Wednesday, September 1, 2010

Ganyang Malaysia?:Ceteknya Akal Diorang...

Semalam aku menjejakkan kaki ke beberapa blog dari seberang(Indon) menggunakan Google Indonesial Indonesia.Saje aku nak tengok berapa panas isu Ganyang Malingsia Malaysia kat sana dan macamana isu tu diapi-apikan oleh media cetak dan media elektronik diorang.Actually,boleh aku katakan more than 50% rakyat Indonesia (yang ada otak),tak setuju dengan agenda bangang segelintir rakyat Indon yang tak ada kerja dan main najis sendiri ni.Paper n blog kat sana kuat gile provoke bagi isu ni panas.Cuba tengok kat sini,kuar paper pasal ganyang Malaysia pun tahap suam-suam kuku je.

Antara isu yang jadi modal diorang ialah kes pulau Ambalat,pekerja Indonesia,penyeludupan balak,Manohara(isu paling bodoh),batik,sate,tarian ape tah yang cam bodoh tu,lagu.........apehal lupa lak lagu ape nih!..sampai la ke tempe pun kalau boleh nak jadi isu.Senang cakap diorang mencari pasal dengan isu-isu kecik.Dalam promosi perlancongan kita kan disebut "Malaysia;Truly Asia",yang tu pun diorang jeles siot!Diorang cakap Malaysia ni cuma gunakan kemajmukan rakyat berbilang bangsa dan budaya untuk menarik pelancong.So what ur problem??Negara China ngan India tak kecoh,diorang plak yang menggelabah.

Tentang penyeludupan balak,salah kita ke kalau rakyat dia sendiri yang seludup balak?Komando dia tido ke?Mana pegi pengawal sempadan negara diorang?Haaa!!Yang tu diorang sendiri kena jawab.Umpama meludah kelangit,kena muka sendiri.(Statement ni rakyat dia sendiri yang jawab mcm ni,aku olah maksudnya).Ada jugak yang menentang tindakan segelintir rakyat diorang ni.

Tentang budaya la terutamanya.Bangsa Melayu banyak kaum,Jawa,Bugis,Banjar,dan tah brape lagi yang aku tak larat nak listkan.Tak termasuk kaum Cina ngan India lagi.Semuanya origin dari Indonesia.So,sebagai contoh,what's the problem if masyarakat Jawa nak amalkan budaya Jawa kat sini??Takde orang nak marah pun.Kita lagi suka tengok macam-macam culture ada kat sini.The fact is,diorang cemburu dengan orang melayu Malaysia yang mostly berasal dari sana hidup aman sejahtera,kaya-raya,di negara yang membangun ni.Dulu-dulu diorang tak pandai belayar nak datang Malaysia,heee!!Yang bijak pandai la yang sampai sini dan jadi warganegara Malaysia dan membangunkan Malaysia.Dat's why ati diorang panas gile.

Contoh paling dekat,aku sendiri.Nenek sebelah bapak aku lahir di Kalimantan tahun 1922.Aku percaya tarikh sebenar lagi lama dari tu.Around 1940's,berlaku gelombang penghijrahan besar-besaran masyarakat Banjar dari Kalimantan ke Tanah Melayu.Maka menetap la nenek aku kat Sekinchan,Selangor sebagai petani.Aku percaya,kebanyakan or hampir semua rakyat Malaysia berasal dari sana.

Kita tengok sejarah Melaka sendiri,asal dari Kerajaan Majapahit(betulkan kalau tersilap).Dan,secara logiknya ada budaya turun temurun yang diwarisi dari keturunan masing-masing.Budaya adalah milik bangsa,bukan negara.Suka hati aku la nak cakap makanan Banjar tu makanan Malaysia.Diorang susah ape?Aku keturunan Banjar,lahir kat sini,semestinya Rakyat Malaysia.Mujur djaman dulu nenek aku pakai speedboat Yamaha 200hp,kejap je menyeberang ke Malaysia,haha!

Lawak pun ada bila baca blog diorang yang membabi-buta kuarkan fakta karut.Nampak sangat diorang ni mudah kena provoke,ntah mana info dia dapat.Korang jalan-jalan la ke blog diorang.Aku rasa la provokasi tu orang kafir Indon yang buat.Kita semua tau Indonesia negara yang mempunyai umat Islam terbesar.Bila terjadi sengketa or perang sesama Islam di Malaysia,ketawa besar la perancang agenda ni.Korang tak pelik ke,apesal Indonesia je yang menggelabah cari gaduh ngan Malaysia.Sedangkan Thailand,Singapore(ada la sikit),Brunei ngan Filipina tak de lak mcm tu.

Ni teori konspirasi aku je,hehe!Korang baca sendiri,buka Google Indonesia baru senang nak jumpa blog diorang.Ok,malas nak ulas panjang-panjang.Indonesians,daripada korang merusuh,baik korang kerja,buat bangunan banyak-banyak.Tumbuk perot kawan korang yang sebut nak datang cari kerja kat Malaysia.Malaysia itu kan negara maling.Pegi tolong rakyat korang yang bebaru ni kena bencana gunung berapi.Pakukan dinding yang tercabut ke,tampal atap bocor ke,ada gak pekdah.Kata penutup,daripada merusuh macam orang gila,busuk taik plak tu,baik balik umah mandi pakai wangi-wangi,pegi masjid.Dapat gak pahala.

Post a Comment