Jumaat, 23 Ogos 2013

ggtft

Tak banyak isu yang aku nak perkatakan kebelakangan ni memandangkan kesibukan yang sentiasa wujud bilamana menjelangnya bulan Ramadhan.Ok,untuk pengetahuan semua,aku akan bertukar tempat kerja awal Ogos nanti dan hari terakhir aku di Phytes Biotek ialah 24 Julai 2013.
Jauh di dalam hati aku sebenarnya aku suka pekerjaan aku sekarang,cuma beban kerja makin bertambah selepas ketiadaan regu berwibawa.Impaknya amat ketara sebab selepas seminggu mengerjakan tiga tan tongkat ali,kesan operation tulang belakang mula terasa semula.
Memburukkan keadaan lagi,tahun ni adalah tahun terakhir aku merasa kenaikan gaji,itupun tak semua amaun boleh ditulis dalam payslip.Bakinya dibayar dalam bentuk ex-gratia setiap 6 bulan.Hahahahahahahah!
Mungkin korang tak faham kenapa aku ketawa besar,tapi kalau korang nak tahu,inilah satu-satunya syarikat yang aneh dimana gaji asas maksimum pemegang Diploma Kejuruteraan ialah RM2K.Malaslah aku nak cerita buruk kompeni aku,sebab kalau aku jilidkan memang tebal punya.
Yang penting tak lama dah aku kat sini.Badan aku ni pun dah tak boleh terima bebanan kerja berlebihan dan teramat susah bekerja dengan ketua yang serba ‘PRO’.
Macam biasalah bila nak berhenti kerja,maka akan bertalu-talu soalan kemana hala tuju/tempat kerja baru.Di tempat-tempat kerja aku sebelum ni,aku tak ada masalah nak cerita kemana aku pergi,tapi bukan di Phytes Biotek.Biar diorang Google sendiri.
Kekadang orang-orang sekeliling kita ni pun terlebih prihatin,siap tolong checkkan future bakal kompeni kita nak kerja nanti cerah ke tidak.Sampai macam tu skali.Kasihan sungguh…Untuk orang sebegini,satu je aku nak cakap,tak ada orang nak cari susah.Mustahil la pulak aku nak cari kerja yang jauh susah dan jauh murah gajinya dari tempat kerja sekarang.Gila ka.
Jaminan aku,kerjaya baru ni berpeluang cerah di masa depan,ruang untuk berkembang sentiasa terbuka luas dan tak perlu fikir performance syarikat turun naik.Nantilah aku cerita di entri akan datang.
Cukup sudah soal kerja,aku nak sentuh sikitlah pasal isu gurauan bodoh couple sex Alvin & Vivian dalam Facebook sebelum ni.Aku fikir couple ni bukan bergurau lagi dah.Bagi aku ini memang sengaja cari nahas.Malangnya aku bukan orang yang berkuasa untuk menentukan masa depan dua ekor beruk ni.
Aku harap sangat kementerian atau pihak berkuasa yang berkaitan bertindak dan memberikan pengajaran yang setimpal kepada beruk dua ekor t