Jumaat, 22 Mac 2013

Tahniah Adikku Nurul Farhanim

Pertama sekali,setinggi tahniah untuk adik perempuan aku Nurul Farhanim bt.Arsad yang bersekolah di Sekolah Menengan Kebangsaan Agama TAHAP(Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang) kerana berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM 2012,iaitu 11A.

Walaupun bukanlah semuanya A+,ianya tetap membanggakan kami sekeluarga.Seingat aku,adik aku ni bukanlah ulat buku sangat.Tak tahulah macamana dia belajar disekolah,yang pasti bila balik bercuti dikampung aktivitinya sama juga macam orang lain,bersantai.Tak kisahlah,yang penting keputusan dahpun keluar,dan perjalanan hidup sebagai pelajar masih panjang.

Alangkah bagusnya kalau semalam dapat bersama-sama meraikan kejayaan beliau.Tetapi apakan daya,tanggungjawab kerja harus diutamakan.

Bila aku dirumah melayan karenah anak sulung aku Dhia Fatheeya,aku teringat zaman adik aku ni membesar depan mata aku.Disebabkan jarak umur dengan yang paling bongsu agak jauh(6 tahun),dia agak manja tapi sangat kurang karenah.Hampir setiap petang aku akan bawa dia membonceng motorsikal mengambil angin petang,ataupun melihat burung-burung belaan dalam sangkar di Pejabat Felda Lepar Utara 7.

Satu lagi fakta menarik,beliau ‘diajar’ menggunakan tangan kiri untuk menulis.Sebabnya,aku nak tengok sorang lagi ahli keluarga aku bertangan kidal selain dari aku.Hasilnya memang sampai sekarang beliau kidal.Entah sebab diajar ataupun beliau memang ditakdirkan bertangan kidal,wallahua’lam.Rasanya pernah aku tulis pasal ni masa beliau cemerlang dalam PMR dulu.

Begitu cepat masa berlalu,sejak tingkatan 1 tinggal diasrama hinggalah tamat tingkatan 5.Kalau dia terbaca tulisan entri blog kepam abangnya ini,ketahuilah bahawa kami tumpang gembira dan berbangga dengan kejayaannya.Agaknya dia pun tak tau abangnya ada blog.

Untuk adik-adik yang lain,berusahalah untuk berjaya di bidang masing-masing.Kejayaan dalam hidup bukanlah semata-mata ditentukan dengan peperiksaan.Masih banyak ruang untuk diteroka,masih banyak peluang untuk dicuba,dan yang penting sekali menjadi kaya bukanlah matlamat sebenar dalam kehidupan.Hidup sederhana tak apa,asalkan hati bahagia.

Khamis, 14 Mac 2013

Tahniah Untuk Arsenal!

Musim bolasepak 2012/2013 langsung tak ada entri pasal kelab bolasepak kesayangan aku ni disebabkan prestasi tidak konsisten.Walaupun agak kecewa dengan musim ini,keputusan awal pagi tadi amat membanggakan walaupun Arsenal tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara.

Awal pagi tadi Arsenal berdepan misi mustahil mencari tiga gol ditempat lawan untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

 

1930033_w2

Pada 19 Februari lalu Arsenal menerima kunjungan pendahulu Bundesliga,Bayern Munich di Stadium Emirates dimana pihak tetamu mendapat tiga gol di tempat lawan dengan keputusan perlawanan 1-3.

Misi awal pagi tadi adalah sesuatu yang hampir mustahil,iaitu mencari tiga gol di Allianz Arena.Ianya hampir berjaya dilakukan apabila perlawanan malam tadi berkesudahan 0-2 melalui gol-gol dari Olivier Giroud dan Laurent Koscielny.Adalah sesuatu yang sukar dilakukan memandangkan FC Bayern Munich adalah pendahulu Bundesliga yang mencatatkan 66 mata setakat ini,20 mata dihadapan pesaing terdekat.

Walaupun dari segi aggegat 3-3,Bayern Munich berkelebihan gol ditempat lawan.Sekalipun perjuangan didalam saingan Liga Juara-Juara sudah berakhir,kemenangan malam tadi adalah penawar untuk ketidaktentuan prestasi sepanjang musim Arsenal.Ini adalah bukti bahawa Arsenal sebenarnya mampu menjinakkan lawan yang lebih besar.

