Jumaat, 30 Disember 2011

24 Disember 2011;Hari Yang Panjang

Tarikh diatas adalah hari persandingan member sekerja aku,Afendi di sebelah pengantin perempuan yang dilangsungkan di SMK Panchor,Seremban.Diorang punya kahwin ni sikit lain dari pengantin biasa sebab didahulukan dengan kenduri kahwin rumah pengantin lelaki.Sebabnya hujung tahun ni musim banjir.Untuk mengelakkan majlis kahwin berlangsung di dewan pemindahan banjir atau parah lagi bersanding atas bot,majlis sebelah lelaki diadakan lebih awal.
Disebabkan ramai yang tak pergi ke Kuantan,kitorang semua pakat-pakat bertandang ke Seremban,bukan jauh pun ye tak?Memang tak jauh,kalau rujuk Google Earth pun Gombak-Panchor lebih kurang 90.5km je.Tapi itu secara teorinya,realitinya belum tentu lagi.
Aku gerak dari depan kilang Ramly Burger lebih kurang jam 1.30pm lepas dapat call dari Yatimi yang bagitau Highway PLUS jem."Apekehal PLUS nak jem pulak Sabtu ni,patutnya Jumaat la nak jem pun".Diorang yang gerak dari Shah Alam pukul 11 pun baru nak Exit Nilai.Kat Malaysia memang macam ni,cuti Deepavali ke,CNY ke,hatta Krismas pun orang Melayu yang sakan balik kampung.Highway PLUS pun jadi jem,dua-dua arah pulak tu,tak paham betul aku...

"Selamatt...hari Krismas...la,la,la"
Lepas berperang dengan klac manual ("keter resing wajib bertransmisi manual"-Mao Ze Dong) selama 2 jam setengah,pukul 4 aku sampai ke tol Senawang.Ingatkan dah lega sikit,rupanya N9 ni jemnya mengalahkan KL.Dua kali tak paham.Member aku yang sekumpulan ambik Exit Nilai entah lepas kemana aku pun tak tau.Bila aku call,rupanya diorang pun baru sampai.Aku yang gerak pukul 1.30 pun perut mendidih,diorang agaknya dalam perjalanan dah jadi kanibal,makan member sebab lapar sangat.Patut la aku tengok jari kaki Yop tinggal dua je.
Jam 4.30pm,aku selamat sampai ke SMK Panchor.Salam pengantin kejap,pastu terus cari member rapat aku,namanya pinggan ngan nasik.Meja pun tinggal dua je.Nasib baik Firdausi 'book' table tu dari pagi tunggu kitorang,takde siapa nak kacau.Lone ranger betul la mamat ni.Siapa berani tegur Firdausi?Nak rasa lempangan Great Khali silakan cuba.
Settle makan,menembak gambar dengan pengantin,maka boleh dah balik dengan harapan sampai kerumah dengan cepat sebab lutut aku dah rasa macam kena gout.Klac manual punya pasal.Bila mengenangkan PLUS jem,kitorang guna Lebuhraya LEKAS yang tak lekas mana pun bila hujan.Masa tu la nak tutup lorong,jadi lorong kontra.
'Pandai'nya diorang repair jalan time hujan
Adoiiii...Tamat lorong kontra,dalam hujan renyai tu aku nampak sebijik Alza melintang kat lorong laju.Apekehal pulak ni.Entah-entah kereta member gua,si Nuar.Rupanya memang betul.Alzanya hydroplanning dan terbabas melanggar pembahagi jalan.Mujur tak teruk sangat,semua dalam kereta dia pun selamat.


Nak tembak banyak gambar tak boleh,tangan pegang payung
Bawak dia pergi IPD Seremban,punyalah ramai orang eksiden.Bincang punya bincang,aku yang berdua je dengan wife aku bawa Yatimi dengan Yop balik Shah Alam.Baru aku tau rumah Yoppoyomasukair ni jauh bebenor.Ceruk Subang mana tah di sewa rumah.Pung pang tung tang....pukul 9.30 malam aku sampai Kota Damansara.Nasik beriani kenduri petang tadi pun tak cukup nak tampung kapasiti perut aku.
Perjalanan memenuhi jemputan kenduri menjadi satu perjalanan yang panjang dan banyak kisahnya.Kenduri dekat je,tapi kita hanya mampu merancang ye dak?Apapun,Selamat Pengantin baru untuk Afendi dan isteri.

Jumaat, 23 Disember 2011

Jadual Perlawanan EPL 26,27 & 28 Disember 2011


Kekalahan 0-1 Arsenal minggu lepas ditangan Manchester City tak lah begitu mengecewakan.Kedua-dua pasukan bermain dengan baik cuma Arsenal kurang bernasib baik.Szczesny dan Joe Hart bertugas dengan cemerlang menjaga gawang masing-masing.
Bertemu Aston Villa di Villa Park semalam,Arsenal menang 1-2 hasil jaringan penalti van Persie dan Yossi Benayoun.Lain-lain keputusan yang menarik,Newcastle 2-3 WBA,QPR 2-3 Sunderland,Wigan 0-0 Liverpool dan Tottenham 1-1 Chelsea.Perlawanan seterusnya yang akan berlangsung Isnin depan (Sabtu dan Ahad semua stadium tutup untuk Krismas):

Isnin,26 Disember 2011

Chelsea vs Fulham
Time : 20.55pm
Channel : 812/832

Arsenal vs Wolves
Time : 22.55pm
Channel : 811/833

Bolton vs Newcastle
Time : 23.00pm
Channel :-

Liverpool vs Blackburn Rovers
Time : 22.55pm
Channel :813

Man.United vs Wigan 
Time : 22.55pm
Channel : 812/832

Sunderland vs Everton
Time : 23.00pm
Channel : -

WBA vs Manchester City
Time : 22.30pm
Channel : 817/831

Selasa,27 Disember 2011

Stoke vs Aston Villa
Time : 03.45am
Channel : -

Rabu,28 Disember 2011

Swansea vs QPR
Time : 00.55am
Channel : 812/832

Norwich City vs Tottenham
Time : 03.00am
Channel : 817/831



Supercar Belanda;Savage Rivale Roadyacht GTS

Savage Rivale Roadyacht GTS
Ini adalah supercar dari pembuat kereta Belanda,Savage Rivale.Model Roadyacht GTS ni didatangkan dalam konsep convertible empat tempat duduk.Panel badan diperbuat dari karbon fiber,chrome steel chassis,dan di ruangan pemandu bahan alcantara,aluminium dan karbon fiber digunakan termasuk teakwood sebagai bahan pelapik lantai.
Powerplant?
Dibawah hud,enjin Corvette ZR1 lapan silinder bersusunan V yang menukarkan petrol kepada kuasa kuda setinggi 670hp dengan pecutan 0-60mph dalam masa 3.4saat.Kelajuan maksimum mencapai 205mph(328km/j).
Rim bersaiz 19 inci buatan khas Tenzo bersalut getah Toyo T-1R dan dihentikan tanpa was-was oleh angkup brek lapan dan empat piston monoblock buatan DBM yang mencengkam rotor bersaiz 380mm dan 350mm.Savage Rivale Roadyacht GTS ini hanya akan dibuat sebanyak 20 unit dalam tiga pilihan warna.
Harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari KR1M iaitu $550,000.