Jumaat, 13 Januari 2012

Ferrari F430 Kemalangan Di Lebuhraya KLIA Extension

Percaya atau tak,untuk gambar-gambar kemalangan dibawah,aku terpaksa membayar RM15.40.Bukan bayaran untuk harga gambar-gambar ni,amaun tersebut terpaksa aku bayar sebab lalu tol dari Kota Damansara- KLIA dan KLIA- Kota Damansara.
Sebenarnya macam ni.Hari ni adik aku yang 'pandai' sangat tu akan balik dari Suzhou China dan dijangka tiba jam 7.15pm.Sedang elok aku lepas tol KLIA,dia call dari China bagitau tak jadi balik hari ni.Mangkok betullah!Tak cakap awal-awal,pastu kata dah bagitau aku beberapa hari lepas.Kalau dah bagitau buat apa aku rushing sia-sia pergi LCCT?
Ngam-ngam sampai roundabaout,terus aku U-Turn masuk tol semula.Tetiba aku nampak keadaan sedikit sesak lebih kurang 500 meter dari roundabout tadi.Rupanya ada kemalangan.Uiiiii.....Ferrari tuuu...Wife aku suruh aku berenti.Elok jugak tu,aku pun tak pernah tengok Ferrari eksiden secara live.Kalau tak salah,kereta ni adalah Ferrari F430.





Masa ni cuaca agak mendung baru lepas hujan.Macam biasalah,kereta power macam ni mana boleh jumpa trek licin,mesti bersepah punya kalau tak pandai kontrol pedal.Tengok ruang pemandunya dengan airbag yang kembang rasanya semua selamat.Luka-luka pun takde ni.Haha!Sukahati je aku teka.Pastu aku sembang-sembang la dengan orang yang ada kat situ.Ada pakcik India tu cakap driver Ferrari tu lelaki India ngan pasangannya.Cuba tengok gambar nombor 2.Ada pasangan India kat sebelah kanan.Ada mat motor tu pulak cakap drivernya mati.Memandai je mat motor tu.
*Lokasi sebenar kemalangan adalah di Lebuhraya KLIA Extension sebelum tol untuk susur masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.

Kiat Esemka;Kenderaan Indonesia Buatan Tangan

Dah beberapa minggu aku ikuti perkembangan berita tentang kenderaan buatan Indonesia ni.Rasanya dah boleh aku tulis sikit sebanyak tentang kereta/mobil yang bernama Kiat Esemka ni.Aku cuba ceritakan sejarah dan sedikit latar belakang tentang kenderaan ni mengikut kefahaman aku.Nak translate bahasa Indonesia ni pun boleh tahan jugak cabarannya.
Asalnya nama Kiat datang dari seseorang yang bernama Sukiyat.Sukiyat ni tak pandai kat sekolah,maka dia gagal peperiksaan STM.Aku pun tak tau apa benda STM tu.Walaupun dia phail sekolah,dia buka bengkel mengetuk dan mengecat kereta pada tahun 1978.
Tahun 2007,Sukiyat memodified sebuah kereta yang berpenampilan keren gitu.Keren ni maksudnya, mantap,cun, dan up to date la kot.Lepas tu Sukiyat berkolaborasi dengan sebuah SMK untuk menghasilkan satu lagi kenderaan.Di bengkelnya,beliau mengajak pelajar SMK untuk membuat kerja lapangan.Pengarah Pembinaan SMK,Joko Sutrisno kagum dan meminta Sukiyat membina kenderaan bersama dengan pelajarnya tanpa menggunakan mesin.
Usaha Sukiyat berhasil dan berita tentang kejayaannya bersama pelajar SMK menjadi hot kat seberang sana.Buat masa sekarang dua jenis kenderaan dibina iaitu SUV Kiat Eemka Rajawali dan Pick-Up Truck Double Cab Digdaya.

