
2. Mabuk
- Aku rasa macam mabuk sebenarnya bila main game ni pasal point kat atas ni lah. Sayang betul. Premis cerita dia baik, tapi tu lah....tak kena dengan gaya aku main. Game Uncharted: The Thiefs End jauh lebih cemerlang walaupun gameplay dan developernya sama. Kalau sistem game tu dipolish lagi sampai tahap macam Uncharted aku rasa jauh lebih sukses game ni.
Metal Gear Solid: The Phantom Pain pulak bagi aku ok la...takde la teruk sangat. Mungkin aku masih mengharapkan konsep permainan dia sama macam siri-siri MGS yang lepas.
1. Sistem perjalanan cerita dia yang ada episod ni agaknya tak berapa nak kena agaknya. Dengan ratusan side ops yang tak habis-habis ulang misi sama, fan tegar pun boleh bosan wehh!
2. Sistem GMP satu idea menarik, tapi makin tinggi gred senjata, deployment cost jadi merepek betul. Tak balik modal kalau deployment cost sampai 63k untuk 'job' yang payment dia cuma 30k. Rasa bodo je accept mission camtu. Tapi kalau tak accept bila game ni nak siap?GMP tetap perlu dikumpul untuk pembangunan Mother Base. Sudahnya aku jalan kaki je pergi dari satu area ke satu mission area yang lain.
Satu kaedah nak jimatkan deployment cost ialah equip sortie prep yang gred rendah. Tu pun rasa bodo jugak la. Apa guna bagi option upgrade senjata kalau tak boleh pakai senjata yang gred tinggi.
3. Charm Venom Snake tak berapa best la dalam MGS:TPP ni. Rasa macam dia seorang yang sentiasa dalam kemurungan terutamanya bila kita tau dia kurang bercakap. Aku ingat lagi Hideo Kojima pernah cakap dia buat banyak elemen-elemen yang tak terlalu rigid dalam MGS yang lepas-lepas supaya pemain tak stress. Kojima dah lupa ke apa nak apply benda tu dalam MGS:TPP? Venom Snake ni dah la tak kelakar, pendiam pulak tu.
4. Tak ada pertarungan dengan Big Boss. Benda yang agak susah dalam MGS:TPP ni bila lawan unit Skull, misi Persistence dan juga tugasan menewaskan Sahelanthropus. Itu saja. Kredit yang aku boleh bagi cuma tang grafik, relation Snake+Quiet, OST nyanyian Donna Burke dan Sahelanthropus yang awesome.
Buat masa ni aku tengah main game Horizon Zero Dawn. Orang kabor game ni sedap...lepas main sikit semalam aku yakin game ni betul-betul sedap. Stail kawalan pemain lebih kurang kawal Nathan Drake dalam Uncharted 4.
Game ni aku tengok kat kedai kelmarin harga dia RM210. Tapi tauke kedai offer aku beli bundle pack (yang sepatutnya datang dengan konsol ). Horizon Zero Dawn ( BD disc ) + Driveclub ( BD disc ) + Ratchet & Clank ( baucer ) dia jual kat aku RM259. Ok la kot ye.
Game Driveclub tu aku ada la try sikit. Grafik cantik, handling kereta sikit senang la kalau nak dibandingkan dengan Gran Turismo, tapi yang bodonya scene lumba selalu sangat time Maghrib. Bongok gila, dah la jalan kampung. lampu malap pulak tu.
Next game yang aku cadang nak beli ialah Call of Duty WWII dengan Gran Turismo Sport.
Tudia sampai lelap aku nak mengabihkan artikel ni. Ape benda aku nak cakap lagi ni eh? Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017, selamat memandu dan selamat bertemu keluarga. Sekian terima kasih!

Khamis, 25 Mei 2017
Shirimasen Metaru Gia' Soriddo?
Malam semalam aku baru je selesaikan misi menewaskan bipedal robot Sahelanthropus selepas total jam bermain melebihi 90 jam. Satu rekod yang teruk sebenarnya dan ada beberapa chapter lagi perlu dihabiskan Apa benda Sahelanthropus ni kejap lagi abang cerita. Aku nak adik ipar aku baca karangan aku ni.
Aku bukanlah seorang gamer hardcore. Aku lebih suka letakkan kategori aku sebagai gamer kasual. Pegang controller pun jarang-jarang kecuali kalau aku ada beli tajuk game baru kegemaran aku. Apa yang pasti aku jenis yang suka main game pelbagai genre, asalkan game tu menarik.
