Isnin, 20 Januari 2014

Bebelan Isnin


Pagi tadi aku sempat dengar ceramah Ledakan Media Sosial yang disampaikan oleh Prof Dato' Mohd Hamdan Adnan.Itupun masuk lewat sikit sebab aku tak perasan ada jemputan dalam emel.Rasa macam kenal je Prof ni,agak familiar rupa beliau.Oh yesss,beliau adalah bekas presiden FOMCA.
Agak best ceramah tu dengan gaya penyampaian beliau yang santai,rilek je tak pakai mikrofon.Mudah dia nak bergerak kesana-kemari.Topik ceramah ni agak menarik sebenarnya bila kita perhatikan trend media sosial sekarang terutamanya tentang impak atau penetrasi kedalam golongan masyarakat.Contoh paling mudah,rasa serabut tak bila sehari hidup tak ada internet?Tu tanda-tanda kita mengalami kecanduan media sosial.
Walaupun negara kita ni mempunyai kelajuan internet yang memalukan pada skala negara maju(?),kadar penyampaiannya agak baik.Semua benda cepat menjadi viral walaupun kebanyakannya benda-benda bodoh.Contohnya Bobo.
Benda-benda ni (walaupun bodoh),impaknya kuat.Kalau rasa nak dapat feedback maki hamun silakan produce video persis Bobo.Oklah,macam banyak pulak bahan si Bobo,kesian dia.Intipati ceramah tu sebenarnya bagaimana kita sebagai pengguna memanfaatkan atau menjana media sosial ni untuk perkara-perkara yang berilmiah.
Aku ada Facebook & blog.Setakat ni dua ni jelah yang tinggal aktif.Twitter aku tak pandai pakai,lagipun macam pelik je mengadu domba kat laman sosial.Setakat ni Facebooklah yang paling aktif,paling kurang dalam sejam aku akan spend lebih kurang 10 minit.Tapi aku bukan jenis nak cerita semua benda dalam FB.Aku cuma enjoy baca info-info dari Geng Niaga Pancing 88,Kelab Joran Facebook,G.E.M.U.K(Gagasan Excited Manchester United Kalah) dan juga Cik Srikandi.Cuma kadang-kadang aku rasa sikit annoying bila rakan-rakan FB aku 'LIKE' page yang jenis kemaruk 'LIKE'.Nak marah kengkawan tak boleh juga,akaun FB diorang kan.Owner page la gila glamor kot.Dapat duit agaknya.
Tak kisah la aktif FB atau blog,sampaikanlah apa yang patut-patut saja.Reaksi pengguna media sosial ni lain macam sikit,agak perit juga juga kalau kena bahan.Tak sama macam berita akhbar mainstream.Wartawan tulis la berita tahyul sekalipun,bukan rasa apa-apa kalau pembaca maki.Bak kata Prof pagi tadi,menulis di media sosial ni kulit kena tebal.Reaksi pembaca lebih personal.Bahasa lainnya hati kena kering.Walaupun benda yang kita sampaikan tu benda yang baik,tak semua orang setuju dengan pandangan kita.Masa tu maybe moral nak menulis pun dah drop.Kesudahannya melingkup jugalah blog kita tu.
Ada ilmu yang baik,kongsikanlah walaupun sikit.Benda baik memang orang susah nak terima,tapi kita bukan nak balasan dari orang ramai,kita cuma jalankan tangungjawab sebagai manusia beragama.Itu saja.Tak payah fikirkan sangat pasal ranking,follower,pageview & bla..bla..bla..sampai bila pun tak jadi apa.
Ok lah,aku ada cerita lain nak tulis,kena buat tajuk lain baru kena dengan isi kandungan.Ni pun aku rasa agak hancur juga susunatur cerita aku ni.

#MR

-Dengarnya gua-gua dan kolong dipenuhi penyokong Setan Merah sejak awal pagi tadi.Pasal apa ya?


