Rabu, 20 Februari 2013

HTC One;Kamera 4MP Dengan Teknologi Ultrapiksel

HTC secara rasminya melancarkan flagship terbarunya yang diberi nama HTC One,sebagai tanda HTC masih lagi ‘hidup’ didalam dominasi Samsung dan Apple.HTC One didatangkan dengan pakej yang tidak kurang hebat selain beberapa inovasi baru.

 

HTC One

HTC One masih lagi mengekalkan saiz skrin 4.7 inci tetapi dengan skrin sentuh baru Super LCD3 beresolusi 1080 x 1920 piksel yang menghasilkan ketumpatan piksel setinggi 469 ppi.Corning Gorilla Glass 2 masih lagi menjadi pelindung utama skrin daripada calar.

Badan HTC One diperbuat dari aluminium dan tebal keseluruhan 9.3mm,dengan stereo speaker berkekuatan 93db yang tertanam di pinggir kiri dan kanan skrin serta bateri sebesar 2300mAh yang pastinya mencukupi untuk kegunaan harian.Butang kuasa dibahagian atas berwarna lutsinar,dan didalamnya terletak sensor inframerah yang membolehkan pengguna menjadikan HTC One sebagai alat kawalan jauh.

Chipset yang digunakan adalah Qualcomm APQ8064T Snapdragon 600 dan CPU empat teras Krait 300 1.7GHz dan unit pemprosesan grafik Adreno 320.RAM yang disediakan ialah sebanyak 2GB dengan OS JellyBean 4.1.2. dan HTC Sense 5.Memori yang dibekalkan terdapat dalam dua pilihan samada 32Gb atau 64Gb.

Apa lagi yang baru?HTC mengambil langkah berani dengan tidak mengikut trend kamera yang semakin besar kuantiti pikselnya,tetapi mempertaruhkan kamera hanya sebesar 4MP+ teknologi yang dinamakan Ultrapiksel.Kamera hadapan pula sebesar 2.1MP.

Sebanyak tiga warna akan dikeluarkan iaitu hitam,merah dan silver.

 

*Info dan gambar dari GSMArena