Tuesday, September 10, 2013

Buah Hutan Jenis Apa Ni Ya?


Hujung minggu lepas berlangsung majlis nikah adik aku dan kenduri sebelah pihak perempuan di Felda Lepar Utara 1.Majlis bernikah dilangsungkan selepas Asar pada hari Sabtu dan kendurinya hari Ahad.Tapi aku bukan nak cerita pasal kenduri kendara ni,sama je mana-mana kenduri kahwin pun.
Selesai majlis nikah,mak aku ajak ke rumah saudara yang tak jauh dari rumah mentua adik aku untuk menghantar jemputan ke kenduri sebelah lelaki.Sebelum masuk ke rumah dia,aku ternampak sebiji buah yang aku tak pernah jumpa sebelum ni.



Buah ni dari pokok hutan yang tak dikenal pasti apa spesiesnya.Saudara aku cakap,dia nampak buah ni tergantung kat pokok durian dia.Dia pun curious juga,so dia kait buah ni.Pokok asal buah ni adalah jenis menjalar(vine).Walaupun buahnya tak betul-betul bulat,tapi berat.Lebih kurang 4-5kg juga dan lebar sekitar 1 kaki.
Rupanya macam pod kekacang gergasi.Buah ni kalau kering confirm keras macam batu.


Ni tangan aku untuk menampakkan saiz buah ni.Ada yang kata dari spesies Uncaria spp.Tapi bila di Google tak sama rupa buahnya.Macam tu juga dengan satu sumber lain dimana aku berpeluang melihat sampel buah kering yang menyerupai buah ni tapi dengan saiz yang jauh lebih kecil iaitu Enterolobium cyclocarpum atau nama lain buah dari pokok Rain Tree.
Masalahnya kat sini rain tree tu pokok berkayu,sedangkan asal buah ni dari pokok menjalar.Dah macamana pulak ni?
Cuma ada satu sumber yang menunjukkan buah yang sama,tapi tak ada informasi pasal buah ni.Tengok kat sini,http://dqfarm.blogspirit.com/archive/2011/04/11/oddity-in-the-forest.html.Ada sesiapa yang boleh share maklumat,harap tinggalkan komen ya?

*Patutnya aku letak tajuk,"Gempar!Buah Aneh Ditemui Di Hutan Pahang!",barulah macam Harian Metrololol.

Post a Comment