Ahad, 19 Oktober 2014

Untung vs. Rugi Isi Petrol Dengan Kaedah Liter

Lepas kenaikan harga bahanapi,tiba-tiba muncul teori pengisian minyak mengikut jumlah liter yang ter'viral' sekejap dalam Facebook.Menurut pencipta teori tersebut,kaedah ini lebih menguntungkan pengguna berdasarkan pemerhatian berikut;semua pam minyak menunjukkan paparan jumlah liter dalam angka sehingga 3 titik perpuluhan.
Contohnya macam ni,dengan pengisian RON95 sebanyak RM10 pada harga bahanapi seliter RM2.30,jumlah bahanapi yang dipamkan ke tangki adalah sebanyak 4.347 liter.Sedangkan sepatutnya jumlah yang seharusnya pengguna dapat adalah 4.347826087 liter.
Berdasarkan paparan jumlah bahanapi yang dipamkan ke tangki pengguna ‘hanya’ 4.347 liter,pengguna ‘kerugian’ sebanyak 0.000826087 liter,atau 0.826087 ml untuk setiap pengisian berjumlah RM10.
Dari kira-kira diatas,memang benar kita ‘kerugian’ hampir 1ml untuk setiap pengisian RM10 dan 5ml jika mengisi RM50.Itupun kalau ada lah manusia bangang yang isi petrol lima puluh ringgit tapi bayar kat kaunter lima kali;sekali bayar RM10.
Tetapi berapa nilai kerugian kita yang sebenar jika diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit?
Rujuk kira-kira matematik Darjah 1 dibawah:

Harga semasa bahanapi RON95 = RM2.30 sen seliter (1000ml)
RM2.30 sen (230sen) / 1000ml = 0.23
HARGA 1ML RON95 = 0.23SEN
0.23 sen x 0.826087 ml = 0.19 sen

Ertinya kita kerugian sebanyak petrol bernilai 0.19 sen untuk setiap pembelian sebanyak RM10,0.95 sen jika mengisi sebanyak RM50 dan seterusnya.

Persoalannya berapa banyak kerugian untuk pengisian bahanapi dalam sebulan atau setahun?

Katakan sebulan belanja petrol anda RM300.
0.95 sen x 6 = 5.7 sen x 12 bulan = 68.4 sen

Nampak dah sekarang? 68.4 sen setahun adalah jumlah kerugian selepas mengisi RON95 sebanyak RM300 sebulan selama setahun.
Wowwowowow!Lanjioooo betullah pengusaha pam minyak ni.Kita semua rugi 68.4 sen (297.4ml petrol RON95) lepas berbelanja RM3600.00 untuk petrol tahu tak??Hampir satu ringgit tu!
 IMG-20141020-WA0008
Sebelum tu fikir dulu.
Dalam setahun berapa banyak korang bazirkan duit.Makan berlebihan,spending untuk barang-barang yang tak perlu dan jugak hadap jem dalam setahun tu dah berapa liter petrol korang bakar sia-sia?Belum lagi kira yang jenis warm up enjin sampai 15 – 20 minit sehari.
Sekarang ni aku tengok ramai yang salah faham pulak.Paling kelakar tak boleh blah ada yang sebut lagi untung isi 10 liter daripada isi RM20.Sebabnya yang isi RM20 cuma dapat 8.695 liter.Of kos la dol!Isi 10 liter hang kena bayar RM23.Takkan tak nampak beza RM20 dengan RM23.Bayar lebih dapat la petrol lebih.Apa daaa…..

