Maaf la noooo…suddenly ada idea nak tulis pasal dunia memancing.Ini pun sebab terjumpa draf entri lama yang terperam tiga empat bulan lepas kot.
Kepada yang bukan kaki pancing,boleh juga baca kot-kot jatuh cinta dengan dunia hanyir ni.Sebetulnya aku bukanlah pakar memancing pun,jauh sekali taraf dengan professional angler yang equipmentnya beribu-ribu ringgit.
Pengalaman aku cuma bermula dari pendedahan seawal umur 12 tahun.Sepupu aku yang masa tu dah pun bekerja membelikan kami dua beradik set pancing kombo sebagai penggalak hobi.Ikan pancingan cuma sekadar gelama,belukang,duri….baik sikit pun dapat la sembilang.Zaman tu sekitar 1994-97,perairan pantai Sekinchan masih banyak sembilang.Tapi kali terakhir aku memancing kat situ hujung tahun lepas,satu ragutan ikan pun tak ada.
Sekali lagi persoalan lama dari laman page Kelab Joran Facebook tentang “kehebatan mesin Stella & Saltiga'” yang aku rasa nak jawab dalam blog ni.Sure,ramai lagi yang boleh bagi jawapan tepat tentang persoalan tersebut,tapi barangkali tak semua ada blog/platform untuk menulis.
Bukan peminat pancing sejati kalau tak ada menanam impian memiliki kekili mendatar high end,angkuh,ego,super spinner dan premium seperti siri Shimano Stella/Daiwa Saltiga.Biasalah bila dah martabatnya macam tu harganya pun nampak macam tak masuk akal untuk sekadar ‘kekili pancingan’.
Aku pun tak tau exactly berapa harga dua menatang ni,tapi biasanya berkisar antara RM2000 hingga hampir RM5000.Saltiga Dogfight lagi mahal kot.Persoalannya adakah harga semahal tu berbaloi dengan prestasinya?
Jawapannya barang pasti sudah tentu.Ianya berkenaan teknologi material,kejuruteraan rekabentuk dan kejituan matematik.Pendek kata dua kekili mendatar ni adalah umpama Lexus LFA atau Koenigsegg Agera R dalam dunia memancing.
Material biasa yang digunakan untuk kekili murah dan mampu milik ialah seperti aluminium,plastik,grafit,loyang,stainless steel dan juga kadangkala FRP (fiber reinforced plastic).Kebanyakan material ni dipilih berdasarkan kekuatannya yang sederhana dan juga kebolehan untuk dihasilkan secara mass produce (pukal)melalui proses mould injection atau casting.Proses powder metalurgy pun ada barangkali.Beberapa komponen pula melalui proses lathe (larikan) seperti spool aluminium dan juga gear pinion.
Semua kaedah mass produce ni bertujuan untuk pengurangan kos dan masa produksi.Hasilnya produk mampu dijual murah.Tetapi kekurangannya ialah ketahanan dan kejituan.Ianya tetap berfungsi sama seperti kekili mahal,cuma ada bahagian yang kurang lancar,cepat haus,dan longgar sana sini bila dikerjakan dengan lasak.
Dulu-dulu pemancing kena guna kekili menegak untuk menewaskan gamefish.Belum ada kekili mendatar yang mampu menahan asakan dan larian kencang ikan-ikan seperti tuna atlantik atau benaman kertang.Masalah dengan kekili menegak ni tak semua orang selesa pakai dan agak rumit digunakan.So,pembuat-pembuat kekili berpengalaman macam Shimano dan Daiwa ni nampak ruang kosong yang boleh dikomersilkan.
Segala kemajuan teknologi kejuruteraan diharmonikan sekali dan terhasillah kekili mendatar yang berkeupayaan sama seperti kekili menegak untuk menjinakkan gamefish.Tapi bukan senang ya?
Pertamanya material.Bahan binaan badan yang kuat dan ringan seperti aluminium gred penerbangan digunakan.Proses-proses pembuatan untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan terhadap kakisan tidak murah.Banyak prosesnya yang kalau diceritakan pun ramai yang tak faham.Kata kuncinya ialah semua bahan yang digunakan mempunyai sifat teguh,ringan,tahan kakisan,dan tahan haba.Bayangkan haba yang terhasil di cakera drag semasa menahan asakan ikan-ikan gamefish.Berasap boss!
Badan mesin-mesin high end ni kebiasaannya dibuat sepenuhnya menggunakan proses CNC milling.Proses ni amat-amat time consuming dan menelan kos tinggi,pendek kata tak produktif langsung.Tapi apa yang dikehendaki ialah kejituan rekabentuk.Semua dimensi dipotong setepat-tepatnya supaya tiada kelegaan-kelegaan diluar tolerance.Manpower-manpower yang bertugas untuk menjalankan mesin-mesin berkejituan tinggi ni pulak gaji diorang bukan kecik anak.Level engineer kat sini kot?
Begitu juga dengan komponen dalaman.Semua gear dipotong menggunakan mesin berbanding kekili murah yang menggunakan kaedah casting.Material dah tentu kuat,kejituan tinggi pulak lagi,fuhhh!Macam jam tangan mahal.Pernah tengok macamana jam tangan boleh capai harga ratus-ratus ribu ringgit dibuat?Lebih kurang macam tulah,cuma cabaran membuat jam lagi tinggi.Dah lah halus,beratus-ratus gear pulak tu.
Kemudian rekabentuk.Setiap garis arus dan lekuk-lekuk bukan sekadar kosmetik semata-mata.Ada seni dan tujuannya seperti imbangan,pengurangan berat,pengoptimuman titik-titik kritikal dan macam-macam lagilah.Rekabentuk bukan saja tertumpu pada bahagian luaran,sudut gigi gear,susunan gear dan nisbah semuanya diteliti dengan baik.
Hasil kejuruteraan yang serius ni menghasilkan mesin pancing yang bukan saja premium dari segi harga,malahan prestasi di lapangan pancing.
Sesekali ke kedai pancing,cuba minta kayuh-kayuh sikit mesin-mesin premium ni.Banyak bezanya dengan mesin pertengahan.Apapun ikan di air tidak mengenal mesin pancing.Cuma,geng-geng mampu beli mesin mahal ni biasanya mempunyai sokongan kewangan yang kukuh.Setakat satu trip memancing perabis bergulung-gulung duit pun apa ada hal.Al maklumlah trip mahal-mahal ni biasanya memang pergi ke lubuk yang banyak ikan baik-baik.
Untuk pemancing amatur yang turun padang setaun dua-tiga kali macam aku ni,elok mula dengan set yang pertengahan.Slow-slow beli yang baik punya.Tak taulah kot-kot ada manusia yang terus beli set pancing mahal.Yang pentingnya fahami dulu selok-belok dunia hanyir ni.
Satu jenama premium lain yang makin glemer kat Malaysia sekarang ni ialah Megabass.Sampai bossnya Yuki Ito terkejut sebab pemancing Malaysia tak lokek langsung bab membeli peralatan pancing premiumnya.Katanya pertumbuhan pasaran jenamanya di Malaysia paling menggalakkan berbanding negara SEA yang lain.Ape,ko ingat angler Malaysia ni sesak ke?Hehe!
Korang cuba-cuba la Google barang dia,memang cun baq ang!Buat masa ni belum ada set heavy dalam katalog beliau.Nak lagi puas hati,sila berkunjung ke Kepong Tackle,kat situ ada sudut khas rasmi produk Megabass.Yuki Ito sendiri yang rasmikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan