Isnin, 24 Oktober 2011

Crash Test Kasi Hancur

Crash test 40mp/h?Sama dengan 64km/j.Kat Malaysia depan sekolah pun bantai 80km/j.Meh tengok rupa kereta Ford jadi roti canai lepas crash test 120mph.


Alex Ferguson Tertelan Gula-Gula Getah

Amacam 'derby' semalam?Hehehe!

Jangkaan aku sedikit tersasar.Aku yakin Manchester City mampu menewaskan Manchester United di Old Trafford cuma tak menjangka keputusannya 6-1.Johnny Evans dikenakan kad merah memburukkan lagi permainan Manchester United.Persembahan Manchester City?Superb!


Sedikit kelegaan untuk Arsene Wenger bila dapat tiga mata penuh dengan jaringan Gervinho dan dua jaringan van Persie ketika melayan kunjungan Stoke.Kedudukan Arsenal meningkat dari tempat ke-10 minggu lepas,dan tempat ke-7 minggu ini.Minggu depan,Arsenal bertemu Chelsea di Stamford Bridge yang kehilangan Drogba dan Bosingwa.Bukan injured,tapi dikenakan straight red card ketika menentang QPR.Dan Chelsea tewas 1-0 dengan bermain 9 pemain.
Liverpool hilang dua mata berharga selepas seri 1-1 dengan Norwich City.Tottenham maintain,menang 1-2 keatas Blackburn,dan Newcastle bernasib baik,1 gol menjamin 3 mata.

Ahad, 23 Oktober 2011

Transformers 4???

Transformers 4:Rise of Galvatron
Robot 'jahat' nampaknya belum habis...Akan datang 2013 nanti.





"Gorgeous" Galyna Kolotnytska Sebenarnya Palsu?

Muammar Gadaffi khabarnya ada pasukan pengiring seramai 40 orang yang masih virgin.Selain tu,Gadaffi ada seorang jururawat peribadi yang mabeles bernama Galyna Kolotnytska.Seorang rakyat Ukraine yang meninggalkan negaranya 9 tahun lepas untuk bekerja di Libya.

Digambarkan sebagai 'voluptuous blonde'.Is it true?



Sembilan tahun lepas mungkin masih voluptuous.Sekarang?Dipercayai umurnya 38 tahun (sumber).Satu sumber lain mengatakan gambar Galyna yang cun melecun tu sebenarnya fake!(sumber).

REAL GALYNA KOLOTNYTSKA




Sabtu, 22 Oktober 2011

Hujan dan Motorsikal...


Lately hampir setiap petang hujan;kadang-kadang lebat...
Elok je time nak balik kerja,timing hujan pun sampai.Tapi Jumaat lepas punya hujan memang lebat.Yang naik kereta kena mengadap jem berjam-jam,yang naik motor kena randuk air dalam keadaan visibility yang rendah.
Kenapa mat motor suka lepak bawah jambatan bila hari hujan?

Bukan saja-saja nak melepak tunggu hujan berenti sambil isap Gudang Garam ori.Sebenarnya lebih kepada soal keselamatan.Kalau nak ikutkan,bukannya sebab taknak baju basah.Bila menunggang dalam hujan,basah memang tak boleh elak.Sarung GIVI raincoat pun kadang-kadang bocor jugak kalau hujan menggila.
Pertamanya visibility.Bila hujan lebat,pandangan jadi sangat terhad,walaupun waktu siang.Hujan Jumaat lepas,aku anggarkan boleh nampak dalam jarak 15 ke 30 meter je.Sangat bahaya kalau ada kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan tanpa buka lampu hazard.Brek pun kurang mencengkam,tambah lagi jalan licin.
Kedua,masa hujan lebat air bertakung.Meranduk air sedalam paras buku lali pun kadang-kadang boleh jatuh kalau kurang iman berhati-hati.Seeloknya kalau nak redah hujan jugak,guna gear rendah.Tunggang dalam kelajuan 30-40kmj je.
Ketiga,disebalik takungan air tersembunyi bahaya.Apa dia?Lubang.Kalau lekuk cetek tak apalah.Buatnya lubang tu muat tayar motor?Menonggeng baii!!
Aku jarang melepak bawah jambatan bila hujan.Paling tak pun aku singgah untuk pakai baju hujan je.Alang-alang basah orang kata,perjalanan kena diteruskan.Tapi,setakat ni alhamdulillah.Belum jadi kejadian yang tak diingini.Aku pun takmau jatuh motor woo!!