Rabu, 15 Februari 2012

Malu Nak Cakap Kerja Apa

Bila berkenalan dengan seseorang yang baru,mesti akan keluar soalan macam ni:

“Kamu kerja apa ya?”

 

Soalan tu biasa dipilih si penanya sebagai modal untuk memulakan perbualan.Tak salah bertanyakan kerja seseorang,cuma respon orang yang bertanya selepas soalan tu dijawab akan menentukan perbualan tu akan ke peringkat seterusnya atau tak.

Sesetengah orang mungkin rasa segan dengan kerjayanya apatah lagi kalau berada di majlis yang dipenuhi orang berkerjaya hebat.Aku bagi satu contoh,beberapa bulan lepas aku menghadiri majlis perkahwinan seorang kapten tentera dengan seorang doktor.Wife aku adalah bekas classmate doktor tersebut dan meja kami disekalikan dengan bekas-bekas pelajar kedoktoran di Dublin,Ireland.Pendek kata meja aku tu penuh dengan doktor lah.Semua muka baik-baik,kecuali aku yang kelihatan paling ganas.Kerjaya diorang memang gempak,dari luaran nampak seperti seorang lelaki berbudi bahasa.Malangnya nak hulurkan tangan bersalam pun berat.Maybe sebab tangan aku banyak kontaminasi agaknya.Bukan semua orang terpelajar macam tu,cuma sesetengah saja.

Berbalik kepada soalan yang diatas tadi,keadaan sedikit berbeza kalau orang yang ditanya hanya bekerja biasa-biasa sahaja.

 

”Kamu kerja apa ya?”

 

“Kerja kilang je….”

“Oooooo………”(dengan air muka tak ada perasaan)

  (Itu je?baik tak payah tanya)

___(end of conversation)___

 

Sekiranya yang bertanya itu orang yang berkerjaya hebat,jawapan sebegitu kebiasaannya tidak akan mengundang sebarang informasi menarik.Maklumlah kerja kilang je,apa yang menariknya ye tak?Tapi kalau niat orang itu betul-betul nak berbual,kerjaya apa pun yang disebut pasti perbualan tu berlegar kepada berbagai-bagai topik lain.

Langkah terbaik untuk jaga hati orang yang kita belum kenal adalah gantikan soalan tu dengan soalan,”kerja di mana?” kalau nak tanya jugak soalan berkaitan kerja.Aku pernah pesan kat wife aku,kalau jumpa orang baru,jangan tanya orang tu kerja apa.Kekadang serba salah orang nak jawab.Dunia sekeliling kita ni ada berbagai jenis pekerjaan.Kalau kita tak cuba mengenali kerja-kerja di pelbagai lapisan,kita tak faham kepentingan pekerjaan taraf-taraf rendah ni.Bayangkan kalau tak ada orang yang sudi kerja angkut sampah,nak ke korang dispose sampah sendiri?Imagine tandas korang banjir dengan najis korang sendiri sebab tak ada orang yang nak kerja sedut tangki septik?

Walaupun kerjaya orang tu menyapu daun di tepi jalan,rezekinya mungkin jauh lebih “halal” dari kita yang pakai smart,naik kereta besar tapi kat ofis sibuk dengan laman sosial sampai habis kerja…

Isnin, 13 Februari 2012

Terima Kasih Henry!

Tempoh dua bulan pinjaman Thierry Henry dari NY Red Bull ke Arsenal adalah satu saat yang manis untuk peminat Arsenal.Perlawanan menentang Sunderland baru-baru ini adalah perlawanan terakhir untuk Henry dan yang menariknya,Henry menjaringkan gol kemenangan Arsenal disaat akhir perlawanan.
Kalaupun orang lain dan pasukan lain tak faham kehebatan Henry,sekurang-kurangnya peminat Arsenal tahu Henry adalah lagenda Arsenal sepanjang zaman.Selamat jalan Henry!



Sabtu, 11 Februari 2012

Chopstick dan Toll Free Line

Dalam sebulan boleh dikatakan dua ke tiga kali aku dan wife aku makan di Jombali.Jombali ni lebih kurang macam kopitiam la kot.Kebelakangan ni kami suka kesana sebab nak makan ABC.Cuaca pun dah panas lain macam sekarang ni.Kalau empat lima tahun lepas,36 Celcius tu dah panas melampau.Sekarang ni dah jadi suhu harian,dah lali dah.Haritu aku check cuaca guna software AccuWeather dalam handphone aku,suhu kat Jerantut 42 Celcius!

Berbalik ke ABC tadi.Selain ABC,ada la hidangan sampingan dipesan.Bila makanan dah nak habis tiba-tiba wife aku tanya kenapa orang cina susah payah makan mi guna chopstik,guna sudu/garpu kan senang.Punca wife aku tanya macam tu sebab dia terkial-kial cuba sepit hirisan timun dalam pinggan aku.Aku pun demokan kat dia macamana nak guna chopstik.Senang aje,cuma aku tak tau sejak bila aku tau makan guna chopstik.Mungkin masa aku kerja Clara International dulu.Banyak kenal makcik-makcik chinese,so sikit sebanyak terikut gaya diorang makan.

 

chopstick

Selalu aku tengok diorang ni suka makan mi segera,padahal gaji bukan sikit.Diorang memang tak hirup kuah mi segera tu,tak macam orang kita.Kalau boleh kuah megi tu tuang kat nasik buat macam sup.Bila sepit mi guna chopstik,kuah megi takkan dikaut sekali.Betul-betul mi sahaja yang masuk mulut.Lama-lama aku faham kenapa makcik-makcik chinese ni balun megi je tiap hari.Tiap hujung tahun diorang suka melancong ke oversea.Salah sorangnya aku panggil Auntie Koh yang rajin jenguk cucu dia kat Hong Kong.

Pernah sekali aku sakit tekak yang lama sebab infection,Auntie Koh rebuskan aloe vera untuk aku minum.Dua tiga hari amalkan memang baik terus.Baik korang try kalau sakit tekak,cuma nak tahan pahitnya tu yang perlu kekuatan mental sikit,hehe!

Entri ni memang khas untuk aku merepek benda-benda yang dah lama aku nak cakap,tapi asyik terlupa je,salah satunya yang ini.Dalam perjalanan semalam aku ternampak satu lori lojistik TA-Q-BIN.Pastu aku nampak nombor hotline 1 300 88 TAQBIN.Baru aku teringat satu benda yang aku musykil sejak sekian lama.Yang nombor TAQBIN tu satu contoh je.Banyak lagi nombor lain yang aku rasa nak sepak je pasal apa diorang tulis macam tu.Aku yang slowpoke ni memang tak boleh faham macamana nak dail contohnya nombor macam ni,1 300 88 SAGE(untuk syarikat Sage UBS).Kadang-kadang ada kurungan kat belakang untuk tunjukkan apa benda nombor disebalik SAGE tu.Tapi ada juga yang tak ada.Kan senang tulis je nombor sebenar,orang nak dail pun mudah…Ape daa!