Dengan baki 10 perlawanan liga domestik,diharapkan Arsenal mampu menduduki sekurang-kurangnya tempat keempat untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara tahun hadapan.

Gadget Pemegang Tablet

iphonehazard

 

Selalu mengalami situasi seperti diatas?

Sudah tentu.Ada masanya novel pun sama kalau jalan ceritanya lemau bebenor.

Kekadang bila mengantuk sangat masa melayari internet,phone jatuh atas muka.Mujurlah hanya seberat seratus gram lebih.Kalau yang jatuh tu IPad menghempap muka?

Thanko menghasilkan satu produk sokongan untuk memudahkan pengguna tablet,phablet atau smartphone melayari internet ataupun membaca e-book semasa berbaring.Wriggle Tablet Stand seberat 2.4kg ini boleh memegang tablet setinggi 95-195m dan berharga 4980 yen(RM157.37).Boleh order disini kalau paham bahasa ibunda Jepang.

 

Pad stand

grtbst01-016

grtbst01-004

*Info akibaharanews

Carian Tertinggi Pornografi Seluruh Dunia

Entri ni tak ada kaitan dengan sebarang unsur-unsur pornografi.

 

Dibawah adalah senarai perkataan carian tertinggi berkaitan pornografi mengikut negara-negara di dunia.Boleh teka apa perkataan feveret rakyat Malaysia?

 

*South Afrika suka poop!Yuckkksss!!

 

USA

d67e4fc8-78d1-4296-9035-b1d9ea442b6a

Afrika Selatan

4970b749-4dd7-4fd6-9095-d2855c417897

Russia

59df65b1-7803-4528-a82e-67c631a03e40

India

c2d05606-f11f-418a-8acf-d5601b5957d6

Malaysia

2235014d-fe46-4aeb-99ea-471826a185a6

Indonesia

68ec8cc9-0cf5-4489-90fe-90ca363742d7

 

Selebihnya boleh cari disini,pornmd.Ni bukan link website porno ya?Harap maklum.

Rabu, 13 Mac 2013

Toyota Crown Pink Edisi Terhad;Hanya Di Jepun

Toyota memperkenalkan model Crown sedan berwarna pink,dan sebanyak 50 unit akan diedarkan ke seluruh pusat pameran seluruh Jepun.Selepas mengalamai kerugian yang banyak akibat kes penarikan beberapa model dari pasaran US dan bencana tsunami,Toyota kembali menjadi pengeluar utama kenderaan pada tahun 2012,mengatasi General Motor dan Volkswagen dengan jumlah jualan sebanyak 9.7 juta unit kenderaan.

Model hibrid ini disasarkan untuk pembeli wanita dan pihak Toyota menggunakan siri popular Doraemon dalam promosi Crown Reborn Pink.Pelakon terkenal Jean Reno membawa watak Doraemon dan penyanyi AKB48 Atsuko Maeda sebagai Jaiko.

 

 

165a568e-0259-4227-a65e-7e1a41979d6f

03toyota-pic-articleLarge

crown

crown2

 

Info dan gambar akibaharanews.com & Google Images daaa..

Infografik Kim Jong-Un dan Kekuatan Militarinya

Infografik tentang keupayaan militari Korea Utara dan Kim Jong-Un.

Dari segi kuantiti memang banyak,tetapi kebanyakan aset sudah lapuk termasuklah 40 unit MiG-29 didalam Air Forcenya.Manakala salah satu kereta kebal utama angkatan darat ialah T-59 purba sebanyak 1000 unit.

Walaupun begitu,negara ini harus disegani kerana mampu membangunkan kebanyakan industri ketenteraan untuk kegunaan sendiri tanpa banyak bantuan luar dan tidak segan silu bergurau kasar dengan abang besar,Amerika.

 

infographic-north-korea

infographic-jongun

 

*Infografik dari news.com.au

Salah Seorang Pengkhianat Negara di Facebook

ATM=Doggie?

Manusia macam ni patut dihukum sama macam penceroboh Lahad Datu.Malang sekali kerjaya perguruan dicemari dengan contoh terburuk dalam masyarakat.

