Rabu, 11 Januari 2012

Kidalkah Korang?

Aku dilahirkan sebagai seorang kidal.Segalanya aku buat guna tangan kiri kecuali makan.Itupun kalau makan dengan sudu,sudunya aku pegang dengan tangan kiri.Kalau aku pegang sudu dengan tangan kanan,alamatnya nasik takkan dapat disodok dari pinggan.Akibatnya,nasik lebih banyak jatuh ke tepi pinggan berbanding jumlah nasik yang dapat masuk kemulut.Kekadang orang usyar aku semacam je,tapi pedulik hapa aku.Janji aku senang nak makan.
Antara lapan adik beradik,aku dan adik perempuan aku saja yang menggunakan tangan kidal.Itupun masa adik aku kecik,sengaja aku ajar dia guna tangan kiri.Saje,sebab aku rasa orang tangan kidal ni banyak kelebihan.Tapi kidal ni boleh diajar atau tak,aku tak pastilah.Mungkin juga adik aku memang takdirnya dilahirkan kidal pun.
Pada pendapat aku dan pengalaman aku sebagai lefties,orang kidal biasanya kreatif dalam apa juga bidang seni lukis.Jenis tangan tak goyang punya.Akibat penggunaan tangan kiri yang berlebihan,saiz tangan kiri aku besar sikit dari tangan kanan.Itu yang aku tahu tentang kidal.Tapi ada banyak fakta menarik tentang manusia bertangan kidal,ada yang menarik dan ada yang tak best.Meh baca pelan-pelan.




Tak Cukup HD?

Definisi tinggi yang ada belum cukup tinggi.
Daily Mail hari ni mendedahkan TV terbaru keluaran gergasi elektronik Korea,LG.TV skrin rata 3D bersaiz 84 inci ini beresolusi 3840x2160 piksel (8.3 juta piksel)berbanding HD Ready yang hanya 1200x1800 piksel (2.16 juta piksel).Malangnya buat masa ini belum ada sumber media yang menyediakan input setinggi itu untuk membolehkan pengguna menjamu mata dengan paparan Ultra HD.

Dunia digital sentiasa berkembang.Persaingan sengit menyebabkan pengeluar barangan elektronik akan berlumba-lumba untuk mengatasi antara satu sama lain dan seterusnya menghasilkan produk yang semakin canggih.

Mantap Juga Ping Busuk ni

Memang ampuh!


Apekebenda yang ampuh ni?Cer citer skit?
Minggu ni aku agak busy dengan persiapan syarikat menghadapi audit FDA(Food and Drug Administration) dan juga dalam proses mencapai persijilan ISO22000:2005.Walaupun tak terlibat secara langsung,kerjasama semua pihak sangat penting.
Makanya,minggu ni entri agak kuranglah sebab tak dapat mengadap PC.Hari ni ada peluang sikit,aku cuba-cubalah menggunakan khidmat ping entri dari busuk.org.Nama je tak sedap,tapi memang terbukti berkesan beb!Konsepnya sama macam khidmat perkongsian entri yang lain,cuma keberkesanannya lain macam sikit.
Sebelum ni aku pernah juga guna yang lain,tapi tak berapa efektif.Benarlah kata-kata aluan admin dalam Read Me.Sekejap je entri yang aku dah ping,berada di kedudukan teratas carian Google.

Contoh carian untuk Acura NSX Hybrid selepas dipingkan menggunakan busuk.org:



Siapa-siapa yang belum cuba,jom meriahkan busuk.org terutamanya blogger-blogger baru.Maklumlah,masa aku baru blogging dulu pun kalau tak kuat semangat dah lama aku tinggalkan dunia blogging ni.Jenuh buat entri,tapi haram tak keluar dalam Google search.Tapi bila dah faham konsep,sebenarnya simple je.Dengan adanya khidmat ping dari busuk.org ni,makin senang kerja kita.Bukan nak promote kat sini,tapi aku rasa benda ni baik,apa salahnya aku share.

Macam ni baru la semangat nak update,ok ka?

Selasa, 10 Januari 2012

Pemenang Anugerah FIFA Ballon D'Or 2011



3rd time winner,Lionel Messi


Japan Women Team Captain,Homare Sawa


FIFA Ballon D'Or Award - Lionel Messi


FIFA Women's World Player of The Year 2011 - Homare Sawa


Men's Coach of The Year - Pep Guardiola


Women's Coach of The Year - Norio Sasaki


FIFA Puskas Award 2011 - Neymar


Presidential Award - Sir Alex Ferguson


FIFA Fair Play Award - Japan Women World Cup Team

Legendary Henry; Arsenal 1-0 Leeds

Pukul 3.00 pagi tadi berlangsung perlawanan Piala FA antara Arsenal dan Leeds yang berkesudahan 1-0 hasil jaringan lagenda Arsenal,Thierry Henry.
Henry menggantikan Marouane Chamakh pada minit ke 65 dan pada minit ke 77,beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan.Rekod jaringan Henry untuk kelab Arsenal meningkat kepada 227 gol.Menyarung jersi bernombor 12,Henry membuktikan kepada peminat Arsenal bahawa tugu beliau yang dibina sebagai lagenda Arsenal sepanjang zaman sememangnya berbaloi.

Apa nak dikata lagi tentang Henry ini?Sebelum aku mengenal Arsenal,aku terlebih dulu terpikat dengan gaya permainan Henry sehingga aku tahu apa itu seni bolasepak.