Selasa, 27 Mei 2014

Proton...

Aku baru je lepas baca artikel diatas.Agak mengejutkan bila mantan PM menyalahkan Perodua dalam persaingan sengit pasaran kenderaan penumpang domestik.
Sesuatu yang tak kena apabila menyalahkan pesaing walhal kita sendiri gagal bersaing.Bukankah itu satu tindakan yang kebudak-budakan wahai Dr.M?
Tak lama sebelum tu,CEO Proton mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak faham kenapa rakyat Malaysia tidak menyokong produk tempatan.Statement tu patut diluahkan dalam bilik mesyuarat dan dijawab oleh team-team R@D serta Marketing Proton.Hampir 30 tahun berniaga di tanah air sendiri,masakan Proton tak ada formula pemasaran yang baik?
Menyebut tentang perlindungan,pada pendapat aku inilah 'kanser' dalam industri automotif nasional.Perlindungan inilah yang memanjakan Proton.Ibarat lelaki dewasa yang sudah berkahwin dan punya dua anak,tapi masih perlu diberi wang belanja oleh mak bapak.
Cukup bulan dapat gaji,tiap tahun dapat bonus sedangkan semua tahu tiap-tiap tahun berniaga tak pernah untung.Staff yang bermentaliti macam ni kalau dalam syarikat swasta baik diberhentikan saja.Mana ada majikan nak tanggung biawak hidup?

Perodua.
Benar,Perodua bukanlah entiti automotif nasional tulen.Perodua lebih kepada assembler model-model kereta Daihatsu/Toyota yang tidak dipasarkan disini.Kena ingat,mereka berniaga.Setakat ni formula perniagaan mereka berjaya.Awalnya Proton juga begitu,rebadge model-model Mitsubishi.
Setahu aku,asalnya Perodua ditubuhkan untuk mengisi kekosongan pasaran segmen kereta kecil.Model pertama Kancil,amat berjaya kerana ada ruang permintaan atas dasar kemampuan ekonomi majoriti rakyat Malaysia.Kemudian diikuti van Rusa,Kenari dan Kelisa.
Hanya model Rusa kurang sukses barangkali kerana c.c nya yang kecil untuk mengheret badan yang agak besar.Berlainan sekali dengan Kenari atau Kelisa.Rajin-rajinkan jenguk laman jual beli kenderaan terpakai.Kereta-kereta yang dah tak dikeluarkan lagi oleh Perodua ni masih mempunyai harga yang tinggi oleh kerana faktor reliabiliti dan kecekapan penggunaan bahanapi.Jujur aku cakap,handling Perodua Kelisa lebih baik daripada Viva.
Kelangsungan Perodua diteruskan lagi dengan model-model Myvi yang tetap mencatat angka jualan baik walaupun isu pengendalian dan keselamatan penumpangnya sering dipersoal.
Tersentak dengan kejayaan Perodua,Proton mula mencuba nasib dalam segmen kereta kecil melalui model Savvy.Walaupun dibekalkan sistem pemanduan yang jauh lebih baik dari Myvi,Savvy tidak berjaya menggugat angka jualan Myvi.Jawapannya mudah,rupa luarannya yang bergaris kontur aneh dan enjin yang mahal untuk diselenggara adalah faktor utama model ini tidak mendapat sambutan.
Sekarang Proton sedang berusaha dengan model GSC.Hasilnya nanti kita lihatlah sama-sama.Terlalu banyak rumor,harapan dan spyshot di laman-laman web automotif.Harga?Letaklah apa-apa angka yang munasabah,dan bandingkan dengan harga Proton era 90-an dulu.
Berbalik kepada permasalahan Proton.Masalah utamanya ialah tiada matlamat yang jelas.Orang jual kereta kecik dia pun buat,sale MPV mencanak naik dia pun nak keluarkan MPV,fan dia mintak kereta turbo dia pun bagi kereta light turbo.Baikkah kaedah perniagaan begitu?
Baiknya tetap ada,tapi benda baik tak semestinya betul.Proton kena sedar perkara ni,apa yang diminta-minta dalam laman web hanyalah mewakili peratusan kecil pengguna kenderaan di Malaysia.Sesetengahnya begitu tegar meminati Proton,tetapi lojikkah mereka mampu membeli kesemua model-model yang dilancarkan tiap-tiap tahun?
Model-model seperti Preve,Suprima,Exora Bold diakui sebagai 'nilai terbaik untuk wang' berdasarkan spec sheet.Tapi bagaimana dengan 'nilai wang' untuk jangkamasa panjang?Anda tahu apa jawapannya.
Oklah,berleter panjang tanpa memberikan solusi amatlah tidak profesional sekali.Andaikata aku diberikan tanggungjawab memacu Proton,ini yang bakal aku buat.
1.Mengecilkan saiz Proton dari segi fasiliti dan tenaga kerja.Kedengarannya agak kejam kerana melibatkan periuk nasi pekerja,tapi inilah langkah yang perlu untuk mengurangkan beban kewangan Proton.
2.Tidak berkompromi dengan vendor yang substandard.Aku pernah terbaca tentang ada design kereta Proton yang tak dapat direalisasikan kerana vendor tak berkemampuan untuk membuatnya.Alasan bodoh untuk industri berumur hampir 30 tahun.
3.Design.Aku pernah tengok lakaran-lakaran model Proton.Sesetengahnya tak dinafikan memang mampu pergi jauh.Malangnya disebabkan isu nombor 2,produk akhir selalunya jauh beza dari lakaran.
4.Kualiti sepanjang zaman.Ini paling penting.Tak guna jual kereta yang berjela-jela spec sheet tapi kerap menziarah pusat servis tuntut warranty.
5.Matlamat yang jelas.Rujuk balik apa matlamat sebenar penubuhan Proton,nak jadi pembuat kereta nasional yang champion ke atau nak jadi champion kat trek.Aku ada nampak minat-minat Proton dalam bidang sukan lumba ni.Alang-alang dah minat,buat dengan seriuslah.Keluarkan line up model street legal performance car yang berfalsafahkan trek Sepang.Nak meresing sangat kan?Aku dengar bukan main lagi komen-komen "pembeli" yang cakap stabil 200kmj,masuk selekoh sampai mencicit tayar pun steady lagi.Hah!DNA resing dah ada.Buat betul-betul lah.
Soal harga tak payah pening,letak je harga yang masuk akal.Lingkungan 100-200k pun ok.Dengan syarat produksi model tu asing-asing dari barisan produksi utama.Unit R3 takkan la design bodykit je kot?
Tapi kena ingat balik apa blueprint sebenar penubuhan Proton.Nak jadi champion kampung atau champion antarabangsa.Itupun kena pilih juga,nak hebat atas trek atau hebat buat duit.
Sekian pendapat dua sen aku.Yang tak faham.mungkin anggap aku suka mengutuk,tapi fahami betul-betul niat aku.Proton bukan sekadar jenama,ia adalah industri yang bertujuan untuk memperkukuh ekonomi dan ilmu umat Islam di negara kita khususnya.