Jumaat, 27 Julai 2012

Janganlah Tamak Dalam Berniaga

Bulan puasa ni salah satu aktiviti wajib adalah mengunjungi bazar Ramadan.Kekadang tak ada apa nak beli pun,saja nak cuci mata,ahahaha!Jangan salah faham ya,kita cuci mata tengok variasi makanan,bukan kepelbagaian rupa paras gadis-gadis Malaysia ni.Hajat dihati tahun ni aku nak tunaikan terawih dengan lengkap,tapi apakan daya.Bulan puasa nilah berlaku perancangan panik iaitu menggelabah tak cukup stok punya pasal.Sedangkan sebelum puasa hari tu management cakap bulan puasa ni santai sikit.Mimpilah!Sampai hujung puasa la kena kerja lebih masa,tapi bukanlah hari-hari.

Bila terpaksa kerja lebih masa,aku berbuka dengan makanan di bazar Ramadan.Lokasi kerja aku berdekatan dengan Stadium Shah Alam yang bazarnya boleh tahan besar.Puasa tahun ni adalah yang keempat di kompeni aku sekarang dan tahun keempat jugalah aku mencari hidangan tradisi iaitu pecal.Barang siapa yang tak pernah kenal pecal,sila google macamana rupanya.Kalau tak salah,pecal ni makanan masyarakat Jawa,diperbuat dari tauge,pucuk ubi,kacang panjang,kangkung yang dicelur,potongan halus timun dan nasi himpit.Kuahnya adalah kuah kacang atau gulai lemak.

Setiap tahun jugalah gerai bazar Ramadan yang aku kunjungi untuk mendapatkan pecal ialah gerai Pecal Tanjung Karang.Tiap-tiap tahun ada,dan satu-satunya gerai pecal dari beratus-ratus tapak gerai yang ada di tapak bazar Stadium Shah Alam.Apa yang buat aku suka pecalnya adalah rasanya maintain authentic dan dibungkus dalam daun pisang.Kot-kot la makcik tu cuba modenkan rupa pecal letak dalam polistrin,tapi tak.Masih lagi kekal dengan daun pisang.Bazar ramadan ni maklum sajalah,macam-macam makanan ada,itik panggang,roti john yang orang beratur punya panjang(ape yang sedap sangat tah),air kelapa laut dan paling common tepung pelita.Dalam kepala aku cuma ada pecal dan air tebu,cukup.

Dalam banyak-banyak makanan yang dijual,ada dua jenis makanan yang aku monitor setiap kali bulan puasa iaitu ayam percik dan murtabak.Dua makanan ni memang aku kecewa tiap kali aku beli.Pertamanya dari segi rasa.Ayam percik sekarang ni bukan ayam percik yang sebenar.Ayam percik sekarang adalah ayam bakar yang dikuahkan dengan cecair yang rasanya tak menyelerakan langsung.Rupa ajelah nampak sedap.Ayam percik sebenar ada bau yang tersendiri,dari jauh boleh kenal.Ramuan perapannya diletakkan hirisan daun lengkuas.Baru la betul ayam percik.

Keduanya murtabak.Perasan tak berapa harga murtabak sekarang ni?Paling murah mungkin RM2.50 tapi biasa aku nampak RM3.Dengan saiz lebar sikit je dari Galaxy Note dan setebal IPhone,itu je yang kita dapat dengan RM3.Alasannya harga barang naik.Puiii!Inti murtabak tu aku rasa telur,bawang(paling banyak),ayam/daging(cebisan ayam/daging sebesar tahi mata)dan lain-lain,rasa-rasanya modal RM50 berapa puluh keping murtabak korang boleh buat?

Itu yang aku nak sampaikan sebenarnya.Berniaga jangan tamak nak untung berlebihan.Patut padan sudahlah.Bagi aku sendiri sebenarnya harga bukanlah faktor yang mempengaruhi keputusan untuk aku membeli.Harga murah sekalipun kalau rasa serupa selipar takde maknanya jugak.Apatah lagi yang mahal.Yang penting rasa dan harga perlu seiring.Rasa mesti mencapai tahap superb,barulah layak diterjemahkan dengan harga yang berpatutan.

Selasa, 24 Julai 2012

Apa Itu SABOT?

Cerita tentang militari lagi boleh?

Maaf kalau ianya membosankan bagi sesetengah pihak,bak kata wife aku rancangan TV yang aku tonton semuanya serius belaka.Nak buat macamana,yang serius tu lah yang menarik,padat dengan informasi.Sesekali aku layan juga Karoot Komedia takpun Maharaja Lawak yang lama-lama.
Hari ni aku nak berkongsi kefahaman aku tentang satu benda dalam dunia militari iaitu SABOT.Sabot ni tak merbahaya,tapi ia membantu menjadikan benda yang dilindunginya itu berbahaya.Pertama kali aku dengar perkataan sabot adalah ketika menonton filem Transformers 2007.Situasinya ketika sekumpulan askar Amerika diserang Scorponok di tengah padang pasir.Siapa yang suka filem tu mesti ingat,aku sendiri tonton filem tu berpuluh kali tanpa jemu.Dalam situasi tersebut,pesawat gunship AC130 Spooky menembak sasaran menggunakan peluru sabot 105mm.
Peluru sabot dilancarkan dari meriam bersaiz sama dengan saiz pelurunya.Kalau diperhatikan,rupa peluru sabot agak sedikit aneh berbanding peluru biasa,tapi kuasa pemusnahnya sangat besar.Mulanya aku fikir sabot adalah sejenis bahan peledak baru yang berkuasa menghancurkan armor,rupanya tidak.Sabot sebenarnya adalah 'sarung' yang memegang peluru penetrator yang biasanya jauh lebih kecil untuk menetapkannya pada kedudukan stabil didalam barrel meriam.Peluru atau dipanggil penetrator(penebuk) armor ialah sebatang rod panjang (LRP-Long Rod Penetrator) berdiameter 20-30mm,50-60cm panjang dan diperbuat daripada logam keras yang berketumpatan tinggi seperti tungsten atau depleted uranium(DU).LRP ini berbentuk panah untuk menumpukan tenaga kinetik pada titik pusat yang kecil untuk memaksimumkan kuasa tembusan.Siapa yang belajar fizik tentu mudah faham bagaimana konsepnya,ketumpatan didarab dengan halaju(V).Katakan LRP tersebut seberat 3.5kg x muzzle velocity 1700m/s,bayangkan berapa daya tertumpu pada hujung penetrator tersebut.Kebanyakan steel plate kereta kebal tidak mampu menahan tujahan LRP,kecuali ianya kurang berkesan keatas komposit armor moden seperti Chobham dan Kanchan.