*Khabarnya beliau telahpun disoalsiasat dan memohon maaf.Terlajak berlari boleh gostan,terlajak kata kena bash kaw-kaw la jawabnya.

Selasa, 12 Mac 2013

Ringan-Ringan Je…

Tagline makanan ringan terbaik!

 

ringan-ringan

 

*Kredit Facebook Fateha Arsad

2013;Saingan Hebat Jenama Telefon Pintar

smartphones_rect

Tahun 2013 dipercayai tahun yang mencabar untuk pemain utama pasaran telefon pintar iaitu Samsung dan Apple.Sebagai contoh,pengeksportan telefon pintar dari China-Huawei sebenarnya mengalami pertumbuhan lebih pantas dari Samsung,dan syarikat ZTE serta Sony juga menokok dengan cepat berbanding Apple.

Apakah persamaan ketiga-tiga syarikat yang meningkat naik ini?

 

Sistem Operasi Android.

 

Berikut adalah tujuh jenama yang bakal memberi saingan hebat kepada Apple dan Samsung bermula tahun ini:

 

1.NOKIA

-Nokia menumpukan usaha terhadap pembangunan telefon pintar berasaskan sistem operasi Windows Phone.Setelah mengalami penyusutan penguasaan pasaran selama beberapa tahun berturut-turut,Nokia kembali dengan produk berkualiti dan harga yang kompetitif.

 

2.Huawei

-Percaya atau tidak,Huawei berada di tempat ke-3 dalam senarai pembuat telefon pintar.Antara produk yang mendapat perhatian pengguna ialah Ascend Mate Phablet dan Ascend P2.Syarikat ini pastinya mampu mendapat peminat tersendiri tak lama lagi.

 

3.Blackberry

-Secara peribadi,aku tak pernah suka dengan produk Blackberry.Rupa telefon hampir sama setiap kali model baru dilancarkan dan keyboard fizikal yang kelihatan ‘menyemakkan’ permukaan telefon.Tapi bila Blackberry Z10 dilancarkan,ternyata pereka-pereka Blackberry akur dengan kehendak pasaran.Tak mustahil Blackberry akan kembali popular seperti sedikit masa dahulu.

 

4.SONY

-Sony merupakan pemain industri telefon bimbit sudah agak lama,tetapi tidak pernah benar-benar mencapai status seperti Samsung kerana dominasi NOKIA ketika itu.Puncanya kerana telefon Sony(Sony Ericsson) sangat mudah rosak walaupun spesifkasinya bagus.Selepas tenggelam beberapa ketika,Sony muncul dengan Xperia dan terbaru Xperia Z yang kalis air,satu inovasi baru dalam penghasilan telefon pintar.

 

5.LG

-Di negara ini LG lebih popular dengan barangan elektrik rumah.Masih ramai yang sangsi dengan keupayaan LG menghasilkan telefon yang bagus,termasuklah aku sendiri.Sejak kebelakangan ini,LG mula membuka mata peminat-peminat gadget telefon pintar apabila menghasilkan Optimus G,telefon pintar berkuasa tinggi.(macam superbike pulak).Pendek kata,pesaing yang serius untuk jenama-jenama besar lain.

 

6.ZTE

-Secara serius,aku tak tahu apa-apa tentang syarikat ini mahupun telefon pintarnya.Agak mengejutkan,ZTE menduduki tangga ke-5 pasaran telefon pintar pada suku keempat tahun lepas.Khabarnya ZTE menghasilkan peranti Android murah dan bakal muncul dengan strategi baru;telefon yang menggunakan sistem operasi Firefox.Sama seperti Huawei,ZTE perlu mempromosikan jenamanya dengan lebih agresif.

 

7.HTC

-Jenama telefon pintar pertama yang aku miliki ni semakin lama semakin mantap dengan produk berspesifikasi hebat dan cantik dipandang.Walaupun sering dikritik kerana tidak menyediakan slot memori dan bateri boleh dibuka pada peranti-perantinya,beberapa kelebihan lain menutup kelemahan ini.Terbaru,HTC One hadir dengan kemasan premium yang dimesin dari seketul aluminium,inovasi unik Ultrapiksel dan semestinya cip yang lebih berkuasa.