Sejak berkecimpung dalam arena permainan konsol, hanya tiga jenis konsol yang pernah aku pakai. Yang pertama PSOne, kedua PS2 dan yang terbaru PS4. Itupun aku baru beli sebulan lepas. Pasal apa tak ada PS3? Pasal aku tunda pembelian sejak tahun launching 2006 sampai la PS4 Slim keluar. Tu yang aku terus beli PS4 je. Itupun pasal tetiba Lazada buat sale. Dapat harga RM1082.00 spec Slim 500GB.
Semalam aku nampak ada offer dalam Lazada juga, harga turun sikit lagi sekitar RM 1032.00 sempena hari Raya barangkali. Boleh la makan PS4 ramai-ramai dengan jiran tetangga.
Oklah, sejak awal aku terjebak dengan konsol Playstation ni, satu tajuk game yang aku sentiasa suka ialah siri Metal Gear walaupun ada beberapa tajuk yang aku skip contohnya MGS4:Guns of the Patriot dan MGS: Ground Zero. Selain dari tu hampir semua tajuk aku pernah main berulang-ulang.
Semalam wife aku belikan game The Last of Us: Remastered. dia pergi beli dengan adik ipar aku (lelaki). Budak lelaki biasalah, serba sikit mesti tau hal-hal game ni. Tapi sedikit yang buat aku terkejut ialah bila adik ipar aku cakap game Metal Gear tak glamour (tak femes la kot pada dia). Aku terdiam sekejap bila wife aku bagitau aku macam tu.
Hey, ni abang nak cerita sikit pasal Metal Gear, Snake dan orang kuatnya Hideo Kojima. Siri Metal Gear tak masuk kategori glamour okay? Metal Gear is LEGEND! Setakat game-game baru yang glemer ni dik, alahai celah gigi je.
Timeline siri Metal Gear ni sangat panjang dengan twisted plot yang kalau nak dihuraikan dalam bentuk peta minda confirm minda hang stuck.
Ok, abang bagi contoh game berasaskan perang yang abang pernah main, Call of Duty dengan Medal of Honor. Siri game-game ni boleh dikatakan berterusan juga sejak zaman PSOne. Banyak tajuk dia. Tapi pembinaan legasi karekter dia jauh beza dengan watak Snake dalam siri Metal Gear. Sejak hujung tahun 80'an Snake dah wujud dik oii!!! kalau ikut timeline siri Metal Gear, Snake dah wujud sejak era Perang Dingin.
Ini yang gamer otai suka. Main game bukan sekadar layan grafik dengan letup sana sini. Straight forward bosan dik. Metal Gear ni lain, dunia dia terperinci. Ada kau terfikir macamana cara Kojima buat untuk kalahkan Psycho Mantis yang boleh predict pergerakan korang dan baca fikiran player? Tahu tak kalau kau tenung muka Meryl Silverburgh lama-lama pipi dia akan jadi merah? Ni sikit contoh je abang bagi. banyak lagi keunikan Metal Gear yang korang sendiri tak sangka.
Lagi abang nak tanya, game mana yang ada soundtrack paling sedap kat muka bumi? Takpelah abang jawab sendiri.
Takde dik!
The one and only Metal Gear sahaja ada runut bunyi dan lagu tema yang superb awesome. Dari segi keseluruhan kualiti permainan so far tak pernah lagi siri Metal Gear dapat rating bawah dari 9.0/ 10.0 dari pengulas game terkenal.
"That made us blend into the character, feel the same suffer and pain in the battlefield..."
-Hideo Faizal
Fahamkan ayat abang ni. Tak banyak game yang ada karekter kuat macam Snake. Dia bukan sekadar watak tentera yang menjalankan tugas negara. Snake ni satu sifat dia adalah dia seorang yang kelakar sinis dan sedikit pervert. Bergantung pada cara korang main lah. Tapi watak Phantom Snake dalam MGS: TPP je aku rasa dia serius gila.
Sebabnya beliau bukanlah darah daging Snake sebenar. Beliau diberi 'wajah' dan terapi supaya beliau percaya yang beliau adalah Snake. Boss sebenar tak ada tanduk diamond kat kepala.
Celaka kena tipu dengan Kojima.
