Jumaat, 30 Disember 2011

Blogging;Selamat Tinggal Tahun 2011

Biasa hujung-hujung tahun ni kompeni buat audit stok check,nak tutup buku 2011.Blogger pun ada audit jugak,hehe!Nak cerita panjang pun aku tak pandai,sebab aku bukan budak IT.Sebab tu template blog aku rupa kulit lepat pisang.So far,aku agak berpuas hati dengan prestasi blog aku ni memandangkan aku ada kerja tetap.Takdelah aku mengadap blog ni sepanjang hari.
Ada 2,089,450 laman web yang jauh lebih baik prestasinya.Aku tulis dalam bentuk point lah,senang sikit nak baca.Merepek panjang-panjang pun korang tak paham pulak nanti.

Alexa Traffic Rank : 2,089,451
Average Bounce Rate : 69%
Sites Linking In : 37
Google PageRank : 1/10
Total Pageview : 85,950
Total Post : 408


Angka-angka diatas membezakan kedudukan aku dengan blogger-blogger lain.Tapi tak apa,pelan-pelan kayuh.Macam dalam majalah Kereta Januari 2012 yang aku baca semalam.Kereta Champion ABT  Jakarta 2011 dah la rupa huduh,enjin Chevy kemain besar siap dengan blower Edelbrock,tapi dyno test result 92hp je.Masalahnya,kereta tu tetap champion dengan sebab-sebab yang hanya pakar je tau.Kalau majalah tu kencing aku pasal hp kereta tu aku tak taulah.

Most Viewed Post : Senarai Perpindahan Pemain EPL Terkini ,6,468 pageviews
Referring URL : http://www.ar-rifke.com
5 Most Highest Rank Keyword :1.kotak kayu buruk
                                                  2.tacra diy
                                                  3.senarai perpindahan pemain 2012
                                                  4.how to stop caller ringtone Celcom
                                                  5.pakej astro super pack

Carian paling pelik yang aku jumpa:
Hai,macam-macam orang cari yek?Ni antara yang sempat aku jumpa dari 12,684 ayat carian.Aku sempat belek sampai 6,400 je.Berpinar bijik mata.Aku jugak perasan beberapa perkataan yang berulang banyak kali juga antaranya berkaitan dengan membesarkan 'anu' lelaki,membesarkan boobs dan paling menarik ramai yang cari tentang dada Neelofa.Huh!Gua tengok pun berdebar sebenarnya,haha!
Kesimpulannya,sepanjang 2011 ni segalanya bertambah baik,walaupun ada sedikit penurunan masa aku kahwin bulan Mei lepas.Sepatutnya entri penutup 2011 ni aku buat esok,tapi rumah takde internet.Ada rezeki baru letak.Cewahh!Macam letak pasu bunga pulak.Gaya penulisan aku sebenarnya masih lagi merapu,kadang-kadang terlalu serius dan kadang-kadang terlalu mengikut gaya penulisan orang lain.Aku belum dapat gaya menulis aku sendiri.
Cadangnya pagi tadi aku nak blogwalking,tapi internet plak cam haram...lembab gila pageload.Takpelah.Kepada kengkawan pembaca,follower dan penulis jejak di Shoutmix,terima kasih banyak-banyak.Jangan risau,aku tetap akan sampai ke blog korang.Al maklumlah,tak ramai mana pun,ada 155 follower je.Yang penting aku suka menulis okeh?Boleh gitu?Toksah tensen-tenseh internet lembab ke hapa,malam ni pukul 10.00pm kita buka channel 188 Astro tengok Maharaja Lawak Mega Final.Selamat tinggal 2011!

Errr....Suratkhabar Apakah Ini

Lee Myung-bak nak campak mana?


Astro Masuk Air


Mereng betul la Astro ni.Jadah apa Arsenal vs Wolves live Isnin dengan Selasa?


Robin van Persie cuba mengcover malu dengan memakai baju dan helmet NFL selepas gagal menewaskan penjaga gol Wolves,Hennessey VSOP.Eh,jenama arak tu kan?
Berita betulnya,Arsenal vs Wolves live hari Selasa 11.00pm,keputusan seri 1-1.Arsene Wenger chat dengan aku kat fesbuk tadi dia cakap Johan Djourou tengah training bancuh sirap tongkat ali.Besok lawan QPR,Chamberlain turun main.

24 Disember 2011;Hari Yang Panjang

Tarikh diatas adalah hari persandingan member sekerja aku,Afendi di sebelah pengantin perempuan yang dilangsungkan di SMK Panchor,Seremban.Diorang punya kahwin ni sikit lain dari pengantin biasa sebab didahulukan dengan kenduri kahwin rumah pengantin lelaki.Sebabnya hujung tahun ni musim banjir.Untuk mengelakkan majlis kahwin berlangsung di dewan pemindahan banjir atau parah lagi bersanding atas bot,majlis sebelah lelaki diadakan lebih awal.
Disebabkan ramai yang tak pergi ke Kuantan,kitorang semua pakat-pakat bertandang ke Seremban,bukan jauh pun ye tak?Memang tak jauh,kalau rujuk Google Earth pun Gombak-Panchor lebih kurang 90.5km je.Tapi itu secara teorinya,realitinya belum tentu lagi.
Aku gerak dari depan kilang Ramly Burger lebih kurang jam 1.30pm lepas dapat call dari Yatimi yang bagitau Highway PLUS jem."Apekehal PLUS nak jem pulak Sabtu ni,patutnya Jumaat la nak jem pun".Diorang yang gerak dari Shah Alam pukul 11 pun baru nak Exit Nilai.Kat Malaysia memang macam ni,cuti Deepavali ke,CNY ke,hatta Krismas pun orang Melayu yang sakan balik kampung.Highway PLUS pun jadi jem,dua-dua arah pulak tu,tak paham betul aku...

