Isnin, 28 Jun 2010

Akhirnya....

Pasal ape aku cakap camtu?

Brape lama tah aku tunggu blog aku ni bleh di achieve dalam Google search.Lega sangat2.Padahal aku dah agak give up nak wat artikel lagi bila mgenangkan takde sape pun boleh baca slain dari aku,huhu!

Dalam beberapa bulan ni ada banyak jugak pkara menarik yang dah berlaku.Antaranya pengajian aku dah tamat kat Politeknik Shah Alam untuk Diploma Engineering.Result pun alhamdulillah,xla membanggakan sangat,tp cukup la untuk usaha aku selama 2 tahun stengah kat situ.Bos!Boleh naik pangkat ngan gaji tak??

Dah habis blajar ni maknanya aku banyak masa terluang ujung minggu untuk beriadah.Yang penting aku boleh kembali menjadi pemancing,hahaha!Untuk permulaan aku sambar set pancing murah2 je.Joran X-puyu 7",kekili Tomman ngan tali mono Tomman 12 paun.Ada rezeki kang baru la sambar set Shimano.

Minggu depan 3&4hb Julai aku ngan member2 kilang dah plan nak ke Pulau Angsa.Dah lama btol tak mancing laut.Last masa blajar kat Poli kuantan dulu.pantai kat bukit Pelindung la jadi port kitorang.Pakai umpan selar kuning je.

Untuk trip ke Pulau Angsa,En.Toficx Man dah arrange tekong ngan umpan sekali.Udang idup ngan belanak.Untuk posting yang akan datang,aku akan ceritakan tentang trip tu.Yahooo!!

 Ni la dia set pancing basic aku.Entry level.


Ikan pertama yang aku dapat ngan pancing baru.Anak baung 10gram.Catch n release practice.


Kit untuk menyerang Pulau Angsa.Separuh dari TCE Tackle n umpan tiruan Abu Garcia Tormentor Sinking semuanya diborong dari Kepong Tackle.

Isnin, 24 Mei 2010

Berakhir Perjalanan 2 Tahun Setengah(Final Chapter)

Lama betul aku tak menulis kat sini.Sebabnya tersangat sibuk dengan kuliah,nak kerja lagi.Mujur last2 semester ni kerja dah tak banyak,expansion project dah start,tapi ujian ngan kuiz plak yang banyak.

Semester last ni bagi aku memang semester yang paling mencabar dan paling penat.Subjek maut,Termodinamik 2 yang paling merisaukan aku.Biasanya sebelum ni preparation aku untuk final simple je.untuk subjek teori memang tak ada masalah.

Subjek Termodinamik 2 ni aku rasa study yang paling penat sepanjang aku buat Diploma.Lecturer lak En.Sani yang serius gile.Masuk kelas dia kena pakai kasut ngan baju berkolar.Kelas start kul 9pm-12am.Pastu dia ubah kul 8pm start kelas.Patutnya kul 11pm dah habis.Hampehhhh....sama gak habis kul 12.

Ktorang datang kul 8pm,dia sampai kul 9pm.Pastu melajak lak sampai kul 12.Besoknya nak kena bangun awal plak,kelas kul 8.15am.Barai gileee....

Satu lagi bebanan semester akhir yang tak kurang penatnya,Projek Final.Dapat group yang boleh bagi komitmen takpela jugak.Mujur la team aku kira ok la...Buat proposal asyik kena reject,sampai middle of March baru dapat tajuk Projek.Nak presentation end of April.Masa memang suntuk.

Kat part ni yang pentingnya komitmen group.Manjang tak datang je,memang tak siap la projek.Aku cadang nak buat sendiri je,material n tools ada kat bengkel Poli.Rasanya lah...

Yela,yuran mahal.Dengarnya mahal sebab termasuk sekali dengan kos untuk projek final.Tapi ape yang ada dalam stor Bengkel,ntah ape2 punya scrap and crap.Nak welding pun gas habis,nak potong sheet metal,Shearing Machine pun rosak.

Kepala pun dah semak,tpaksa la En.Firdaus aka.JAKIM,cari lobang buat kat luar.Standby duit je la.Mujur dapat siap on time,tapi tak test pun barang tu working ke tak.Besoknya nak present baru aku ngan Firdaus mengggelabah nak test.Bukan ape,risau projek tak menjadi masa persentation.

Standby kamera video,untuk shoot klip video demonsrasi.Baru je start,cat dah meleleh-leleh kat roller,mampuss...ape kejadah nak present besoknya?!!

"Rilek Firdaus,ko shoot je banyak-banyak,kang aku edit",dengan tegas aku mengarahkan Firdaus untuk shoot sampai habis memori.hehe!

Edit apa yang patut,letak scene yang cun je,hehe!Bijak tak aku?

Hari presentation cuak gile.Tengok team lain punya booth cantik je.Team aku low budget.Minimalis btol,apa yang wajib je ktorang letak.Group aku No.7 dari 12 group.Satu-satu group buat present ngan demo,sampai la group 6.Aku tengok diorang punya group xpayah demo depan judge.Ini sudah baguss!

Sampai group aku,aku presentkan slide show dengan takde skrip,main belasah je.Content slide show pun aku tak kaji,lantaklah..

Habis je present,session Q&A,takde dia mintak demo sebab aku dah pasang klip video demonstrasi.Selamatt!!Masuk group 8,aku ngan teammates cabut p lepak kdai mamak,haha!Huhh!!Lega siot!Beban yang besar dah tlepas,aku yang asalnya lapar,sampai tak selera nak makan sebab sangat lega.

Yang tinggal cuma final exam yang baru berakhir petang tadi..Rasa sedih pun ada sebab lepas ni sure dah tak dapat jumpa kawan2 kelas terutamanya Bob Afindi ngan Roy.Last-last sem ni memang aku sangat rapat ngan diorang.Lepak kat umah Roy stadi sambil download movie guna P1 Wimax jiran dia(curi line,haha!).Laju gile P1 Wimax ni,cam pakai WiFi lak.

Tapi dah takde lagi dah pasni,masing-masing ngan hal sendiri.Aku ngan Bob je lepak minum kat kdai..Harap-harap relation aku ngan kengkawan sekelas tak terputus macam tu je..

Selasa, 20 April 2010

CPU Overload!!

Bukan CPU PC/Laptop aku yang overload,otak aku ni yang overload.

Bulan terakhir kuliah ni semak betul kepala otak aku.Report banyak tak siap,projek final minggu depan dah nak present.Pun kena siapkan report jugak.

Last-last minute ni banyak plak assignment nak kena hantar.X hantar kang jumpa lagi semester depan.Taknak aku!Dah malas nak pegi kuliah hujung minggu.Nak rehatkan otak,bersama kawan-kawan dan keluarga.

Yang aku perasan setahun dua keblakangan ni rambut banyak gugur...