#foxdie
#lalilulelo
#12wisemen
#bipedalrobot
#revolverocelot
#TheBigBoss
#XOF

True Big Boss |

#utogarage, brek dan loan
Ni ha member aku si #utogarage
tiap-tiap kali jumpa mesti tanya, ‘ada update blog tak?’. Terkesima aku
dibuatnya. Nah, baca la apa yang aku terfikir nak tulis sekarang ni.
Tulis blog ni kekadang boleh jadi bengong dibuatnya. Kena
pulak time tu idea memang takde. So,
aku merapu jelah hari ni pasal kereta.
Sikit update kat
Myvi kesayangan aku sejak kali terakhir aku tulis entri ialah penukaran kaliper
dan rotor brek 3SZ menggantikan set brek depan asal Myvi. Setelah berkhidmat
hampir 300k km, rotor asal haus dengan kronik menyebabkan ‘muncul’ tebing
disisi rotor. Bila keadaan macam ni berlaku, pad brek yang tebal pun tak ada
guna lagi sebab tebing tu akan menyentuh besi pad brek lalu menghasilkan bunyi
yang annoying.
Zaman aku berpomen-pomenan dulu, biasanya aku akan grind tebing tu tiap kali customer minta tukar pad brek. Sekarang
buat sendiri kat rumah mana ada grinder.
Bila dah teruk macam ni baik tukar saja lagi senang.
Alasan lainnya ialah brek asal Myvi dah tak mampu nak
memberhentikan momentum kereta aku pada jarak efektif. Antara rotor kegemaran
pengguna Myvi ialah rotor 11 inci dari Honda
Odyssey dan rotor 10 inci dari 3SZ.
Aku tak tau apesal diorang pakai nama 3SZ bila jual set brek ni. Kan lagi
senang kalau sebut model keretanya. Brek Odyssey boleh pulak pakai nama betul.
Awat tak pakai kod enjin Odyssey?
Ok, pilihan aku ialah set brek dari 3SZ (tak tau dari 3SZ Alza,
Sette, Luminas, Bb atau Avanza?) Saiz rotornya besar sikit saja dari rotor Myvi
yang bersaiz 9.2 inci. Tapi contact
surface area lebih lebar. Untuk part pad brek, saiznya masih sama dengan pad brek Myvi generasi pertama (2005- 2011)
TAPI,
Barang sesiapa yang berhajat nak memakai set brek 3SZ ni
baik cari siap-siap pad brek Suzuki ERV*
atau Daihatsu YRV. Brek pad untuk
dua model kereta ni lebih sesuai sebab ‘pad’nya lebar, ngam cantik dengan rotor
3SZ. Nak pakai pad brek Myvi pun boleh saja, tapi rugilah. Potensi sebenar tak
boleh dimanfaatkan.
Nak beli kat kedai jangan kabor nak pad brek 3SZ,kang sesia
kena maki dengan tokey kedai. Biasanya kedai akan tanya, nak brek pad kereta
apa. Hah, kereta apa korang nak sebut? Myvi? Tunjuk sampel pad brek dan dengan
tenang bisik kat tokey kedai tu saya nak pad brek SUZUKI ERV…..
---------------------------------------------------------------------------
Sejak sebulan lepas sebenarnya aku ada memohon pembiayaan
sewa beli kenderaan dari Ambank. Aku berhajat nak beli Toyota Vios G tahun 2014. Tapi itulah nak ceritanya, tak pernah
lagi dalam sajarah hidup aku yang nama aku susah buat pinjaman. Yang peliknya
si Ambank ni haram tak call interview
ke, bagitau loan gagal ke….
Senyap sunyi sampai kesudah.
Adik aku cakap banker Ambank
bagitau aku ada rekod CCRIS yang kurang cantik. Ambank mintak aku pergi Bank
Negara dan clearkan rekod CCRIS.
Masalahnya aku takde hutang yang major. Myvi aku pun dah settle lump sump awal April lepas. Entah
rekod apa dia cakap aku pun tak tau. Sudahnya aku pergi juga Bank Negara dan print out CCRIS statement. Nampak cantik dan tak ada masalah. Aku rujuk pulak kat
pegawai Bank Negara dan ceritakan masalah loan
aku yang tak lepas sebab CCRIS ni.
As expected dia
cakap rekod aku baik, tak ada masalah kalau apply
loan baru. Dia cakap attach report
CCRIS ni dalam permohonan pinjaman. Ok, Ambank suruh aku update rekod kat Bank Negara, bank Negara pulak suruh aku pass je report CCRIS kepada Ambank.
