Khamis, 11 April 2013

Selamat Hari Jadi Dhia Fatheeya

SELAMAT ULANGTAHUN HARI LAHIR DHIA YANG PERTAMA!

IMAG0850

Hari ni,11 April 2013 adalah ulangtahun pertama hari lahir Dhia Fatheeya,anak perempuan sulung babah.Sepanjang setahun bersama-sama membesarkan Dhia bersama isteri tersayang,terasa cepat masa berlalu.

Alhamdulillah Dhia sangat jarang demam,berselera makan,kurang masalah kembung perut dan aktif umpama budak lelaki.Sekarang babah selalu minta ibu balik kerja cepat sebab babah nak tengok Dhia main dan berjalan-jalan dalam rumah kecik kita.Kat sini babah nak listkan perangai anak babah sepanjang satu tahun ni:

1.Dulu sombong dengan babah,sekarang asyik mengekor babah

2.Suka bermain dengan remote control TV/Astro,handphone,kabel USB,dan sekarang ni suka menyelak majalah Perajurit babah

3.Tak suka mandi air terlalu sejuk

4.Tak suka makanan yang panas

5.Takut dengan kereta kebal remote control M1 Abram babah

6.Suka tutup TV

7.Suka seluk plastik beras dan tabur beras

Ada beberapa lagi tapi babah tak sempat nak tulis banyak-banyak sebab sibuk hari ni.Babah cadang nak beli kereta bateri untuk Dhia naik dalam rumah,tapi bajet babah dah habis ibu Dhia pau masa kita pergi Pulau Pangkor minggu lepas,hehe!

Malam ni kita makan kek ya?Babah belanja.Satu lagi,kalau Dhia pandai main internet nanti,taip je nama Dhia Fatheeya kat Google Images,confirm keluar muka Dhia.

Happy Birthday Dhia!!!

 

DSC01082

Dhia,ibu dan babah sayang Dhia sangat,tahu?

Rabu, 10 April 2013

Samseng SMKTHO Dalam Hati Ada Taman

 

Samseng betul bebudak sekarang ya?

 

Sehari dua ni,tersebar video pembuli level amatur kat Facebook yang sebelumnya diupload ke YouTube.Dari laman BlogSerius,aku buka link yang disediakan iaitu link khas berkenaan profil suspek pembuli SMK Tun Hussein Onn.Kandungannya adalah beberapa suspek yang dikenalpasti dari video tu.

Bukti samseng-samseng ni tidak mempunyai anggota badan bernama otak ialah kebodohan mereka merakam kejadian tersebut dan double bodoh lagi bila diupload pula ke YouTube.Maybe tujuan utama diorang adalah untuk memalukan mangsa,tapi karma untuk pembuli double bodoh tadi ialah mereka menjadi buruan polis.

Malang sekali muka dapat dicam hasil bantuan orang ramai dan video ini sebagai bukti.Agak-agak boleh kata video ni fake tak?Hahaha!Mau famous ya?Now bolehlah kamu semua mereput sebagai manusia yang useless.

7658f4ed-3122-4a67-8c73-4bfa9ca09b79

Ni salah seorang dari geng pembuli amatur yang jelas kelihatan.Mangkuk ni juga memiliki sebuah blog berkaitan percintaan beliau.Ni nama dia samseng taman bunga.Ko tak pernah tengok cerita Crows Zero ke?Samseng sekolah macam Takiya Genji mana ada jiwang macam ko,tahu?

Ha satu lagi,mangkuk ni juga semakin glemer bila entri bodohnya mendapat 227 komen.Bukan pasal puji awek dia,semuanya maki hamun belaka.(Tapi ada jugak yang sempat promote link “Kaedah Pancutkan Suami”,adoiii…)Ada satu dua komen yang terlebih cool,perkara ni bukan mistake dalam kehidupan.Ini adalah mencari masalah.Berani buli,berani tanggung.

Secara amnya,aku tak suka sebarang unsur keganasan walaupun aku suka dunia militari dan berulangkali menonton Crows Zero/Once Upon A Time In High School.Apatah lagi diperingkat sekolah dengan jumlah pembuli jauh lebih ramai dari mangsa.Zaman sekolah aku dulu ada juga gaduh-gaduh,tapi one on one la.Mentang-mentang la ketua kelas kecik,tak melawan pulak tu,seronok korang buat macam punching bag ya?

Batch-batch bawah aku dulu ada kes kematian berkaitan kes buli ni.Tapi yang mati bukan mangsa,tapi si pembuli.Khabarnya mangsa sempat membalas dengan satu tumbukan didada pembuli,lethal blow kata orang putih.Terus arwah.Malang sekali kalau macam tu,hilang nyawa masa tengah buli orang.

So,sesiapa yang kenal diharap dapat membantu pihak polis mencekup mangkuk-mangkuk ni.Disebabkan aku ni seorang yang cool,aku malas nak tinggalkan komen ajak budak ni gadoh.Lagipun budak ni and the gang tak gentleman dalam beradu tenaga.Not worth it.Polis akan cari korang macam buru saki baki pengganas Kiram.

