Isnin, 23 April 2012

jadi bapa Sudah

Tadi teman sekerja aku si Yatimi request aku upload gambar baby girl aku dalam blog.Baiklah Yatimi,ko pun perasan yang blog aku dah lama tak update.Busy betul jaga infant ni.Sebelum aku upload gambar,ada baiknya aku ceritakan pengalaman pertama aku menimang cahayamata.

Hari Selasa 10 April 2012,wife aku malas nak pergi kerja sebab dia rasa macam dah nak sampai masa untuk bersalin cuma contraction belum serius.Aku tetap pergi kerja macam biasa.jam 6.30pm aku bergegas balik walaupun kerja belum habis sebab wife aku rasa contraction makin kerap.jam 9.30pm wife aku ditahan di wad GMC(Gombak Medical Centre) selepas hasil siasatan doktor mendapati bukaan sudah pun 3cm.

Keesokannya,11 April 2012 pengecutan rahim makin kerap dan bertambah kuat bila menjelang waktu Maghrib dan terus masuk ke labor room bila bukaan mencecah 6cm.Asalnya aku macam nak mengelak dari masuk ke labor room tapi disebabkan pegang tangan wife aku untuk bagi moral support,sampai baby keluar aku temankan wife aku.So,bakal-bakal bapa,ada baiknya ditemankan isteri kita supaya penderitaannya melahirkan bayi dapat kita rasa sikit.Takdelah horor mana pun situasi bersalin ni,just ok jela.lagipun anak kita yang nak keluar.

Tepat jam 9.33pm di hari Rabu 11 April 2012,dimana seluruh Malaysia berpublic holiday Hari Pertabalan Agong dan juga tsunami

MBF-P03R Astray Blue Frame 2nd Revise

Gambar Exia Avalanche yang dah siap belum lagi aku upload,tapi dah siap sebijik lagi Gundam iaitu Gundam Astray Blue Frame Second Revise Gai Murakumo,MBF-P03R.Panjang bebenor namanya.

 

Spesifikasi:

 

Model Number MBF-P03R
Manufacturer Morgenroete Inc
Operator Serpent Tail
Pilot Gai Murakumo
Height 18.32m
Weight 62.7 tons
Power plant Ultracompact Energy Battery
Armor Foaming Metal
Frame Material Phase Shift Armor
Armament 2 x “Igelstellung'” multi barrel CIWS
6 x Armor Schneider combat knife
4 x Armor Schneider foot combat knife
2 x Armor Schneider combat knife hand carried
Special Equipment Tactical Arms II backpack
90mm Gatling Gun
Oversized blade

 

Berada di rumah mertua selama seminggu menemankan isteri menjaga anak memang membosankan.Jujur aku cakap.Jaga isteri dan anak tu tak bosan,cuma faham-fahamlah dirumah mertua,nak buat benda yang macam biasa kita buat kat rumah sendiri memang tak boleh.Ada restriction sikit.Kena la behave ye tak?Tapi mana tahan nak ‘berlakon’ lelama,haha!Betul ke aku cakap ni.Contohnya tak boleh terlentang suka-suka hati depan TV dari pagi sampai petang,buka baju sesuka hati dan sebagainyalah.Tak taulah kalau ada lelaki(suami) lain yang sangat gembira duduk lama-lama dirumah mertua,tapi yang pastinya bukan aku.Hehe!

Disebabkan kebosanan yang amat sangat(dan juga difahami oleh wife aku,thanks!),maka dengan sokongan kewangan beliau,aku dapatkan seunit lagi Gundam dalam masa sebulan.

Macam biasa,kedai Toy’s N Hobbies di e@Curve jadi sasaran aku.Belek punya belek,compare sana-sini,Gundam Astray Blue Frame skala 1/100 MG jadi pilihan aku dengan harga RM178.Dah main tiga unit Master Grade,rasa tak best dah nak layan High Grade.

Tengah tunggu cashier pulangkan baki,ternampak pulak Gundam Unicorn RX-0 Ver.Ka.Alamak…lagi cun la pulak…Takpelah,bulan depan confirm gua sambar teruss!

So,dikala isteri baru bersalin dan anak masih kecik yang memanjang tidur,memang sesuai untuk aku tumpukan perhatian kepada ‘baby’ mecha ni.Tiga hari dah siap semua.Cuma stickernya tak best.Tak macam Strike Freedom HG yang aku beli dulu,stikernya jenis tatoo yang jauh lebih cun,tepek pastu tenyeh-tenyeh sikit then kopek pelan-pelan.

*Semalam aku letak gambar dari Google je,so ni dia gambar sebenarnyanya.Aku tak boleh nak capture banyak sangat sebab henpon Aino aku ni dah bengong.Tak boleh nak off flash,maka gambarnya akan jadi overexposed.Dah ada shot yang baik nanti aku akan upload lagi yea?

DSC01087

Dhia Fatheeya berbintikan Aku

Assalamualaikum semua!

 

Amboiii….lama sangat tak update ni.Bukan apa,hari pertabalan Agong aritu wife aku selamat melahirkan baby girl.So segala apa yang berkaitan dengan blog ni terpaksa aku tinggalkan dululah walaupun tiap hari fikir apa la dah jadi kat blog aku yang lama tak update ni.

Pertamanya,aku dahpun selamat jadi ayah kepada seorang baby girl yang didaftarkan dengan nama Dhia Fatheeya.Dilahirkan secara normal di Gombak Medical Centre jam 9.33pm pada 11 April 2012 dan seberat 3.0kg.Maka sepanjang aku bercuti,bermulalah pengalaman membesarkan seorang anak.Mula-mula aku rasa agak takut seawal peringkat kelahiran sebab wife aku request minta aku temankan dia dalam labor room.

Tapi tak sangka start masuk labor room jam 7.30pm,aku dapat bagi sokongan moral sampai anak aku keluar.Dari situ aku dapat belajar betapa azabnya nak mengeluarkan seorang budak.Aku tak boleh imagine macamana sesetengah wife struggle untuk deliver baby tanpa sokongan ayahnya.Tambah aneh lagi macamana seorang perempuan boleh bersalin dalam toilet(luar nikah),agaknya tak sakit sangat kot ye kalau tak halal ni.

Bila semua dah selamat,aku cakap kat wife aku,satu stage dah selesai.Cabaran paling besar sebenarnya bermula bila keluar dari hospital.Waktu siang baby tidur cantiiikkkkk je.Tapi lepas pukul 12.00am,mula la merengek lapar susu.Adoiii…..

 

My Dhia Fatheeya:

DSC01083

DSC01084

Anak aku paling kurang dua kali mesti terjaga mintak susu.Pernah satu malam sampai empat kali menangis.Fuhhhh!!Mata stim mengantuk toksah cakaplah.Tapi nak buat macamana kan,anak tu rezeki dan amanah Allah S.W.T,kena la jaga sebaik-baiknya.

Ok lah,petang-petang sikit update lagi.Sambil-sambil jaga anak,sempat lagi aku siapkan ‘baby’ mecha terbaru,Gundam Astray Blue Frame.Nanti cerita panjang sikit dalam entri lain okeh?