Nak tambah nasik lagi bila emel aku ke bank Negara tentang
hal ni sebelum aku dapatkan printout CCRIS
dibalas macam ni:
‘”Kami mendapati pihak
tuan telahpun mendapatkan laporan CCRIS pada 17/5/2017. Tuan perlu menghubungi bank tersebut jika mereka masih belum
mengemaskini rekod pembiayaan tuan.”
Bank tersebut tu bank apa? Aku syak Maybank sebab loan Myvi aku dulu kat situ. Masalahnya
pihak Maybank dah keluarkan surat pengesahan penyelesaian pinjaman dan aku dah
pun attach sekali masa apply loan
Ambank. So, apa masalahnya kat siapa ni?
Sampai saat aku menaip ni Ambank masih hold permohonan aku. Macamananpun benda ni aku dah bincang dengan
wife aku petang semalam masa on da way balik
kerja. Aku cakap agaknya aku takde jodoh dengan Vios kot. Kita ambil Axia baru
jelah. Lagipun untuk ulang alik pergi kerja je. Bayaran bulanan murah, petrol
pun hirup sikit-sikit,heeee!Asalnya dulu aku cadang nak pakai Vios sebab sedap sikit cruising highway. Minyak pun jimat. Tapi Myvi aku sekarang pun dah sedap sangat cruising dengan RPM yang sesedap rasa. Nak henjut 180kmj pun tak jadi masalah, wife aku pernah try tau tak?
Awal bulan Mei haritu aku pergi Perlis. Dari Serendah sampai
Hotel Seri Malaysia Perlis, konsumsi petrol lebih kurang 5 out of 8 bar saja. Power betul 3SZVE auto. Seriously recommended. Kalau nak pakai manual pun boleh tapi aku
tak pasti final ratio manual Jepun
berapa,itupun kalau ada lah. Alza punya gear 5 tak syok jugak rojak dengan 3SZ
sebab 100kmj @3000 rpm.
Perancangan seterusnya ialah mencantikkan Myvi untuk wife
aku pakai dan aku layan Axia untuk angkut anak pergi sekolah. Yeahhhh!
#kcarlife
*rujukan blog
tacradiy.com (keyword brek pad ERV)
Isnin, 27 Mac 2017
Dendiar
Aku tulis cerita sejarah lagi boleh tak?
Hari ni
tergerak hati nak tulis pasal sejarah Dendiar; satu watak yang tidak dikenali
ramai tetapi kisahnya amat menarik untuk dihayati. Nama sebenar beliau ialah Raden Diar Dhurmakusomo Ki Aji Ningrat. Artikel ni aku dah siapkan sejak minggu lepas lagi, tapi baru hari ni aku boleh publish. Jemput baca ye?
Kisahnya bermula ketika era pemerintahan Kanjeng Ratu Kediri
didalam kerajaan Giri ( Kediri ), sebuah kerajaan kecil di tanah Jawa. Ada dua beradik
berlainan ibu iaitu Raden Kesumowijo dan Raden Manosekoro. Kanjeng Ratu Kediri
melantik Raden Kesumowijo sebagai Pangeran Adipati Agung, iaitu bakal pengganti
tampuk pemerintahan Kanjeng Ratu Kediri.
Kemudian Raden Kesumowijo (Pangeran Adipati Agung)
mengahwini seorang penari bernama Mas Ayu secara senyap-senyap. Ini menyebabkan
isteri Kanjeng Ratu Giri iaitu Radin Ratu Giri berasa marah. Al maklumlah darjat bangsawan tak boleh kahwin dengan orang kebanyakan. Tapi apa boleh buat, Pangeran Adipati Agung tetap berkahwin dengan wanita yang dia suka. Semasa Pangeran
Agung keluar berburu, Radin Ratu Giri berpakat dengan Raden Manosekoro untuk
menghapuskan Mas Ayu semasa ketiadaan Pangeran Agung.
Raden Manosekoro membunuh Mas Ayu dan membakar istana
bersama-sama dengan anak hasil perkahwinan Pangeran Agung dan Mas Ayu iaitu
Raden Mas (juga dikenal sebagai Raden Mas Ayu). Kebetulan ketika itu Pangeran
Agung baru pulang dari berburu ( ada juga kisah yang mengatakan Pangeran Agung sengaja dihantar untuk berperang) lalu melihat istananya terbakar. Raden Mas berjaya
diselamatkan manakala isterinya Mas Ayu mati dipangkuan Pangeran Agung.