Sekian.

Penangguhan Perjanjian Program MMRCA India

Aku ada terbaca di laman Facebook berkenaan 'gangguan' dalam perolehan pesawat MMRCA Indian Air Force melibatkan calon pilihan mereka iaitu Dassault Rafale.Pembelian yang sepatutnya dimuktamadkan pertengahan April ini ditangguhkan kerana terdapat beberapa isu perjanjian yang tidak dapat dipersetujui kedua-dua pihak.
Pelan asal pembelian 126 unit pesawat tempur baru oleh kerajaan India ialah untuk menggantikan ratusan pesawat MiG-21 yang bakal dipencenkan,dimana spesifikasinya berada diantara Su-30MKI yang canggih dan pesawat tempur ringan HAL Tejas.Di peringkat awal,India menyenaraikan calon-calon dari firma Dassault(Mirage 2000-5,Rafale),BAE/SAAB(JAS-39 Gripen),EADS/BAE (Eurofighter Typhoon),Lockheed (F-16 Block 70),Boeing (F/A-18 E/F Super Hornet)dan Rosoboronexport (MiG-35 TVC).Di peringkat akhir,hanya dua yang disenaraipendek sebagai calon utama iaitu Rafale (L1) dan diikuti Typhoon (L2);dimenangi oleh firma Dassault.
Kerajaan India meletakkan bajet antara $80-$110 juta untuk kos seunit dimana 18 unit akan dibeli siap untuk diterbangkan,manakala baki 108 akan dibina oleh HAL(Hindustani Aeronautic Limited) dibawah program transfer of technology(ToT) dalam masa enam tahun.Kos keseluruhan semasa itu dianggarkan $10.24 bilion(kos terkini hampir $20 bilion) dengan perjanjian pembelian termasuk ToT,lesen produksi,dan sokongan penyelenggaraan.

 

rafale_show9

Bagaimanapun isu yang timbul ialah firma Dassault meminta kontrak perjanjian dibuat berasingan antara pembelian 18 unit dan juga 108 unit yang bakal dibina oleh HAL.Antara isu lain ialah pihak Dassault meragui keupayaan dan kapasiti HAL untuk memasang pesawat tersebut.Perjanjian seperti ini begitu kompleks,dimana berlaku percanggahan berkenaan soal jaminan kualiti pesawat samada dibawah tanggungan HAL atau Dassault.
Desakan kementerian pertahanan India untuk meningkatkan hasil peralatan kententeraan buatan tempatan juga menimbulkan keraguan samada syarikat tempatan mempunyai teknologi maju dan pekerja terlatih untuk membina peralatan pertahanan yang sofistikated.Walaupun Dassault bersetuju untuk membekalkan peralatan dan kit pemasangan kepada pihak HAL,pihak Dassault tidak akan memainkan sebarang peranan didalam proses pemasangan.
Sekiranya keadaan berlanjutan,adakah India akan beralih kepada pilihan kedua (L2) iaitu Eurofighter Typhoon?
Rafale dan Typhoon adalah dua produk yang terhasil dari pecahan persepakatan negara-negara Eropah.Ianya boleh dikatakan seperti kolaborasi Jerman-Amerika yang mana akhirnya masing-masing membina kereta kebal utama Leopard dan M1 Abrams secara bersendirian.Perancis menarik diri dan membangunkan Rafale,manakala Typhoon dibina oleh Eurofighter GmbH,iaitu konsortium tiga buah syarikat,EADS,BAE dan Alenia Aeronautica.
Bezanya ialah setakat ini Eurofighter berjaya menjual Typhoon kepada Arab Saudi sebanyak 72 unit dan terdapat beberapa lagi negara berpotensi,manakala Dassault masih lagi mencari pelanggan luar yang pertama.Program MMRCA India ini adalah antara kontrak perniagaan yang besar,dan pastinya memberi impak berkaitan reputasi pembuat pesawat tempur yang terpilih sebagai pemenang.

Berita terbaru,Perancis ‘terpaksa’ mempersetujui tawaran kontrak bernilai hampir $20 bilion itu jika mahu menjual Rafale kepada India,dengan syarat Dassault akan menanggung jaminan untuk 108 unit pesawat Rafale hasil pemasangan HAL.
Bagaimana pula dengan Malaysia?Ramai menggemari Typhoon,tetapi harganya sangat mahal berbanding Rafale.Apapun,biarlah mereka-mereka yang berada di barisan hadapan membuat keputusan akhir untuk memilih pesawat tempur terbaik untuk bergandingan dengan Su-30MKM dalam mempertahankan ruang udara Malaysia.Disamping membeli pesawat,faedah untuk syarikat tempatan turut menjadi kriteria utama.

 

*Berkemungkinan besar IAF akan menambah kuantiti Sukhoi Su-30 sehingga berjumlah 200 unit dalam masa tiga atau empat tahun akan datang sekiranya perjanjian kontrak pembelian Rafale menemui jalan buntu.-dailypioneer

 

Sumber:

-defenceindustrydaily.com

-in.reuters.com

-timesofindia