Ok lah,sekarang terpulang kat anda semua nak ikut kaedah mana.Kalau 68.4 sen setahun amat bernilai untuk anda,go for it.Tapi dalam masa yang sama,,jimatkan wang dari sudut lain juga.Pengiraan diatas ikut paparan jumlah liter dengan tiga titik perpuluhan.Andai ada pam yang display dua titik perpuluhan sahaja,siap genapkan lagi (4.35 liter/RM10 ),anda pula yang untung.
Daripada pendapat aku,keadaan sebenar tak semestinya selari dengan kiraan matematik.Aku jangkakan kerugian beberapa ml tu sangat minima berdasarkan kekerapan mengisi minyak.Lagi kerap berziarah ke pam minyak,lagi banyak rugi.Baik isi penuh tiap-tiap kali.Maksud aku isi minyak RM100 sekaligus tak semestinya anda rugi petrol bernilai 1.9sen.Sebab:

RM10 RON95 = 4.347826087 liter
RUGI = 0.000826087 liter / 0.826087 ml / 0.19 sen

RM100 RON95 = 43.47826087 liter
RUGI = 0.00026087 liter / 0.26087 ml / 0.06 sen sahaja

Kesimpulannya,kuantiti ‘kerugian’ petrol setiap kali pam digunakan sebenarnya sangat-sangat minima,lagipun teorinya berdasarkan display pada pam.Bukan saja petrol,apa juga mekanisma pengukuran bendalir mesti ada tolerance,cuma tolerancenya masih dalam julat yang mengikut standard antarabangsa.

Melampau sangat lah pulak sampai kuantiti kurang 1ml punya tolerance pun nak kira.Pam kat stesen minyak tu laju flow dia,mana boleh accurate gilababi.Kalau nak flow + kuantiti tepat,pam la petrol pakai pam HPLC.Seminit dia boleh pam minimum 0.2ml.

Display digital kat pam petrol tu ingat boleh harap?Yang penting ialah calibration berkala.So,teori ni tak masuk akal untuk dipraktikkan sebab ianya semata-mata berdasarkan anggapan ukuran bendalir sebenar disandarkan pada paparan angka di pam.

Nak berjimat pun janganlah sampai menyusahkan diri percaya dengan teori yang tidak terbukti tepat.Petrol baru berapa ringgit je,cuba kira kuantiti minyak enjin semi synthetic dalam tong plastik empat liter tu.Betul ke tidak jumlahnya empat liter.Lepas kita tuang masuk dalam enjin,baki dia tu mana kita campak?

Bai.

 

UPDATE

* Bermula 12 tengah malam Ahad lepas ( 1 Februari 2015 ),harga petrol RON95 ialah RM1.70 dan RON97 RM2.00.Ada sesiapa yang masih lagi praktikkan kaedah isi petrol dengan kaedah liter tak?Hihihihihihi…

Isnin, 13 Oktober 2014

Angka-Angka Tak Boleh Blah…

Beberapa minggu lepas punya cerita (ayat budak batak dalam FB)..

 

Timbalan Menteri Kewangan announce,

Penggunaan RON95 mengikut pendapatan isi rumah:

RM3000 kebawah = RM132 sebulan

RM5000 keatas = RM375 sebulan

 

Soalan :

1) Yang gaji RM3001 – RM4999 pakai berapa banyak pulak Datuk?

2) Survey ni siapa yang conduct dan dibuat dimana Datuk?

3) Figure pendapatan isi rumah ni bersih ke kasar?

 

Secara jujurnya aku nak cakap,aku amat kecewa dengan hasil tinjauan melepas batuk ditangga semacam ini.Malas pula aku nak cakap kasar-kasar ni.Not my style.Lainlah setahun dua lepas.Mau aku maki hamunkan aje.

Aku pernah terbaca kat mana entah,ada sorang tolong buatkan kira-kira mudah untuk tunjukkan statement penggunaan RON95 tu tidak berasas.

RM132 (perbelanjaan RON95 sebulan) / 30 hari = RM4.40 sen

RM4.40 sen / RM2.30 sen (harga RON95 per liter) = 1.91 liter sehari

 

1.91 liter lebih dari cukup untuk aku yang bekerja dekat dengan rumah,lebih kurang 20km macam tu lah.Sebabnya aku pakai motorsikal 4 lejang 125cc.Orang lain yang pakai kereta macamana?