Bersama-sama dengan pengikutnya termasuk Dendiar, Pangeran
Agung amuk dan membunuh Raden Manosekoro serta konco-konconya. Kemudian
Pangeran Agung bersumpah bahawa dia tidak akan lagi menjejak tanah Giri.
Dendiar dan enam pengikut setia bersumpah untuk memporak-perandakan tanah Giri
dan kerajaannya sehingga tiada lagi makhluk bernyawa, tetapi dihalang oleh
Pangeran Agung.
Pangeran Agung meminta Dendiar bersumpah untuk melindungi
tanah Giri sepanjang ketiadaan beliau dan Pangeran Agung pun meninggalkan Giri
bersama anak perempuannya Raden Mas untuk selama-lamanya…
Kisah di Singapura Versi 1
Kemudian Pangeran Agung menetap di Singapura, atau lebih
tepat lagi bertani di kaki bukit Mount Faber. Menjejak usia Raden Mas 17 tahun,
beliau menjadi tarikan kerana kecantikannya. Satu ketika Raden Mas diganggu
oleh kerabat Istana Johor, menyebabkan pangeran Agung dihukum kerana
mempertahankan anak perempuannya.
Di hari yang sama, Dendiar belayar ke Singapura mencari
bekalan. Perihal orang dihukum dikhalayak ramai menjadi buah mulut masyarakat
disitu lalu menarik perhatian Dendiar. Dendiar terus ke Teluk Blangah untuk
melihat hukuman tersebut dijalankan dan alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati
orang yang sedang dihukum itu ialah sahabatnya, Pangeran Agung, Putera Raja
Giri.
Dendiar menerpa ke tengah khalayak ramai dengan keris yang
terhunus ditangan lalu memperkenalkan dirinya sebagai Jeneral Perang Kerajaan
Giri. Orang ramai terdiam kerana mereka tahu Kerajaan Karimun pernah dikalahkan
beberapa tahun lalu oleh angkatan perang Kerajaan Giri.
Melihatkan keadaan Pangeran Agung yang agak teruk, Dendiar
mahu amuk tetapi sekali lagi dihalang oleh Pangeran Agung. Melihatkan kejadian
itu, Sultan Abdul Jalil memerintahkan Pangeran Agung dilepaskan dan memohon
maaf.
Tidak lama selepas kejadian tersebut, Sultan Abdul Jalil
mengaturkan perkahwinan adiknya Tunku Khalijah dengan Pangeran Agung sebagai
tanda maaf dan juga sebagai jalinan antara dua kerajaan. Keraian perkahwinan
diadakan di Teluk Blangah dan dihadiri Dendiar serta enam sahabat lain.
Daripada perkahwinan tersebut, Tunku Chik dilahirkan.
Melihatkan keadaan menjadi semakin baik, Dendiar kembali ke Giri sebagai
memegang janji yang pernah dibuat dahulu untuk menjaga tanah Giri.
Raden Mas yang semakin dewasa pula menjadi pujaan ramai
kerana kecantikannya dan keturunan raja yang dimiliki. Bagaimanapun ini
mengundang musibah baru apabila isteri Pangeran Agung, Tunku Khalijah
mencemburui Raden Mas, manakala adik Tunku Khalijah, Tunku Bagus jatuh hati
kepada Raden Mas.
Suatu malam, Tunku bagus meletakkan satu bahan untuk
memabukkan dalam makanan Pangeran Agung lalu Pangeran Agung dikurung dalam
perigi di belakang istana. Raden Mas pula dipaksa berkahwin dengan Tunku Bagus.
------------------
Beberapa bulan kemudian Dendiar datang ke Teluk Blangah
untuk melawat sahabatnya, Pangeran Agung. Berita ini sampai ke istana lalu satu
perancangan dibuat supaya Dendiar tidak dapat berjumpa Pangeran Agung yang dikurung.
Pihak istana memaklumkan bahawa Pangeran Agung pergi ‘bersuluk’ atau istilah
lainnya bertapa.