Jadi apa tugasan sabot tadi sekiranya 'peluru' sebenar adalah LRP?
Oleh kerana LRP berdiameter kecil(20-30mm) berbanding saiz barrel (105/120mm),maka sesuatu diperlukan untuk menstabilkan kedudukan LRP ditengah-tengah barrel yang lebih besar diameternya supaya tembakan tepat dapat dilakukan.Selain itu tugasan sabot adalah untuk mengelakkan kebocoran gas ketika tembakan dilepaskan(sealing),untuk memaksimumkan kuasa dorongan oleh gas yang mengembang didalam barrel meriam.
Tetapi tugas sabot hanya sehingga LRP meninggalkan muncung meriam sahaja.Sabot dibina sebegitu rupa supaya ketika ianya meninggalkan muncung meriam,seretan aerodinamik akibat halaju tinggi akan menanggalkannya dari LRP.

APFSDS

Satu soalan mungkin timbul;kenapa LRP tidak dilancarkan dari meriam berdiameter yang sepadan dengannya?Pertama,mungkin kuasa dorongan daripada peledak didalam shell bersaiz sama dengan LRP tidak cukup kuat untuk menghasilkan kuasa penembusan.Halaju yang maksimum tidak dapat dicapai melainkan penggunaan shell yang lebih besar,disamping kewujudan fin atau sayap untuk menstabilkan penerbangan LRP.Oleh sebab itu LRP+sabot lebih dikenali sebagai APFSDS(Armor Piercing Fin-stabilised Self Discarding Sabot).
Teknologi memungkinkan perkara yang nampak mustahil untuk berlaku sedangkan dahulu kala besar bermakna lebih baik.Agak sukar untuk percaya sebatang besi bersaiz 20-30mm mampu memusnahkan sebuah kereta kebal seberat 40-50 tan.Sebagai contoh,peluru meriam 120mm APFSDS jenis M829A1 dengan LRP seberat 4.6kg mampu menembusi perisai besi setebal 600mm pada jarak 1000 meter.Mana mau menyorok macam ni?

 

1221874000.4737246
Manusia dimuliakan dengan akal di dunia ini untuk meneroka apa juga potensi sekalipun diluar batas imaginasi.Serius sungguh entri ni kan?That's me.Aku tak pandai nak berpura-pura jadi pak lawak,so aku harap ada insan diluar sana yang berminat untuk membaca entri ni.Dalam seratus orang,mungkin ada satu,ye tak?Satu lagi,tulisan dalam entri ni adalah berdasarkan kefahaman aku dari sumber bacaan yang bertebaran di internet,harap maaf dan diperbetulkan kalau ada sebarang salah silap.Aku bukanlah pakar fizik atau pakar balistik,cuma minat saje....

Isnin, 23 Julai 2012

Screen Protector Ajaib

Siapa pakai handphone tentu tau kegunaan screen protector kan?Tak kisahlah skrin besar atau kecik,plastik sekeping inilah yang akan melindungi permukaan skrin dari calar.Ada yang glossy dan matte finish.Aku suka matte sebab tak menyilaukan.Satu lagi sebab adalah screen protector dengan matte finish kurang sikit kesan cap cari tapi bila lepas jawab panggilan,nah kau!Berminyak!

Maka banyaklah masa dibuang untuk mengelap kesan cap jari dan minyak dari muka.Dulu aku beli Sony Ericsson Aino,free je screen protector.So aku tak tau berapa harganya.Bila aku beli HTC One X,aku beli screen  protector dari sebuah kiosk HTC.RM25 Cina tu tutuh harga.C***i betul!Casing silikon dia letak harga RM60.Aku bayar je sebab masa tu aku rasa berbaloi kot??Tak lama lepas tu screen protector aku ada gelembung,sikit je tapi buat aku sakit mata.Aku pergi uptown Damansara tukar protector lain.Bapak murah,RM6 je.Aku cakap kalau tiap minggu tukar pun ape ada hal.Casing aku beli lain,cap Nilkin baru RM15 jeee…..Casing silikon bagi wife aku.

Cerita pasal screen protector ni,Syarikat 3M ada mengeluarkan screen protector yang menghilangkan kesan cap jari secara semulajadi.Menarik bukan?

 

Fingerprints Magically Fade Away On 3M's New Screen Protectors-151202

Teknologi bahan yang dipatenkan digunakan sebagai material screen protector,dan tak perlu lagi mengelap kesan cap cari.Tapi mampukah 3M Natural View Fingerprint Fading Screen Protectors mampu menyahkan kesan minyak yang melekat di skrin?Korang boleh cuba beli dengan harga $23,tapi hanya boleh didapati untuk tablet sahaja.

 

*Info & Image from Gizmodo