 

*Diolah dari artikel Gizmodo

Isnin, 11 Mac 2013

Sabah Invasion;Sisi Lain Masyarakat Malaysia

As salam semua…

 

Maaf sebab lama sangat tak update blog ni disebabkan kesibukan kerja.Dalam masa yang sama negara kita masih lagi panas dengan isu pencerobohan Lahad Datu oleh “waris” Kesultanan Sulu.

Terlalu banyak cerita yang berlegar di internet dan sesetengahnya palsu semata-mata.Kadang-kadang jadi panas hati bila baca komen akal cacat di Facebook.

Dalam tempoh tegang ni aku harap sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mendokong sebarang usaha untuk mempertahankan negara.

Tak kurang juga ‘usikan’ nakal dari negara jiran terutamanya Indonesia yang mentertawakan kemampuan PDRM dan ATM.Jadi,biarkan sahaja mereka berkata apa yang mereka mahu,yang penting hanya kita yang tahu keupayaan pasukan keselamatan kita.

 

sabah

 

Buat masa ini biarlah pasukan keselamatan menyelesaikan tugas mereka mencari dan menghapuskan saki baki tentera Kesultanan Sulu yang tidak menghormati pelawaan penyelesaian konflik tanpa pertumpahan darah.

Bukan setakat saki-baki tentera Sulu,malahan sesiapa juga yang terlibat berkomplot dengan penceroboh akan dibersihkan.Sewajarnya mereka tidak diberi muka lagi memandangkan kekejaman mereka menganiaya mayat anggota keselamatan yang terkorban dalam serangan hendap di Simunul,Samporna,Sabah.Khabarnya serangan hendap itu juga didalangi talibarut mereka yang mendedahkan maklumat operasi.Aku tak berani nak mengesahkan kesahihan khabar tersebut.Rujuklah mana-mana sumber yang kredibel.

Berlakunya pencerobohan bersenjata di Sabah ni membuka mata ramai rakyat Malaysia yang sebahagiannya selesa dengan menganggap Malaysia tiada musuh.Tak kurang juga beberapa orang yang tidak layak menjadi warga Malaysia apabila menghina dan mengeji anggota keselamatan yang bertugas.

Kita yang berada di luar kawasan red zone dengan mudah memandang remeh tugas anggota keselamatan.Bayangkan situasi pencerobohan bersenjata berlaku di Kuala Lumpur,Ipoh,Kuantan atau Kota Bharu.Siapa yang bakal memegang senjata berhadapan dengan penceroboh-penceroboh ini?

Yang pastinya kita orang awam hanya terfikirkan satu perkara;mencari tempat perlindungan.Itupun nasib baik kalau penceroboh memahami undang-undang.Rasanya orang awam pun bakal jadi mangsa penceroboh yang dahagakan darah sesama Islam.Tolong hormati kerjaya mereka yang sentiasa menggadai nyawa.

 

Pertikaian

1.Tak kurang juga ada pihak yang mempersoalkan prosedur menangani konflik,dimana diperingkat awal PDRM dipertanggungjawabkan,kenapa bukan ATM.Jawapannya boleh ditemui di internet.Ada pihak yang prihatin telahpun mengulas SOP yang digunakan dengan panjang lebar,tak perlulah soalan yang sama diulangtanya sampai dua minggu.

2.Kelonggaran kawalan sempadan juga menjadi persoalan.Ini diakui kelemahan pihak kita yang kekurangan anggota dan kelengkapan.Ditambah lagi warga Filipina memang ramai di Sabah,mereka mudah sahaja menyamar sebagai nelayan ataupun sebagai penduduk Sabah.Kerajaan telahpun mengambil langkah segera dengan menambahkan kekuatan anggota dan kejadian ini mengukuhkan lagi jawapan kepada keperluan untuk mengetatkan tahap keselamatan di Malaysia Timur.

3.Isu kepakaran pasukan VAT69.VAT69 adalah pasukan khas terlatih yang telahpun diajar pelbagai teknik pertempuran urban mahupun gerila.Usah dipertikaikan lagi soal dua anggota VAT 69 yang gugur terkena tembakan sniper,kerana pihak penceroboh menggunakan kaedah paling keji dalam peperangan dengan berpura-pura menyerah diri.Salam takziah dan Al-Fatihah untuk semua wira-wira negara yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air.