Bagaimanapun kebenaran tidak dapat disorok apabila Tunku
Chik memberitahu bahawa bapanya dikurung dibelakang istana. Maka segeralah
Dendiar pergi mendapatkan Pangeran Agung. Melihatkan keadaan bakal menjadi
lebih buruk, Tunku Bagus cuba membunuh Pangeran Agung, tetapi dihalang oleh
Raden Mas. Keris yang ditikam kearah Pangeran Agung mengenai Raden Mas dan
Raden Mas menemui ajal. Akibat terlalu kecewa Pangeran Agung turut
menghembuskan nafas terakhir.
Marah dengan peristiwa itu, tujuh pendekar Jawa ini amuk
buat sekian kalinya selama tujuh hari tujuh malam. Ribuan penduduk kampung
dibunuh dan kampung-kampung dibakar. Seisi istana melarikan diri menaiki kapal.
Akhirnya Sultan menghantar Tunku Chik, anak Pangeran Agung ke pantai. Maka
berkatalah Tunku Chik kepada Dendiar “ Raden Diar, sekiranya kamu bunuh semua
orang, siapa lagi yang tinggal untuk
menjaga saya?”
Dendiar terdiam dan kemudiannya berkata,
“Aku..Raden Diar
Dhurmakusomo Ki Aji Ningrat akan berkhidmat dan patuh kepada Tunku Chik dan
keturunannya sepertimana aku berkhidmat kepada Pangeran Agung sebagai tanda
kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap Pangeran Agung.”
Artikel asal ditulis dalam bahasa Inggeris lebih panjang mencakupi
peristiwa-peristiwa kemunculan Dendiar selepas ratusan tahun peristiwa diatas
berlaku. Nanti bacalah di link asal sebab gaya penceritaannya lebih dramatik.
Gaya aku tulis pulak biasa-biasa je tanpa pengisian emosi. Tapi aku harap terjemahan
ke Bahasa Melayu ni tidak lari jauh dari maksud asal penulis.
Sumber :- Mo Razzi, www.untoldhistoriesofmalaya.blogspot.my/2011/04/untold-history-immortal-royal-guardian.html?m=1
Kisah di Singapura Versi 2
Suatu ketika semasa Pangeran Agung menjalani kehidupan
sebagai petani bersama anaknya Raden Mas Ayu, teluk Blangah diserang lanun.
Oleh kerana kehebatan Pangeran Agung bertarung, lanun berjaya ditewaskan.
Kebolehan Pangeran Agung amat dikagumi Sultan dan satu rombongan dari Jawa
mengesahkan ‘petani’ itu adalah Pangeran Agung, maka Sultan mengaturkan
perkahwinan dengan puterinya dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang
diberi nama Tunku Chik.
Raden Mas pula semakin cantik dan amat dicemburui ibu tirinya.
Satu hari kaki Tunku Chik terluka kerana terkena serpihan pinggan yang
dijatuhkan oleh Raden Mas. Ibu tirinya amat marah dan berpakat dengan
adiknya Tun Bagus ( Tunku Bagus ). Tun Bagus pula menaruh dendam kerana Raden
Mas pernah menolak lamarannya.
Tun Bagus meracun Pangeran Agung lalu mengurungnya didalam
perigi buta, manakala Raden Mas dipaksa kahwin sekiranya mahu mengelakkan dari
bapanya dibunuh. Semasa majlis pernikahan, Raden Mas ditanya samada bapanya mengizinkan
beliau berkahwin, Raden Mas terpaksa menipu dengan menyatakan bapanya sudah meninggal
dunia sewaktu melawat tanah Jawa.
Tiba-tiba Tunku Chik mencelah,
”bapakku masih hidup dalam
perigi buta!”
Maka komplot itu terbongkar, dan Pangeran Agung dapat diselamatkan.
Khuatir Pangeran Agung membalas dendam, Tun Bagus cuba menikam Pangeran Agung
tetapi dihalang oleh Raden Mas lalu keris tertusuk ke jantungnya. Dikatakan
juga ketika berlaku kakalutan itu cuaca bertukar mendung dan isteri Pangeran
Agung cuba melarikan diri tetapi dipanah petir.
Sumber: - Marsita Omar, www.eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_1079_2010-05-27.html
Sepertimana yang
diketahui melalui penceritaan orang-orang dahulu, Dendiar dikatakan wujud
sehingga era pemerintahan Sultan Ismail iaitu sekitar tahun 70’an. Dikatakan umurnya sangat panjang sehingga ratusan tahun.