Khamis, 9 Januari 2014

Malam ni aku berinternet dengan laptop.Sebelum ni aku "menumpang' network henpon yang dikongsi dengan Apple MacAir.Sempat merasa sekejap je Apple tu,wife aku kena pulangkan balik lepas resign untuk menjadi penjawat awam.Kompeni dia memang best,malangnya ada cubaan untuk menjual produk Israel kat sini.
Aku belum cerita lagi network apa aku pakai sekarang.Tadi aku beli kupon akses internet 24 jam untuk Damansara Wifi.Saja nak cuba,not bad la.Dulu aku ingatkan network ni free macam skim kampung tanpa wayar.Rupanya kena bayar,hantu betul.Nasib baik speed & signal strength mantap.
Tengah ni mula la nak sentimental skit.Teringat mak aku yang keseorangan dikampung.Adik beradik aku ramai,tapi lebih separuh dah bekerja dibandar,selebihnya belajar dan tinggal di asrama.Duduk sorang-sorang dibandar pun dah membebankan apatah lagi tinggal dikampung.Serba-serbi jauh dan mahal.

Rabu, 8 Januari 2014

Kawalan Pemanduan VS Reliabiliti

Rasanya agak lama aku tak menulis pasal kereta.Tak banyak benda menarik pasal kereta sejak tekanan ekonomi kebelakangan ni.Nak ulas pun tak ada mood sebenarnya.Dalam keadaan ekonomi sekarang,kebanyakan pembeli masih lagi berpegang pada elemen ekonomikal dalam pemilihan kenderaan harian.Ekonomikal disini bukan sekadar harga belian yang berpatutan,ianya lebih kepada jangka panjang seperti penggunaan bahanapi,ketahanan material dan service cycle.
Seperti biasa nama-nama seperti Vios dan Myvi masih lagi memperoleh angka jualan yang baik saban tahun.Kenapa agaknya?Ambil contoh Vios.Walaupun memperoleh jualan dan rekod penggunaan yang baik,kereta ni mendapat maklumbalas negatif sejak dulu lagi terutamanya di laman web PaulTan.
Hasil pemerhatian aku,dua perkara utama yang menjadi bahan hentaman ialah enjin 1NZ-FE 1.5 teknologi lama dan juga harga yang mahal berbanding spesifikasi yang ditawarkan.Tetapi orang tetap membeli juga.Rasanya semua orang tahu jawapannya.Reliabiliti dan kecekapan bahanapi yang telah dibuktikan bergenerasi lamanya.Ada bantahan?
Berlainan pula dengan Suprima S.Kereta ni serba-serbi lengkap,beleklah brosur kereta ni,jenama lain takkan berani offer spesifikasi selengkap ini dengan harga yang munasabah.Respon pengkritik dalam PaulTan juga sangat menggalakkan.Siapa kutuk memang kena thumbs down.Kenapa aku rujuk laman PaulTan saja?Sebab aku percaya ramai peminat Proton berkumpul disitu.