Contohnya wife aku.Dia kerja di Raub.Perbelanjaan dari KL ke Raub memerlukan sekurang-kurangnya RM40,petrol RM30,tol RM8.Itu perjalanan sehala,belum termasuk kos penggunaan bahanapi dari Isnin sampai Jumaat,lebih kurang RM40 juga kalau tak kemana-mana.Hari Jumaat kena keluarkan amaun yang sama untuk balik KL semula.

Dalam sebulan paling kurang RM500 tahu tak??Ini pakai Myvi tau,baru 1300cc je.Campur perbelanjaan untuk motor aku dah berapa?Kos balik kampung jenguk mak aku kat kampung sebulan sekali?

Banyak betul persoalan aku dengan statement menteri tu.Itu baru soal perbelanjaan bahanapi sebulan.Belum lagi perbelanjaan wajib macam sewa rumah,ansuran kereta,pinjaman peribadi,bil utiliti dan jugak perbelanjaan barang-barang dapur.Dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4000,baki yang tinggal untuk makan minum belanja harian dan kos petrol,ada la dalam RM1200++.Kalau belanja petrol je dah lebih RM500,bayangkan la sesaknya kami ni.Dah la BR1M tak dapat.Aihhh…..hidup dalam kemarahan ajelah macam ni.

Yang mana gaji kurang RM2000 aku rasa bukan sesak lagi dah.Tahap anak kecik pun kena minum sirap la nampaknya.Semalam ada lagi sorang menteri cakap dia sendiri ikat perut.Oh my……jangan buat lawak plissss..Dia tujukan ayat dia tu kat rakyat Malaysia ke lembu?Lembu takpe la,rumput free.

Apepun syukurrrrrlah masih berupaya makan nasik,belum tahap makan tanah lagi,huhuhuhu!

Iriz vs Myvi

Sebelum pelancaran Iriz haritu aku ada buat imejan bertindih Myvi vs. Iriz tapi belum sempat aku buat entri,gambarnya hilang entah kemana.Semalam aku terbaca entri dari Funtasticko.net berkenaan perbandingan dimensi Iriz vs. beberapa model yang dijadikan benchmark.
Ada komentar yang menyatakan perbandingan tu kurang tepat disebabkan faktor scaling.Aku cuba buat satu perbandingan antara Myvi 1.5 Extreme manual vs. Iriz 1.6 Premium manual menggunakan apps PicsArt.Hasilnya tidaklah tepat sangat memandangkan amat susah menindihkan gambar menggunakan skrin sesentuh yang separa hancur.Lainlah kalau aku ada Photoshop.Penanda aras skala yang digunakan adalah saiz PCD rim sepertimana yang dicadangkan oleh seorang pengomen.
Myvi 1.5 Extreme menggunakan rim aloi 14 inci manakala Iriz 1.6 Premium menggunakan rim 15 inci.Manakala wheelbase Myvi 2440mm dan Iriz 2555mm.Perbezaan adalah sebanyak 115mm atau 11.5cm.Jadi,inilah perbandingan versi aku.
true comp