Sebuah kampung kecil di kaki Mount Faber Teluk Blangah dinamakan
Kampung Radin Mas dimana terletaknya rumah Pangeran Agung sewaktu tinggal di
Singapura dan tempat bersemadinya jasad Raden Mas Ayu….
Bayangkan pula kalau kisah ni jadi sebuah filem dan Iko Uwais jadi
Dendiar…perghhhh!!
Isnin, 6 Mac 2017
ATF 3SZ-VE + Cooling Coil Passo
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersua kembali di laman blog yang semakin terpinggir. Tak apalah, bagi aku platform blogspot ni masih lagi medan yang sesuai untuk menulis panjang lebar.
Hari ni aku nak tulis sikit pasal kereta. Pertama sekali tentang transmisi automatik 3SZ-VE, dan kedua berkenaan pendingin hawa kereta aku.
Lepas kereta aku siap menjalani proses transplan nadi penggerak, ada satu kelainan yang aku rasa tak patut berlaku iaitu 'lag' semasa penukaran posisi gear daripada 'N' kepada 'D'. Lag yang aku maksudkan ialah sistem transmisi mengambil masa sekitar 0.5 - 1 saat untuk enggage.
Siapa yang biasa bawa kereta automatik baru mesti dapat rasa 'lag' ni kalau bawa kereta aku. Apatah lagi kalau lepas switch dari 'N' kepada 'D',terus tekan pedal. Alamatnya kereta akan bergerak dengan mengejut. Macam kereta gear manual lepas klac tiba-tiba dalam gear 1.
Minggu lepas aku tukar minyak ATF. Kalau ikut spesifikasi yang disyorkan, transmisi automatik Aisin-Warner 3SZ-VE Toyota bB menggunakan minyak ATF Toyota T-IV. So, aku pun beli minyak yang sama.
Kuantiti penuh yang diperlukan ialah 5 liter, tapi kalau drain minyak ATF lama melalui drain plug, hanya 2 liter dapat dikeluarkan. Minyak asal yang ada dalam gearbox aku taktau lah spesifikasinya bagaimana, tapi lepas masuk minyak T-IV, respon gearbox bertambah baik.
Apapun ikutlah spesifikasi yang disyorkan pengilang, sebab enjin 3SZ-VE yang digunakan Perodua menggunakan ATF SP-III kalau tak salah. Namanya mungkin berbeza, barangkali sifat-sifat teknikalnya ada persamaan.
Ok, cerita bab aircond pulak.
Sejak lebih sebulan lepas sistem aircond aku mengalami masalah kebocoran kecil. Mekanik cakap mungkin cooling coil yang bocor sebab tiada kesan kebocoran pada piping dan kompressor.
Bila aku rujuk balik mekanik yang swap enjin aku haritu, barang pulak tak ada. Tunggu punya tunggu akhirnya aku cari sendiri sajalah lagi senang.
Mujur saudara Azizi Zain respon posting aku kat Facebook bagitau yang dia ada simpan cooling coil Passo. Walaupun lokasi beliau di Bandar Baru Bangi, tak kisahlah travel 1 jam 40 minit dari Serendah asalkan dapat barang yang tepat.
Terima kasih Azizi Zain kerana menjual barang yang baik dengan harga berpatutan. Siap test bocor dua kali dan percuma kotak angin aircond. Entah apa nama betul housing cooling coil tu aku tak tau.
Kerja-kerja membaraikan dashboard dikepalai oleh En. Is Drummer di rumah beliau yang merangkap #utocustomgarage.
Part membaraikan dashboard ni agak panjang kalau nak ditulis, pendek kata agak sukar sebab terpaksa buka batang besi yang menjadi tulang dashboard.
Didapati kotak saluran angin yang ada kat kereta aku sedikit berbeza dari kotak angin yang dibeli dari saudara Azizi Zain.
Kotak asal tiada slot filter kabin tetapi ada slot untuk cooling coil temperature probe, manakala kotak yang dibeli ada slot filter kabin tetapi tiada lubang slot temperature probe. Sistem asal Myvi pula probe sensor temperaturenya dicucuk pada fin cooling coil. Tapi tak apa, boleh mix and match saja, no problem.