"Selamatt...hari Krismas...la,la,la"
Lepas berperang dengan klac manual ("keter resing wajib bertransmisi manual"-Mao Ze Dong) selama 2 jam setengah,pukul 4 aku sampai ke tol Senawang.Ingatkan dah lega sikit,rupanya N9 ni jemnya mengalahkan KL.Dua kali tak paham.Member aku yang sekumpulan ambik Exit Nilai entah lepas kemana aku pun tak tau.Bila aku call,rupanya diorang pun baru sampai.Aku yang gerak pukul 1.30 pun perut mendidih,diorang agaknya dalam perjalanan dah jadi kanibal,makan member sebab lapar sangat.Patut la aku tengok jari kaki Yop tinggal dua je.
Jam 4.30pm,aku selamat sampai ke SMK Panchor.Salam pengantin kejap,pastu terus cari member rapat aku,namanya pinggan ngan nasik.Meja pun tinggal dua je.Nasib baik Firdausi 'book' table tu dari pagi tunggu kitorang,takde siapa nak kacau.Lone ranger betul la mamat ni.Siapa berani tegur Firdausi?Nak rasa lempangan Great Khali silakan cuba.
Settle makan,menembak gambar dengan pengantin,maka boleh dah balik dengan harapan sampai kerumah dengan cepat sebab lutut aku dah rasa macam kena gout.Klac manual punya pasal.Bila mengenangkan PLUS jem,kitorang guna Lebuhraya LEKAS yang tak lekas mana pun bila hujan.Masa tu la nak tutup lorong,jadi lorong kontra.
'Pandai'nya diorang repair jalan time hujan
Adoiiii...Tamat lorong kontra,dalam hujan renyai tu aku nampak sebijik Alza melintang kat lorong laju.Apekehal pulak ni.Entah-entah kereta member gua,si Nuar.Rupanya memang betul.Alzanya hydroplanning dan terbabas melanggar pembahagi jalan.Mujur tak teruk sangat,semua dalam kereta dia pun selamat.


Nak tembak banyak gambar tak boleh,tangan pegang payung
Bawak dia pergi IPD Seremban,punyalah ramai orang eksiden.Bincang punya bincang,aku yang berdua je dengan wife aku bawa Yatimi dengan Yop balik Shah Alam.Baru aku tau rumah Yoppoyomasukair ni jauh bebenor.Ceruk Subang mana tah di sewa rumah.Pung pang tung tang....pukul 9.30 malam aku sampai Kota Damansara.Nasik beriani kenduri petang tadi pun tak cukup nak tampung kapasiti perut aku.
Perjalanan memenuhi jemputan kenduri menjadi satu perjalanan yang panjang dan banyak kisahnya.Kenduri dekat je,tapi kita hanya mampu merancang ye dak?Apapun,Selamat Pengantin baru untuk Afendi dan isteri.

Jumaat, 23 Disember 2011

Jadual Perlawanan EPL 26,27 & 28 Disember 2011


Kekalahan 0-1 Arsenal minggu lepas ditangan Manchester City tak lah begitu mengecewakan.Kedua-dua pasukan bermain dengan baik cuma Arsenal kurang bernasib baik.Szczesny dan Joe Hart bertugas dengan cemerlang menjaga gawang masing-masing.
Bertemu Aston Villa di Villa Park semalam,Arsenal menang 1-2 hasil jaringan penalti van Persie dan Yossi Benayoun.Lain-lain keputusan yang menarik,Newcastle 2-3 WBA,QPR 2-3 Sunderland,Wigan 0-0 Liverpool dan Tottenham 1-1 Chelsea.Perlawanan seterusnya yang akan berlangsung Isnin depan (Sabtu dan Ahad semua stadium tutup untuk Krismas):

Isnin,26 Disember 2011

Chelsea vs Fulham
Time : 20.55pm
Channel : 812/832

Arsenal vs Wolves
Time : 22.55pm
Channel : 811/833

Bolton vs Newcastle
Time : 23.00pm
Channel :-

Liverpool vs Blackburn Rovers
Time : 22.55pm
Channel :813

Man.United vs Wigan 
Time : 22.55pm
Channel : 812/832

Sunderland vs Everton
Time : 23.00pm
Channel : -

WBA vs Manchester City
Time : 22.30pm
Channel : 817/831

Selasa,27 Disember 2011

Stoke vs Aston Villa
Time : 03.45am
Channel : -

Rabu,28 Disember 2011

Swansea vs QPR
Time : 00.55am
Channel : 812/832

Norwich City vs Tottenham
Time : 03.00am
Channel : 817/831