Jumaat, 6 Januari 2012

Di China,Minyak Masak Pun Palsu


Di China,selagi boleh dipalsukan,apa pun jadi.Terbaru,pengeluar minyak kacang palsu diserbu di Zhongtang.Pihak berkuasa tempatan menyiasat Yonglong Food Factory hasil penemuan lebih 4 tan minyak substandard dan dipercayai berbahaya oleh seorang wartawan Southern Metropolis Daily yang menyamar.
Kilang tersebut mencampurkan minyak soya,minyak sawit yang diragui puncanya,minyak cottonseed dan esen cottonseed untuk meniru rupa minyak kacang yang sebenar.Minyak cottonseed mentah boleh menyebabkan kemandulan kerana ianya toksik.
Minyak kacang palsu tersebut dijual kepada pengeluar makanan di Guangdong,Hunan dan Jiangxi dengan harga 92 yuan berbanding 100 yuan untuk 5 liter minyak kacang asli.Menurut seorang pakar dari Persatuan Minyak dan Bijirin China,sekurang-kurangnya 30 pengeluar minyak makan (edible oil) di daerah itu menghasilkan minyak kacang palsu.Majoritinya adalah perniagaan berdaftar.
Kita tengok gambar diatas.Jangankan HACCP,asas GMP(Good Manufacturing Practice) pun fail....

16 Tahun Hilang;Cincin Kahwin Terlekat Pada Lobak

Selepas hilang selama 16 tahun,seorang surirumah bernama Lena Paahlsson dari Sweden menemui semula cincin perkahwinannya yang terlekat pada sebatang lobak merah!



Lena kehilangan cincin perkahwinan bertatahkan tujuh berlian kecil itu di dapur rumahnya pada tahun 1995.Dipercayai cincin itu terjatuh kedalam sinki dan bercampur dengan kupasan kulit sayur-sayuran,seterusnya berakhir dengan menjadi baja kompos atau makanan ternakan mereka.
Sisa-sisa sayuran atau najis ternakan mereka digunakan untuk menyuburkan tanaman dan selepas 16 tahun,cincin tersebut ditemui semula tersarung pada sebatang lobak.

sumber nydailynews

Rekod Tuna Termahal 2012

$736,000 atau RM2.3 juta ialah nilai seekor tuna sirip biru seberat 269kg yang berjaya dilelong di pasar Tsukiji,Tokyo Jepun,dan memecahkan rekod harga tertinggi tuna sirip biru.Rekod tahun lepas ialah RM1.302 juta.
Pemenang bidaan ialah Kiyoshi Kimura,pemilik Kiyomura Co. yang mengendalikan rangkaian restoran Sushi-Zanmai.Harga sekilo isi ikan tuna ini dianggarkan 210,000 yen atau RM8,421.



Sumber DailyMail