Rasanya tak perlulah aku huraikan panjang lebar,gambar diatas menceritakan semuanya.Dimensi keseluruhan Iriz melebihi Myvi sepertimana yang tertera dalam spec sheet.Cuma dalam gambar ni ketinggian bumbung dan panjang wheelbase je macam kurang tepat.Tapi sebenarnya yang penting ialah usable space yakni ruangan kabin dan ruang simpanan barang.Dalam entri berkenaan Iriz yang lepas,ulasan aku lebih kepada penampilan luaran dan juga safety feature.
Macamanapun,selepas meneliti spesifikasi dari laman web Proton,ada beberapa point yang aku rasa nak bincangkan sikit.
Pertamanya dari segi power plant.Memandangkan Iriz ialah direct rival kepada Myvi,patut benarlah Myvi dijadikan perbandingan.Takkanlah Axia pulak.Ok,Iriz 1.6 digerakkan oleh enjin baru Proton yang berupaya menghasilkan 80kW atau 107.3hp.Ini adalah conversion secara terus.Ramai orang tak boleh imagine berapa kuat enjin kereta tu kalau unitnya kilowatt.
Kuasa yang terhasil ni perlu menggerakkan beban badan sebanyak 1165kg.Angka nisbah kuasa ialah 0.0921hp/kg atau 92.1hp/tan.
Manakala enjin Myvi 1.5 menghasilkan sebanyak 76kW atau 102hp.Nisbah kuasanya pula ialah 0.1025hp/kg atau 102.5hp/tan memandangkan berat Myvi cuma 995kg.Secara teorinya Myvi 1.5 memiliki lebih sedikit kuasa berbanding Iriz.Sekurang-kurangnya itulah yang ditunjukkan oleh angka-angka diatas.
Kedua ialah penggunaan bahanapi sebab ianya berkait rapat dengan faktor berat kenderaan tu sendiri.Semenjak harga bahanapi naik sebanyak 20 sen,ramai yang mula memikirkan ekonomi seharian.Harga bahan api aku yakin takkan turun lagi macam harga 15-20 tahun lepas sebab ianya adalah sumber yang terhad dan bakal habis.
Cuba perhatikan trend kereta di Eropah sekarang.Banyak pengeluar sudah mula bereksperimentasi dengan segmen kapasiti enjin kecil berserta bantuan pendesak turbo.
Kedua-dua kereta yang dibandingkan dalam entri ni mempunyai tangki bahanapi sebesar 40 liter.Selepas membaca beberapa perenggan,korang tentu dapat meneka kereta yang mana lebih cepat mengosongkan tangki  berdasarkan penggunaan bahanapi harian.
Peralatan-peralatan keselamatan yang dilengkapkan pada Iriz amat baik untuk kenderaan sekelasnya,tapi terpaksa mengorbankan berat keseluruhan kereta.Tidak dapat tidak,Iriz memerlukan lebih bahanapi untuk menggerakkan badannya.
Aku baru terbaca laporan ujipandu Iriz dari blog paultan.org.Salah satu gambar menunjukkan paparan rpm dan kelajuan dimana enjin Iriz hanya memerlukan lebih kurang 2200rpm untuk bergerak pada kelajuan 100kmj.Final ratio gearnya nampak membantu penjimatan bahanapi dalam pemanduan konsisten atas lebuhraya.
Apapun masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.Iriz adalah cubaan terbaik Proton setakat ini,cuma ada ruang-ruang yang boleh ditambah baik terutamanya dari sudut kuasa enjin untuk disesuaikan dengan berat badan.Agak pelik bila aku baca komen-komen yang kekadang suka kereta berat ni.Katanya lebih stabil.
Dah tu macam tak guna jugalah teknologi proses dan juga material yang kuat tetapi ringan.Proton pun ada kan teknologi HPF yang khabarnya menghasilkan struktur casis yang lebih kuat.Achievement yang nak dicapai sebenarnya kekuatan lentur yang lebih tinggi dengan berat material yang sama.
Pernah dengar perbandingan yang tulang manusia lagi kuat dari besi?Maksud dia bukanlah korang boleh karate rel keretapi sampai bengkok.Maksud dia ialah,dengan berat jisim yang sama,kekuatan tulang menahan lenturan lebih tinggi dari besi.Stabiliti kelajuan tinggi pulak dicapai dengan aerodinamik,bukan berat.Ringan bermakna laju,cepat memecut dan kurang penggunaan bahanapi.Pegi cek tengok berat kereta F1 berapa kilo?
Selain dari tu,potensi enjin empat lejang masih luas untuk diteroka.Sebagai contoh,prototaip Kawasaki H2R,sebuah motorsikal 1000c.c dengan pengecas lampau berupaya menghasilkan kuasa setinggi 300hp.Pasca Perang Dunia Kedua dulu,enjin Maybach 5000cc cuma mampu produce kuasa setara enjin Campro 1.6 je tahu?