Spesifikasi Kiat Esemka
Enjin: 4 silinder 1500cc injection dari Mobil Timor
Penumpang:7 orang
Dimensi PxLxT :5.035x1.69x1.63
Aksesori : Power Steering,Central Lock,Power Window,Parking Sensor
Kiat Esemka Rajawali
Ada rupa macam CRV sikit kan?Sebab kereta ni memang dibina dengan berbagai part dari kereta yang berlainan jenis.
Kiat Esemka Digdaya
Harga kenderaan Kiat Esemka dianggarkan Rp 75-95 juta/RM22,500-RM28,500

sumber guidesources

Jadual EPL 14,15 & 16 Januari 2012

Jadual perlawanan EPL hujung minggu ini.Selepas Arsenal kalah ditangan Fulham minggu sebelumnya,mood nak menulis hal Arsenal pun drop sikit.Gol Zamora disaat akhir betul-betul mengecewakan.Minggu lepas boleh dikatakan minggu rehat untuk EPL dan perlawanan bertumpu kepada saingan Carling Cup dan FA Cup.Minggu ni kembali meneruskan saingan dalam EPL.
Minggu ni tak ada giants yang bakal bertemu,so perlawanan Liverpool vs Stoke mungkin menarik.Arsenal pula akan bertemu Swansea yang berada di kedudukan ke-12 liga.Team ini pun tak sepatutnya dipandang rendah.Penjaga golnya,Michael Vorm mempunyai rekod yang agak baik.Walaupun Thierry Henry memberi amaran kepada peminat Arsenal supaya tidak mengharapkannya menjaringkan gol di setiap perlawanan,sebagai peminat aku tetap nak tengok dia menjaringkan banyak gol.
Perlawanan yang bakal berlangsung hujung minggu ini ialah:

14 Januari 2012
WBA vs Norwich City
10.30pm
-

Tottenham vs. Wolves
10.30pm
-

Chelsea vs. Sunderland
10.30pm
Channel 817/831
-

Blackburn Rovers vs. Fulham
10.30pm
-

Aston Villa vs. Everton
10.30pm
-

Manchester United vs. Bolton
10.55pm
Channel 812/832

Liverpool vs. Stoke
10.55pm
Channel 813

15 Januari 2012
Newcastle vs. QPR
9.25pm
Channel 812/832

Swansea vs. Arsenal
11.00pm
Channel 817/831

16 Januari 2012
Wigan vs. Manchester City
3.55am
812/832


Khamis, 12 Januari 2012

Peserta Raja Lawak Musim 6


Dulu aku tak minat rancangan Raja Lawak ni.Sebab dulu aku rasa macam takde pekdah je.haha!Memang aku tak pernah tengok langsung,sorang pun aku tak kenal.Aku mula kenal pelawak Raja Lawak dalam program Maharaja Lawak.Masa tu lah baru aku tau layan benda lawak ni bagus juga.Hadap benda serius hari-hari pun muak ye tak?Lagipun dulu sebenarnya aku takde Astro..........Wuuuuu!!
So,untuk Musim ke-6 ni aku nak tengoklah jumpa ke tidak raja lawak dalam Malaysia ni.Semalam aku tengok ujibakat serata Malaysia,macam-macam pesen manusia.Uji bakat tu tak salah,tapi yang datang tak buat preparation,skrip lupa,pegi bantai menari pun ada.Ingat program Sehati Berdansa ke hapa.Cemana pun adalah jugak yang berjaya menambat hati juri.Aku tak tau pulak bila program ni start,tau-tau je dalam website Astro dah ada ranking undian.Kedudukan terkini 12 kumpulan/peserta raja Lawak 6 :

1.Ketupat  27%
2.Riki   26%
3.2Yol  12%
4.Gman  10%
5.Selak  9%
6.Albob  6%
7.Skema  5%
8.Shiro  4% 
9.Cuit  1%
10.King  1%
11.Zero  0% 
12.Kodan  0%

Para pengajar diketuai oleh Ahmad Idham sebagai Cif Besar,dan dibantu oleh Tauke,Yus dan Angah sebagai Cif Kecil.Pengacara macam biasa,Jozanlah,siapa lagi.Pecah perutkah korang nanti?Kita layankan ajelah ye?

Nak Tambah Dah Tak Boleh


Jumlah blog yang aku follow ada 320.Bila aku nak add lagi,keluar macam ni pulak?Macamana nak buat yek?Nak stop following tak sampai hati pulak,tapi ada jugalah beberapa blog yan aku stop following sebab dah tak wujud ataupun entri terakhirnya raya puasa tahun lepas.
Nanti kalau ada follower aku yang cakap'follow kita balik ya?',cmana nak buat tuh?Dah tak boleh dah ni haaa!