Kemudian timbul satu masalah lain iaitu cooling coil tak dapat duduk dengan kemas di tempatnya. Rupa-rupanya kotak angin yang mempunyai slot temperature probe mempunyai saiz cooling coil yang kecil sedikit. Lebih kurang sama saiz dengan cooling coil standard Myvi. Cooling coil Passo pulak lebih panjang sekitar 1 inci. Secara teorinya surface area lebih luas mestilah lebih sejuk ye tak?
Soal cooling coil tak dapat duduk kemas tadi senang saja solusinya. Potong sikit dah siap.
Start kerja jam 11.00 pagi,kerja-kerja pemasangan semula selesai sekitar jam 8.00 malam. Ya, agak lama sebab kami buat kerja santai-santai.
Semasa pengujian fungsi-fungsi butang kawalan setelah selesai kerja-kerja pemasangan semula, didapati klac magnetik kompressor tidak enggage selepas suis aircond ditekan. Mujur aku teringat, ada sesetengah sistem aircond yang cut-off bila sensor mendapati tiada tekanan gas didalam sistem untuk mengelakkan kompressor rosak. Sebelum buka sistem, mesti la kita recovery dan buang semua gas dari dalam sistem awal-awal tadi kan? Jangan panik dan teruskan kehidupan macam biasa.
Walaupun dah siap pasang, masih ada kerja yang masih perlu dibuat iaitu refill gas dan tambah minyak kompressor. Part ni aku serahkan kat kedai ekon je. Alhamdulillah sistem berjalan dengan baik. Kos yang terlibat RM60( gas + minyak kompressor ) + RM100 ( cooling coil + kotak angin ). Total belanja kasar lebih kurang RM250 termasuk kos-kos sampingan.
Untuk pengetahuan harga cooling coil Myvi baru ialah RM350. Belum upah buka dashboard lagi. Senang cerita tak kurang dari RM600. Sesiapa yang berkemampuan untuk buat sendiri, belajarlah. Banyak boleh jimat ooo....

Rabu, 11 Januari 2017
Samsung Galaxy A7 2016
Lebih kurang 27 atau 28 Disember lepas, berlaku satu kejadian dimana Samsung Galaxy A7 2015 wife aku jatuh dan skrinnya rosak. Ketinggian jatuhan takde la tinggi mana pun, lebih kurang setengah meter.Malangnya permukaan jatuhan adalah jalan tar, sebahagian permukaan skrin rosak dan tidak boleh diunlock menggunakan pattern.
Apa yang mengecewakan ialah pelindung skrin tempered glass dan Gorilla Glass tak pecah pun, tapi LCD boleh pecah pulak. Memandangkan tak ada apa yang boleh dibuat, simpan sajalah dalam kotak. Kos penggantian skrin aku tengok kat internet macam haram, mahal nak mampos. Lebih RM450 kot,belum campur upah.
Bila dah jadi macam tu, susahlah wife aku nak buat kerja sebab zaman sekarang semua komunikasi pakai phone. Apatah lagi kalau berlaku kecemasan, phone dah jadi benda wajib dalam hidup.
Akhirnya kami beli jenama Samsung juga sebab siri Galaxy A baterinya bagus. Model A7 2016 menjadi pilihan sebab bateri juga. Model 2016 dibekalkan bateri sebesar 3300mAh berbanding A7 2015 2600mAh.
Untuk wife aku kriteria-kriteria seperti RAM,CPU,resolusi skrin dan sebagainya tak penting sangat. Yang penting bateri, bateri dan bateri.
Perbezaan antara A7 2015 dengan 2016 tak banyak sangat, tapi agak signifikan juga.
1. Kemasan
- Bahagian belakang dipasangkan Gorilla Glass 4 yang cantik (juga bermaksud lebih fragile).Bezelnya rapat di pinggir skrin, dan lens kamera utama tidak terlalu menonjol seperti model 2015.
2. Bateri
- Penambahan 700mAh daripada model 2015. Sepatutnya mampu bertahan dengan 100% diwaktu pagi sehingga habis ditengah malam.
3. Bunyi
- Speaker dialihkan ke bahagian bawah telefon bersebelahan USB port. Bunyi cukup kuat.
4. RAM
- Penambahan RAM.Dulu cuma 2GB, sekarang 3GB. Prestasi bertambah baik.
5. Keselamatan
- Butang tengah skrin bertindak sebagai fingerprint scanner.
6. Pengecasan pantas
- Dibekalkan charger Quickcharge 1.65A. Model 2015 menggunakan charger 1.55A.
Sekian.

Langgan:
Catatan (Atom)