Tetapi...selepas beberapa bulan dipasaran adakah sambutannya sehangat komentar mereka?Perhatikan sekeliling kalian semasa memandu.Berapa banyak Suprima S menelusuri jalanraya?Aku bagi contoh di tempat kerja aku yang mempunyai 700++ pekerja.Setakat ni aku cuma nampak sebiji saja Suprima S warna biru.Inilah realitinya.Secara teorinya Suprima S enak dipandu,tetapi satu faktor penentu utama telah menjadi kelemahan Suprima S iaitu penggunaan bahanapi.
Kereta ini tidak tergolong dalam kategori penjimat bahanapi.Berat keringnya melebihi sedan Preve.Sekarang tugas peminat-peminat jentera Proton membuktikan kesetiaan mereka.Sudahkah anda semua membeli Suprima S?
Cukuplah setakat itu saja ulasan berkenaan persaingan pasaran.Realiti yang pedih tak semua orang sanggup dengar.Perkara ni perlu penelitian sehingga peringkat akar umbi perusahaan automotif nasional.Cuma tinggal satu saja kekuatan Proton iaitu sistem pemanduan.
Hampir sebulan lepas aku ke Alor Star atas urusan walimatulurus adik ipar aku.Kali ni aku kesana menaiki Proton Persona adik ipar lelaki aku.Miyabi buruk kesayangan aku terpaksa direhatkan selepas bekerja keras sepanjang bulan Disember.Bertolak dari Gombak lebih kurang jam 9.30 pm,kami sampai di Langgar,Alor Star hampir jam 3.30 am.Separuh perjalanan pertama dipandu adik ipar aku dan aku sambung pemanduan hingga ke destinasi.
Kelajuan purata antara 120-130kmj.Untuk perjalanan sejauh itu,kami terpaksa laju sedikit untuk mengurangkan rasa bosan akibat memandu terlalu lama.Itu pun cuba baca balik jam berapa baru sampai.Cuma sedikit pelik kenapa perjalanan memakan masa selama itu sedangkan sebelum ni aku pernah ke Langgar juga memandu Myvi aku dengan tempoh masa perjalanan dari jam 9.30pm dan sampai di Langgar jam 2.15am.Kelajuan lebih kurang sama dan waktu rehat juga hampir sama.
Dari pengamatan aku,memandu kelajuan sebegitu dengan Persona standard dan tayar baru agak menyeronokkan.Kenderaan cukup stabil dijalan lurus.Satu lagi benda yang aku rasa agak menarik ialah sistem pertukaran gear manualnya.Feel umpama short shift.Lain-lain semua ok,kecuali sistem tuil signal disebelah kiri stereng amat annoying.Part handling aku bagi markah lebih untuk power steering Persona dibandingkan dengan EPS Vios 2013.
EPS juga stabil dijalan lurus tapi melayan selekoh agak gayat sikit sebab feel respon steering agak artificial intelligence.Dalam kes melayan selekoh ni,aku lebih suka feeling Myvi aku yang dibantu oleh tayar berprofil 205/40/17.Terasa kawalan lebih tepat walaupun di jalan lurus agak fail.Aku tak buat lawak ni.Barangkali ada yang menuduh aku sembang deras,jadah apa Myvi torsion bar syok layan selekoh.Aku tak kata syok,aku cuma cakap,lebih meyakinkan dengan setup dan teknik yang bersesuaian.
Sama macam Persona yang aku pandu semasa ke Kedah tu,tayar tebal standard memang win faktor keselesaan,tapi sedikit gayat juga di selekoh.Tak apa,benda boleh improve.Untuk Vios yang aku pandu tu pulak,barangkali konfigurasi rim concave tak kena untuk pemanduan sedikit agresif.Keadaan bibir tayar yang terkangkang untuk memenuhi lebar rim 9 inci menjejaskan kestabilan semasa berlakunya lateral force di selekoh.
Apapun tak semua orang bercitarasa macam aku.Apatah lagi golongan yang mampu membeli kereta mahal.Yang mana duit berkepuk,beli sajalah pakej lengkap,tak payah pening nak improve sana-sini.Apa yang aku nak tekankan kat sini ialah pertimbangkan juga faktor kestabilan dalam memilih kenderaan dimasa akan datang.Tidak dapat tidak mesti kereta tu akan digunakan untuk perjalanan yang jauh.Pengalaman aku memandu Proton tak banyak,tapi dulu aku suka handling Satria 1.3 Injection abang ipar aku.Handling 'A' tapi enjin lemau pulak dah.
Oh  ya,dalam perjalanan yang panjang hari tu,agak lama juga kami membontoti Mitsubishi Lancer GT.Nampak cukup gagah dijalanraya.Dah renung lama-lama macam tu rasa nak pakai kereta sedan pulak.Kereta keluarga akan datang Proton Inspira barangkali?Hehe!