4.Rasanya pertikaian ini yang paling tidak berfaedah.Agak ramai yang mempersoalkan kewajaran anggota tentera menaiki pesawat tambang murah Air Asia.Agak menyedihkan ianya juga menjadi bahan jenaka pihak tertentu yang menangguk di air keruh.Pesawat pengangkut C130 Malaysia hanya sesuai membawa kargo dan mempunyai bilangan kerusi yang sedikit,sedangkan tujuh batalion perlu dibawa ke Sabah dengan kadar segera.Satu batalion bersaiz lebih kurang 720 anggota.Naik helikopter?Kapal?Air Asia paling sesuai dan selesa.Diulangi,sesuai dan selesa.

5.Aset pasukan keselamatan Malaysia.Setakat ni belum ada kedengaran secara serius,mana-mana parti politik mempertikaikan aset ketenteraan negara kita lapuk atau sebagainya.Sebabnya mereka baru sedar dari mimpi siang hari bahawasanya pembelian aset-aset baru angkatan tentera adalah relevan untuk menghadapi ancaman yang tidak terduga seperti ini.Sebelum ini masih ramai yang alpa dengan keamanan Malaysia sehingga mengatakan Malaysia tiada musuh.Apa juga pembelian dianggap pembaziran wang rakyat.harapan aku,barang siapa juga yang menjadi pemerintah,janganlah soal pertahanan diletakkan di tempat bawah.Aset pertahanan adalah ‘insurans’ negara.

 

Tak lama lagi LIMA akan berlangsung,dan topik calon pesawat MRCA Malaysia akan kembali hangat.Dari beberapa sumber pembacaan,hanya tiga calon yang sedang diperhatikan dengan teliti iaitu Dassault Rafale(Perancis),Eurofighter Typhoon(Eurofighter GmbH) dan F/A 18 Super Hornet(USA).

Tidak lupa juga pihak Malaysia memerhatikan perolehan Rafale sebanyak 126 unit oleh India Air Force sebagai sandaran.Apapun pilihan Malaysia nanti,pastinya yang terbaik dari segi keupayaan dan program offset yang ditawarkan.

Sebagai orang awam,aku sentiasa yakin dengan keupayaan anggota keselamatan kita.Sama-samalah kita doakan segalanya berjalan lancar,dan hargailah keamanan hidup berbilang bangsa di bumi bertuah ini.

Bangkai Khinzir Mencemari Sungai Huangpu,Shanghai

Kontaminasi air tahap mughallazah.

 

Sebanyak lebih kurang 900 bangkai babi terapung-apung di Sungai Huangpu Shanghai mencemari sumber air minuman di China.Punca bagaimana babi sebanyak itu mati tidak diketahui.Barangkali berlaku banjir di kawasan hulu sungai yang menenggelamkan ladang ternakan babi.

Yang anehnya,dengan bangkai babi sebanyak itu,biro bekalan air menyatakan sumber bekalan air tidak tercemar.China ternyata memandang remeh unsur-unsur kebersihan.

*Jumlah keseluruhan bangkai menghampiri 6000 ekor,dipercayai mati akibat penyakit.Beberapa sampel ujian mendapati babi tersebut dijangkiti porcine circovirus.

 

China Dead Pigs

dead pigs 2

dead pigs 3

 

*info china.org.cn

Budak Lapan Tahun,Kahwin Bini Orang 61 tahun

Watde heckkk?

 

Sanele Masilela berumur lapan tahun berkahwin dengan wanita berusia 61 tahun,Helen Shabangu kerana “roh” moyangnya menyuruh beliau kahwin.Sedangkan Helen Shabangu merupakan isteri orang dan sudah mempunya lima anak.

Walaubagaimanapun ianya hanya ritual perkahwinan,dan tiada ikatan yang sebenar.

 

Damn,lepas ni ramai Afrika yang guna alasan dapat petunjuk dari mimpi untuk kahwin bini orang.

 

Sanele masilela1

Sanele masilela

 

*Info dailymail