Selasa, 9 Oktober 2012

Felix Baumgartner Dan RedBull Stratos Project

Lagi tujuh jam setengah(ketika artikel ini ditulis),satu rekod baru pencapaian manusia akan cuba dicipta di New Mexico,Roswell melalui penerjunan skydiving dari aras 120,000 kaki.Projek yang bernama RedBull Stratos Project ini akan menggunakan belon helium yang membawa kapsul khas setinggi 23 batu(36.8) kilometer dari aras bumi.Rekod skydiving tertinggi adalah 102,000 kaki yang dicipta pada tahun 50-an oleh seorang lelaki bernama Joseph Kittinger.
Seorang penerjun skydiving berpengalaman bernama Felix Baumgartner,berumur 43 tahun akan terjun keluar dari kapsul dengan sut khas dan memasuki atmosfera bumi dengan jangkaan kelajuan 690mph dalam masa 30 saat.Baumgartner akan menjadi manusia pertama yang memecut melebihi kelajuan bunyi.
Terjunan itu dijangka memakan masa 10 minit untuk sampai ke bumi sebaik saja Baumgartner meninggalkan kapsul.Manakala kapsul akan terpisah dari belon helium sebaik sahaja penumpangnya terjun.
Mampukah manusia survive terjunan pada ketinggian seperti itu?Tidak,tanpa bantuan sut yang berteknologi tinggi.
Baumgartner suit

Sut khas berteknologi angkasa ini hampir menyamai sut angkasawan dengan life support sistem untuk memastikan Felix Baumgartner hidup dan tidak terhempas seperti nangka busuk.Sut tekanannya mampu menahan suhu +100 Fahrenheit hingga –90 Fahrenheit.Sekiranya beliau beku dan diselaputi ais,beliau akan dicatat dalam Guiness Book of Record sebagai Terjunan Mayat Tertinggi DiDunia.Sebanyak dua sut dibina oleh David Clark Company yang berpengalaman dalam pembinaan sut sebegini sejak 1941.
Untuk banyak lagi informasi,layari laman web RedBullStratos.com.

*Terjunan beliau ditunda ke hari Ahad kerana cuaca tidak mengizinkan iaitu angin bertiup agak kuat kira-kira 17 mph.-Telegraph UK

*Informasi jalopnik & redbullstratos.com

Delta Six Controller Yang Bersaiz Senjata Sebenar

I want this!

 

Bermain game Call of Duty di laptop gunakan tetikus dan keyboard memang tak best.Kebanyakan medan tempurnya di kawasan urban dimana kepantasan menggunakan senjata menjadi faktor kejayaan misi.

Tapi controller game FPS(first person shooter) ni memang awesome.Dicipta oleh David Kotkin,controller Delta Six berupa senjata bersaiz penuh,accelerometer bina dalam,dengan simulasi recoil untuk memberikan feel sentakan ketika menembak dan juga reloading function menggunakan magazine peluru.

Tak cukup best lagi?Controller Delta Six juga boleh dikonfigurasikan dengan pelbagai aksesori seperti skop,barrel sniper,grenade launcher dan juga collapsible buttstock untuk misi CQB.Nice!

Ianya akan dilancarkan tahun depan dan dianggarkan berharga USD89.Aku tak pasti controller ni untuk platform PS3,XBox atau PC.

 

Controller

Controller2

 

*Sumber Dailymail