Friday, March 22, 2013

Tahniah Adikku Nurul Farhanim

Pertama sekali,setinggi tahniah untuk adik perempuan aku Nurul Farhanim bt.Arsad yang bersekolah di Sekolah Menengan Kebangsaan Agama TAHAP(Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang) kerana berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM 2012,iaitu 11A.

Walaupun bukanlah semuanya A+,ianya tetap membanggakan kami sekeluarga.Seingat aku,adik aku ni bukanlah ulat buku sangat.Tak tahulah macamana dia belajar disekolah,yang pasti bila balik bercuti dikampung aktivitinya sama juga macam orang lain,bersantai.Tak kisahlah,yang penting keputusan dahpun keluar,dan perjalanan hidup sebagai pelajar masih panjang.

Alangkah bagusnya kalau semalam dapat bersama-sama meraikan kejayaan beliau.Tetapi apakan daya,tanggungjawab kerja harus diutamakan.

Bila aku dirumah melayan karenah anak sulung aku Dhia Fatheeya,aku teringat zaman adik aku ni membesar depan mata aku.Disebabkan jarak umur dengan yang paling bongsu agak jauh(6 tahun),dia agak manja tapi sangat kurang karenah.Hampir setiap petang aku akan bawa dia membonceng motorsikal mengambil angin petang,ataupun melihat burung-burung belaan dalam sangkar di Pejabat Felda Lepar Utara 7.

Satu lagi fakta menarik,beliau ‘diajar’ menggunakan tangan kiri untuk menulis.Sebabnya,aku nak tengok sorang lagi ahli keluarga aku bertangan kidal selain dari aku.Hasilnya memang sampai sekarang beliau kidal.Entah sebab diajar ataupun beliau memang ditakdirkan bertangan kidal,wallahua’lam.Rasanya pernah aku tulis pasal ni masa beliau cemerlang dalam PMR dulu.

Begitu cepat masa berlalu,sejak tingkatan 1 tinggal diasrama hinggalah tamat tingkatan 5.Kalau dia terbaca tulisan entri blog kepam abangnya ini,ketahuilah bahawa kami tumpang gembira dan berbangga dengan kejayaannya.Agaknya dia pun tak tau abangnya ada blog.

Untuk adik-adik yang lain,berusahalah untuk berjaya di bidang masing-masing.Kejayaan dalam hidup bukanlah semata-mata ditentukan dengan peperiksaan.Masih banyak ruang untuk diteroka,masih banyak peluang untuk dicuba,dan yang penting sekali menjadi kaya bukanlah matlamat sebenar dalam kehidupan.Hidup sederhana tak apa,asalkan hati bahagia.

Post a Comment