Rabu, 17 Oktober 2012

Kerja Susah?Susah Lagi Kerja Orang Lain

Kawah Ijen

Kawah Ijen2

Diatas adalah gambar pekerja-pekerja yang mengumpulkan ketulan sulfur dengan upah 3 pound sehari(lebih kurang RM15).Ketulan sulfur ini dikutip dari sebuah kawah volkano Ijen dalam rangkaian Gunung Merapi di Indonesia.Terbentang luas tasik membiru itu adalah tasik asid sulfurik dengan pH 0.5.Umur pekerja-pekerja ni kebanyakannya pendek disebabkan sentiasa terdedah pada persekitaran ekstrim,dengan wasap toksik yang meracuni mereka perlahan-lahan.

Kalau anda rasa kerja anda like hell,think about it again.

Bebaru ni wife aku pernah tanya bila nak tukar kerja.Sebab dia tanya adalah akibat kekerapan aku jatuh sakit.Tempat aku bekerja tak adalah seekstrim kawah Ijen ni,cuma persekitaran kerja aku sekarang menjejaskan kesihatan aku.Aku mula bekerja dalam bidang GMP(thats mean persekitaran kerja bersih dan terkawal) sejak awal 2005.Hingga menjelang tahun 2009,aku tak pernah MC.Sakit sikit-sikit tu ada tapi tak sampai MC.Di tempat kerja aku sekarang,sejak berkhidmat Mac 2009,agak kerap aku MC dalam setahun dan paling lama dua minggu MC sebab operate slip disc.

Now slip disc aku berulang kembali selepas setahun operation.Aku tak boleh salahkan sesiapa sebab ini bidang yang aku pilih sendiri,tapi aku rasa sedikit terkilan kerana orang yang ‘berkuasa’ selalu memilih jalan sukar untuk menjalankan operasi sedangkan ada kemampuan untuk menyediakan sistem yang lebih baik.Ini bukan kes duit tak ada beb,ni kes takut bazir duit rakyat kononnya.Ceh!macamlah duit poket dia yang nak keluar.

Kedua,opportunities.Aku banyak tengok dari tempat-tempat kerja lama aku,orang Cina belajar tahap SPM pun boleh pegang title dan gaji sedap.My ex boss cuma ada diploma,tapi sekarang beliau General Manager.Kenapa?

Sebab orang Cina selalu diberi tugasan yang pelbagai untuk dicuba,tidak mengira berapa tinggi pelajaran anda.Umpama budak baru grad,for sure tak tau ape benda.Kalau dah hadap kerja susah dan memeningkan kepala tiap hari,forward lagi lima bulan,kerja-kerja susah tadi still susah ke?Bangang namanya kalau tak berubah jugak.

Aku malas nak berleter banyak,kang kena Akta Rahsia Rasmi.

 

*Cuba cari kat Google,kompeni apa operator enam orang,management ada dekat lima puluh orang.Kalau dapat aku kasi lima ringgit,haha!